Friday, July 25, 2008

Countdown: Malaysia vs Chelsea

Ibarat sebuah mimpi menjadi kenyataan.

Chelsea akan bertandang ke Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia (atau Pilihan FAM?!!!)

Semua star ada kecuali Bosingwa yang injured. Scolari sendiri yang konfem. Frank Lampard pun akan turut serta. Kewl!

Hal berkenaan tiket sudah selesai. Sekarang hanya menghitung hari. Aku akan gerak berdua dengan Najwang. Yang lain hanya cakap lebat fanatik Chelsea last - last Chelsea turun Mesia pun tak tengok!Turun r weh kalau brannn! (emotional pulak...)

Diharapkan Chelsea dapat menunjukkan cara bermain bola sepak yang betul kepada pemain - pemain skuad kebangsaan.

Ya, itulah harapan kami...

Ethics And Fiqh In Everyday LIfe

Pengalaman menghadiri temuduga biasiswa baru - baru ini tidak mungkin dilupakan. Selain dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru, aku juga berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dan cabang pemikiran yang berbeza - beza. Keadaannya sangat berbeza dengan yang selalu aku harungi di UIA di mana orang sekeliling mempunyai religion awareness yang tinggi. Sunnah pun bukanlah sesuatu yang janggal sebab bila mana terdapat perselisihan faham dan kekeliruan, kita boleh kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Ia tidak berlaku di sini.

Cabaran sebeginilah yang memerlukan method - method dakwah yang lebih luas dan hikmah yang bijaksana kerana kita membawa imej Islam dan Muslim secara pukal. Silap langkah, di atas kesilapan dan kelalaian kita, orang bukan Islam akan memandang serong terhadap agama yang suci ini lantas menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan yang benar.

Mujur orang - orang bukan Melayu terutamanya Cina mereka tidak menilai orang secara membuta tuli. Mereka lebih cenderung menilai berdasarkan merit bukan sentimen. Bukanlah mahu memuji kaum Cina secara berlebihan, tetapi hakikatnya mereka telah mendahului kita sangat jauh mungkin sejauh lima puluh tahun perjalanan! Cakap saja bidang apa semuanya kita ketinggalan. Ekonomi, pendidikan, hiburan,politik, malah boleh jadi muallaf dari kalangan Cina pun sudah mendahului kita dalam bidang Agama. Lihat saja bukti di sekeliling; Ann Wan Seng, Ridhuan Tee, Xifoo dan Ustaz Hussein Yee. Siapa yang mampu mempersoalkan kredibiliti mereka?

Methodologi Dakwah

Baiklah, sebenarnya ada beberapa perkara berlaku sepanjang temuduga kali ini. Secara jujur ia bingkas menggugat iman dan mencabar kesabaran. Mula - mula aku agak 'cultural shock' sedikit sebab sudah lama tidak bersosial dengan 'orang luar' tapi bila aku fikirkan kembali di situlah tempat untuk aku mempraktikkan segala teori yang pernah dipelajari. 'Orang luar' di sini termasuklah nonmuslim atau muslim yang kurang penghayatan Islamnya.

Aku berasa agak janggal berada dalam kumpulan lantaran aku seorang saja yang berasal dari latar belakang agak Islamic. Bebudak UIA yang lain lepak di group lain. Nak tak nak, aku terpaksa memberanikan diri berhadapan dengan pelajar UITM, UKM, Imperial dan Cambridge University. Golongan inilah yang berbicara siang dan malam dalam bahasa Inggeris berbanding aku yang hanya membaca jika ada kelapangan. Tidak ubah seperti kata pepatah 'jauh panggang dari api'!

Untuk dijadikan cerita, intro group tu pun sudah mengejutkan. Bila aku tiba di tempat berkumpul, gadis - gadisnya secara serentak (dalam 4 orang) menghulurkan tangan mahu berjabat tangan. Tidak kira la Muslim atau nonmuslim. Dua -dua pun sama. Kalau itu terjadi kepada kamu, apakah tindakan yang mungkin diambil? Adakah kamu pantas menjawab huluran tangan mereka atau kamu akan menolak sambil mengatakan perbuatan itu berdosa di sisi Islam? Aku betul - betul bingung pada waktu itu...Dan inilah yang mahu dibincangkan.

Dalam keadaan itu aku perlu bertindak secara spontan. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia antara aku dengan Yang Maha Mengetahui.

Sebenarnya banyak lagi isu termasuk bab waktu sembahyang, makan makanan hotel lima bintang yang disediakan tukang masak Cina dan tandas yang tidak disediakan air(hanya tisu). Tetapi atas masa yang terbatas perbincangan itu kita bawa ke masa hadapan.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi

Benar, aku pernah berjumpa pendapat yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi tentang hukum berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. Beliau menutup perbahasan yang panjang lebar dengan mengatakan:
Dalam  menutup  pembahasan  ini  ada dua hal yang perlu saya
tekankan:
Pertama,  bahwa  berjabat  tangan   antara   laki-laki   dan
perempuan  itu  hanya  diperbolehkan  apabila tidak disertai
dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhawatirkan
terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat
dan taladzdzudz (berlazat-lazat)  dari  salah  satunya  (apa
lagi  keduanya;  ) maka keharaman berjabat tangan tidak
diragukan lagi.(Sumber: www.Darulkautsar.com)

Disebabkan fatwa beliau ini, ada segelintir kelompok salafi dari jalur keras memaki beliau dengan makian yang dahsyat malah ada yang sanggup mengkafirkannya! Tapi jika dilihat dengan fikiran yang terbuka dan jiwa yang bebas kita dapati tahkik beliau ini sangat bertepatan dengan keadaan semasa. Apatah lagi ia bersandarkan dalil yang kuat dan penerangan yang rapi. Moga Allah mengganjari beliau dengan pahala yang besar atas ijtihad yang beliau kemukakan. Kalau ia ditakdirkan betul maka kepadanya dua pahala tetapi jika sebaliknya baginya satu pahala dan sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Fiqh Islam Yang Luas

Jika ada yang mengemukakan kaedah fiqh yang lebih luas dan mudah, ramai yang akan menempelak malah melemparkan pelbagai tuduhan ke atas si pencadang. Mengapa tidak dilapangkan dada menerima nas - nas dan dalil yang sahih lalu mengatakan "kami dengar dan kami patuh"? Tidak mungkin berdiri fiqh tanpa nas dan tidak mungkin sendirian nas tanpa kaedah usul fiqh. Begitulah keduanya saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau begitu, mengapa kita sering dibebankan dengan fiqh yang sempit dan menyusahkan?

Masih ingat dengan jelas ketika seorang ustaz berceramah di surau di sekitar Bangi. Kuliah beliau berlandaskan kitab kuning karangan guru pondok. Dengan segala kehormatan terhadap tokoh tersebut, aku mengatakan bahawa kalaupun tokoh tersebut seorang yang alim, itu bukan satu tiket untuk kita bertaqlid dengannya membuta tuli. Kita timbanglah dengan neraca Quran dan Sunnah. Aku langsung tidak bersetuju dengan kenyataannya: "Dengar khutbah seperti sembahyang jugak tuan - tuan. Kena duduk diam. Tidak boleh bergerak - gerak". Bunyi pun sudah lucu, apatah lagi jika dibentangkan dalil dan nas yang sahih!


Fiqh Taisir

Aku tidaklah berniat untuk membincangkan kaedah fiqh taisir secara panjang lebar di sini. Cukuplah aku katakan bahawa antara sifat semulajadi agama Islam itu ialah mudah dan memudahkan. Terlalu banyak dalil al-Quran yang menyokong. Perlu juga diingat bahawa bila dikatakan Islam itu mudah, ia bukanlah bererti kita bisa memudah - mudahkannya. Malah kita berlindung dari perlakuan sedemikian.

Doa aku agar jika tindakan aku itu bertepatan dengan ajaran Islam maka ganjaran Allah ke atasku dan jika ia bertentangan maka Engkau ya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...


Saturday, July 19, 2008

Wow, kini aku berkecuali....

Apakah tindakan kita tatkala tanahair kita dilanda fitnah yang tiada kesudahan?

Nak sokong A atau B?

Lihat sebuah tulisan oleh SS Dr MAZA yang menusuk kalbu....enjoy

Pasrah Di Zaman Badai Fitnah

Friday, July 18, 2008

Interview Review

Aku bakal menghadiri sebuah temuduga minggu depan. Butiran lanjut seperti berikut:
Date: Jul 23 2008
Time: 8:30 AM to 5:00 PM
Company Name: Sime Darby Berhad (Scholarship)
Position: Undergraduate - Local and Overseas
Venue: Legend Hotel, Kuala Lumpur (near PWTC)

Ini bermakna, aku terpaksa menempuh satu hari suntuk yang memenatkan. Malam tu pulak ada kelas Parenting. Mati aku!

Nak pulak kena berhadapan dengan bebudak Oversea yang bukan alang kepalang(meniru bahasa Cat Farish). Sebab tu aku asyik dok berlatih rap ja kat bilik. Mana la tau dapat improve english aku...harapnya begitulah....

So rakan - rakan sekalian, tolong doakan kejayaan aku kali ni. Moga doa kalian semua diberkati oleh Allah hendakNya...Amin

Selangor, Akmal, dan ...


Selangor menggegar lagi.

Walaupun sudah menempah tiket ke suku akhir, tetapi semangat pasukan selangor masih di tahap tertinggi dalam kempen Piala Malaysia kali ini. Buktinya, sekali lagi mereka mencipta kemenangan bergaya 2-0 ke atas terengganu biarpun hanya dibarisi pasukan 'second string' yang rata - rata hanya diletak sebagai pemain simpanan sebelum ini.

Highlight utama tentunya bekas pemain terbaik kebangsaan, Akmal Rizal. Gol beliau pada minit ke-70 amat menakjubkan. Apa yang lebih menggembirakan ia adalah hasil through pass yang cantik daripada Safee Sali. Tidak ubah seperti gol Torres apabila mendapat umpanan daripada Xavi ketika final EURO ari tu....hebat!

Statusnya sebelum ini sebagai pemain simpanan sepenuh masa (reserve mati!) langsung tidak menjatuhkan reputasinya sebagai antara penjaring gol terbaik tanahair. Kalau sebelum ini hanya diturunkan dalam lima atau sepuluh minit terakhir perlawanan, malam tadi beliau terus bermain full time 90 minit perlawanan! Even Michael Owen can't do that!Ia pasti sesuatu yang membanggakan apatah lagi beliau perlu membuktikan kepada jurulatih kebangsaan bahawa beliau masih seorang yang berbisa dan di sana timbul tanda tanya apakah beliau akan terpilih mewakili negara menentang Chelsea 29 Julai ini? Entahlah, sama - sama kita nantikan....

Yang pasti, jauh di sudut hati mahu melihat kembali Akmal bergandingan dengan Safee Sali sebagai penyerang kembar selangor. Kalaulah ia menjadi kenyataan, kita akan melihat seperti 'kelahiran semula' gandingan berbisa Bambang - Fuentes suatu masa dahulu. Ya, firasat aku kuat mengatakan bahawa Selangor bakal membawa pulang Piala Malaysia tahun ni. Lupakan terus kegagalan Liga Super dan Piala Fa dulu. Kita bawa bersama kebangkitan 7 kemenangan berturut - turut untuk menghadapi saingan seterusnya. Bawakan sesiapa saja, kita pasti lawan habis - habisan!

Kepada fan-fan Selangor, teruskan sokongan kalian

Go Selangor go!!

Tahniah Pas, Tahniah Umno


Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perkenan untuk meneruskan muzakarah yang sangat ditunggu - tunggu oleh rakyat Malaysia khususnya umat - umat Islam yang dahagakan kesatuan dan perpaduan antara mereka. Muzakarah Pas - Umno harapnya bakal menjadi titik tolak ke arah satu usaha yang lebih bersepadu dalam memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di tanahair ini.

Pada pendapat aku, muzakarah sebegini lebih wajar jika mahu dibandingkan dengan debat antara kerajaan dan Pakatan Rakyat. Bukanlah mahu menidakkan fungsi debat tempoh hari. Tapi tujuan kita bukan untuk mencari kepuasan sebelah pihak dan mentertawakan pihak yang satu lagi sahaja. Kita sedang berusaha mencari satu solusi yang dapat meredakan keadaan umat yang sedang bergejolak ini. Lagipun dalam banyak perkara, 'win - win situation' adalah jalan penyelesaian dalam perkara melibatkan politik. Apabila diketahui dalam muzakarah tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah, ia akan berjalan dengan lebih tenang dan harmoni. Tambahan pula kita tak mahu ada lagi pak menteri yg asyik dok melalut dan terbabas dalam percakapannya. Seperti hari itu.


Penyokong Pas dan Umno tidak perlu berasa gelisah kalau - kalau pertemuan ini bakal menyatukan antara Pas dan Umno. Dalam keadaan sekarang, tiada keperluan untuk mereka bergabung pun. Muzakarah bukan bermaksud bergabung tapi ia lebih kepada musyawarah bagi membincangkan hal - hal berbangkit isu membabitkan umat keseluruhannya. Tiada kaitan dengan kepartian. Sebab itu kita amat berharap agar muzakarah ini bakal berjalan dengan selamat dan lancar tanpa sebarang provokasi dan emosi. Bawalah bersama jiwa yang tulus dan fikiran yang murni tanpa ada satu titik pun noda dendam dan amarah lampau. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula berciciran.

Akhir kata, mudah - mudahan Allah memberkati usaha ini dan menyatukan kita semua dalam iman dan taqwa.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al - Anfaal:46)

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al - Anfaal:63)

Saturday, July 12, 2008

Sasa, Yasusu, Siyasatan - Kembalilah Bersatu!


Politik di Malaysia semakin meruncing. Slogan 'Politik Islam' atau 'Siyasah Islamiah' sudah tidak kedengaran. Yang ada hanya politik tuduh - menuduh, fitnah - memfitnah, selak - menyelak, dan kutuk - mengutuk. Perkara ini bukan baru sebab orang yang terdahulu pun dua kali lima. Lalu ia diwarisi oleh orang kemudian lantas menjadikan medan politik sebagai medan untuk membongkar kisah peribadi pihak musuh. Maka bertukarlah slogannya menjadi 'Parti aku saja betul, parti kamu mesti salah!".

Mungkin kamu melenting bila pihak musuh membuat fitnah terhadap kamu, tetapi kamu lupa fitnah yang keluar dari mulut kamu sendiri. Bila fitnah dilontarkan ke atas kamu atau orang - orang parti kamu, kamu sibuk membentangkan dalil berjela - jela mengatakan fitnah haram malah dosanya lebih besar daripada membunuh. Tapi bila tiba giliran kamu, ia menjadi halal lagi suci malah kamu mempergunakan ayat - ayat al-Quran untuk menghalalkan matlamat kamu yang hina lagi terkutuk itu. Sungguh di sana ada satu kaum yang membaca al-Quran tetapi tidak lepas dari kerongkong mereka. Berlindunglah kepada Allah agar kamu tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Begitu juga keadaannya apabila sampai bab kutuk - mengutuk. Apabila pihak musuh menggunakan media massa arus perdana untuk menghina dan mencaci parti kamu dan pemimpin - pemimpin parti kamu, kamu terus sahaja meng'kondem' malah carutan tidak lekang dari mulut dan tulisanmu. Benar, mereka bersalah tetapi tidakkah kamu sedar kamu juga melakukan perkara yang sama? Kamu menggunakan blog - blog dan laman web untuk membuka aib dan menjatuhkan maruah pihak lawan. Amat memalukan seorang yang bergelar pejuang Islam membina laman - laman web dan blog untuk membongkar kisah peribadi seorang individu. Tidaklah berlalu siang dan malamnya melainkan ia dihabiskan untuk mengedit video - video lalu dimasukkan sedikit muzik untuk akhirnya disebarkan kepada umum. Sungguh besar dosa mereka yang membuka aib saudaranya, lalu disana ada sebuah hadith yang mengingatkan kita akan hal ini:

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya. (HR. Tirmidzi)

Masih terngiang - ngiang di telinga satu perbalahan yang berlaku di parlimen tidak lama dahulu. Dialognya lebih kurang begini:

Khairyl: 'Projek Khinzir Raksasa' atau PKR!

Mahfiz: Kalau camtu, PBN ialah 'Projek Babi Negara'!

Khairyl: Siapa Babi Negara?!Siapa Babi Negara?!!!!

Sudah jelas lagi nyata bagaimana terhakisnya akhlak dikalangan pendukung - pendukung politik di negara ini. Lupakan seketika parti mana kamu sokong, kerajaan atau pembangkang. Itu tidak penting. Kita sedang menasihati kedua - duanya. Berlapang dadalah menerima nasihat ini. Tidak bermakna bila seseorang mengkritik parti kamu maka kamu katakan dia adalah 'barua' parti lawan. Begitulah sebalikya. Timbanglah dengan neraca Quran dan Sunnah, bukan dengan neraca yang menjadi simbol dan lambang parti kamu!

Pernah suatu hari saya menegur tindakan seorang rakan yang saya kira bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. Mencarut dengan nama perdana menteri saya kira sesuatu yang sangat besar. Ini tidak bermakna saya berada di pihak kerajaan dan menentang parti pembangkang. Tidak sama sekali. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang menasihati saudara Islamnya yang lain. Tidak lebih daripada itu. Namun akibat pemahaman terhadap politik yang sempit, terus saja saya dituduh menyokong kerajaan. Malah bila saja beliau mahu mengutuk pemimpin tersebut dan saya ada di situ, dia akan berkata : "ssh, jgn kutuk Pak Lah, nanti Hasan marah. Dia kan PM Hasan". Alangkah dangkal pemikiran dan tindakan tersebut!

Sudah kita bincangkan sejak dahulu kala bahawa setiap tindakan yang kita lakukan mestilah ia selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Kalau ini tidak ditepati, tiadalah kita dapati redha dari Tuhan lalu segala urusan menjadi tidak terurus dan caca merba. Kita sudah lihat hal ini dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Yang terbaru kes 'menunjuk punggung' seorang penyanyi underground ketika membuat persembahan di atas pentas. Rasanya semua dah maklum tentang perkara ini. Sekarang bukanlah masa untuk menyalahkan mana - mana pihak apatah lagi menyalahkan pihak yang bukan Islam. Kamu yang mengambil keputusan bergabung dengannya, sekarang kamu tanggunglah akibatnya. Ada seorang 'pejuang Islam' dahulunya berfatwa sesiapa yang bergabung dengan orang kafir maka dia juga kafir. Tapi kita lihat sendiri pada PRU baru - baru ini beliaulah yang paling terkehadapan bergabung dengan orang kafir tersebut. Apakah beliau sudah menarik balik fatwa yang dahulu? Atau fatwa itu hanya 'valid' untuk parti lawan? Hanya beliau boleh menjawab...

Saya agak runsing apabila umat terus bertelagah di atas medan politik. Umat Islam yang sudah tersedia lemah menjadi semakin lemah dan tempang gara - gara tiada perpaduan di kalangan mereka. Sepatutnya politik menjadi pentas perpaduan lalu umat dapat membina kekuatan yang dapat menggerunkan musuh. Ini seperti contoh yang dilakukan oleh Rasulullah ketika mempersaudarakan antara ansar dan muhajirin. Akan tetapi politik semasa seakan bertentangan 360 darjah apabila politik menjadi medan permusuhan dan perpecahan lalu umat bergabung dengan golongan kuffar menentang saudara seIslam. Sudah ramai yang menyatakan kebimbangan ini, tapi apa saja yang diperkatakan yang tidak mendatangkan keuntungan untuk parti maka ia tertolak. Kita mendambakan pemikiran politik yang matang yang dapat kembali memberi keuntungan untuk umat dan kebajikan mereka terjaga. Wahai pendukung politik Islam, fikirkanlah!

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada melihat semula umat bersatu dalam ukhuwah Islamiah. Lupakan doktrin Jemaah Centric. Tujulah kepada Ummah Centric. Berfikiran terbuka adalah kunci untuk kita membina semula perpaduan. Tidak kisahlah kamu Parti Bulan, Parti Keris, atau Parti Bulan Sabit sekalipun marilah kita bersatu menuju kearah matlamat yang sama. Matlamat yang kita sama - sama laungkan sejak dahulu lagi iaitu 'Kembali Memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah'.

Apapun kata terbitan politik itu samada sasa, yasusu, atau siyasatan ia langsung tidak menghalang kita untuk kembali bersatu. Ya Allah, satukanlah hati - hati kami!

Apabila Agama Menjadi Bahan Jenaka


Amat mendukacitakan sejak akhir - akhir ini filem dan drama melayu dilambakkan dengan unsur tahyul dan khurafat. Tidak ketinggalan, majalah - majalah dan bahan bacaan di pinggiran jalan turut menjadi mangsa. Kalau itu masih tidak memadai, ustaz dan ustazah yang berstatus selebritilah gamaknya, sudah seakan menjadi agen yang mempromosi khurafat ini atas nama agama. Yang menghairankan, promosi itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga mencatat keuntungan lumayan. Natijahnya, mereka yang tidak bertanggungjawab ini terus memandu kereta besar sedang umat terus dirundung kemunduran dan kelayuan jauh ketinggalan daripada tamadun - tamadun yang lain. Alangkah kasihan...

Perbincangan bab akidah bukanlah suatu yang popular di kalangan masyarakat kita. Kalau ada kuliah yang berbicara tentang akidah di surau, ada saja yang mencari 'port - port belakang' untuk melelapkan mata. Pendekatan satu hal, tapi yang lebih membimbangkan umat memandang akidah hanya sebagai suatu yang sampingan. Bagi mereka, cukuplah apa yang dipelajari sewaktu darjah lima dahulu. Tiada perlu lagi meningkatkan kefahaman dalam bab akidah. Maka muncullah generasi yang hanya tahu bahawa wujud lawannya tiada, kekal lawannya binasa, dan melihat lawannya buta. Tidak pula mereka mengerti perkara - perkara yang membatalkan syahadah atau membuat seseorang terjerumus ke dalam kancah kesyirikan.

Sebenarnya tajuk ini dipilih setelah saya menonton beberapa buah filem melayu yang tidak kurang hebat di panggung wayang. Ada yang mencatat kutipan 'pecah panggung'. Deretan filem hantu satu persatu saya analisa. Filem seperti 'Orang Minyak', 'Jangan Pandang Belakang', dan 'Congkak' menjadi pilihan. Mula - mula tengok, seram sejuk juga dibuatnya. Unsur suspen yang tipikal dalam cerita - cerita hantu pun turut diselitkan menambahkan lagi perisa ketakutan . Namun di penghujungnya, perasaan bertukar menjadi sangat marah dan kecewa. Masakan tidak, bukan hantu yang dipanggungwayangkan tetapi agama yang menjadi taruhan.

Bermula dengan bacaan Basmalah yang diubah sesuka hati, kekuatan hantu yang tiada batasan, karut - marut mengenai tangkal, sehinggalah kepada watak ulama yang berlagak seperti Ultraman dan Goku. Kalau dalam filem 'Orang Minyak' si ustaz boleh buat 'fire', dalam filem 'Congkak' si ustaz boleh mengeluarkan 'kame hame haa' menggunakan kalimah Allah! 'Jangan Pandang Belakang' pun tidak kurang hebatnya apabila si hantu boleh membuat panggilan telefon dan bermain-main 'tutup buka' dengan televisyen. Cuma ada satu persamaannya apabila hendak menghalau atau berasa marah dengan hantu, mereka akan menjerit "Allahuakbar!!".

Melihat betapa rosaknya akidah umat Islam hari ini, adalah sesuatu yang tidak pelik untuk melihat juga keruntuhan akhlak dikalangan muda - mudi. Akhlak bukanlah sesuatu yang dibuat - buat, tetapi ia adalah interpretasi daripada akidah yang tulus dan murni. Akidah yang jelas mengatakan bahawa tiada sesuatu pun yang patut ditakuti melainkan Allah azza wajal. Kalau generasi hari ini sudah menetapkan bahawa yang layak ditakuti ialah hantu, di mana kedudukan Allah sebagai Tuhan yang Maha Tinggi itu? Bila itu terjadi, tiadalah lagi penggantungan dan tawakkal kepada Tuhan melainkan ia diganti dengan pengharapan dan permohonan kepada makhluk - makhluk selain daripadaNya. Lihat saja kesannya terhadap kanak - kanak apabila menjadi seorang yang penakut dan pengecut , walaupun ke bilik air atau tidur sendirian. Jangan terkejut kalau selepas ini akan muncul pula budak yang takut hendak bermain congkak!

Akidah dalam Islam ibarat input dalam kehidupan. Akidah yang sejahtera adalah kunci untuk umat ini bangkit semula daripada segala malapetaka kemunduran dan kegagalan yang lalu. Islam adalah anti khurafat dan anti kesyirikan. Tidak akan redha seorang muslim melihat agamanya dikotori dengan noda - noda syirik sehinggalah ia kembali menjadi agama yang asal sepertimana yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerna itulah misi dan visi nabi - nabi dan para salafussoleh terdahulu. Dakwah mereka ialah membawa manusia menuju kepada akidah yang sejahtera, yang mengaku dengan yakin bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya.

Oleh itu, mari kita bakulsampahkan segala bentuk khurafat dan syirik dan menuju ke arah akidah yang jelas dan selamat buat selama - lamanya seperti yang tercatat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sungguh Allah yang Maha Pengampun akan mengampuni segala bentuk dosa selagi ia tidak sampai kepada taraf syirik dan sewaktu dengannya. Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu agar terpelihara iman dan ditetapkan akidah kita di jalan Ahli Sunnah waljamaah, bukan selainnya. Dan Allah jualah yang lebih mengetahui tentang segala - galanya.

Thursday, July 3, 2008

Isu Liwat - Mufti Perlis cadang Mubahalah

Apa itu MUBAHALAH?

Perkataan Mubahalah diambil daripada Surah Ali 'Imran ayat 59-61

Kita tentu pernah mendengar peristiwa Mubahalah yang terjadi antara Rasulullah dan kaum nasrani Najran. Apa kaitannya dengan kes liwat terhadap saudara Anwar?

Lihat ulasan oleh SS Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin


video video

Wednesday, July 2, 2008

Racun SYIAH - PAS digesa bertindak!

Amat mendukacitakan melihat beberapa siri pencabulan dan tohmahan palsu terhadap peribadi Rasulullah, para sahabat, dan ulama' sunnah kebelakangan ini. Apakah kita masih bertolak ansur dengan golongan Syiah sedangkan mereka secara terbuka mengkafirkan sebahagian besar sahabat nabi kecuali 3 atau 4 orang sahaja?Wahai pemimpin - pemimpin Pas, jika kamu betul - betul mahu memperjuangkan Islam, bersihkanlah pengikutmu dari racun Akidah ini! Tiada kompromi dalam bab Akidah!

Bukanlah bertujuan untuk memukul rata semua yang ada dalam Pas. Tapi penularan yang sudah membarah ini tampak tiada langsung tindakan untuk mengubatinya. Malah ceramah - ceramah yang dahulunya dihiasi dengan cahaya al-Quran dan al-Sunnah, kini mengarahkan kiblatnya kepada negara Iran. Maka akan kedengaran 'term - term' Syiah di dalam percakapan mereka seperti 'Khomeini', 'ahlul bayt', 'Hizbullah', 'Ahmadinejad', 'Hasan Nasrullah', dan banyak lagi. Pernah juga mendengar seorang tokoh Pas berkata: "Perjuangan sebenar ialah perjuangan Hizbullah!". Sedangkan bukan suatu yang rahsia lagi bahawa Syiah telah bersekongkol dengan US untuk menjajah negara - negara Sunni!

Setiap ungkapan memerlukan kepada bukti. Menyedari hakikat itu, di sini disertakan bukti - bukti bahawa racun Syiah sedang membiak dalam organisasi Pas:

1)Bukti di akhbar Harakah




Dinukil dari: Akhabar Harakah, Edisi 1-15 Julai 2008, di bawah artikel "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf-Khomeini", Tulisan Mohamad Sabu, Segmen Semasa: "Membedah Demokrasi", Kolum Fikrah, m/s. 16 . (Sumber: bahaya-syirik.blogspot.com)

2)
Seminar sempena Nakbah Palestin yang disabotaj Syiah (Lihat kepada ahli - ahli panel; mereka antara 'kapla' Syiah di Malaysia)

Amat disarankan untuk melihat video sekali.
Untuk melihat video youtube, sila klik DI SINI

3) Demonstrasi yang 'dihiasi' dengan sepanduk Imam - imam Syiah Imamiyah. Apa kaitan ISA dengan Hasan Nasrullah?

4)Faisal Tehrani juga diberi kolum di Harakahdaily (Hauzah Seni). Beliau yang dahulunya menggunakan taktik basi Taqiyyah(pura - pura) sebagai seorang sunni, sekarang secara terbuka menyuntik elemen - elemen Syiah dalam blognya.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun harus diakui dengan segala bukti yang ada bahawa gerakan Pas telah 'dikotorkan' oleh pengaruh Syiah. Malah seorang tokoh Syiah yang terkenal telah diberi jawatan penting dalam organisasi Pas Pusat. Kita kecewa mendengar ayat selamba daripada mulut antara orang ternama dalam Pas mengatakan :"tegakkan hudud lebih penting daripada isu Syiah!". Apakah beliau sedari apa yang dikatakan? Kalaulah beliau melihat keadaan saudara kita di Iraq yang dibunuh oleh puak Syiah hanya kerana namanya Abu Bakar dan Umar, mungkinkah beliau akan menarik balik kata - kata itu?

Tiadanya tindakan bererti pemimpin - pemimpin Pas seperti 'merestui' penularan Syiah di dalam parti. Oleh itu, untuk membuktikan bahawa Pas tidak bertolak ansur dengan Syiah dan bahawa Pas adalah parti yang memperjuangkan al-Quran dan al-Sunnah kita mendambakan sesuatu tindakan tegas dari pucuk pimpinan parti untuk menghentikan segala aktiviti - aktiviti yang mendorong kepada penularan Syiah.

Akhir kata, sebagai pengikut mazhab Shafie di sini dikeluarkan bagaimana pandangan Imam Shafie terhadap Syiah:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".


Tuesday, July 1, 2008

AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULEN


Ibadah di dalam Islam perlu ada dua unsur atau syarat agar ia diterima oleh Allah. Pertama Ikhlas, kedua ia mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah. Inilah pendapat yang diutarakan oleh al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h dan Dr Yusuf al-Qardhawi.

Tidak boleh ada seorang Muslim melakukan ibadah tanpa beliau mengetahui asal- usul ibadah tersebut. Kerana hukum fiqh jelas menyatakan "asal sesuatu ibadah itu haram melainkan ada dalil yang mensyariatkannya".

Maka asal hukum solat itu haram. Ia wajib apabila ditemui dalil solat di dalam AQ dan sunnah. Begitu juga dengan ibadah - ibadah lain seperti zikir, puasa, zakat, dan haji.

Bersempena bulan rejab yang suci, ingin dikongsi bersama antara amalan masyarakat melayu khususnya yang tidak bersandarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah. Moga dapat dijadikan panduan bersama:

1) Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.

2) Solat Raghaib

3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.

4)
Amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’

5)
Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab

Perlu diingat dan dihayati bersama, adakah amalan - amalan ini diterima oleh Allah? Atau ia akan diakhiri dengan penat lelah dan letih semata? Lebih menakutkan - moga Allah melindungi kita - tiada balasan yang diterima oleh pereka benda - benda baru dalam Agama melainkan Allah menjanjikan neraka bagi mereka. Na'uzubillah.

*Ringkasan daripada Artikel
Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai huraian dan dalil bolehlah melayari DI SINI.

"Puak Wahabi ni tak paham!" - Ustaz

Sekadar berkongsi....

Sebentar tadi aku pergi surau nak solat Isyak seperti biasa...

Alih2 ada ceramah sebelum tu yang belum habis. So aku dengar la kejap

Aku terkejut beruk mendengar isi kuliahnya. Macam ku kenal penceramah ini, tapi di mana ya?

Isu lapuk yang dibawa...biasa la mana ada lain...."Wahabi, wahabi, wahabi"

Satu point yang langsung aku tak boleh terima :

"Kalau tuan2 nak bermazhab kena la ikut satu je. Kalau Shafie, Shafie la. Kalau Hanafi, Hanafi la. Mana boleh campur2. Macam rojak ( ketawa!!). Tgk macam puak2 Wahabi ni. Puak2 ni tak faham. Langsung kalau tak ikut die, bid'ah la, sesat la. Kalau puak2 Wahabi nak ikut sunnah sangat ikut betul2 macam Nabi buat. Ni karpet ni mane ade nabi guna, so bid'ah la( gelak lagi!!)"

Adakah ustaz faham apa itu Sunnah apa itu Bid'ah? Saya kira tidak. Sebab tu la karpet pun dikatakan bid'ah.

Pernah juga aku dengar pendapat dangkal yang cakap : "Oh, kalau yang nabi tak buat tu bid'ah, yang hang naik kereta tu bid'ah la. Ni plaster ciling semua ni, semua bid'ah ni"

Inilah akibatnya kalau seseorang bercakap mengenai agama tidak berlandaskan dalil. Kebanyakan jenayah ilmu itu dilakukan oleh seorang yang bergelar 'ustaz' atau 'tok sheikh' sendiri!

Allah lindungilah kami dari semua itu....

Bukankah Nabi bersabda antara 3 golongan awal yang dicampak ke neraka ialah golongan agama?

Maka beringatlah!

Result Short Sem - UPDATED

'Alhamdulillah' yang hanya mampu aku ungkapkan

Tidaklah sehebat mane, cukup - cukup makan je...

tapi secare jujur ia agak memeranjatkan

Ya Tuhan, Dikaulah sebaik-baik perancang

Segala pujian hanyalah untukMU

Terima Kasih Ya Allah