Monday, January 26, 2009

Boikot: Banyak Sungguh Alasanmu!


Setiap kali umat Islam ditindas oleh pihak kuffar di mana2, isu boikot mesti tidak dilepas pandang. Dahulunya negara2 seperti Denmark dan Holland sudah terkena penangannya. Kini,tiba masanya usaha boikot itu ditujukan khas buat proxy2 Israel yang bertindak menyalurkan dana secara langsung kepada negara haram zionis tersebut.

Lantas, umat Islam diseru untuk bersatu dalam usaha memboikot ini agar ia dapat bergerak secara menyeluruh. Akan tetapi, kita mendapati penyakit lama umat Islam membarah kembali. Bukan saja tidak mahu bersatu dengan jamaah kaum muslimin, malah ada yang sanggup menjadi 'mat kontra'dalam isu memboikot ini dan secara tak langsung membantah sekerasnya usaha boikot yang sedang berlangsung ini.

Mereka ini datang dari pelbagai cabang. Untuk menyokong tindakan mereka itu, seribu macam alasan dicari agar umat melihat usaha boikot ini sebagai leceh dan membuang masa. Antara alasan2 yang mereka kemukakan:


1. "Buat apa nak boikot? Bukan ada kesan pun kat diorang..."

Aljawab: Orang yang mengeluarkan kenyataan sebegini seolah2 tidak berdiri langsung atas fakta. Atau beliau terlalu malas untuk membaca dan mencari fakta yang benar tentang kesan2 boikot yang dijalankan sebelum ini.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Israeli Products.com:

There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.(diambil dari saifulislam.com)
Bagaimana orang Islam pula yang memperlekehkan usaha boikot ni?sungguh aku tak faham!

2. Tak kesian ke kat budak2 melayu yang kerja kat McD dan KFC?Habis menganggur la pasni.

Aljawab:Aku katakan itu bukan masalahnya. Kita ambillah kaedah 'akhaf al-dhararain' yang bermaksud 'memilih yang lebih ringan daruratnya(keburukannya)'. Kalau betullah andaikata usaha boikot ini menyebabkan ramainya anak2 Melayu kehilangan kerja, apakah pendapatmu aku katakan anak2 Palestin itu sedang kehilangan nyawa mereka!

Bukankah ada beribu lagi jenis pekerjaan di Malaysia ini? Dan tidakkah ada beribu lagi restoran Muslim yang lain? Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku yang budiman.

3. Kita nak boikot pun susah juga. Hakikatnya kita tak ada alternatif. Kita bukan negara pengeluar, kita mengguna saja...

Aljawab:Janganlah beralasan begitu, kerana alternatif itu sentiasa ada kecuali kepada orang yang malas atau yang tidak mahu mencari. Kita maklum bahawa boikot yang dijalankan ini bukannya untuk semua produk. Kita mengambil sikap selektif, iaitu hanya ditumpukan produk yang utama saja. Jadi, kalau sudah tidak boleh makan makanan McD atau Coca Cola, makanlah ayam goreng dan berjuta lagi jenis minuman cola yang terdapat di pasaran. Adakah ia begitu susah?

Hakikatnya alasan ini diguna untuk menutup sifat kemaruk mereka yang mendalam terhadap makanan2 dari proxy2 Israel ni. Mana taknya, mereka ini berbuka dan bersahur pun dengan McD dan KFC. Baru2 ini ketika Raya Haji, oleh sebab haramnya hukum memberi upah kepada tukang sembelih dengan daging korban, mereka disajikan pula dengan beberapa bucket ayam goreng KFC! Kalau ini pun masih terjadi, janganlah kamu sibuk bicara untuk menjadi Salahuddin al-Ayyubi!

Tambahan pula, dalam suasana kegawatan ekonowi seperti sekarang, adalah sangat wajar umat Islam tidak membuang duit mereka kepada syarikat2 yang diboikot ini. Bayangkan kalau sekali berkunjung ke McD akan habis RM20, cuba kira kalau sudah berkunjung sepuluh kali. Itu tidak termasuk lagi duit yang hangus di panggung wayang menonton cerita2 hollywood dan disney.

KESIMPULAN


Allah telah mentakdirkan bahawa kita tidak mampu untuk berjuang di medan perang. Selain berdoa dan berqunut nazilah, kita buatlah apa yang termampu demi menyelamatkan saudara seakidah kita di Palestin. Di Malaysia, kita dikurniakan kemampuan yang tinggi untuk berdemo dan memboikot barangan proxy zionis Israel. Maka lakukanlah.

Jika kita tidak mampu untuk memboikot keseluruhannya, jangan ditinggalkan keseluruhannya. Buatlah sekadar yang mampu agar dengan itu dapat menunjukkan kepedulian kita terhadap isu Palestin. Kita ini hanya mampu berusaha, namun hakikat kesan yang mendatang kita kembalikan kepada Allah jua.

Renungkan kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi(sumber:eramuslim.com):
"Satu real (mata uang Arab-red) yang Anda keluarkan untuk membeli produk Israel
dan AS,
sama dengan satu peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestina."

"Saya terkejut ketika ada sebagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa
Pepsi,Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan modern produk Amerika,"

Moga Allah membantu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment