Tuesday, July 1, 2008

AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULEN


Ibadah di dalam Islam perlu ada dua unsur atau syarat agar ia diterima oleh Allah. Pertama Ikhlas, kedua ia mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah. Inilah pendapat yang diutarakan oleh al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h dan Dr Yusuf al-Qardhawi.

Tidak boleh ada seorang Muslim melakukan ibadah tanpa beliau mengetahui asal- usul ibadah tersebut. Kerana hukum fiqh jelas menyatakan "asal sesuatu ibadah itu haram melainkan ada dalil yang mensyariatkannya".

Maka asal hukum solat itu haram. Ia wajib apabila ditemui dalil solat di dalam AQ dan sunnah. Begitu juga dengan ibadah - ibadah lain seperti zikir, puasa, zakat, dan haji.

Bersempena bulan rejab yang suci, ingin dikongsi bersama antara amalan masyarakat melayu khususnya yang tidak bersandarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah. Moga dapat dijadikan panduan bersama:

1) Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.

2) Solat Raghaib

3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.

4)
Amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’

5)
Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab

Perlu diingat dan dihayati bersama, adakah amalan - amalan ini diterima oleh Allah? Atau ia akan diakhiri dengan penat lelah dan letih semata? Lebih menakutkan - moga Allah melindungi kita - tiada balasan yang diterima oleh pereka benda - benda baru dalam Agama melainkan Allah menjanjikan neraka bagi mereka. Na'uzubillah.

*Ringkasan daripada Artikel
Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai huraian dan dalil bolehlah melayari DI SINI.

No comments:

Post a Comment