Sunday, December 28, 2008

Ditanya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Mengenai Beberapa Soalan Tentang Sambutan Hijrah

Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini?

Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah.

Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.

Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.

Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan. Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

***Diambil terus dari MINDA AKOB

Saturday, December 20, 2008

Sombong Yang Dilaknat Insan Dan Tuhan

Beberapa hari lepas, terjadi perbualan antara aku dan seorang pakcik yang membantu dalam proses shipping barang-barang keperluan ke Sabah.

"Pakcik ada seorang kawan ni. Dia kerja bomba. So, time kejadian tanah runtuh hari tu dia terlibat la sama. Sebagai anggota penyelamat", dia membuka bicara.

"Oh, bagusla kalau macam tu. Saya tengok tv teruk juga tempat tu jadinya kan. Lega saya, sekurang-kurangnya masih ada orang yang prihatin dalam masyarakat kita", aku cuba meraikan beliau.

"Erm, pakcik memang respek dengan anggota2 penyelamat ni. Diorang sanggup kerja lebih masa sebab nak tolong penduduk2 kat situ. Yang problemnya, penduduk2 kat situ yang tak hargai pengorbanan diorang!", tiba2 suaranya meninggi. Seakan ada sesuatu yang buat pakcik ni tak puas hati.

Beliau meneruskan, "Ye la, kawan pakcik ni ada tanya seorang penduduk kat situ, "encik, boleh saya tolong angkat barang2 ni?". Kau tau apa yang dia jawab? "Apa encik2! Aku Tan Sri la, Tan Sri! Sedap kau je panggil aku encik. Lain kali panggil aku Tan Sri!". Dah nak mati tak sedar2 diri lagi tu. Selamat Tuhan tak cabut nyawa dia tau!".

Oh, begitu rupanya. Akhirnya keluar segala yang terbuku di hati. Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh pakcik ni. Kalau mahu dikarang boleh buat satu episod. Tapi cukuplah satu kisah ini untuk dikongsikan bersama.

Seluruh hidup aku, sebenarnya sudah banyak kali aku bertembung dengan orang2 yang sebegini. Mereka berbangga dengan title(pangkat) yang tak seberapa. Kadang2 (atau selalunya), title yang diberi itu langsung tidak melambangkan komitmen si penerima. Hanya sanya ada sedikit kemampuan dan skill untuk mengampu, maka anda ada peluang yang cerah untuk menerima anugerah datuk!

Di dalam al-Quran, terdapat terlalu banyak ayat yang mengingatkan kita tentang penyakit kesombongan ini. Bermula dengan kisah Adam dan Iblis, Firaun, Hamann sehinggalah kepada kisah Qarun yang ditelan bumi akibat ketamakan dan kesombongan. Malah dalam banyak tempat Allah mengistiharkan kebencian yang teramat sangat kepada orang yang berpenyakit dengan penyakit kesombongan. Firman Allah:

"...Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (Sura An-Nisa : 36)"

Kata orang, penyakit kesombongan adalah penyakit yang menimpa orang kaya. Ada juga betulnya. Sebab itulah yang diberitahu oleh Allah tentang Firaun dan konco-konconya. Firman Allah dalam surah al-'Ankabut:

"Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Hamann. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah)" (ayat 39)

Namun dalam pada itu, kita dapati bukan orang kaya saja terdedah dengan penyakit ini. Ini kerana orang miskin pun, kalau kena gayanya, boleh terjangkit dengan penyakit ini. Untuk mendapat sindrom penyakit sombong, anda tidak perlu kepada wang yang banyak atau pangkat yang tinggi. Cukuplah jika punya sedikit ilmu, atau amal ibadat yang dirasakan lebih sedikit daripada orang lain. Firman Allah tentang golongan munafik:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)" (Sura An-Nisa : 142)

Nah, betapa buruknya penyakit kesombongan ini sehingga dikategorikan sebagai antara sifat2 orang kafir, munafik, dan fasik. Malah iblis yang dilaknat itupun dulunya sombong kepada Allah kerana tidak mahu sujud kepada Adam. Apabila ditanyakan mengapa, dijawabnya kerana Adam itu dijadikan daripada tanah dan dia dijadikan daripada api. Kerana kesombongannya itu, iblis dilaknat sampai hari akhirat!

Justeru, tak kira siapapun kita, samada miskin atau kaya, orang berpangkat atau rakyat jelata, marilah kita sama-sama mengambil sikap merendah diri dan bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Tiada kerugian buat mereka yang sentiasa bersyukur, bahkan akan ditambahi pula oleh Allah. Malah kerugian itu buat mereka yang sombong, yang akhirnya mengundang murka dan siksa Allah. Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Sura Ibrahim : 7)

Ingatlah, tiada siapa pun yang menyukai orang yang sombong. Tiada redha daripada insan dan tiada juga daripada Tuhan. Maka, redha siapakah lagi yang kita harapkan selain daripada redha Tuhan?

Buat anggota-angota keselamatan yang membantu dalam operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh, aku sentiasa mendoakan kebaikan buat kalian. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal buat kalian, hendakNya. Buat mangsa tragedi pula, bersabarlah dengan ujian yang menimpa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Janganlah kalian dukacita, teruskan berdoa kerana Allah sentiasa hampir dengan kalian. Bersama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan dan keamanan untuk negara kita yang tercinta ini.

Wallahua'lam.

Thursday, December 18, 2008

Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2008

Sekarang diumumkan, Anugerah Pelakon Terbaik tahun 2008 dimenangi oleh Bush dan si pembaling kasut!





Muntadar al-Zaidi dari stesyen TV al-Baghdadiya melempar kasut ke arah Bush sambil mengucapkan: "Ini ucapan selamat tinggal dari rakyat Iraq, wahai anjing!" Walaubagaimanapun Bush sempat mengelak dua kasut yang dilempar al-Zaidi.

Fakta-fakta menarik:

1. Si pelempar kasut adalah seorang penganut ajaran sesat syiah

2. Walaupun beragama syiah, beliau benci kepada republik Iran. Rujuk SINI

3. Bush mengelak balingan kasut sambil beliau sendiri melemparkan senyuman manis! Apakah beliau sudah mengetahui ke arah mana kasut itu akan dilemparkan? Kalau sekali takpe, ni dua kali!

4. Tiada reaksi terkejut langsung daripada PM beragama syiah, Nuri al-Maliki. Rileks je berdiri di sebelah Bush. Biasanya orang akan terkejut beruk kalau jadi camtu...

Tuesday, December 16, 2008

[SELESAI] Daurah Musim Cuti Ke 5


Pertamanya, syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi dengan rahmatNya Daurah Musim Cuti Ke 5 yang diadakan pada 12-14 Disember bertempat di Madrasah Darul Hadis, Brisu, Melaka berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah dan jutaan terima kasih juga ditujukan buat INTIS selaku penganjur program atas usaha yang murni ini. Moga setiap yang besar dan kecil yang dilakukan mendapat keredhaan Allah jua hendakNya.

Alhamdulillah, selama 3 hari program berlangsung, saya telah menimba ilmu dan pengalaman yang berguna daripada Murobbi-murobbi Sunnah khususnya yang mendukung perjuangan di negeri Melaka ini. Demi sesungguhnya, saya tidak akan menukar nilaian ilmu itu dengan apa sekalipun di dunia ini. Meskipun dengan wang ringgit .

Di sini, suka kiranya saya menceritakan serba sedikit pengalaman berbeza yang ditempuhi sepanjang program singkat tersebut.

Saya sebenarnya agak janggal dengan negeri Melaka ni. Saya masih ingat kali terakhir menjejakkan kaki di sini adalah lebih kurang pada tahun 2003 iaitu kira-kira 5 tahun lepas. Itupun sebab mewakili negeri Selangor dalam latihan pertandingan nasyid. Rasanya tak sampai seminggu. Senang cerita, dah lama tak menjenguk negeri Melaka ni.

Satu perkara menarik yang saya lihat berlaku di negeri ini ialah fenomena dakwah Sunnah itu sendiri. Kalau di tempat-tempat lain, hatta di alam maya sekalipun, selalunya Sunnah dan politik adalah dua terma yang berbeza dan saling berlawanan antara satu sama lain. Kalau orang itu sunnah, mesti tidak masuk politik. Begitulah juga sebaliknya. Dan banyak kes berlaku yang saya lihat dan baca, orang politik selalu saja menjadi penghalang kepada gerakan sunnah di mana-mana.

Namun perkara itu tidak berlaku di Melaka. Bahkan pendukung dan penggerak gerakan sunnah kebanyakkannya terdiri daripada ahli-ahli Pas sendiri. Mereka bukan hanya ahli picisan saja, malah memegang jawatan penting dalam parti tersebut juga. Saya katakan demikian merujuk kepada dua personaliti yang tidak asing bagi komuniti sunnah di Melaka, iaitu Ustaz Muhammad Yatim dan Ustaz Minghat.

Ketika berborak selepas kuliah, seorang pendukung sunnah memberikan pendapat bahawa dakwah sunnah sangat memerlukan kepada platform yang lebih kukuh iaitu platform politik. Beliau menceritakan dakwah sunnah selalu ditekan di negeri ini. Kuliah mereka digam di masjid-masjid qariah. Imam sunnah dilucutkan jawatan. Oleh itu, dengan menggunakan platform politik, mereka bebas menggunakan markaz-markaz tarbiyah untuk melaksanakan aktiviti kuliah dan sebagainya.

Betapa saya sedar ketika itu kebijaksaan memainkan peranan penting dalam usaha dakwah ini. Sebenarnya dakwah sunnah menggunakan platform politik bukan perkara baru. Cuma di sesetengah negeri mungkin parti politik lain yang digunakan. Tak kisahlah, asalkan ia membawa keuntungan untuk dakwah, maka ia diteruskan. Yang penting, dalam pendirian kita, kehendak agama Islam itu didahulukan sebelum kehendak parti. Bukannya parti yang mendahului seperti yang kita lihat di kebanyakan tempat.

Kuliah dasar 1 dimulakan oleh Ustaz Arif Nazri. Beliau mula agak lewat kerana terpaksa berkejar dari Bandar Baru Bangi. Penyampaian beliau hari itu tidak ubah seperti yang biasa saya lihat sebelum-sebelum ini. Lantang, bertenaga, sinis, dan direct. What a typhical Ustaz Arif.

Kuliah beliau mengupas tajuk "Asyairah di sisi ASWJ". Walaupun saya sudah agak jelas akan tajuk itu sebelum ini, tapi ia agak penting juga untuk mengetahui bagaimana kita mahu berinteraksi dengan golongan ini. Kuliah beliau jelas, mudah difahami. Namun tidak dinafikan ada juga yang masih 'blur' dengan tajuk ini. Terutama untuk budak-budak baru yang kurang biasa dengan term-term baru seperti tasybih,tafwidh, tamsil, dan tahrif.

Seterusnya saya tertarik dengan kuliah dasar 2: Bagaimana berinteraksi dengan Sunnah oleh Ustaz Adli iaitu seorang hero kepada Ustaz Minghat. Selain bercerita mengenai manhaj al-Quran dan al-Sunnah menurut fahaman salafussoleh, beliau turut mengupas tentang isu-isu semasa. Contohnya beliau turut mengupas penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan tempoh hari. Beliau terkilan bagaimana seorang yang mengatakan Allah zalim dalam salah satu filemnya boleh diiktiraf sedemikian rupa. Nampaknya beliau berkongsi pendapat dengan saya dalam isu ini.

Saya difahamkan ustaz kurang bersedia untuk kuliah tersebut akibat kurang sihat. Tapi saya mendapati kuliah ustaz agak memberangsangkan ditambah dengan kelancaran beliau menghafal potongan ayat al-Quran, hadis, dan segala macam definisi syarak menurut ulama'. Dalam bab ni memang saya salute. Namun itu tidak menghalang untuk saya berbeza pendapat dengan beliau tentang pemakaian jeans seperti yang diutarakan. Bagi saya, para da'i memerlukan identiti sendiri, dan jeans bukanlah identiti yang sesuai untuk mereka. Wallahua'lam.

Sebelah malam hari kedua, program diteruskan dengan sebuah forum bertajuk "pendakwah bermasalah". Kali ini panel terdiri daripada Ustaz Rahim dari UiTM Melaka dan Ustaz Khairil(bukan ejaan sebenar) dari felda Negeri Sembilan. Saudara Ezry pula bertindak sebagai moderator. Forum dihiasi dengan kisah pengalaman kedua-dua Ustaz dalam menempuh ujian dakwah di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Yelah, kita pun tahu dua negeri ini memang pekat dengan kesufian mereka.

Pada hemat saya, forum ini kurang membicarakan konsep dakwah secara lebih meluas. Mungkin ada baiknya, agar peserta lebih ditumpukan kepada dakwah untuk menghapuskan bid'ah secara bijaksana. Seringkali saya mendengar, dan saya sendiri alami, bahawa pendakwah salafi selalu saja tersasar dalam penyampaian dakwah mereka kepada mad'u. Melalui forum ini, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik dan contoh dakwah secara bijaksana. Lagi-lagi untuk mad'u yang tegar malah penentang kepada sunnah itu sendiri. InsyaAllah, pengalaman ustaz-ustaz ini boleh diadaptasi di tempat-tempat para peserta pula.

Pada keesokan hari iaitu hari Ahad, kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Muhammad Yatim. Subhanallah, hebat orangnya. Awal-awal pagi lagi beliau sudah tercegat di pintu madrasah. Walaupun beliau sedang sakit dan bertongkat, itu langsung tidak menghalang beliau untuk terus komited dengan perjuangan menyebarkan ajaran agama yang suci ini. Apa yang lebih hebat, saya difahamkan beliau adalah seorang ayah kepada 18 orang anak! Fuhh, hebat tu...

Kuliah beliau memang menarik. Saya tak ingat tajuk buku yang beliau rujuk, tapi ia menceritakan tentang sejarah hidup Rasulullah s.a.w. Betapa beliau mengupas bahawa Rasulullah bukanlah seorang yang garang dan masam orangnya. Baginda seorang yang lembut dan pandai bergurau. Malah baginda menganjurkan untuk bermuka manis walaupun ditimpa kesusahan dan tekanan. Sebab itu saya agak pelik, mengapa perlu seorang muslimah yang terlibat dengan gerakan dakwah bercakap dengan lelaki seperti seorang warden penjara! Ini saya lihat bertentangan sekali dengan adab yang diajar Rasulullah.

Kemudian kuliah dasar 4 diteruskan pada sesi pagi oleh Ustaz Minghat iaitu Ketua Jawatankuasa kebajikan Pas Negeri Melaka. Tajuknya best - Fiqh Daulah. Sepatutnya Ustaz Muhammad Yatim yang beri kuliah, namun atas faktor kesihatan beliau tidak sempat bersedia. Walaupun bertindak selaku bidan terjun, Ustaz Minghat tetap memberi kuliah dengan lantang dan bersemangat. Tidak ada langsung kesan menunjukkan usia beliau sudah lanjut, sedangkan saya difahamkan usia beliau sudah mencecah umur 63 tahun!

Kuliah beliau dimulakan dengan ustaz memberi 'timeline' sejarah politik di Malaysia. Juga yang menjadi poin penting, apakah pandangan Islam mengenai demokrasi. Mengapa juga demokrasi bercanggah dengan politik Islam. Ustaz juga ditanya pelbagai soalan panas seperti bertasammuh(toleransi) dengan pihak sekular dan kuffar. Satu poin yang sempat aku salin, juga tidak kurang pentingnya iaitu politik ibarat peperangan. Peperangan merupakan tipu daya. Kalau mahu menang, anda harus melancarkan tipu daya. Cumanya apakah bentuk tipu daya yang dibenarkan itu yang menjadi persoalan...

Ustaz Minghat juga mengambil slot pada sebelah malam. Asalnya ia adalah kuliah maghrib(Riyadhus Soliheen), tapi digantikan dengan kuliah dasar 5: Menggapai Keluarga Islami. Ustaz menjelaskan, Islam mengajurkan agar mencari pasangan yang baik pemahamannya tentang Islam dan berakhlak. Dengan demikian, kedua pasangan tahu apa tanggungjawab mereka dalam rumahtangga. Suami perlu menjaga nafkah, dan isteri wajib mentaati suami. Ustaz juga membawa kisah-kisah para zaman anbiya' dan sahabat yang mulia.

Menariknya juga, ustaz menekankan peri pentingnya mencari pasangan yang memahami sunnah. Perkara ini sebenarnya pernah diutarakan oleh Ustaz Asri(mantan mufti Perlis) sendiri pada perjumpaan dengan geng-geng AFN tempoh hari. Ustaz sangat bersetuju kiranya komuniti sunnah menubuhkan Baitul Muslim agar dapat disatukan dua jiwa yang memahami sunnah. Perkara ini sudah dibincangkan, dan ia membawa kepada tertubuhnya Baitul Muslim di al-Fikrah.net. Sesiapa sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, disyorkan untuk menyertai komuniti tersebut.

Daurah kali ini agak pelik kerana diakhiri pada sebelah malam. Pada jam lebih kurang pukul 11, peserta dan faci berkumpul untuk sesi resolusi. Para faci dengan dibantu oleh Ustaz khairil dihujani dengan pelbagai soalan-soalan yang mudah dan susah. Saya juga sempat mencelah di tengah perbincangan dengan menjawab salah satu soalan berkenaan cara berzikir yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Saya terangkan bahawa yang dimaksudkan dengan berzikir secara sirr(sembunyi) itu bukanlah membaca di dalam hati. Ia juga perlu disebut oleh lidah. Kalau tak masakan nabi cakap tentang lidah yang basah kerana zikir. Senang cerita, zikir itu adalah dengan kadar didengari oleh telinga sendiri. Saya juga memberi mereka ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan agar boleh juga mereka rujuk sekembalinya di tempat masing-masing.

Resolusinya, saya mendapati daurah kali ini sangat berjaya dalam memberi kefahaman kepada para peserta tentang manhaj salafussoleh dan dapat melebarkan lagi jaringan ukhuwah di antara pendukung dan penggerak sunnah dari seluruh pelusuk tanahair. Semoga ilmu ini dapat diterjemahkan dalam bentuk amalan kepada Allah Jalla wa'ala dan mendapat keberkatanNya. Ameen.

Sekian,
Abu al-Ameen Hasan Firdaus Bin Mohd Zaki

***Gambar-gambar boleh dilihat di blog Masri, Ezry, dan Arif. Lupa bawa kamera daa...

Monday, December 8, 2008

Raya Korban dan Orang Kita

Di negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur, jangan dibandingkan antara kemeriahan Raya Haji dengan Raya Puasa. Sungguh jauh perbezaannya. Kalau aidilfitri diraikan seminggu atau dua minggu sebelumnya, kebanyakan orang tak perasan pun kedatangan aidiladha walaupun tinggal sehari je lagi!

Itulah realitinya. Yang lebih menyayat hati,ada juga golongan yang jahil atau yang buat-buat jahil,menganjurkan majlis makan sana sini sehari sebelum raya(hari Arafah). Katakan apa saja; kenduri kahwin,tahlil arwah,sehinggalah jamuan hi-tea. Akibatnya,berlalulah juga puasa Hari Arafah tanpa sesiapa menghiraukannya...


Ok la. Sibuk cerita pasal orang lain. Cerita pasal aku pulak.

Beberapa hari sebelum raya, ada banyak phone calls masuk. Semua sibuk nak 'book' aku tolong kerja-kerja menyembelih. Surau qariah aku, surau taman kat rumah lama, ustaz aku, sampai la ada seorang member suruh mintak tolong korban kat Surau Taman Sri Ukay. Last-last terpaksa aku menolak sebab sudah lama ditempah oleh pakcik aku untuk korban kat Beranang. Lagipun family aku memang ada bahagian kat situ. Nak tak nak memang kena pergi jugak la kan.

Pagi raya tu, seperti biasa aku dah bersedia dengan pisau,parang, dan alat pengasah yang di'pau' dari kabinet dapur. Aku siap awal. Pukul 7.30 pagi dah gerak dengan abang dan pakcik aku sebab nak solat raya kat Beranang. Aku pun tak pernah nak sampai Beranang ni. Tau la ada member duduk situ, tapi tak pernah pergi. Agak teruja la sebagai anak jati Selangor untuk pertama kali pergi ke Beranang!

Sampai sana, aku kesejukan. Mana taknya, hujan tak henti-henti dari malam tadi. Untuk seorang penyembelih lembu, ini satu petanda kurang baik. Sebab lepas sembelih, daging tak boleh terdedah kepada air. Kalau tak senang busuk. Kata merekalah. Aku pun taktau.

Pukul 8 pagi aku sampai kat surau situ. Lengang habis. Mana penduduk kat sini bisik hati aku. Dah lupa ke hari ni raya? Last-last aku decide ngan pakcik aku, kita mula takbir dulu la. Nanti orang lain sampai la tu. Pastu ada seorang pakcik lain datang terus ke depan ambil mic. Ingatkan dia nak start. Alih-alih dia kasi mic tu kat aku daa...aku mana penah jadi tekong takbir raya! Nak tak nak kena buat jugak la. Selamat dah praktis sikit malam tadi tengok Mawi takbir ngan Bob.

Abis solat ada sikit jamuan. Aku tak makan, minum sikit je. Diet beb...

Pastu pergi tengok lembu. Aku terkejut. Apasal kurus semacam je lembu ni. Biar betul. Siap nampak tali gitar lagi kat perut. Setahu aku kalau lembu kurus termasuk yang tidak dibenarkan untuk korban. Entahlah, mungkin kesejukan sebab hujan kot. Bila aku tanya sorang brader ni, dia cakap semalam lembu ni gemuk. Hari ni dah kurus. Macam-macam hal la diorang ni.

Tiba time nak sembelih pula. Macam biasa tradisi orang Melayu,nak jatuhkan lembu tu terpaksa bergelut. Diikat sana, ditarik sini. Sedangkan Rasulullah suruh sembelih dalam keadaan tenang. Apalah salahnya pengsankan dulu lembu tu. Senang je,suntik la ubat pelali kasi lembu tu tidur. Ini tak,ditariknya lembu tu sampai nak patah kaki dia. Meronta-ronta la lembu tu. Siap ada yang lari. Ada sesetengah mendakwa kalau lembu tu lari bermakna orang yang berkorban itu tak ikhlas. Apa kejadahnya dakwaan yang sedemikian? Sebab tu kalau unta dibawa ke Malaysia, unta yang mahu disembelih tu pun terkena kejutan budaya!

Lagi satu kesalahan besar yang selalu kita lihat ialah kebiasaan orang kita memberi upah daging korban kepada tukang sembelih korban. Sedangkan telah thabit larangan daripada nabi dalam sebuah hadith yang sahih. Kat tempat aku sembelih tu pun tidak ketinggalan. Mulanya aku bertekad nak tegur, tapi tergendala sebab kat situ ada seorang ustaz pondok yang sangat dihormati penduduk di situ. Kalau aku tegur, nescaya akan keluar segala tembakan maut ke atas kepala aku. Terpaksa aku diamkan, sambil berdoa agar mereka semua diberikan kefahaman tentang sunnah Nabi. Aku hormati ustaz itu, tapi sunnah Nabi lebih aku hormat.

Tahun ni aku ambil peranan lebih dalam kerja-kerja penyembelihan. Walaupun aku masih tak berani nak melapah kulit, tapi aku dah berjaya terlibat untuk mengikat dan menjatuhkan lembu di samping melapah daging yang tak pernah aku buat sebelum ni. Cuma aku berharap tahun depan diberi peluang untuk try melapah kulit pulak. Nampak macam susah, tapi apa salahnya give it a try,tak gitu?

Semoga segala pengorbanan kita berupa daging korban, masa, tenaga, dan wang ringgit diberi ganjaran di sisi Allah.

Wallahua'lam

Tambahan

Larangan menjadikan sebahagian daging korban sebagai upah:

Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Mengetahui lebih lanjut? Sila layari LAMAN INI

Saturday, December 6, 2008

Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.

Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia?

Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.

Entah berapa banyak para penceramah yang ‘sewaktu dengannya’. Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas, tentu dia tidak membuat huraian seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-‘Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: (Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa‘i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Nabi s.a.w. dalam hadis ini memuji Ibn ‘Abbas kerana mengutip batu yang kecil kerana itu memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran sepatutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para Rasul. Dalam erti kata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama.

Jika batu-batu yang dilontar itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jemaah dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh. Akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jemaah lain yang cedera.

Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama, hendaklah merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan sunah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempu- nyai latar sejarahnya, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakan dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah.

Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai pelbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumah lagi.

Kepercayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jemaah haji sesete- ngah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga zamzam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada yang mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan.

Ada yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya. Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya di Mekah dengan pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelambu bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat? Perkara seperti ini jika tidak dikawal dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan Syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.

Sebab itu Sayidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya hanya menghadapkan wajah ke arah Kaabah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.

Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek, insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan menghadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjidilharam dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempat yang diperintahkan Allah.

Firman Allah: (maksudnya) Kerapkali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya (al-Baqarah 144).

Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehingga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji ketika itu, pergi ke negara Qaramitah. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, ‘Umar bin al-Khattab apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata: “Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh kerana Rasulullah menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sai, wukuf dalan kesemua dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dengan akidah yang diajar baginda. Jika ini tidak difahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).

Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini melebihi tempat lain seperti Mekah dan Madinah, zamzam dan Kaabah, Mina dan Arafah. Seperti Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmat-Nya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji.

Maka insan Muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehnya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripada- Nya. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.

Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancong dan berseronok suka.

Firman Allah: (maksudnya) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (surah Ibrahim: 37).

Dalam ibadah haji dan umrah, seorang Muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun.

Firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: “Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;. “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan mereka al-Kitab (al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (surah al-Baqarah 127-129).

Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi pelbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai-bagai penderitaan.

Namun, para penerus perjuangan Ibrahim tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya setiap zaman. Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jemaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim mulakan perjuangannya.

Sumber: DrMaza.com

Friday, December 5, 2008

AFF SUZUKI CUP 2008 - No More Excuses!

Petang ni,6 Disember 2008 pasukan Harimau Malaya akan melayan kunjungan Laos di Phuket bagi aksi sepak mula kumpulan B Piala Suzuki AFF 2008(Live Astro Supersport, 5.57 PM).

Semua persiapan sudah dilakukan - siri perlawanan persahabatan, penyertaan di kejohanan kelas kedua, pelancaran jersi Nike yang baru, dan yang terbaru berlepas ke Thailand menaiki pesawat Charlie seakan-akan pejuang kemerdekaan gitu.

Semuanya seakan sudah bersedia, tapi entah kenapa aku tengok seperti ada kepincangan dalam skuad kali ini...

Negatif!

Seperti sudah dijangka,setiap kali edisi Piala AFF(dulu Piala Tiger) skuad negara mesti dibarisi pemain-pemain 'berpengalaman' aka kuda tua. Ini bukan suatu yang mengejutkan sebab sebelum ni pun dalam beberapa edisi kejohanan yang disertai, coach Malaysia seakan 'dipaksa' untuk memilih mereka-mereka ini. Sedangkan seperti yang kita tahu, coach Sathia lebih serasi dengan pemain-pemain muda, seperti yang dilakukannya ketika mula mengambil jawatan itu setahun yang lepas.

Kalaupun nak diukur berdasarkan pengalaman, apalah sangat yang mereka ada. Untuk rekod, Malaysia tidak pernah lepas pusingan kelayakan pertama World Cup pun! Kejohanan-kejohanan picisan pun mereka tak menang. Katakan apa saja - Sukan Sea, Piala Tiger, Pestabola, kejohanan jemputan di Myanmar - semuanya kalah. Inikan pula kalau dilihat dari aspek stamina, pace, skills,physical, dan disiplin. Budak-budak bawah 23 jauh lebih bagus daripada mereka ini!

Di bawah ni aku senaraikan pemain yang aku tak setuju dipilih:

1.Kaironnisam - Bekas kapten. Dulu dah kena drop. Last-last amik balik. Slow,tak concentrate, asyik dok kunyah chewing gum sepanjang game

2.Nizaruddin - coach letak dia kat posisi winger. Apa kejadahnya ni!Dia tak laju, tak boleh dribble, and most importantly he can't cross!

3.Hairuddin - Tak penah nak skor kat Piala Super. Aku tak tau diorang guna merit apa untuk pilih dia ni. Striker kebenda kalau tak skor!

4.Juzaili - Tak tau nak komen apa mamat ni. Dulu time muda-muda memang power. Siap main kat France lagi ngan Akmal. Tapi dah lama tenggelam. Pemilihan dia ni merupakan kejutan terbesar bagi aku.

5.Syed Adney - Jadi reserve mati time kat Selangor dulu. Terlalu 'lembut' untuk menjadi seorang keeper. Hensem je lebey.hehe


Ada Juga Yang Positif

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya ada juga benda bagus yang dibawa coach kali ni. Kat bawah ni aku cuba senaraikan:

1.Helmi Eliza - Bukanlah keeper terbaik. Tapi dia boleh deal dengan crossing, one on one, reflex pun quite OK. Aku masih ingat dengan jelas dia tumbuk volley daripada Deco ari tuh. Simply superb!

2.Defensive line - Daudsu,Botak,Aidil,Asrar. Antara kombinasi terbaik setakat ni. No offense, tapi asyik kantoi dengan bola tinggi.

3.Amirulhadi - aka Kanchong. Tengah top form. Sikit lagi nak skor lawan Chelsea. Selamba dribble Terry dan Alex. Skor pun boleh dia ni. Good winger after all.

4.Hardi - Tak sabo tunggu dia sarung jersi Selangor. Dead-ball specialist,rajin, boleh buat long shots. Kali ni coach banyak letak dia main DM. Aku rase OK kot sebab dia ni pun boleh jadi playmaker sebab kreatif.

Apapun, kombinasi senior ngan junior kali ni antara yang terbaik yang Malaysia ada. Kita nak komen lebih pun tak boleh gak. Coach lebih tahu. Kita harap dan mendoakan pasukan Harimau Malaya mampu melangkah jauh untuk edisi kali ni. Padamkan semua nostalgia hitam, terus saja pandang ke depan.

Semoga berjaya wahai Harimau Malaya

Nejad To Obama: "We Work Together OK!"


Thursday, December 4, 2008

Mari Menilai Semula Perubatan Islam

Seperti sudah menjadi 'kata sepakat' di kalangan rakyat Malaysia, apabila berkata tentang perubatan Islam, perkara yang akan terbayang tentunya air-air jampi,atau kismis minda,habbatus sauda',atau air za'faran yang ditulis dengan ayat-ayat suci al-Quran menggunakan pinggan putih.Sesetengah yang lain pula taksub dengan aktiviti berbekam,sambil menghulurkan beberapa keratan hadis sebagai sokongan.Kata kebanyakan mereka, "bagaimana penyakit mahu sembuh, kalau amalan sunnah pun tak nak ikut!"

Adakah benar fahaman yang sebegini?

Mari kita diskusi bersama...

Kita sedia maklum,sebagai seorang Muslim bahawa penyakit itu datang dalam dua bentuk iaitu zahir(fizikal/jasmani) dan batin(rohani/penyakit hati).Ini dijelaskan oleh dalil-dalil berikut:

Tentang anjuran perubatan fizikal, Usamah bin Syuraik menjelaskan bahawa segolongan orang Arab pernah bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, kata mereka:

"Wahai Rasulullah adakah kami boleh berubat? Baginda menjawab: "Berubatlah kamu, kerana Allah ‘azza wajalla tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya, melainkan satu jenis penyakit, iaitu sakit tua."

(HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami' 2930) juga versi yg sama dalam Bukhari-Muslim)

Penyakit kedua ialah penyakit 'dalaman' atau disebut di dalam al-Quran sebagai penyakit hati.Ini seperti firman Allah:

"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya..." (al-Baqarah:10)

Masalah Penggunaan Istilah


Dalam menyikapi isu ini,satu perkara yang wajib disentuh ialah masalah istilah 'perubatan Islam' itu sendiri. Timbul persoalan yang agak penting, mengapa perlu dinamakan dengan nama Islam?Ini kerana,ia seolah-olah menunjukkan bahawa hanya ada satu jenis perubatan yang diiktiraf oleh Islam, sedang yang selainnya ialah 'perubatan kafir' belaka. Seolah-olah begitu. Sebab lawan Islam ialah kafir. Kalau bukan Islam,selainnya mestilah kafir,bukankah begitu?

Kita wajar melihat perkara ini secara serius kerana orang yang menggunakan istilah 'perubatan Islam' ini mempertaruhkan maruah dan imej Islam.Apa akan jadi kiranya pada satu hari terbukti kaedah-kaedah perubatan yang digunakan mereka tidak berkesan bahkan memudaratkan pula?Apakah pandangan orang bukan Islam terhadap Islam ketika itu?Tentulah Islam yang dipersalahkan. Lebih-lebih lagi tokeynya dari kalangan mereka yang bersongkok dan memegang title 'ustaz'.Ini lebih bahaya lagi.

Adalah lebih molek sekiranya digunakan terma-terma yang lain yang sesuai seperti 'perubatan alternatif','perubatan tradisional' atau paling tidak 'perubatan Islamik'.

Begitu juga yang lainnya,saya tidak bersetuju dengan istilah 'universiti Islam','kereta Islam', bahkan 'parti Islam'.Apabila disandarkan sebegini,imej Islam menjadi pertaruhan.Sebagaimana cacatnya istilah 'Islam hadhari',begitulah juga cacatnya istilah-istilah tersebut.

Perubatan Islam vs Perubatan Moden?

Ketahuilah bahawa agama Islam ini tertegak dengan bukti(dalil) dan hujah.Dalam agama,tiada ruang untuk perkara-perkara karut dan berdasarkan sangkaan semata-mata. Setiap sesuatu mesti didatangkan bukti yang sahih lagi jelas(sarih).

Jika kita lihat dari sudut itu,maka kita dapati Islam membenarkan malah meraikan kewujudan ilmu sains. Demikian kerana definisi sains itu sendiri "ilmu pengetahuan yg dibuktikan melalui penyelidikan dan eksperimen". Nah,justeru mengapa ada pihak yang mengaku Islam pula memusuhi sains atau dalam konteks ini - perubatan moden? Seakan-akan perubatan moden itu dinisbahkan kepada perubatan yang sekular dan 'kebaratan' lalu ditolaknya mentah-mentah.Bukan sesuatu yang pelik melihat orang Melayu Islam yang berkeras tidak mahu ke hospital!

Saya secara peribadi berasa sangat marah kepada golongan yang mengatakan perubatan moden sebagai 'tidak Islamik'. Itu belum lagi ditanya doktor-doktor Muslim bagaimana perasaan mereka. Sedangkan kita sedia maklum betapa mereka ini bertungkus-lumus memerah otak pada zaman belajarnya, kerja teruk ketika bergelar HO, kemudian elaun yang tidak seberapa. Tiba-tiba tidak diiktiraf oleh golongan agama! Amatlah malang keadaan ini. Boleh jadi bakti yang ditaburkan para doktor ini lebih besar daripada golongan yang asyik dok menjaja kismis mindanya seusai habis ceramah politik!

Saya tertarik dengan komen seorang sahabat berkenaan isu ini. Katanya:

"Cuma yang kita risaukan dari rawatan alternatif yang tidak mempunyai bukti sokongan yang saintifik, lantas pesakit akan mendapatkan rawatan dengan menyandarkan pergantungan mereka untuk sembuh kepada suatu perkara yang tidak pasti, apatah lagi ianya bersifat bersifat mistik, tahyul yang akhirnya membawa kepada syirik dan khurafat. Lebih menakutkan lagi, terdapat rawatan yang asalnya dari amalan agama lain dan mempunyai perlambangan erat dengan agama itu. Maka, berhati-hatilah demi menjaga Aqidah kita.

Sesungguhnya sikap kita sebagai Muslim sejati, dalam memastikan keteguhan pegangan Aqidah dan kemurniaan ibadah kita, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menerima atas sangkaan semuanya baik ataupun mengikut tanpa usul periksa. Firman ALLAH;

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا (28) سورة النجم
“Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang Sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.”(An-Najm, 28)" (rujuk Fiqhmedic)

Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Kebaikan itu adalah apa yang menenangkan hati dan dosa adalah apa yang menggelisahkan hati. Maka tinggalkanlah apa-apa yang meragukanmu menuju kepada apa-apa yang tidak meragukanmu". (Jami' Bayan Al-Ilmi 2/80-81)

Perubatan Moden Pada Zaman Rasulullah

Sesungguhnya junjungan besar Rasulullah bukanlah seorang yang jumud yang hanya berbekam dan menelan madu ketika ditimpa kesakitan.Banyak riwayat yang menunjukkan baginda juga menggunakan perubatan moden pada zamannya.

Antaranya kisah Ummul Mukminin 'Aisyah r.a yang pakar dalam perubatan. Para sahabat hairan bagaimana mungkin perkara itu terjadi. Kalau 'Aisyah pakar dalam syair atau bidang hadith,itu tidaklah menghairankan kerana beliau isteri Rasulullah. 'Aisyah berkata(dari Ibn Abbas r.a):

"Sesungguhnya Rasulullah saw ditimpa pelbagai penyakit, lalu ahli perubatan Arab dan A'jam(bukan arab) berkunjung kepadanya." (HR Bukhari)

Juga dari 'Aisyah ra beliau berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah saw ditimpa pelbagai penyakit pada akhir hayatnya, dan ramai orang datang berkunjung dari pelbagai penjuru, mereka meramu pelbagai jenis ubat, dan saya sendirilah yang melaksanakan pengubatan itu" (al-Zahabi,Siyar A'alam Al-Nubala)

Jika Rasulullah pun mengiktiraf kepakaran doktor-doktor perubatan pada zaman Baginda, mengapa tidak kita?

Defini Perubatan Islam

Setelah kita jelas akan hakikat ini, baru kita boleh menyusun definisi yang betul untuk 'perubatan Islam'. Bukanlah yang dikatakan perubatan Islam itu hanya yang berkaitan jampi(ruqyah) semata-mata, atau yang selainnya seperti yang selalu kita lihat di ruang iklaneka, tetapi ia merupakan satu terma yang lebih luas daripada itu.

Ia tidak memusuhi perubatan moden, malah perubatan moden itu adalah sebahagian perubatan Islam sendiri. Betapa Islam ini syumul, ia meraikan apa-apa yang mendatangkan kebaikan samada ia timbul dari kesan budaya,perubahan zaman, mahupun kemajuan ilmu pengetahuan. Maka disini kita mengetahui, perubatan moden yan diusahakan oleh para doktor itu juga merupakan perubatan Islam dan bukan perubatan sekular seperti yang diketengahkan oleh sebahagian orang.

Adapun pendukunan, pembomohan, dan kepawangan jika ia mengandungi unsur-unsur syirik seperti mantera, tangkal, pemujaan roh, dan selainnya maka ia bukanlah termasuk dalam definisi perubatan Islam walaupun diberi label sedemikian. Tambahan pula ia mendapat laknat yang besar daripada Allah dan rasulNya. Saya menyeru agar anda semua berhati-hati dengan gejala syirik ini dan ingatilah sabda Rasulullah:

"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang di turunkan kepada Muhammad" (HR Abu Daud)

Akhirnya,dapat kita menyimpulkan definisi sebenar perubatan Islam:

"Apa sahaja jenis dan prosedur perubatan yang mendatangkan manfaat selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ia adalah perubatan Islam, termasuklah apa sahaja yang berkaitan dengan perubatan rohani dan jasmani"

Wallahua'lam

Monday, December 1, 2008

Mengerjakan Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.


Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
Maksudnya:
"Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:


كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
"Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan." – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى
Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
"Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

Perasmian AFN Dalam MAJALAH i DEC

Sekitar perasmian laman web AFN pada 26 Oktober 2008

Beberapa hari sebelum exam,sempat lagi turun program semata-mata nak berjumpa dengan beberapa tokoh yang sebelum ni hanya berkenalan di alam maya

Semoga usaha keras Kru dan Mod AFN mendapat keberkatan Ilahi hendakNya

p/s:Jgn lupe tengok gambar macho aku!hahaha



Alhamdulillah - Exam Result (Sem 1 08/09)

Satu result yang diluar jangkaan...

Subjek2 maut kombine untuk menjadi satu exam yang maut jugak!

Mujur,taktik kali ni berjaya...

"Kalau tak dapat semua,jangan tinggalkan semua" - sering menjadi inspirasi

Kan aku dah kate,'Keletihanmu itu bukan percuma'

Hanya kepada Allah jua segala pujian





Friday, November 28, 2008

Jangan Takut Bawa Pembaharuan


SELEPAS kira-kira dua tahun menduduki kerusi Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin melepaskan jawatan itu secara rasmi pada 30 Oktober lalu. Beliau menyambung semula tugasnya sebagai pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum mengambil cuti sabatikal di United Kingdom (UK) selama sembilan bulan bermula Disember ini.Terkenal dalam melontarkan pandangan serta kritikan yang tajam mengenai sesuatu isu, sehingga kadang kala mencetuskan kontroversi, persaraan beliau mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat yang kebanyakannya menilai ia merupakan satu kehilangan yang besar.

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau bagaimanapun menegaskan bahawa usaha dakwahnya tidak pernah berhenti dan akan terus memperjuangkan Islam selari dengan al-Quran dan sunah. Dr. Mohd. Asri juga menjelaskan mengenai kekeliruan segelintir pihak yang melihat pemikirannya liberal dan tidak selari dengan pandangan ahli agama lain.

UTUSAN : Bagaimana Dr. merumuskan tempoh dua tahun sebagai Mufti Perlis?

MOHD. ASRI: Saya tidak merasakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu sempurna, tetapi seorang yang berusaha sekadar yang termampu. Untuk membawa misi merubah seluruhnya dalam tempoh itu memang diluar kemampuan sesiapa pun melainkan dengan izin Allah SWT. Tetapi saya dapat rasakan adanya anjakan pemikiran, institusi Mufti sendiri pun agak meriah.

Saya cuba buat banyak perkara, tapi saya berseorangan dan Perlis itu sendiri tidak besar serta kakitangannya pun tidak ramai. Tetapi Alhamdulillah, ramai yang memberi sokongan. Media misalnya memberi saya peluang dan ruang untuk menulis, saya juga berpuisi, ada berpidato dan bertemu dengan pelbagai peringkat masyarakat seperti aktivis alam sekitar, artis, ahli politik dan banyak lagi. Pastinya saya tidak berpeluang menggarap semuanya, tetapi saya telah cuba berbuat sesuatu sekadar kemampuan saya.

Saya rasa satu perkara yang saya sangat puas ialah apabila saya berada di mana-mana, pelbagai golongan tidak kira tua dan muda, di kampung dan bandar menegur saya dan menyatakan mereka tidak pernah ketinggalan membaca ruangan saya. Saya sangat berterima kasih kepada Mingguan Malaysia dan sekiranya diberi peluang, saya akan terus menulis.

Adakah Dr. merasakan apa yang cuba Dr. bawakan itu telah tercapai?

Tentunya dalam tempoh itu ada perkara yang tidak sempat saya laksanakan, kerana isu sentiasa ada. Bagaimanapun mesej saya sentiasa jelas iaitu dalam menceritakan tentang Islam kita seharusnya menyampaikannya dengan imej yang baik. Islam mengajar kita untuk menggunakan akal dengan betul supaya jangan dalam sesuatu perkara, kita bertindak di luar kewarasan.

Zaman kini sudah berubah dan manusia sendiri sudah boleh berbicara dengan zaman. Tapi ini tidak bererti kita menyusur keluar daripada dalil, tidak sama sekali. Islam tegak atas dalil. Tiada agama yang berdiri atas pandangan individu, atau adat-istiadat kebiasaan sesuatu kaum seperti Melayu. Itu mesej yang cuba saya sampaikan.

Dalam konteks membawa pembaharuan pula, adalah tidak wajar untuk saya membandingkan dengan tokoh-tokoh ilmuwan yang hebat. Tapi apabila bercakap dalam konteks sejarah, Omar Abd. Aziz misalnya, dalam tempoh dua tahun lebih mengetuai negara, banyak membawa perubahan-perubahan yang besar. Begitu juga dengan beberapa tokoh lain yang berjaya mengetuai pembaharuan negara. Saya mungkin tidak sampai ke tahap itu, tapi tidak mustahil adanya pembaharuan yang dibuat dalam tempoh dua tahun tanggungjawab saya sebagai mufti.

Meskipun tidak merubah secara fizikal tetapi dari sudut jalan berfikir, sekurang-kurangnya dengan menyediakan landasan. Saya memang memerlukan masa kerana masa tak pernah cukup. Kalau boleh saya mengharapkan sepanjang hidup saya untuk meneruskan agenda ini. Insya-Allah kalau dipanjangkan umur dan diberi peluang, selepas pulang daripada cuti sabatikal nanti saya akan datang dengan idea pembaharuan yang lain.

Apa harapan Dr. kepada pengganti Mufti Perlis, atau mungkin kepada mufti lain di seluruh negara?

Setiap mufti yang dilantik ada situasinya yang sendiri. Tetapi mereka kena pastikan peranan mufti itu berfungsi. Berfungsi bukan sekadar mengatakan halal atau haram, sebaliknya membuktikan bahawa kita sebagai mufti menjadi rujukan. Rakyat akan sentiasa melihat pandangan kita. Apabila kita bercakap tentang hukum atau sesuatu perkara tentang Islam, orang akan melihat betapa kukuhnya pemikiran itu.

Dalam situasi sekarang, apabila sesuatu perkara itu diputuskan haram, bukan orang tidak setuju ia haram, sebab mereka tahu dalam agama ada halal dan haram. Tapi bagaimana kita mahu sampaikan sesuatu yang haram itu dalam penyampaian kita, sehingga orang akan terima ia sebagai sesuatu yang memang patut diharamkan.

Bila kita menentang sesuatu perkara, masyarakat akan melihat ia memang patut ditentang kerana intelektual yang tinggi digunakan. Itu yang patut dibuat sebenarnya oleh golongan sarjana terutamanya mufti. Supaya masyarakat melihat apabila golongan ilmuwan Islam berbicara mengenai sesuatu isu, ia akan didatangkan dengan alasan-alasan yang kukuh. Kita bukan berada pada zaman 50 tahun lalu, atau sebelum merdeka yang mana apa sahaja yang disampaikan oleh ustaz hanya boleh didengar sahaja dan tidak boleh bertanya. Kita juga bukan bercakap dengan orang zaman dahulu.

Generasi baru sekarang mereka mempertikaikan banyak perkara. Mereka mempertikai orang politik, kelompok agama dan banyak lagi. Mungkin hari ini dalam rasa tidak puas hati termasuk kepada agama, mereka senyap dan tidak meluahkan. Tetapi apabila ada kesempatan nanti, mereka akan bangkit dan menghentam. Ketika itu, sudah tidak ada apa yang boleh dibuat lagi. Ini bukan salah agama, tetapi salah penerangan orang agama.

Apa pandangan Dr. dalam isu pengharaman yoga dan pengkid?

Majlis Fatwa sudah memberi pandangan, begitu juga dengan pihak-pihak lain yang faham dan yang menjalankan kajian. Kemudian kita mengulas dalam konteks itu dan ia boleh diterima. Bukanlah satu syarat bahawa orang yang memberi pandangan itu adalah seharusnya mufti. Kalau ada pakar-pakar senaman yoga, yang datang dengan hasil penyelidikan mereka memberikan pandangan, kita perlu memberikan peluang kepada pandangannya.

Fatwa sepatutnya tidak dibuat tanpa mengambil perkara itu dengan sejelas-jelasnya. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita kena jelas dan ketahui. Sebab itu perlu dibeza-bezakan pandangan. Mungkin yoga yang difahami oleh mufti itu adalah dalam versi yang haram. Tapi yoga dalam erti kata yang sudah diubah-ubah, diasingkan unsur-unsur yang haram mungkin tidak apa-apa, tidak perlu diharamkan.

Tidakkah dengan pandangan itu ia memberi nafas kepada sebahagian umat Islam? Dalam masa sama ia juga mengurangkan kritikan yang sering dihalakan kepada Islam apabila orang bukan Islam melihat Islam itu sentiasa mengharamkan. Ada yang datang jumpa saya dan memberitahu mereka sebenarnya tidak pernah tahu pun tentang mentera-mentera dalam senaman yoga. Mereka buat untuk mengambil kesan positif dari sudut kesihatan sahaja.

Mufti juga kena jujur dengan Tuhan. Macam dalam fatwa yoga, sewaktu bersidang semua kata haram, tapi apabila dibawa balik ke negeri, ada yang tarik balik sebab ada yang tak puas hati. Kalau sudah kata haram, maka haramlah, kenapa nak tarik balik. Itu masalahnya yang menyebabkan orang tidak hormat kepada kita. Soal mendapatkan kelulusan itu adalah soal pentadbiran untuk dijadikan fatwa itu negeri atau bukan negeri yang rasmi. Tapi hukum tetap hukum.

Memang negeri-negeri tidak terikat dengan fatwa kebangsaan. Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu hanya untuk pandangan umum negara ini. Negeri-negeri boleh bawa balik pandangan tu dan mereka boleh berfatwa berbeza dengan Jakim. Perbezaan yang timbul ketika ini adalah sama ada fatwa itu nak dijadikan fatwa negeri atau tidak. Adakah ia menjadi pegangan kepada negeri yang mana negeri boleh mengambil tindakan kepada orang menyalahinya. Tapi dari segi hukum kalau haram, maka haramlah.

Macam isu pengkid sebenarnya tidak memerlukan fatwa. Sebab kalau ditanya kepada sesiapa sekali pun apakah hukumnya seorang perempuan menyerupai lelaki, mereka akan tahu. Di sini akan timbul salah sangka di kalangan masyarakat yang melihat adanya diskriminasi gender. Sebab mereka melihat yang ramai ketika ini ialah golongan lelaki-lelaki lembut atau kumpulan ‘saudarai’.

Kenapa yang tiba-tiba keluar ialah pengharaman pengkid? Kita membuka peluang kepada orang untuk menghentam kita. Cuba kalau kita cakap fatwa itu secara umum iaitu Islam mementingkan ketulenan gender, lelaki mesti kekal sebagai lelaki dan perempuan mesti kekal sebagai perempuan. Bila saya bagi pandangan ada yang marah. Saya bukan mahu membangkitkan kemarahan orang, tetapi melihat kepada tindakan kita itu supaya sentiasa kelihatan kemas dan smart (bijak). Sehingga orang mengiktiraf kesarjanaan, kematangan dan ketajaman pemikiran ilmuwan Islam dalam menganalisis dan memberikan pandangan. Itu akan menyebabkan bukan Islam melihat sarjana Islam hebat.

Apabila memberi pandangan sangat mantap dan mereka berasa gugup untuk berdiri di hadapan sarjana-sarjana kita. Kita kena kembali memberikan imej Islam sebenar seperti zaman Nabi.

Justeru apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan kekuatan pemikiran Islam?

Mufti adalah platform terbaik. Tetapi adakah mufti sekarang memainkan peranan seperti itu, biarlah rakyat yang menilainya. Saya ingat ada negeri yang rakyatnya tidak kenal siapa mufti mereka. Sama ada rakyat cuba berkenalan dengan mufti atau mufti memperkenalkan diri mereka.

Saya menunggu-menunggu kalau mufti bersidang dalam membincangkan sesuatu isu di Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam dalam beberapa peratus wajib menguasai sektor-sektor tertentu. Misalnya fatwa umat Islam wajib menguasai ekonomi lebih 50 peratus, jika tidak semuanya berdosa sebab ia akan menggadaikan masa depan umat Islam keseluruhannya.

Fatwa wajib bagi umat Islam menolong perniagaan umat Islam yang lain atau fatwa wajib umat Islam sedaya mungkin membeli barangan umat Islam. Fatwa-fatwa seperti itu dilihat betapa ia membela umat Islam dan bukannya membelasah mereka. Jika kita keluarkan fatwa-fatwa seperti itu umat Islam akan berdiri di belakang kita. Satu hari apabila kita keluarkan fatwa melarang beberapa tindakan mereka, mereka tahu bahawa kita sentiasa berfikir tentang kemaslahatan mereka.

Yang penting kita perlu memperkasakan badan Mufti dan menjadikannya hebat. Bukan sekadar meramaikan orang di pejabat Mufti. Alangkah baiknya kalau mesyuarat Majlis Fatwa itu disiarkan juga untuk rakyat tengok. Adakah semua yang hadir itu memainkan peranannya, bercakap dan memberikan pemikiran mereka. Adakah pemikiran itu bernas dan mereka layak duduk di kerusi perbincangan, atau mereka sekadar pemerhati. Semua itu rakyat boleh tengok dan menilai.

Sepanjang tempoh menjadi mufti, Dr. banyak memberi pendapat dan kritikan yang dilihat liberal serta tidak selari dengan ahli agama lain termasuk dalam keputusan Majlis Fatwa mengharamkan yoga dan pengkid. Bagaimana Dr. menilai pandangan itu?

Saya tidak setuju dengan mereka yang menegaskan sesiapa yang bagi pandangan berbeza dengan Majlis Fatwa akan dikenakan tindakan. Sebabnya kita kena iktiraf keilmuan.

Kita tidak dapat menerima orang yang memaki hamun Majlis Fatwa, atau dengan sengaja menimbulkan isu tanpa sebab. Tapi Majlis Fatwa bukan nas al-Quran dan sunah, melainkan perkara yang jelas dalam al-Quran dan sunah. Majlis Fatwa adalah pandangan sekelompok manusia di negara ini yang diberi jawatan.

Dalam Islam ada pandangan majoriti, minoriti dan pandangan sarjana. Hukum pun tidak menyatakan pandangan itu tidak boleh dijawab, tiada masalah.

Bila orang lain bagi pandangan dalam isu yoga misalnya, tetapi pandangan itu juga berasaskan alasan-alasan yang munasabah, kita boleh memakmurkan medan pemikiran ilmiah. Orang akan melihat keterbukaan Islam dan tokoh-tokoh Islam bila berbincang masing-masing mengemukakan alasan dan fakta yang bernas. Yang menjadi masalahnya apabila kita membuat keputusan, sesiapa pun tidak boleh menyanggah keputusan itu. Tidaklah kita sentiasa menghalang pandangan kedua. Kalau pandangan pertama itu salah, bagaimana?

Perbincangan ilmiah yang makmur dalam bentuk bermanfaat dan harmoni patut digalakkan. Baru orang bukan Islam melihat Islam itu hebat, semua pemikirnya memberi pandangan dari sudut kematangan ilmiah.

Dalam sejarah kegemilangan Islam mencatatkan Imam Abu Hanifah lahir dengan ketokohannya. Kemudian lahir pula Imam Malik. Tidak pernah umat Islam pada ketika itu mempertikai siapa Imam Malik? Kemudian lahir pula Imam Shafie yang menuntut dengan Imam Malik yang turut memberikan pandangan-pandangan yang berbeza. Tidak pernah juga umat Islam ketika itu mempertikaikan mengapa Imam Shafie mahu memberi pandangan sedangkan mereka sudah ada Imam Malik. Malah, umat Islam ketika itu juga tidak pernah menyatakan semua sarjana itu salah. Bahkan mereka mengatakan semua sarjana itu memakmurkan dunia Islam dengan pemikiran mereka.

Di Malaysia, masalah yang besar ialah apabila golongan agama kadang-kadang tidak tahu sesuatu perkara tetapi mengambil tindakan berani dengan melarang orang lain berfikir. Apabila mereka memberi pendapat dan orang lain bertanya seolah-olah dijawab ‘jangan bertanya, barang siapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya’.

Sedangkan dalam al-Quran sendiri pun banyak ayat-ayat yang menekankan kepentingan bertanya seperti surah alBaqarah ayat 219 yang bermaksud ‘‘Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ‘‘ Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka bertanya pula kepadamu: ‘‘Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: ‘‘(Dermakanlah) Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”

Kemudian kita menegaskan pula Islam itu adalah agama ilmu, agama yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dan agama yang membela ilmu. Di mana sebenarnya? Kita tidak pernah kenal Islam versi yang seperti ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Melainkan Nabi mengharam soalan-soalan bodoh, soalan yang tidak ada manfaat. Tapi benda yang beri manfaat dibenarkan.

Adakah mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan Dr. itu tidak mudah untuk menerima pembaharuan?

Mereka yang berkepentingan dan konservatif memang takut kepada pembaharuan kerana mungkin akan menyebabkan terkorbannya beberapa kepentingan mereka sendiri. Tapi golongan yang tiada kepentingan ini adalah majoriti. Mereka tidak takut kepada pembaharuan. Mungkin kelompok itu tidak mahu berubah sebab takut kuasa mereka akan diambil oleh orang lain. Tapi rakyat kebanyakan ingin berubah.

Sekarang ini saya sedang mengkritik pandangan fatwa. Kalau dulu orang melihat yang selalunya mengkritik biasanya Mufti Perlis sahaja. Tetapi tidak ketika ini kerana ramai sebenarnya yang mengkritik. Kalau saya secara individu mengkritik dan rakyat tidak menyokong, maka dari pusingan pertama lagi saya sudah tumbang. Tetapi apabila pandangan yang saya utarakan sentiasa mendapat perhatian masyarakat dan disokong oleh pelbagai pihak, apa jawapannya?

Kerana perkara itu sudah ada dalam perasaan mereka, cuma mereka tidak berani meluahkan dan menunggu seseorang mengepalai untuk bersama-sama meluahkan perasaan itu. Sebab itu penting untuk diketahui oleh orang agama di negara ini sama ada kita berubah atau kita yang akan diubah. Bila kita menghalang orang, orang akan jadi agresif. Agresif itu mungkin kadang-kadang terbabas daripada pemikiran yang waras.

Islam bukan satu perkara yang manusia tidak boleh fikir. Adakah apabila mufti bercakap dan kita tidak memahami mengenainya, kita tidak boleh bertanya? Sejak bila golongan agama ini telah memaksumkan diri mereka? Kalau hujahnya itu kelihatan tidak cerdik, maka kita boleh pertikai. Tapi kita mahukan perbincangan itu berlaku dalam nada harmoni. Sesuatu yang biadap, kurang ajar, maki dan mencarut, itu tidak dibenarkan sama sekali. Majlis Fatwa memberi pandangan, saya memberi pandangan dan orang lain juga memberi pandangan dengan alasan-alasannya, maka rakyat menilai.

Umpamanya dalam fatwa yoga. Satu pandangan kata yoga diharamkan keseluruhannya, satu pandangan lain kata buang yang mana tak sesuai dan amalkan senaman yang baik untuk kesihatan. Adakah masyarakat tidak boleh menilai?

Islam itu haramkan arak, tapi membenarkan pelbagai minuman lain. Islam haramkan judi dan rasuah, tapi membenarkan hadiah dan sedekah. Islam haramkan zina, tapi membenarkan kahwin. Islam haramkan menilik nasib, tapi mengajarkan sembahyang stikharah. Jadi bila kita mengharamkan sesuatu, cadangkanlah sesuatu yang lain sebagai alternatifnya.

sumber: Utusan Malaysia

Album Algebra: Yang Benar Tetap Benar (Album Lagu Puisi Dr Asri)




Siapa Algebra? Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama. Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik.

Yang Benar Tetap Benar. Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah Aku Rela ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) nyanyian Algebra, Islam Di China ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Dakmie & Algebra), Aku Bukan Musuh Harta ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Kopratasa & Algebra) dan Derita Hati Seorang Bonda ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Aishah & Algebra). Lagu-lagu lain adalah Daerah Ini( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Puisi Dunia ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Suara Tajdid Kami ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra) dan Yang Benar Tetap Benar ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra). Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini. Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

Puisi Mufti Perlis. Dalam album pertama ini Algebra telah diberi penghormatan untuk melagukan puisi-puisi yang dinukil oleh tokoh agama terkenal iaitu SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Selain daripada 8 lagu yang dimuatkan dalam album ini diadaptasi daripada puisi karya beliau, Dr Mohd Asri sendiri turut menyampaikan 2 buah puisi di dalam album ini. Dr Mohd Asri merupakan seorang tokoh yang agak vokal dalam menangani isu-isu semasa dan beliau pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila tidak membenarkan beberapa artis tertentu tampil membuat persembahan di negeri Perlis dalam satu program anjuran sebuah stesen TV tempatan. Tindakan tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Pada ketika kebanyakan tokoh-tokoh agama tanah air agak menjauhkan diri daripada dunia muzik, Dr Asri mengambil langkah sebaliknya apabila melibatkan diri dalam pembikinan album Algebra: Yang Benar Tetap Benar ini.

Penampilan Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan). Penampilan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan) telah menyerlahkan lagi keistimewaan album ini. Aishah dan Kopratasa terutamanya telah lama tidak tampil dengan album atau lagu baru. Kolaborasi mereka dengan Algebra melalui lagu Derita Hati Seorang Bonda dan Aku Bukan Musuh Harta diharap sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat. Sementara itu Dakmie yang juga bertindak selaku penerbit merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri nasyid.

Sumber:muadzseekinglight.blogspot.com

Kelesuan Fatwa di Malaysia: Salah Siapa?

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan(MFK) telah mengeluarkan dua fatwa yang kontroversial secara back-to-back- Penkid dan yoga. Situasi nampaknya seperti tidak terkawal apabila semua pihak campurtangan, membuat spekulasi sendiri, termasuk mereka yang tidak faham walau sebutir daripada kandungan fatwa tersebut. Dilihat juga di sana wujud sedikit pertelingkahan antara beberapa pihak yang berlainan pandangan, sehingga kita bertanya, mengapakah semua ini berlaku? Adakah disebabkan kepincangan MFK sendiri dalam mewartakan fatwa yang dikemukakan?

Soalan itu tidak terjawab, namun kita dapat mengenal pasti terdapat beberapa masalah seputar isu ini:

MFK bukan satu institusi yang dihormati

Tidak seperti di Arab Saudi, di mana Lajnah Fatwa mereka setaraf dengan level parlimen, MFK hanya bertindak pada masa-masa tertentu dan dianggap sebagai 'institusi kelas kedua' oleh sesetengah pihak. Dengan tiadanya immuniti itu, maka ia mudah dipandang sinis oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan fatwa yang dikeluarkan - kebiasaannya terdiri daripada golongan feminis dan liberalis. Sehingga mereka mentertawakan MFK di media secara terbuka pun masih tiada tindakan diambil.

MFK terikat dengan kerajaan


Ini sesuatu yang tidak sihat. Pernah terjadi bukan sekali beberapa fatwa ditangguh pengumumannya. Contoh terbaru adalah fatwa berkenaan yoga. Seakan ia menunggu 'green light' daripada orang-orang tertentu sebelum ia boleh dikeluarkan. Jika benar ia melanggari syara', cepat-cepatlah keluarkan statement, tidak perlu tangguh-tangguh. Apakah yang mereka takutkan sangat? Adakah kerusi-kerusi empuk mufti kerajaan itu lebih tuntas untuk dijaga berbanding prinsip dan akidah umat?

Mungkin sebab inilah juga kita tidak banyak melihat tokoh-tokoh hebat umat Islam yang berjawatankan mufti kerajaan, melainkan sangat sedikit!

Fatwa tidak dikuatkuasakan

Saya bagi contoh mudah, seperti fatwa pengharaman rokok di Selangor(1994). Ia sudah lama, tapi tiada langsung nampak tanda-tanda ia mahu dikuatkuasakan. Di kampung saya di Sungai Besar, fatwa itu digantung di dalam masjid (saya pun terkejut lihat buat kali pertama), bila melangkah keluar kita tengok mereka yang berkopiah dan berserban dengan selamba menghembus asap rokok seperti tiada apa-apa yang berlaku!

Saya pasti,anda mempunyai puluhan lagi contoh yang boleh dikemukakan...

Fatwa tidak menyeluruh

Ini juga menyebabkan fatwa menjadi seperti kurang 'user friendly'. Jawapan dan hujah yang bernas tidak dapat disaksikan. Seperti fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini, timbul beberapa persoalan dan perbincangan.

Adakah yoga itu diharamkan secara total atau ia diperbolehkan andai tiada mantera dan pemujaan?

Tentang penkid pula, mengapa hanya sasarkan golongan itu? Bagaimana dengan golongan lelaki lembut aka bapuk? Bukankah itu lebih signifikan? Macam mana boleh terlepas pandang?

Fatwa tanpa alternatif

Islam tidak mengharamkan sesuatu kepada umatnya melainkan disediakan pula alternatif bagi mereka.

Diharamkan arak, disediakan air kelapa, air sirap, teh tarik, kopi o, milo dan sebagainya.

Diharamkan babi, disediakan pula mee goreng, nasi lemak, roti canai, dan ayam golek.

Diharamkan zina, disediakan nikah untuk menyalurkan nafsu pada jalan yang hak.

Maka, kita bertanya, diharamkan penkid dan yoga, apakah alternatif yang diberikan?Umat bertanya,tapi soalan mereka tidak pernah berjawab.

Selagi beberapa masalah yang disebutkan di atas tidak diatasi, agak sukar untuk kita menjangka bilakah waktunya kita dapat melihat semula fungsi institusi Islam dalam menjadi solusi kepada masalah umat.

Dan selagi itulah pertelingkahan dan persengketaan itu akan terus berlaku. Kita seru pihak yang terbabit agar mengambil langkah bijak dengan memperbaiki kelemahan yang ada dan kembalikan umat ini ke arah keredhaan Allah.

Jika anda tidak mampu, berundurlah segera!