Monday, September 29, 2008

Betul-betul Last Minute!

Alhamdulillah,sedar tak sedar Ramadhan menuju ke penghujungnya. Samada cukup amalan kita sepanjang bulan bonus ini kita sendiri yang tentukan. Cukupkah segala lapar dan dahaga, basah tekak kerana zikir dan tilawatul Quran, bersengkang mata dek penangan Qiam Ramadhan? Aku mendoakan kita semua dianugerahi oleh Allah segala rahmat dan pengampunanNya agar kita boleh pulang dengan modal besar tatkala berdiri di hadapan Rabbul Jalil nanti.

Dalam beberapa jam lagi ni, penuhilah waktu yang masih bersisa dengan amalan dan doa yang kita hajati. Mintak la apa2 pun. Tak semestinya hajat kamu dan hajat aku mesti sama. Permintaan kamu itu adalah antara kamu dengan Allah. Mungkin ia sesuatu yang tidak masuk akal di pandangan manusia sedang ia perkara yang dimakbulkan di pandangan Jalla wa 'Ala. Mungkin kalau kamu cerita isi doa kamu di hadapan manusia mereka akan ketawa terbahak2 sambil terguling2. Tapi satu perkara kamu harus ingat. Tidaklah sama manusia yang hina itu dengan Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun!

Apa? Nak naik CGPA? Mahu dapat biasiswa sem depan? Atau tak larat dah berjalan, tahun depan nak berkereta pula? Oh, mahu ditemukan jodoh secepat mungkin? Inginkan cinta si dia yang kamu minati? Apa saja ia, kamu tadahkanlah tanganmu itu ke langit, pohonlah dengan penuh rendah diri dan pengharapan terhadap Tuhanmu yang Maha Mendengar. Dia tidaklah jauh malah sangat dekat dengan dirimu itu. FirmanNya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah:ayat 186)

Bukan selalu dapat peluang last minute. Bayangkan kalau sejam sebelum exam seorang lecturer bagi soalan bocor sekali dengan jawapannya. Mestila dah tak duduk diam. Mungkin ada yang melompat2 gembira. Yang pasti mesti sejam tu diguna untuk menelaah atau mungkin menghafal jawapan2 tu semua. Tidak dibiar walau sesaat dibazirkan. Kalau begitu, mengapa tidak kamu lakukan perkara yang sama last minute Ramadhan ini? Sudah Allah kemukakan 'kertas jawapan' di dalam Quran dan Sunnah bahawa sesiapa yang meminta pasti Allah kabulkan. Nah, peluang di depan mata. Apa lagi rebutlah!

Semoga Berjaya

No comments:

Post a Comment