Monday, January 26, 2009

Boikot: Banyak Sungguh Alasanmu!


Setiap kali umat Islam ditindas oleh pihak kuffar di mana2, isu boikot mesti tidak dilepas pandang. Dahulunya negara2 seperti Denmark dan Holland sudah terkena penangannya. Kini,tiba masanya usaha boikot itu ditujukan khas buat proxy2 Israel yang bertindak menyalurkan dana secara langsung kepada negara haram zionis tersebut.

Lantas, umat Islam diseru untuk bersatu dalam usaha memboikot ini agar ia dapat bergerak secara menyeluruh. Akan tetapi, kita mendapati penyakit lama umat Islam membarah kembali. Bukan saja tidak mahu bersatu dengan jamaah kaum muslimin, malah ada yang sanggup menjadi 'mat kontra'dalam isu memboikot ini dan secara tak langsung membantah sekerasnya usaha boikot yang sedang berlangsung ini.

Mereka ini datang dari pelbagai cabang. Untuk menyokong tindakan mereka itu, seribu macam alasan dicari agar umat melihat usaha boikot ini sebagai leceh dan membuang masa. Antara alasan2 yang mereka kemukakan:


1. "Buat apa nak boikot? Bukan ada kesan pun kat diorang..."

Aljawab: Orang yang mengeluarkan kenyataan sebegini seolah2 tidak berdiri langsung atas fakta. Atau beliau terlalu malas untuk membaca dan mencari fakta yang benar tentang kesan2 boikot yang dijalankan sebelum ini.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Israeli Products.com:

There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.(diambil dari saifulislam.com)
Bagaimana orang Islam pula yang memperlekehkan usaha boikot ni?sungguh aku tak faham!

2. Tak kesian ke kat budak2 melayu yang kerja kat McD dan KFC?Habis menganggur la pasni.

Aljawab:Aku katakan itu bukan masalahnya. Kita ambillah kaedah 'akhaf al-dhararain' yang bermaksud 'memilih yang lebih ringan daruratnya(keburukannya)'. Kalau betullah andaikata usaha boikot ini menyebabkan ramainya anak2 Melayu kehilangan kerja, apakah pendapatmu aku katakan anak2 Palestin itu sedang kehilangan nyawa mereka!

Bukankah ada beribu lagi jenis pekerjaan di Malaysia ini? Dan tidakkah ada beribu lagi restoran Muslim yang lain? Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku yang budiman.

3. Kita nak boikot pun susah juga. Hakikatnya kita tak ada alternatif. Kita bukan negara pengeluar, kita mengguna saja...

Aljawab:Janganlah beralasan begitu, kerana alternatif itu sentiasa ada kecuali kepada orang yang malas atau yang tidak mahu mencari. Kita maklum bahawa boikot yang dijalankan ini bukannya untuk semua produk. Kita mengambil sikap selektif, iaitu hanya ditumpukan produk yang utama saja. Jadi, kalau sudah tidak boleh makan makanan McD atau Coca Cola, makanlah ayam goreng dan berjuta lagi jenis minuman cola yang terdapat di pasaran. Adakah ia begitu susah?

Hakikatnya alasan ini diguna untuk menutup sifat kemaruk mereka yang mendalam terhadap makanan2 dari proxy2 Israel ni. Mana taknya, mereka ini berbuka dan bersahur pun dengan McD dan KFC. Baru2 ini ketika Raya Haji, oleh sebab haramnya hukum memberi upah kepada tukang sembelih dengan daging korban, mereka disajikan pula dengan beberapa bucket ayam goreng KFC! Kalau ini pun masih terjadi, janganlah kamu sibuk bicara untuk menjadi Salahuddin al-Ayyubi!

Tambahan pula, dalam suasana kegawatan ekonowi seperti sekarang, adalah sangat wajar umat Islam tidak membuang duit mereka kepada syarikat2 yang diboikot ini. Bayangkan kalau sekali berkunjung ke McD akan habis RM20, cuba kira kalau sudah berkunjung sepuluh kali. Itu tidak termasuk lagi duit yang hangus di panggung wayang menonton cerita2 hollywood dan disney.

KESIMPULAN


Allah telah mentakdirkan bahawa kita tidak mampu untuk berjuang di medan perang. Selain berdoa dan berqunut nazilah, kita buatlah apa yang termampu demi menyelamatkan saudara seakidah kita di Palestin. Di Malaysia, kita dikurniakan kemampuan yang tinggi untuk berdemo dan memboikot barangan proxy zionis Israel. Maka lakukanlah.

Jika kita tidak mampu untuk memboikot keseluruhannya, jangan ditinggalkan keseluruhannya. Buatlah sekadar yang mampu agar dengan itu dapat menunjukkan kepedulian kita terhadap isu Palestin. Kita ini hanya mampu berusaha, namun hakikat kesan yang mendatang kita kembalikan kepada Allah jua.

Renungkan kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi(sumber:eramuslim.com):
"Satu real (mata uang Arab-red) yang Anda keluarkan untuk membeli produk Israel
dan AS,
sama dengan satu peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestina."

"Saya terkejut ketika ada sebagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa
Pepsi,Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan modern produk Amerika,"

Moga Allah membantu.
Wassalam.

Sunday, January 25, 2009

Solat Sunat Gerhana - Petang Ini InsyaAllah

InsyaAllah, petang ini 26 Jan 2009 akan berlaku fenomena gerhana Matahari yang merupakan salah satu bukti kebesaran Allah Jalla Wa 'Ala. Sepanjang terjadinya gerhana tersebut, kita disunnahkan untuk mendirikan solat sunat gerhana sebagaimana yang telah diajarkan oleh nabi kita Muhammad al-Musthofa.

Berikut disajikan tatacara dan sifat solat gerhana Matahari seperti yang dinukil oleh Sheikh Sholih Bin Fauzan:

- Hukum Shalat Gerhana
Hukumnya adalah sunnah muakkadah menurut kesepakatan ulama, berdasarkan dalil sunnah yang tsabit dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
- Waktu Shalat Gerhana
Yaitu sejak dimulainya gerhana sampai berakhirnya. Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Maka apabila engkau melihatnya –yaitu gerhana tersebut- maka shalatlah” (Muttafaqun alaihi)
Tidak disyariatkan shalat gerhana setelah gerhana itu selesai. Jika gerhana berakhir sebelum dia sempat shalat maka tidaklah disyariatkan shalat baginya.
- Sifat Shalat Gerhana
1. Dia shalat dua rakaat dengan mengeraskan bacaan –menurut pendapat ulama yang benar-
2. Dia membaca surat Al-fatihah dan surat yang panjang seperti surat Al-Baqarah atau yang seukuran
3. Lalu dia ruku’ dengan ruku’ yang panjang.
4. Setelah itu dia mengangkat kepalanya dari ruku dan membaca
“Sami’ Allahu liman hamidah rabbana lakal hamdu”
5. Lalu dia kembali membaca Al-Fatihah dan surat panjang yang lebih pendek dari surat pertama, seukuran Ali Imran.
6. Kemudian dia ruku’ dengan waktu ruku’ lebih pendek dari waktu ruku’ pertama.
7. Setelah itu dia angkat kepalanya dari ruku’ dan membaca,
“Sami’ Allahu liman hamidah rabbana lakal hamdu, hamdan katsiran thayyiban mubarakan fiihi, mil’as samaai wa mil’al ardhi. Wa mil’a ma syi’ta min syai’in ba’du”
8. Lalu dia sujud dengan dua sujud yang panjang
9. Dia tidak panjangkan duduk di antara dua sujudnya
10. Kemudian dia kerjakan rakaat kedua seperti rakaat pertama dengan dua ruku dan dua sujud yang panjang.
11. Lalu dia bertasyahud, dan
12. Salam
Ini adalah sifat salat gerhana sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan dari banyak jalan, di antaranya dari dua shahih (Shahih Al-Bukhari dan Muslim, lihat Al-Bukhari no. 1046, dan Muslim 2088)
- Disunnahkan untuk melaksanakannya secara berjamaah sebagaimana yang dilakukan rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Boleh pula dilaksanakan sendiri sebagaimana shalat sunnah lainnya, namun melakukannya secara berjamaah lebih afdhal.
- Disunnahkan pula untuk memberikan nasehat kepada jama’ah setelah shalat, memperingatkan mereka dari berbagai kelalaian dan memerintahkan mereka untuk memperbanyak doa dan istighfar.
- Apabila gerhana masih berlangsung setelah shalat selesai, maka hendaklah berdzikir kepada Allah dan berdoa sampai gerhana berakhir, dan tidak mengulang shalat. (Dan dalam hadits diperintahkan pula untuk bershadaqah –wr1).
- Apabila gerhana selesai dan dia masih shalat hendaknya dia sempurnakan shalatnya dengan khafifah (dipercepat) , tidak berhenti shalat begitu saja..
Sumber: Mulakhas Fiqhi, DR. Shalih bin Fauzan, Darul Ashomah Riyadh.
credit to:
www.wiramandiri. wordpress. com

Sumber:al-Fikrah.net

Saturday, January 24, 2009

PRK UIA: "Itulah Politik Namanya"

Pilihanraya kampus UIA Gombak berlalu sudah. Sedia maklum,team pro-mahasiswa aka WUFI berjaya mencapai kemenangan 3/4 dengan memenangi 9 daripada keseluruhan 12 kerusi yang dipertandingkan. Ternyata pelajar2 UIA masih mahu mengekalkan kepimpinan sedia ada samada kerana berpuas hati dengan hasil kerja pemimpin tersebut atau mereka sendiri sebenarnya sudah tiada alternatif lain. Hanya Tuhan yang tahu.

Seperti biasa, politik dan kontroversi tidak mungkin dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu. Dan itulah yang berlaku di UIA baru-baru ini.


Seminggu sebelum election diadakan, sudah bertebaranlah surat-surat layang yang berupa flyers dan pamplet oleh perkumpulan yang bertanding untuk mempromosikan calon parti masing-masing. Ia sememangnya suatu lumrah sebelum pilihanraya. Namun ia bukan lagi lumrah sekiranya disertakan dengan cacian dan maki hamun pihak bertanding demi menjatuhkan maruah pihak lawan. Hari ini si A dikatakan 'hanjing', esoknya pula si B dilabel sebagai 'haiwan yang suka menggondol-gondol ke sana ke mari'!

Sehingga ia menimbulkan persoalan yang tak terjawab; perlukah iklim politik yang sebegini? Perlukah ditiru taktik kotor lagi jijik pencacai politik diluar sana? Dimana pula nilai intelektualiti pelajar-pelajar ini?

Lebih parah dan lebih jauh memalukan, kegiatan mereka ini dilakukan di surau dan musolla! Kamu yang berpendidikan agama - atau yang menggunakan istilah Islam dalam politik mereka- sila bentangkan hanya satu ayat al-Quran atau quotekan hanya satu potong hadith Rasulullah yang membenarkan perlakuan kamu itu. Demi sesungguhnya,sudah pasti kamu tidak ketemuan kerana yang memisahkan politik dan Islam itu bukannya orang lain, tetapi diri kamu sendiri.

Di samping itu, aku juga tidak berkenan apabila pihak-pihak yang bertanding memberi pelbagai label yang bermacam-macam kepada pihak lawan. Contohnya, Pro-Aspirasi melabel WUFI sebagai 'jumud',Wufi pula membalas dengan melabel Pro-Aspirasi 'barua BN'. Yang menariknya, mereka berdua bersatu untuk melabel PKPIM sebagai 'bermuka-muka' dan 'opportunis'. Tidak pula diketahui reaksi PKPIM lantaran kekurangan sumber untuk mengetahui ideologi kumpulan ini.

MANIFESTO

Sebagai pelajar, aku wajib mengetahui dan mengenali latarbelakang calon-calon yang bertanding. Ini kerana aku tetap berpegang bahawa mengundi itu adalah berdasarkan calon, bukan parti(kumpulan). Sebab kalaulah mengundi itu berdasarkan parti, nescaya sangat wajar kuota undi dibuka juga untuk budak-budak tadika yang belum mumayyiz. Masakan tidak, kamu tidak perlu kenal orang yang mahu dipilih, lihat saja lambang parti, dan terus pangkah. Ia seperti ketika mula-mula mahu kenal apa itu ayam,itik dan burung.

Salah satu cara untuk aku mengenali calon ialah menerusi manifesto yang dibentangkan. Dari situ dapat kita lihat visi calon-calon yang bertanding. Dan dari situ kita dapat mengagak apakah peranan yang akan dimainkan andaikata dia terpilih sebagai perwakilan pelajar.

Seperti aku di konstituensi engineering, terdapat 3 orang calon yang bertanding. 2 brothers dan seorang sister.

Ketika membaca manifesto mereka ini, tiba-tiba teringat aku akan salah satu manifesto oleh kepimpinan sebelum ini. Satu manifesto yang masih tidak kunjung tiba dan langsung tidak menampakkan potensi untuk dijalankan iaitu untuk menyelesaikan masalah PARKING. Untuk pengetahuan semua, lot parking di kuliyyah engineering terlalu padat dan tidak teratur. Sesiapa saja yang pernah ke sana pasti akan mengiyakannya. Tidak keterlaluan untuk aku mengatakan bahawa aku telah memangkahnya tahun lepas adalah disebabkan manifesto beliau itu. Tapi, lihatlah apa yang terjadi.

Oleh sebab itu, aku tidak mahu perkara sama berulang. Tidak kisahlah dari parti mana beliau itu, yang pasti aku mesti memilih calon yang mempunyai visi yang jelas untuk terus menjaga kebajikan penduduk kuliyyah engineering ini.

Manifesto kali ini tidak kurang hebatnya. Seorang calon lelaki mempertaruhkan janji untuk memperbaiki servis printing di blok-blok engineering, sementara seorang lagi berjanji akan 'standardize the food price' di kawasan engineering. Calon wanita tidak ketinggalan menawarkan untuk membantu pelajar mendapatkan recommendation untuk EIT(Engineering Industrial Training) dan menambah masa untuk penggunaan lab research. Secara umumnya, ketiga-tiga mereka mempertaruhkan manifesto yang bagus dan jelas.

Cumanya, ada seorang calon yang juga sahabat aku di tahun 2, meletakkan salah satu manifesto beliau seperti berikut: "To create bi'ah solehah condition in this kuliyyah". Kawan aku yang sepatah haram tak tahu bahasa arab lantas bertanya "apa kejadahnya bi'ah solehah ni?". Entahlah, aku pun tak tahu samada ia wajar diselitkan dalam manifesto atau tidak. Mungkin bagi calon tersebut suasana di kuliyyah engineering tidak cukup solehah agaknya. Wallahua'lam.

Akhirnya, aku mewakili beribu pelajar UIAM lainnya menuntut agar saf kepimpinan pelajar menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jangan kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab, dicarinya alasan yang pelbagai dan dipersalahkan pula pihak yang selainnya. Yang sebetulnya, salahkanlah diri anda andai tidak mampu memegang amanah kepimpinan walaupun sudah dipilih oleh orang ramai. Kerana ingatlah sampai mati, bahawa amanah kepimpinan itu sangat berat dan akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Akhirat nanti.

Wallahua'lam.

Sunday, January 18, 2009

SMS dan Pesanan Khas Dari Pemimpin Hizbullah? Hukum Menyebar-luaskannya...



Oleh: Ibn Mustofa Dzul Riyhayn Bin Abd Wahab
Sumber: http://purify-educate.blogspot.com

Tahun baru masihi 2009 kali ini membuka tirainya dengan penuh duka dan luka. Rejim Zionis yahudi la’natullah telah melakukan tindakan bacul dan biadap tanpa perikemanusiaan dengan menyerang dan membunuh rakyat Palestin secara membabi-buta, tanpa mengira masyarakat awam yang tidak bersenjata dengan pejuang HAMAS yang mereka buru. Merekalah sebiadap-biadap insan di muka bumi ini. Firman Allah SWT:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” [Surah al-Baqarah, 2:120]

Tindakan tak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dengan pantas telah membuka mata sekaligus mengundang banyak perhatian masyarakat dunia. Pelbagai bentuk bantahan telah diadakan di hampir seluruh pelosok dunia demi mengutuk tindakan kejam Israel ke atas Palestin serta menggesa boneka dan ’kuda tunggangan’ Israel; Amerika Syarikat untuk mengadakan sekatan ke atas negara haram Israel dan memberhentikan tindakan kejam mereka. Seluruh lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama telah menunjukkan rasa simpati mereka terhadap penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Peristiwa ini telah menyebabkan ramai pihak menjadi ’ringan tangan’ ingin menghulurkan bantuan dalam apa saja bentuk yang mereka termampu berpaksikan rasa simpati kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka. Ada yang menghulurkan sumbangan dari segi harta (wang ringgit), ada pula yang menyumbang dalam bentuk pakaian dan ubat-ubatan, dan ada pula yang mengambil langkah mendo’akan dibantunya saudara seislam di Palestin dan dihancurkan bangsa Yahudi zionis Israel. Bahkan, ada yang menyebar-luaskan mesej berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertulis:

”Pemimpin Hizbullah Lebanon, Sayid Hasan Nashrullah meminta seluruh masyarakat muslimin untuk melafazkan ayat Quran berikut: Surah al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 dan 87 pada malam ini. Tolong sebarkan agar Israel hancur. Sebarkan kepada seluruh umat Islam... ”

Demikianlah, pesanan yang diterima-langsung dari pemimpin besar Hizbullah yang beraliran Syi’ah. Pesanan ringkas yang sarat dengan petua-petua dan amalan-amalan yang ’berbaur’ agama. Masyarakat kita (orang melayu), dek kerana kadar ke’sedar’an dan simpatinya yang tinggi tanpa berfikir-panjang terus menyebar-luaskan mesej-mesej seumpama ini. Bukan saja tanpa ada sikap mahu menilai ataupun menganalisa kembali kebenaran, disebalik dakwaan penyebar mesej ini bahawa SMS ini dititipkan khas dari Nashrullah, bahkan juga sejauhmana kebenaran dan ketepatan ’amalan khas’ yang diperturunkan Nashrullah itu di neraca timbangan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa tahu menahu ataupun mungkin terlupa akan firman Allah SWT akan situasi ini:

”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat, 49: 6]

Kata al-Qadhi Abu Bakr ibn al-Arabi:

”Siapa yang pasti kefasikkannya maka batallah perkataannya (hilang kredibiliti) di dalam menyampaikan berita. Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasikkan pula adalah sesuatu yang membatalkannya.”

[Ibn al-Arabi, Ahkam al-Qur’an, 4/147, cetakan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 12]

Bagaimana mungkin kita boleh menerima berita dan petua agama daripada individu (Nashrullah yang merupakan seorang syi’ah) yang jelas pegangan ideologinya mencela dan mengakfirkan majoriti para sahabah seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Utsman al-’Affan, Abdurahman al-’Auf ,menuduh isteri baginda Nabi SAW; ’Aeesyah seorang perempuan yang jalang, serta mendakwa bahawa al-Qur’an yang ada sekarang tidak lengkap?! Bagaimana mungkin kitaq boleh mempercayai kata-kata dari seorang yang syi’ah dalam perkara keagamaan?! Terlupakah kita akan sabda Nabi SAW:

”Janganlah kalian mencerca sahabahku.”

[Hadits riwayat Muslim IV/1967, Dinukil dari: Dr Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Ya Rabbi... Selamatkan Lisanku (Terjemahan dari A-fat al-Lisan fi Daw al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan AQWAM Jembatan Ilmu, m/s 134]

Abdullah Bin Mas’ud radhiyallah ’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

”Mencaci/mencela seorang muslim (menyebabkan seseorang menjadi) fasiq.”

[Hadits riwayat al-Bukhari I/17, Muslim I/18, Al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan I/13. Dinukil dari: ibid, m/s 135]

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadits ini:

”Ketahuilah, bahawa mencaci para sahabah radhiyallahu ’anhum adalah keharaman yang paling keji...”

[Rujuk: Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi XVI/93. Dinukil dari: ibid, m/s 134]

Demikianlah, Rasulullah SAW memberitahu kita yang sesiapa yang mencaci seorang muslim maka dia adalah fasiq. Akan tetapi, syi’ah bukan sahaja mencaci para sahabah, bahkan ada yang sampai ke tahap mengkafirkan para sahabah. Ada yang percaya dengan konsep raj’ah (kelahiran semula ke dunia selepas mati) dan berbagai kepercayaan karut-marut lagi. Lantas, tak hairan ramai daripada para ulama’ besar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengatakan yang golongan syi’ah terkeluar dari Islam seperti yang diperkatakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusy.

[Rujuk: Maulana Mohd Asri Yusoff, Syi’ah Rafidhah: Di Antara Kecuaian Ulama’ dan Kebingungan Ummah, Terbitan Pustaka Bisyarah, m/s 4-5]

Di dalam kitab Ushul al-Kahfi karangan al-Kulaini; yang merupakan kitab hadits yang paling utama dan dipegang di dalam golongan Syi’ah mereka bahkan mengangkat para Imam mereka setaraf dengan para Rasul bahkan lebih daripada mereka. Mereka mendakwa para Imam mengetahui bila waktu kematian mereka dan hanya mati dengan kematian mereka. Bahkan yang lebih serius lagi mereka mendakwa para Imam mengetahui perkara ghaib yang terdahulu dan akan datang.

[Rujuk: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 93-98]

Jika difikirkan secara kritis serta rasional, kebarangkalian mesej tersebut (dikirim dan dipesan oleh Nashrullah) palsu adalah seratus peratus. Bak kata Kapten Protaz Hafiz Firdaus ketika mengulas tentang hal ini, beliau telah memberi istilah yang ianya adalah ’Made in Malaysia’.

[Rujuk: Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah Buku 5, Terbitan Jahabersa, m/s 56]

Di dalam hadits Nabi SAW ada larangan yang jelas agar tidak membawa semua cerita yang didengar atau diterima tanpa menyelidikinya. Bahkan perbuatan tersebut dianggap sebahagian daripada pendustaan. Sabda Nabi SAW:

”Cukuplah sesorang itu digelar pendusta sekiranya dia menceritakan setiap (perkara) yang dia dengar.”

[Riwayat Muslim dalam mukadimah Shahihnya]

Islam telah mensyaratkan setiap perkara yang dikaitkan dengan agama itu mestilah berpaksikan fakta yang shahih bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Inilah disiplin yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Namun, ada sebahagian individu ataupun kelompok yang terbabas saat hendak melakukan sesuatu amal yang tujuannya baik. Hanya beralasan matlamat yang baik mereka menyangka mereka boleh mencipta sesuatu ibadah dalam Islam. Perlu diingat, Islam bukanlah serupa sebagaimana teori yang dikemukakan oleh Niccolo Machievelli dalam buku karyanya The Prince yakni ”Matlamat menghalalkan cara”.

Teori bertuhankan akal dan nafsu oleh Machievelli ini telah lama lagi dinafikan kerelevannya oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Makanya, tidak sepatutnya wujud umat Islam yang mahu meniru teori kebajikan Robin Hood dari hutan Sherwood yang menghalalkan jenayah rompakan berdalihkan hasil rompakan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat miskin England. Islam menuntut umatnya bukan cukup setakat beramal, tapi yang menjadi tuntutan dalam Islam adalah amal yang soleh. Kriteria bagi sesuatu amal soleh itu ia mestilah memenuhi dua syarat ini yakni: 1) ikhlas dan 2) Ittiba’ (mengikuti sunnah). Ini seperti yang ditafsirkan oleh al-Qadhi Fudhail Bin Iyadh. Takutilah amal yang kita lakukan selama ini berhamburan tidak bernilai pada pandangan Allah di hari akhirat kelak.

Buktinya, sahabah Nabi SAW yang terkenal dengan kefaqihannya yakni Ibn Mas’ud radhiyallahu ’anhu telah menegur dengan keras beberapa indivdu yang membentuk bulatan lalu bertasbih, bertakbir, dan bertahlil di zamannya bahkan mengatakan pada mereka itu adanya ciri-ciri khawarij; salah satu kelompok sesat yang dikhabarkan Nabi SAW dalam haditsnya yang shahih. Hayatilah peristiwa yang telah terakam dalam sejarah ini dan sematkanlah ia di dalam jiwa kita semua:

”Demi Allah wahai Abu Abdurrahaman (Abdullah Bin Mas’ud), sesungguhnya kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya (Abdullah Bin Mas’ud): ”Betapa ramai yang bertujuan baik namun tidak menepatinya[/i].”

[Riwayat al-Darimi dalam Musnadnya dan dinilai shahih oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam [i]Silsilah al-Ahadits al-Shahihah. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Bid’ah Hasanah: Istilah yang Disalah-Fahami, Terbitan Jahabersa, m/s 74]

Jika difikirkan dengan teliti, tidakkah pensyari’atan supaya bertahmid, bertasbih dan bertahlil itu ada dalilnya dari al-Sunnah? Namun begitu, kenapa sahabah Nabi Ibn Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari tidak menyetujui bahkan membangkang secara keras amal sebegitu? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Diriwayatkan pula daripada Nafi’ (guru al-Imam al-Bukhari):

”Seorang lelaki telah bersin disebelah Ibn ’Umar radhiyallahu ’anhuma lalu mengucapkan: ”Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah.” Ibn ’Umar lantas menegur: ”Aku juga pernah mengatakan Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah (akan tetapi) bukan begitu yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kami (selepas bersin). Baginda SAW mengajar kami agar menyebut Alhamdulillah dalam setiap keadaan.”

[Hadits yang shahih. Riwayat al-Tirmidzi no: 2738 dan riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak jilid 4, Kitab al-Adab, no: 265 dan lafaz adalah bagi al-Tirmidzi. Dinukil dari: Mohd Yaakub Mohd Yunus, Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia, Ternbitan Jahabersa, m/s 14]

Sekali lagi, cuba renungi, bukankah penambahan wassalam ’ala Rasulullah pada kalimah tahmid (Alhamdulillah) itu sesuatu yang kelihatannya baik? Bukankah pensyari’atan supaya umat Islam berselawat pada Rasulnya itu ada diriwayatkan di dalam hadits Shahih Muslim? Kenapa sahabah Nabi SAW; Ibn ‘Umar anak kepada Amirul Mukminin Umar al-Khattab membantah tindakan lelaki itu? Kenapa? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Ini dapat difahami daripada perkataan al-Imam as-Subki (salah seorang penentu qowl mu’tamad dalam mazhab al-Syafi’e) seperti yang dinukilkan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani:

“Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.

[Rujuk: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Penjelasan Shahih al-Bukhari, Terjemahan Pustaka Azzam, m/s]

Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin rahimahullah telah menjelaskan syarat yang wajib dipenuhi dalam ibadah ada enam syarat yakni sebab, jenis, kadar, kaifiyyat (tatacara), waktu, dan tempat. Sebagai contoh membaca do’a khusus dari al-Qur’an dan al-hadits seperti surah al-Fath ayat 26-27 dengan tujuan mahu memperoleh bantuan Allah, dan pada waktu tertentu seperti ketika saat genting diserang musuh adalah tiada sumbernya daripada al-Sunnah yang tsabit daripada Nabi SAW. Pengkhususan itu yang menyebabkan ianya tertolak. Pendek kata; bid’ah.

[Rujuk: Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin, Mutiara Ilmu: Himpunan Tiga Buah Buku (di bawah bab al-Ibda’ fi Kamal al-Islam wa Khothru al-Ibda’), Terbitan Jahabersa, m/s 78-81]

Sabda Nabi SAW:

”Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tiada dasar perintahnya daripada kami maka ianya tertolak.”

[Hadits shahih riwayat Muslim (1178). Dinukil dari: Kompilasi Empat Ulama’ Besar (Imam al-Nawawi, Imam Ibn Daqiq al-E’id, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di, Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin), Syarah Hadits Arba’in, Terbitan Pustaka Arafah, m/s 111]

Kesimpulan yang saya ingin tegaskan disini, seharusnya kita melakukan apa telah diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau pernah mengerjakan qunut nazilah selama satu bulan penuh untuk mendoakan suatu kaum. Dan ditegaskan pula beliau pernah membaca qunut nazilah untuk mendoakan suatu kaum tertindas dari para sahabah beliau, di mana mereka ditawan oleh orang-orang yang melarang mereka berhijrah. Dengan demikian adalah disunnahkan membaca qunut nazilah pada saat terjadinya kejadian yang menyengsarakan kaum muslimin dengan membaca doa-doa yang sesuai dengan keadaan, baik mendoakan kebaikan atau keburukan bagi suatu kaum, atau sesuai dengan peristiwa yang dialami. Hadits-hadits berkenaan hal ini banyak. Inilah yang diperjelaskan oleh Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani.

[Rujuk: Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Panduan Shalat Lengkap (Terjemahan dari Shalatul Mu’min: Mafhum wa Fadha’il wa Adaab wa Anwa’ wa Ahkam wa Kaifiyyatu fi Dhaw’i al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan Penerbit al-Mahira, m/s 267-272]

Kemenangan Pas Dari Perspektif Berbeza

Nampaknya berakhir sudah polemik PRK Kuala Terengganu yang berlanjutan selama beberapa minggu kebelakangan ini.

Calon Pas, Abdul Wahid Endut berjaya mengalahkan calon BN,Dato' Wan Ahmad Farid dan calon Bebas,Azharuddin Mamat. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi(rujuk harakahdaily.net).

Adalah diharapkan calon yang menang dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepimpinan untuk rakyat Terengganu khususnya. Dan tidak lupa janji-janji manifesto wajib pula dilangsaikan.

Buat anda yang kalah, muhasabahlah diri anda. Mengapakah rakyat jelata menolak anda dan adakah anda betul-betul layak untuk memegang jawatan itu. Apapun rakyat sudah sebulat suara untuk tidak memilih anda dan berusahalah untuk membantu ulil amri yang dilantik itu. Semuanya atas semangat ukhuwah Islamiah jua.

Sebagai tambahan, kemenangan Pas kali ini memberi satu perspektif berbeza buat diri aku. Khususnya apabila Pas berjaya buat turn around sebab sebelum ini Pas kalah pada PRU tahun lepas. Pelbagai spekulasi diberikan, tapi bagi aku ada satu 'main factor' yang menentukan keputusan kali ni. Persoalannya, adakah ini menjadi petunjuk bahawa puak-puak Syiah sudah ditunjukkan jalan keluar oleh pengundi-pengundi Pas yang sememangnya Sunnah? Barangkali aku adalah orang yang paling gembira andaikata tokoh-tokoh Syiah di dalam Pas dicantas serta-merta!

Justeru, terus tertegaklah Sunnah di bumi Ganu Kita....

Wednesday, January 14, 2009

Pagi Palestin, Malam Selangor

Best.

Sabtu lepas aku join Rapat Umum Selamatkan Palestin anjuran Aman Palestin. First time tengok perhimpunan yang mengenepikan ideologi jemaah centric. Semuanya ummah centric. Kat atas pentas pelbagai pemimpin jemaah ada. UMNO, Pas, Abim, Aman Palestin, Isma, datuk bandar Shah Alam pun ada, selain seorang wakil daripada Palestin. Ucapan sejuta tahniah buat pihak penganjur. Semoga dengan usaha kalian bisa membuka mata mereka2 yang terlena akan isu palestina.Malam tu pun tak kurang penting. Ni kali pertama aku turun Stadium Shah Alam untuk tahun 2009. Sampai-sampai stadium je aku terkejut. Mak oi, ramai gila!nak masuk parking punyala sesak.Dah menang memang la ramai.hehe.Cuba tunggu bila kalah nanti. Konfem kosong balik stadium tu...hampeh...Nampaknya kedatangan aku tak sia2 sebab pasukan Selangor berjaya menampilkan aksi bertenaga dan menang 3-0 ke atas pasukan Negeri Sembilan. Ada juga aku toleh kiri kanan. Mana la tau kot2 Rita Rudaini pun ada turun jugak. Ye la, nak tengok 'baby' main katakan...huhu

Go Selangor Go!!

Saturday, January 3, 2009

[Palestin] Jangan Lupa Berqunut Nazilah

Kita di Malaysia sudah biasa dengan tatacara qunut ketika solat Subuh dan solat sunat Witir. Setiap kali bersolat subuh dan berwitir kita akan mengangkat tangan berdoa sejurus selepas bangkit dari ruku' dan beri'tidal.

Tahukah anda, qunut juga terdapat pada solat-solat wajib yang lain?

Ya,qunut juga terdapat pada solat-solat wajib yang lain seperti Zohor,Asar,Maghrib, dan Isya'. Inilah yang dinamakan sebagai qunut an-Nazilah.

Qunut Nazilah dilakukan sebagai usaha kita untuk memohon kepada Allah agar diberi keselamatan buat umat Islam dan ditimpakan kecelakaan buat golongan kuffar yang memerangi Islam.

Tatkala umat Islam khususnya di Palestin dan Iraq bergelut dengan peperangan menentang kezaliman kuffar dan musyrik, saya mencadangkan agar kita semua tanpa kecuali, agar kita mendoakan bagi mereka kesejahteraan dan keselamatan. Kita bisa saja berdoa bila-bila masa, namun qunut nazilah adalah salah satu cara yang ditunjukkan secara khusus oleh baginda Rasulullah terutama ketika menghadapi zaman kesukaran sebagaimana sekarang.

Justeru, ketika kita berqunut ketika solat subuh, maka jangan dilupakan untuk menambah bait-bait dari qunut an-Nazilah. Atau jika mahu baca terus qunut Nazilah dengan ditinggalkan qunut subuh yang selalu dibaca pun tidak mengapa. Bahkan itu lebih menepati tatacara qunut yan ditunjukkan Nabi. Dan petunjuk nabi itulah yang terbaik.

Dalil yang menjadi petunjuk qunut Nazilah:

Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar,
Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila ia mengucap
Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan
kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada pada
perkampungan Bani Sulaim, dan orang-orang di belakang beliau mengucapkan
amin" (Irwaa-ul Ghalil II/163)

Antara lain adalah hadits Ibnu ‘Umar dan Abu Hu-rairah:

Dari Ibnu Umar, “Sesungguhnya ia pernah mendengar Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam ketika beliau mengangkat kepalanya dari ruku’ di raka’at
yang terakhir ketika shalat Shubuh, ia membaca: “Allahummal ‘an fulanan wa
fulanan wa fulanan (Ya Allah laknatlah si fulan dan si fulan dan si fulan) sesudah ia membaca Sami’allaahu liman hamidah. Kemudian Allah menurunkan ayat (yang artinya): ‘Sama sekali soal (mereka) itu bukan menjadi urusanmu, apakah Allah akan menyiksa mereka atau akan mengampuni mereka. Maka sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang zhalim.’” [Ali ‘Imraan: 128](Hadits shahih riwayat Ahmad II/147)

Untuk melihat contoh doa qunut Nazilah, boleh lihat video di bawah:-



Adapun untuk teks qunut nazilah, boleh saja memilih doa-doa yang berkaitan. Antara yang thabit daripada nabi adalah seperti di bawah(dipetik daripada kitab "Hisnul Muslim Min Athkar al-Kitab Wa al-Sunnah" karangan Sheikh Sa'id al-Qahtani):

Semoga dengan mengamalkan qunut Nazilah ini, doa kita dimakbulkan Allah dan mendapat ganjaran mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahua'lam

Qardawi : Tiada siapa terkecuali daripada mempertahankan Gaza

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Untukmu Palestina...

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..." (Sura al-Maidah:82)

Buat saudara saudariku rakyat Palestina yang dikasihi,

Telah sampai kepada kami sebuah berita kedukaan di bumi suci umat Islam. Di saat itu, seluruh dunia menjadi saksi akan kezaliman tentera zionis yang rakus dan bangsat tidak mengenal lagi erti perikemanusiaan. Beribu nyawa dan jiwa yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman puak terkutuk itu. Demi sesungguhnya, jikalau diri ini diberi keizinan oleh Yang Maha Esa pasti daku akan menyertai perjuangan kalian di medan jihad.

Namun Dialah jua penentu segalanya. Tiada daya kami untuk mengangkat senjata. Kalianlah wakil kami dan seluruh dunia Islam untuk membawa panji-panji perjuangan ini di sana. Kami sedari bumi Palestina itu milik kita semua. Dengan itu, sedaya upaya kami di sini sentiasa mengiringi kalian dengan bait-bait doa yang tidak pernah kunjung reda. Jangan kalian berduka, janji Allah pasti akan menjelma:

Firman Allah:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku". (Sura al-Isra': 4 dan 5)

Demikian pula, benarlah jua perkataan Nabi Muhammad al-Mustoffa:

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim, 1/137) (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 436-437)

Wahai Tuhan, bantulah Islam dan Umat Islam dan hancurkan kuffar, pembawa bid'ah, dan orang-orang musyrik...Ameen