Saturday, January 24, 2009

PRK UIA: "Itulah Politik Namanya"

Pilihanraya kampus UIA Gombak berlalu sudah. Sedia maklum,team pro-mahasiswa aka WUFI berjaya mencapai kemenangan 3/4 dengan memenangi 9 daripada keseluruhan 12 kerusi yang dipertandingkan. Ternyata pelajar2 UIA masih mahu mengekalkan kepimpinan sedia ada samada kerana berpuas hati dengan hasil kerja pemimpin tersebut atau mereka sendiri sebenarnya sudah tiada alternatif lain. Hanya Tuhan yang tahu.

Seperti biasa, politik dan kontroversi tidak mungkin dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu. Dan itulah yang berlaku di UIA baru-baru ini.


Seminggu sebelum election diadakan, sudah bertebaranlah surat-surat layang yang berupa flyers dan pamplet oleh perkumpulan yang bertanding untuk mempromosikan calon parti masing-masing. Ia sememangnya suatu lumrah sebelum pilihanraya. Namun ia bukan lagi lumrah sekiranya disertakan dengan cacian dan maki hamun pihak bertanding demi menjatuhkan maruah pihak lawan. Hari ini si A dikatakan 'hanjing', esoknya pula si B dilabel sebagai 'haiwan yang suka menggondol-gondol ke sana ke mari'!

Sehingga ia menimbulkan persoalan yang tak terjawab; perlukah iklim politik yang sebegini? Perlukah ditiru taktik kotor lagi jijik pencacai politik diluar sana? Dimana pula nilai intelektualiti pelajar-pelajar ini?

Lebih parah dan lebih jauh memalukan, kegiatan mereka ini dilakukan di surau dan musolla! Kamu yang berpendidikan agama - atau yang menggunakan istilah Islam dalam politik mereka- sila bentangkan hanya satu ayat al-Quran atau quotekan hanya satu potong hadith Rasulullah yang membenarkan perlakuan kamu itu. Demi sesungguhnya,sudah pasti kamu tidak ketemuan kerana yang memisahkan politik dan Islam itu bukannya orang lain, tetapi diri kamu sendiri.

Di samping itu, aku juga tidak berkenan apabila pihak-pihak yang bertanding memberi pelbagai label yang bermacam-macam kepada pihak lawan. Contohnya, Pro-Aspirasi melabel WUFI sebagai 'jumud',Wufi pula membalas dengan melabel Pro-Aspirasi 'barua BN'. Yang menariknya, mereka berdua bersatu untuk melabel PKPIM sebagai 'bermuka-muka' dan 'opportunis'. Tidak pula diketahui reaksi PKPIM lantaran kekurangan sumber untuk mengetahui ideologi kumpulan ini.

MANIFESTO

Sebagai pelajar, aku wajib mengetahui dan mengenali latarbelakang calon-calon yang bertanding. Ini kerana aku tetap berpegang bahawa mengundi itu adalah berdasarkan calon, bukan parti(kumpulan). Sebab kalaulah mengundi itu berdasarkan parti, nescaya sangat wajar kuota undi dibuka juga untuk budak-budak tadika yang belum mumayyiz. Masakan tidak, kamu tidak perlu kenal orang yang mahu dipilih, lihat saja lambang parti, dan terus pangkah. Ia seperti ketika mula-mula mahu kenal apa itu ayam,itik dan burung.

Salah satu cara untuk aku mengenali calon ialah menerusi manifesto yang dibentangkan. Dari situ dapat kita lihat visi calon-calon yang bertanding. Dan dari situ kita dapat mengagak apakah peranan yang akan dimainkan andaikata dia terpilih sebagai perwakilan pelajar.

Seperti aku di konstituensi engineering, terdapat 3 orang calon yang bertanding. 2 brothers dan seorang sister.

Ketika membaca manifesto mereka ini, tiba-tiba teringat aku akan salah satu manifesto oleh kepimpinan sebelum ini. Satu manifesto yang masih tidak kunjung tiba dan langsung tidak menampakkan potensi untuk dijalankan iaitu untuk menyelesaikan masalah PARKING. Untuk pengetahuan semua, lot parking di kuliyyah engineering terlalu padat dan tidak teratur. Sesiapa saja yang pernah ke sana pasti akan mengiyakannya. Tidak keterlaluan untuk aku mengatakan bahawa aku telah memangkahnya tahun lepas adalah disebabkan manifesto beliau itu. Tapi, lihatlah apa yang terjadi.

Oleh sebab itu, aku tidak mahu perkara sama berulang. Tidak kisahlah dari parti mana beliau itu, yang pasti aku mesti memilih calon yang mempunyai visi yang jelas untuk terus menjaga kebajikan penduduk kuliyyah engineering ini.

Manifesto kali ini tidak kurang hebatnya. Seorang calon lelaki mempertaruhkan janji untuk memperbaiki servis printing di blok-blok engineering, sementara seorang lagi berjanji akan 'standardize the food price' di kawasan engineering. Calon wanita tidak ketinggalan menawarkan untuk membantu pelajar mendapatkan recommendation untuk EIT(Engineering Industrial Training) dan menambah masa untuk penggunaan lab research. Secara umumnya, ketiga-tiga mereka mempertaruhkan manifesto yang bagus dan jelas.

Cumanya, ada seorang calon yang juga sahabat aku di tahun 2, meletakkan salah satu manifesto beliau seperti berikut: "To create bi'ah solehah condition in this kuliyyah". Kawan aku yang sepatah haram tak tahu bahasa arab lantas bertanya "apa kejadahnya bi'ah solehah ni?". Entahlah, aku pun tak tahu samada ia wajar diselitkan dalam manifesto atau tidak. Mungkin bagi calon tersebut suasana di kuliyyah engineering tidak cukup solehah agaknya. Wallahua'lam.

Akhirnya, aku mewakili beribu pelajar UIAM lainnya menuntut agar saf kepimpinan pelajar menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jangan kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab, dicarinya alasan yang pelbagai dan dipersalahkan pula pihak yang selainnya. Yang sebetulnya, salahkanlah diri anda andai tidak mampu memegang amanah kepimpinan walaupun sudah dipilih oleh orang ramai. Kerana ingatlah sampai mati, bahawa amanah kepimpinan itu sangat berat dan akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Akhirat nanti.

Wallahua'lam.

4 comments:

  1. aku setuju..nasib baik ak xg undi aritu..haha..xsempat bkan malas

    ReplyDelete
  2. aih...tanggungjawab tu sheikh...kena undi

    Adakah falsafah HT telah menyelinap masuk ke UIA?kalau gitu, la shak, demokrasi itu haram la gamaknya...hehe

    ReplyDelete
  3. Salam bro :)

    How r u? Nampak cam menarik je pilihanraya kampus kat universiti ni kn. So,last2 calon mane yg dpt wakil engine? Kadang2 calon hanye beriya2 wat manifesto walhal xmampu nak laksanakan. Moga2 pemimpin yg dipilih akan dapat laksanakan tanggungjawab kn. Itu yang penting kn.

    ReplyDelete
  4. Sihat je...alhamdulillah...just being 2 bz lately...

    Pro-M aka WUFI menang kat engin...diorg ni kire pro Pas r kat Universiti...Tapi personally manifesto diorg takde la best sgt... maybe orang pangkah sbb hal2 yg lain selain faktor manifesto...tak tau la

    kat jepun takkan xde campus election kot?hehe

    ReplyDelete