Monday, September 29, 2008

Amalan-amalan Sunnah di 1 Syawal

Editor: Bro_aiman

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Memakai bau-bauhan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.


3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.
Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ,
Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :

أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ

Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Lihat artikel “Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.




Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :

من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.


2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)


Rujukan :

1. http://soaljawab.wordpress.com/
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah di 1Syawal.

****From As-Syafi'e.com****

Tazkirah: Pastikan Di Lorong Yang Betul


Jamal ‘Abd al-Nasir

“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).


****From www.drmaza.com****


Betul-betul Last Minute!

Alhamdulillah,sedar tak sedar Ramadhan menuju ke penghujungnya. Samada cukup amalan kita sepanjang bulan bonus ini kita sendiri yang tentukan. Cukupkah segala lapar dan dahaga, basah tekak kerana zikir dan tilawatul Quran, bersengkang mata dek penangan Qiam Ramadhan? Aku mendoakan kita semua dianugerahi oleh Allah segala rahmat dan pengampunanNya agar kita boleh pulang dengan modal besar tatkala berdiri di hadapan Rabbul Jalil nanti.

Dalam beberapa jam lagi ni, penuhilah waktu yang masih bersisa dengan amalan dan doa yang kita hajati. Mintak la apa2 pun. Tak semestinya hajat kamu dan hajat aku mesti sama. Permintaan kamu itu adalah antara kamu dengan Allah. Mungkin ia sesuatu yang tidak masuk akal di pandangan manusia sedang ia perkara yang dimakbulkan di pandangan Jalla wa 'Ala. Mungkin kalau kamu cerita isi doa kamu di hadapan manusia mereka akan ketawa terbahak2 sambil terguling2. Tapi satu perkara kamu harus ingat. Tidaklah sama manusia yang hina itu dengan Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun!

Apa? Nak naik CGPA? Mahu dapat biasiswa sem depan? Atau tak larat dah berjalan, tahun depan nak berkereta pula? Oh, mahu ditemukan jodoh secepat mungkin? Inginkan cinta si dia yang kamu minati? Apa saja ia, kamu tadahkanlah tanganmu itu ke langit, pohonlah dengan penuh rendah diri dan pengharapan terhadap Tuhanmu yang Maha Mendengar. Dia tidaklah jauh malah sangat dekat dengan dirimu itu. FirmanNya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah:ayat 186)

Bukan selalu dapat peluang last minute. Bayangkan kalau sejam sebelum exam seorang lecturer bagi soalan bocor sekali dengan jawapannya. Mestila dah tak duduk diam. Mungkin ada yang melompat2 gembira. Yang pasti mesti sejam tu diguna untuk menelaah atau mungkin menghafal jawapan2 tu semua. Tidak dibiar walau sesaat dibazirkan. Kalau begitu, mengapa tidak kamu lakukan perkara yang sama last minute Ramadhan ini? Sudah Allah kemukakan 'kertas jawapan' di dalam Quran dan Sunnah bahawa sesiapa yang meminta pasti Allah kabulkan. Nah, peluang di depan mata. Apa lagi rebutlah!

Semoga Berjaya

Sunday, September 21, 2008

Satu Tembakan Maut Buat Bapuk2 Sekalian

Menyirap betul bila pikir balik. Ada satu hari tu, tak silap aku time nak gerak pegi semayang subuh kat surau. Tetiba lalu kat depan tasik kat mahallah Uthman tu. Tau apa aku nampak? Sekumpulan bapuk sedang menyanyi2 sambil menari2 secara comel!! Yang gemok ada, si Melor Itam ada, Misha ramping pon ada. Boleh kata semua komuniti bapuk cawangan Uthman ada la. Yang aku perasan diorang nyanyi lagu omputih mane entah. Celine Dion kot. Tak pun Mariah Carey. Dalam hati memang dah mencarut2 tak ingat. Last-last dah tak tahan sangat, aku sound je terus, "Korang senyap la bapuk!!!"

Ramai yang mengambil mudah masalah 'kebapukan' ni. Malah diterima secara meluas dalam masyarakat. Siap ada yang berpendapat diorang ni orang normal, cuma terlebih hormon je. Kat TV jangan cakap la. Ada je slot pasal bapuk ni kononnya untuk menegakkan 'hak asasi kaum lelaki lembut'. Kalau korang perasan cerita Gol & Gincu, Waris Jari Hantu, dan rancangan-rancangan interview selalu panggil budak2 bapuk ni. Selalu la kita dengar kononnya golongan ni disisihkan masyarakat la, ditidakkan hak untuk menukar nama kat kad pengenalan la, lagi parah dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Yang menjadi ketakutan aku, subjek bapuk ni diimport masuk ke dalam komuniti IPT. Malah mencemarkan nama baik UIA sendiri sampai ada yang menggelar UIA sebagai 'Universiti bapuk'!

Sungguh kebapukan ini adalah salah satu bala bencana akhir zaman. Sudah Allah nukilkan di dalam al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia di kalangan lelaki dan perempuan. Tidak pula disebut satu jenis yang 'antara keduanya'. Maka dalam banyak nas al-Quran dan al-Sunnah yang mengharamkan wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita. Antara dalil tersebut:

Dr Ibn Abbas ra, (sabda saw)
Terjemahan:"Rasulullah saw melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan yg menyerupai lelaki." [sahih al-Bukhari,5885]
Kata al-Nawawi, penyerupaan itu merangkumi pada perhiasan, persolekan dan pakaian (al-Majmu' (10:253)

Kalau mereka2 ini keluar hujah yang kebapukan ni satu fitrah, sungguh ia satu yang batil. Sudah menjadi satu fitrah seorang wanita berlemah lembut dan cenderung kepada perhiasan. Begitu juga sebaliknya lelaki dijadikan sebagai satu kaum yang kuat,kental, dan mempunyai suara yang 'garau'. Malah seperti sudah tertulis bahawa lelaki mempunyai ciri-ciri khas yang tidak mungkin dimiliki oleh kaum wanita. Begitu juga sebaliknya. Ini tidak. Cara berpakaian, cara bercakap, dan cara berjalan semuanya mahu diubah malah dibuat-buat agar dengan demikian dia mengharap identiti pun bakal berubah. Dalam mengulas isu ini, al-hafiz al Tabari menyebut di dalam al-Fath:

“Tidak boleh bagi laki-laki untuk menyerupai wanita dalam pakaian dan perhiasan yang khusus untuk wanita, demikian juga sebaliknya.”

Al-Hafiz berkata: “Demikian juga dalam berbicara dan berjalan, adapun dalam berpakaian, maka hal itu berbeza-beza sesuai dengan adat dari masing-masing negeri, kerana mungkin ada kaum yang tidak membezakan antara pakaian wanita dengan pakaian laki-laki. Akan tetapi wanita dibezakan dengan adanya hijab dan cadar. Adapun celaan menyerupai dalam hal berbicara dan berjalan, maka itu khusus pada orang yang melakukannya dengan sengaja. Sedangkan orang yang memang sudah pembawaannya begitu, maka ia diperintahkan memaksakan diri untuk meninggalkannya dan membiasakan terus menerus hal itu (perilaku yang sesuai jenis kelaminnya) secara bertahap. Jika seseorang tidak meninggalkan hal ini serta terus-menerus melakukannya, maka ia terkena celaan tersebut. Apalagi jika nampak darinya sesuatu yang menunjukkan bahawa ia redha dengan hal tersebut sehingga menjadi jelas, bahawa ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bertasyabuh atau menyerupai sesuatu (yaitu menyerupai lawan jenisnya).”

Secara jelasnya, isu ini ada sangkut paut dengan kerapuhan iman dan aqidah. Bukanlah golongan bapuk ni tidak tahu menahu akan larangan Allah itu, atau tidak mengenali fitrah, tetapi sengaja ingin 'mencuba sesuatu yang lain' atau yang 'lebih hangat daripada biasa'. Mengikut pandangan mereka, kalau gincu itu dicipta untuk wanita, mengapa tidak kami dibenarkan mencuba? Jika suara wanita itu lembut, kami pun boleh tiru bahkan suara kami lebih menggoda dan seksi! Sepatutnya seorang hamba yang lemah tugasnya hanyalah menerima apa saja yang diberi oleh Allah kepadanya lantas bersyukur atas kurnia itu. Adapun golongan bapuk ini, mereka ini termasuk dalam golongan yang melampaui batas!

Pada pandangan aku, ini juga mungkin salah satu indikator yang menunjukkan bahawa umat sudah terlalu jauh dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila sunnah diabaikan bermacam- macam bala menanti di sana-sini. Salah satu sunnah yang bersangkut paut dengan isu ini ialah sunnah janggut. Betapa Islam serius menegah penyerupaan lelaki dengan perempuan sehingga kaum lelaki disuruh untuk menyimpan janggut malah terdapat qaul yang kuat mengatakan haram mencukur janggut(bukan memotong). Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang kewajipannya, tetapi yang pasti menyimpan janggut telah disyariatkan malah ia salah satu syiar Islam. Maka satu pemandangan yang janggal apabila seorang lelaki Muslim mempunyai dagu yang licin dek telah dicantas oleh pisau Gilette Razor. Apabila seorang lelaki Muslim sudah berdagu licin, apakah yang membezakan beliau dengan Golongan Yahudi dan wanita?

Mari kita sama-sama laungkan "We are proud of our gender!".

Berdoa Di Malam al-Qadr (Lailatul Qadar)

At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan selainnya meriwayatkan daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata:

قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah nombor 3105)



**Dari Blog Abu Usamah

Saturday, September 20, 2008

Satu Minggu Yang Memeningkan!

Terlalu banyak perkara berlaku dalam bulan keberkatan ni. Terutamanya minggu lepas. Tak habis-habis pergolakan politik. Sepatutnya jadikanlah bulan Ramadhan ni medan untuk bertolak ansur dan berbaik sangka. Ini tidak. Virus prasangka dan api permusuhan sentiasa saja dimarakkan dengan kayu api hasutan dan minyak tanah ketakabburan. Tiada apa yang mampu dilakukan untuk golongan marhaen melainkan tidak lebih daripada 'tunggu dan lihat'.

Suka untuk aku mengulas sedikit kes durjana seorang penulis blog politik bernama RPK itu. Memang sejak dulu lagi aku dah menghidu betapa licikya dia ni. Melalui kebanyakan tulisan beliau, tidak sukar untuk menangkap 'typical pattern' gagasan Islam Liberal dan Anti-Hadith. Walaupun dia diagungkan oleh penganut agama politik, di sudut yang lain beliau begitu keras menghentam Islam secara halus dan terang-terangan. Tulisan di dalam blog beliau tentang isu tudung terlalu sukar untuk diterima. Malah ia ibarat menconteng arang ke muka setiap umat Islam di negara ini khususnya buat mereka yang jujur mempertahankan kalimah Allah itu. Mujur bangkit pejuang kebenaran seperti Ustaz Zaharuddin menjawab isu ini dengan begitu teliti dan ilmiah. Tulisan Ustaz Zaharuddin boleh dilayari di www.zaharuddin.net

Namun, mengapa harus ditahan di bawah ISA?? Walau siapapun dia, mestilah diberi ruang untuk dibicarakan secara adil dan saksama. Tiada sesiapa di dunia ini dapat menerima kezaliman ISA biarpun untuk menjaga kedaulatan negara kononnya. Heret sajalah ke mahkamah. Aku yakin si Petra tu mesti mendapat habuan atas kebiadapan yang diperlakukan. Bicarakan sekali keseluruhan blog beliau yang telah menjadi salah satu wadah yang menyuntik elemen fitnah dan sentimen hizbi di kalangan budak-budak melayu. Sehingga gejala taksub mazhab diganti oleh taksub parti yang bukan mudah untuk diubati.

Satu hal lagi yang semua orang tahu ialah pasal 16 September. Mana lagi kalau bukan kes Anwar Ibrahim(AI). Dalam dunia yang penuh dengan fitnah ni, aku tetap dengan pendirian berkecuali daripada menjadi penyokong atau menjadi pihak yang membantah. Dari kaca mata 1-D tentu perjuangan beliau ini disokong bermati-matian. Siap ada orang buat 'timeline' lagi. Tapi cuba tengok dari sudut 3-D. Apakah perubahan yang dibawa oleh saudara AI ini bakal membawa keuntungan untuk umat Islam? Atau kamu hanya menukar orang yang diatas sambil kamu mengekalkan dasar yang ditinggalkan orang yang sebelum ini? Kepemimpinan yang kami inginkan bukanlah hanya mampu menurunkan harga minyak dan barang runcit semata, atau yang akan menaikkan gaji dan elaun bulanan kami, tapi kami idamkan sebuah kerajaan yang mampu menjadikan negara ini makmur dan berada di bawah lindungan rahmat Allah seperti firmanNya:

"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun"(Surah al-Saba':15)

Demikian politik Islam itu sangat bergantung pada panduan wahyu. Politik itu kalau betul gayanya boleh dikira pahala disisi Allah. Sesungguhnya tuntutan 'Amar ma'ruf Nahi mungkar' itu sendiri adalah politik.Oleh itu, dalam kita mengharungi sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, mari kita sama-sama mendoakan agar Allah mengurniakan yang terbaik untuk negara kita. Agar iklim politik menjadi kembali pulih dan tiada lagi keresahan untuk rakyat jelata. Kalaulah usaha AI itu benar dan terpuji maka kita doakan agar ia berjaya dan kalaulah ia satu kebatilan dan dibenci oleh Allah dan rasulNya, kita doakan agar dihancurkan segala perancangan mereka dan ditegakkan kebenaran sebenar yang diredhai Allah.

Friday, September 5, 2008

Hizbi Tulen VS Salafi Tulen

Di dalam gelanggang dakwah, sikap toleransi dan keterbukaan amat diperlukan. Lagi-lagi dalam menyikapi isu khilafiah dan perbezaan pendapat. Dalam apa jua perkara dan keadaan, Islam mengajar kita wasatiyyah dan i'tidal. Ini penting bagi menjaga perpaduan dan kesatuan umat daripada perpecahan dan benci membenci. Namun, amat dikesali apabila wujud golongan yang 'lebih sudu daripada kuah' atau 'lebih lajak daripada laju' dalam beberapa hal yang mempertaruhkan perpaduan umat Islam. Mari kita tinjau dua golongan yang berbalah antara satu sama lain tetapi mereka bersatu pula pada beberapa perkara yang lain:

Hizbi Tulen

Golongan ini pada pandangan saya adalah golongan ekstremis dalam bab politik. Jumlah mereka ramai sekali. Bagi mereka, sesiapa saja yang memberi keuntungan kepada parti mereka maka mereka disokong. Kalaulah ada seseorang yang memberi pandangan yang nampak seperti tidak menguntungkan parti mereka, maka mereka ditolak. Malah orang itu akan dilabel dengan pelbagai tuduhan seperti 'barua Umno', 'agen yahudi', dan 'bapak setan'.

Pelopor mereka kebanyakannya orang-orang Syiah atau yang terpengaruh dengan Syiah. Mereka cuba berselindung, tetapi taktik mereka cukup mudah dihidu kerana itulah taktik yang digunapakai oleh orang terdahulu. Kalau mereka berceramah, tidak sah kalau tidak disulami dengan kata-kata kesat dan nista. Maki hamun menjadi makanan ruji mereka. Kalau 'orang parti' difitnah dengan tuduhan rasuah atau liwat mereka akan mencari seribu satu dalil untuk menolaknya. Di penghujung yang lain, merekalah yang menjadi juara dalam menabur fitnah kepada 'orang bukan parti' melalui ceramah dan tulisan-tulisan mereka di blog dan laman web. Dalil yang sebelumnya dibaca seakan dinasakhkan serta merta lantaran tidak memberi faedah kepada parti mereka.

Slogan mereka berapi - api ingin menegakkan hudud, tetapi dengan wajah yang mereka tampilkan itu, orang Islam pun menjadi fobia dengan hudud! Apatah lagi ia ditambah dengan ilmu yang cetek dan fikiran yang jumud tentang hudud. Bagi mereka hudud ialah hukum potong tangan dan rejam batu saja. Tiada yang lain. Sebab itu antara gelaran lain untuk golongan ini ialah 'hududiyyah' iaitu orang yang memperjuangkan hudud tapi tidak tahu menahu langsung tentang hudud. Lalu dibaca ayat sesiapa yang tidak mahu menghukum dengan apa yang diturunkan Allah dia adalah kafir,zalim dan fasik.

Syeikh, semua umat Islam rindukan hudud. Namun dalam kondisi umat yang begitu lemah dan sistem kita yang langsung tidak memungkinkan untuk kita menjalankannya. Seandainya satu hari Islam kembali tertegak, maka kami adalah orang pertama yang tunduk kepada sistem hudud. Adapun sekarang,kamu kayakanlah diri dengan ilmu hudud itu. Kamu tidak mungkin mencapainya melainkan kamu kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah!

Salafi Tulen

Dalam sudut yang lain, di sana wujud satu golongan yang dipanggil 'salafi tulen'. Kadang-kadang mereka turut dilabel 'salafi ori' dan 'ultra salafi' oleh saifulislam.com. Apa yang menyebabkan mereka 'tulen' ialah kerana mereka menyangka pendapat mereka saja yang betul bahkan yang selainnya salah belaka selain sikap keras mereka dalam isu-isu yang masih tergolong dalam khilaf mu'tabar atau perkara yang masih diperselisihkan oleh para ulama'.

Mereka sering menyanggah golongan Hizbi dalam bab politik dan siyasah, tapi mereka-tanpa disedari- bersatu pula dengan golongan tersebut dalam bab akhlak. Apabila memperkatakan suatu pihak, mereka seringkali menghukum dengan membuta tuli dan haloba. Jarang sekali mereka bersikap adil terhadap lawan apatah lagi untuk mencermin diri sendiri, lebih payah lagi. Maka mereka meletakkan gelaran yang tidak sepatutnya kepada golongan hizbi seperti 'khawarij', 'anjing neraka' atau 'kilabunnaar'.

Antara ciri-ciri mereka lagi, mereka adalah antara yang paling pemurah dalam memberi kutukan kepada tokoh umat Islam. Lebih-lebih lagi tokoh Ikhwanul Muslimin(IM) seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, dan Turabi. Bahkan Dr Yusuf al-Qardhawi juga terpalit sama. Kita tahu dan yakin bahawa tokoh-tokoh ini mempunyai sumbangan yang besar kepada umat Islam. Dalam masa yang sama kita tidak menafikan bahawa tokoh-tokoh ini tidak maksum maka mereka terdedah kepada kesilapan dan dosa. Kita mendoakan agar Allah yang Maha Pengampun berkenan mengampunkan dosa-dosa mereka dan menggantikannya dengan kebaikan. Namun bukanlah tugas seorang muslim untuk membongkar kesesatan orang yang telah mendahului kita dalam iman dan amal. Apatah lagi mereka telah memberi sumbangan yang besar dalam mempertahankan bendera salafi sendiri!

Di sudut lain pula, mereka seakan mengharamkan semua taqlid dalam apa jua bentuk. Padahal taqlid itu dibenarkan untuk orang awam kecuali taqlid buta yang merosakkan tanpa dalil dan hujah. Ironinya, tanpa mereka sedari mereka juga turut bertaqlid dengan para mashaikh. Pandangan lain seakan tidak valid bagi mereka kecuali apa yang dikeluarkan oleh al-Albani, Bin Baaz, Uthaimin dan beberapa yang lain. Perkataan 'salafi' disempitkan oleh mereka sehingga seseorang hanya dianggap salafi sekiranya mereka berpegang dengan tokoh-tokoh tersebut, bukan dengan orang lain. Sheikh, lautan ilmu Islam itu lebih besar daripada sangkaan itu!

Muslim moderat

Betapa penting umat Islam yang mahu menyibukkan diri di dalam gelanggang dakwah mengetahui terlebih dahulu sikap dan cara berdakwah para rasul. Masukilah Islam melalui pintu aqidah yang tulen lagi syumul, bukan melalui pintu politik dan pintu perbalahan yang sempit dan beku. Adapun hal ini diterangkan dengan jelas di dalam al-Quran:

"Serulah ke jalan Tuhanmu(wahai Muhammad) dengan hikmah(kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah"(Surah al-Nahl:125)

Dengan itu, saya menasihatkan anda semua dan diri saya untuk kita sama-sama menghayati persaudaraan Islam. Sebagaimana kita benci untuk dicampakkan ke dalam neraka begitulah juga halnya kita benci perkara yang sama berlaku terhadap saudara seIslam yang lain. Maka, sampaikanlah dakwah itu mengikut cara yang paling terbaik iaitu dengan kita merujuk kembali roh dan semangat dakwah para nabi dan rasul, agar dengan itu kita berupaya untuk kembali menjadi generasi terbaik sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para salafussoleh.

Wahai Yang Membalik-balikkan Hati, tetapkan jantung hati kami atas deenMu dan ketaatan kepadaMu.

Monday, September 1, 2008

Pengalaman Berbeza Satu Ramadhan

Antara lucu dan pilu. Itulah pengalaman aku menyambut Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Mana taknya, tiap masa badan rasa tak sedap. Macam ada sesuatu. Baru jalan sikit dah penat. Lenguh tak pasal-pasal. Sengal otot tak payah cerita la. Ingatkan kesan kenaikan berat badan, rupa-rupanya ia lebih berat daripada itu. Lepas buat medical check up dan ambil darah, tup-tup doktor suspek aku dijangkiti denggi!

Tapi nak kata demam pun tak ada lah sangat. On off juga la. Cuma yang menghentam aku dengan sedikit rakus ialah sengal badan dan pening-pening lalat sambil sekali-sekala diserang kepenatan melampau walaupun aku hanya duduk di bilik membaca. Mujur juga aku ada tiga orang kakak yang kesemuanya doktor belaka. Terus saja aku menghubungi mereka kecuali kakak aku yang masih berada di Ireland. Nak dipendekkan cerita mereka tanpa ragu lagi mengesyorkan aku untuk ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk membuat pemeriksaan darah. Ternyata firasat mereka betul sebab kadar platlet aku dah menunjukkan angka 161! (Untuk makluman bacaan PLT atau Platlet yang normal sekitar 300). Doktor selalunya akan mengambil langkah drastik kalau darah sudah terlalu pekat iaitu apabila PLT sudah mencecah bawah 100.

Aku sedar keesokkan hari aku harus berpuasa. Malam pula ada Tarawikh. Lantas masa ambil darah awek nurse tu sempat mengucap, "esok dah mula Ramadhan, selamat berpuasa lah ye". Aku secara spontan membalas kata-kata yang sama sambil menambah "Hmm, orang sakit mane boleh puasa sebab uzur". Awek tu membalas "Ye la tu. Pandai la ko uzur" sambil aku menyedari dia sudah berubah muka. Baru aku sedari, perkataan sedemikian tidak wajar diulangi lagi kepada kaum wanita sebab perkataan 'uzur' itu terlalu sensitif. Kekadang satu perkataan boleh membawa seribu makna sehingga salah faham pun berlaku. (Girls take note)

Hari ini aku berasa sedikit selesa. Mungkin penangan ubat tahan sakit yang doktor bagi semalam,Wallahua'lam. Cumanya aku bersyukur dapat menjalankan ibadah dengan lebih tenteram. Ramadhan bukan datang setiap hari. Sebab itu peluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita dalam menjalani Ramadhan kali ini.