Wednesday, June 15, 2011

Sebesar-Besar Syirik!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjEcSRmldDeTb2SkbTYphVo7qUMfBryvPS2UtEKd0_UBXk0E3aIZfwh57RMW2TQ77x7w0KTXuewTCn5l8ePr7UZ1EKvJQ2kfMt5bnddMtj_thcv-P4ykQ4scydeUSqYsvwfKzjgf9GNR0/s1600/banner+Najib.jpg
Sumber: Milosuam


Don't Bite The Hand That Feeds You...


Hanya yang bongkak, angkuh, dan pemakan rasuah je yang layak mengungkap kata-kata jijik seperti ini.

Sebijik macam kata-kata fir'aun.

"Ana robbukumul a'la" [akulah tuhan kamu yang maha tinggi!]

Seolah-olah mereka nak cakap "akulah yang memberi rezeki kat kamu. Ingat, duit gaji yang ko makan tu semua datang daripada kami. So, bersyukurlah dan jangan melawan!"

Haaaakkkk Ptuiiiiih!

Ugutan? Itulah yang dilihat orang kebanyakan.

Aku lebih memandangnya salah satu pintu syirik yang dahsyat. Malah bagi aku inilah sebesar-besar syirik, inilah seburuk-buruk bid'ah!

Syirik apakah yang lebih besar daripada kau mengaku ada Pemberi Rezeki yang lain selain Allah? Lebih teruk lagi kau mengaku engkaulah yang memberi rezeki!

Lalu, bid'ah apakah yang lebih buruk daripada bid'ah yang diada-adakan dalam hal 'aqidah?! Kalau bid'ah lafaz niat dan tahlilan tu dah teruk, ini sejuta kali lebih teruk!

Sabar dengan kemungkaran pemerintah?

Ooops, not this time....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ هَلۡ مِنۡ خَـٰلِقٍ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُؤۡفَكُونَ


"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?" [Faathir: 3]


Read Between The Lines

Kadang-kadang bila aku tak puas hati dengan sesebuah kenyataan, aku akan tinggalkan komen dengan nada sinis. Atau double meaning. Atau kadang-kadang celupkan sedikit retorik.

Aku buat macam tu sebab tak nak cakap terlalu direct dan takut ada yang terasa. Sebab selalunya bila kita terlalu transparent, orang akan nampak kita macam marah dan emotional. Kalau member2 tu mulalah ada yang menarik muka...

Tapi sekarang aku kena fikir dua tiga empat lima enam tujuh kali kalau nak buat ayat-ayat double meaning ni.

Bukan apa, sebab takut nanti ramai orang yang tak faham!

Kalau tak faham pastu ignore je takpe lagi, ni siap ada yang salah faham pulak.

Aku cakap A, dia faham B. Yang aku maksudkan putih, dia nampak sebagai hitam.

----------------------------------------------------------

Contohnya baru-baru ni kecoh pasal gambar kartun yang dikatakan "menghina Islam"



Sumber: malaysiakini.com

Banyak reaksi daripada pelbagai pihak -yang islamik mahupun yang tak berapa nak islamik-, kononnya kartun ni "menghina hukum syariah" dan perlu "didakwa di mahkamah".

Maaflah kalau aku tak dapat faham macamana yang korang faham, tapi bagi aku kartun ni "is an eye-opening" buat pelaung-pelaung slogan Hudud. Sebab realitinya, memang beginilah yang kebanyakan mereka faham!

Zina, liwat, rogol, semuanya mereka masukkan dalam bakul yang sama.

Media UMNO? Lupakanlah dulu akhbar Utusan tu milik siapa. Ini bukan masalah parti mana betul atau salah, tapi ia masalah sikap dan kefahaman.

Emosi yang mendahului ilmu.

Kawan, cubalah asah sikit otak tu, fikir dulu sebelum bertindak. Cuba baca "hidden message" dan bacalah sesuatu perkara "between the lines". Sebab itulah cara baca golongan Ulul Albab. So, jangan tersilap cara baca!

"Eh, betullah kes rogol kena ada 4 orang saksi. Kalau tak, macammana nak dakwa?"

Ini jawapannya...!





Tuesday, June 7, 2011

Asing, Ganjil, Pelik

Semalam bila balik keje aku tension, otak dah penat, badan pun letih.

Tiba2 Effy Saiful, member lama kat DQ dulu (yang sama2 membawa pemikiran melawan arus perdana...hahaha) post gambar kat bawah ni di FB beliau...

Gambar masjid DQ yang memahat seribu kenangan...

Terus terkenang balik kenangan2 pahit dan manis masa aku kat DQ dulu..Adehhh, hampeh ko Effy!

Yang lagi tak boleh tahan caption yang diletak kat gambar ni:

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times when we remembered a time when we were happy
Berapa kali kau ingat kenangan indah kita bersama

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
Dengan kitab Allah, kita membacanya pagi dan petang


Ia adalah lirik sebuah lagu yang menggegar jiwa bertajuk Ghuraba' nyanyian al-Sheikh Sa'ad Sa'id al-Ghamidi hafizahullah.



Lagu ni bukan saja mengingatkan aku pada kenangan2 di DQ dulu,tapi secara automatik membawa aku kepada sebuah hadith yang terlebih lagi menggegar jiwa. Aku kongsi kat sini dua hadith yang berkaitan dengan "ghuraba" atau "gharib":

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ مَرْوَانَ الْفَزَارِيِّ قَالَ ابْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ يَعْنِي ابْنَ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin 'Abbad dan Ibnu Abi Umar semuanya daripada Marwan al-Fazari. Berkata Ibn Abbad, telah menceritakan kepada kami Marwan daripada Yazid -iaitu Ibn Kaisan - daripada Abi Hazim, daripada Abi Hurairah dia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

"Islam bermula dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah al-Ghuraba' (mereka yang asing)" [Hadith Riwayat al-Imam Muslim]


Demikian sebuah hadith yang dimuatkan dalam Hadith 40 al-Imam al-Nawawi,

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو المُنْذِرِ الطُّفَاوِيُّ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَعْمَشِ قَالَ حَدَّثَنِي مُجَاهِدٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ



Telah menceritakan kepada kami 'Ali Bin Abdillah, telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Abdul Rahman Abu al-Mundzir al-Thufawi, daripada Sulaiman al-A'mash dia berkata, telah menceritakan kepada kami Mujahid daripada Abdillah Bin 'Umar Radhiallahu 'anhuma dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah memegang bahuku lantas bersabda,


"Jadilah di dunia seperti engkau orang asing atau seorang pengembara"

Dan Ibn Umar pernah berkata,

"Apabila engkau berada di waktu petang maka janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka jangan tunggu waktu petang. Dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan hidupmu sebelum mati"

[Hadith Riwayat al-Imam al-Bukhari]

Indahnya jika kita berjaya menjadi ghuraba' sepertimana yang dianjur nabi. Aku kalau boleh nak syarah sikit perkataan "al-Ghuraba'" ni. Tapi mata dah ngantuk, badan dah layu. So lain kalilah kalau berkesempatan, insyaAllah...

Sunday, June 5, 2011

Hafal al-Quran Secara Part Time?

Jika orang bertanya aku pengalaman apa yang paling berharga pernah aku alami, aku akan menjawab, ia adalah pengalamanku menghafaz al-Quran di Darul Quran (DQ) sekitar tahun 2004/05.

Ia pengalaman singkat, namun memberi kesan paling mendalam buat diri aku.

Siang dan malam, pagi dan petang, sibuk dan lapang, masa-masa kami dipenuhi dengan al-Quran. Kami bangun dengan al-Quran, kami kembali ke kamar tidur juga dengan al-Quran.

Sekalipun ada kekurangan di sana-sini berkaitan hafazan aku - semoga Allah mengampuni dosaku - ia suatu yang berharga bila al-Quran itu dilazimi setiap masa. Dan sekurang-kurangnya aku tahu aku telah membuka jalan dan pendorong buat orang lain turut sama mengikut jejak aku dalam menghafaz al-Quran. Sepupu, anak buah, dan rakan-rakan ramai semakin berminat untuk "bertarung" di medan ini.

Dan aku selalu menggambarkan kepada semua yang belum menghafaz al-Quran, bahawa ia adalah salah satu nikmat hidup yang tiada tolok bandingnya. Engkau boleh membaca ayat-ayat Allah bila2 masa dan di mana saja, jika diizinkan Allah. Tengah driving, study atau sibuk bershopping engkau boleh basahkan lidah dengan kalimah-kalimah paling indah di alam maya ini. Engkau adalah walking al-Quran!

Ada yang bertanya, jika seorang yang tidak pernah jejak kaki ke sekolah tahfiz atau sekolah agama, ada peluangkah dia menghafaz al-Quran? Mengapa tidak! Wallahi, aku telah berjumpa ramai pemuda yang Allah pilih mereka untuk memahat ayat al-Quran di sanubari mereka. Mereka bukan pelajar tahfiz, bahkan ada antara mereka bakal-bakal engineer dan doktor!

Aku ada seorang kawan yang belajar sama di UIA dalam bidang engineering. Satu hari dia mesej aku boleh tak aku tasmi' (mendengar/menyemak) hafazan dia. Aku jawab boleh saja asalkan lapang daripada kelas, exam mahupun assignment. Bahkan malam itu juga dia bertandang ke bilik aku. Melihatkan semangat beliau yang begitu berkobar-kobar, aku menjadi tersentuh lagi terharu. Semoga Allah berkati ilmu dan umurnya.

Aku bertanya, "surah apa ko nak baca hari ni?"

"Emm, harap tak susahkan ko. Aku nak tasmi' Surah al-Syu'araa", jawab beliau.

"Uish, ko biar betul. Start2 hafal dah masuk surah ni?", aku cuba dapatkan kepastian.

Aku cuma terkejut kalau-kalau dia mula menghafaz al-Quran dengan surah al-Syu'araa. Pernah satu ketika senior aku di DQ berpendapat surah ni antara yang paling susah dihadam. Malah ada pendapat lain mengatakan "jika dapat surah ni, maka dapat seluruh al-Quran". Sebab itu aku risau jika kawan aku ni akan terasa terbeban dengan hafazan pertama.

Dia kemudian membuka cerita sebenarnya dia memang sudah hafaz sampai surah al-Syu'araa! Aku terkejut. Macam mana boleh hafaz al-Quran dalam kesibukan sebagai pelajar engineering? Rupa-rupanya semenjak dari matrik UIA lagi dia dah mula menghafaz. Bertatih-tatih seorang diri menghafaz dan mengulang.

Katanya dia kecewa kerana tak diterima masuk ke Darul Quran. Beliau gagal semasa interview hafazan. Namun kegagalan itu malah menjadikannya lebih kuat dan bersemangat untuk menghadam kalam-kalam Allah. Ketika itu aku rasa cukup kerdil, kerana sebenarnya diterima masuk ke DQ adalah antara nikmat terbesar dalam hidup ini. Cuma aku yang tak sedar dan tak nampak.

Bila direnung dan diperhati, sebenarnya "menghafaz secara part time" basis ni bukanlah suatu yang mustahil. Jikalah katakan kita menghafaz sehari satu muka surat, maka boleh jadi al-Quran yang setebal lebih kurang 604 muka surat itu dapat dihabiskan dalam tiga atau empat tahun. Cuma ia ada prasyarat yang perlu dipegang; iaitu azam yang tinggi dan tawakkal yang jitu.

Dan KUNCI BAGI SETIAP HAFAZAN ADALAH MENGULANG (I'ADAH).

al-Imam Sudais hafizahullah, imam Masjidil Haram itupun bila ditanya bagaimana mendapat hafazan yang kukuh, jawab beliau, "perbanyakkan mengulang!!".

Ikut pengalaman aku, setiap orang berbeza-beza cara menghafaz. Antara yang aku amalkan ialah mengikut tertib berikut:

1) Baca ayat al-Quran yang ingin dihafaz.

2) Baca lagi ayat yang sama berulang kali. Sehingga lancar dan tiada langsung yang tersangkut-sangkut.

3) Dengar mp3 bacaan al-Quran: bandingkan dengan bacaan kita dan perbetul mana yang salah terutama dari segi makhraj dan hukum tajwid. (dicadangkan mendengar murattal imam-imam besar seperti al-Sudais, Shuraim, Salih Bukhatir dan lain2. Mp3 boleh didapatkan merata tempat di internet. Hanya perlu google)

4) Baca ayat pertama berulang kali, sehingga hadam. ( mengikut kemampuan masing2. Ada yang cepat dapat, ada yang lambat. Tak mengapa, semakin banyak kita membaca semakin banyak pahala kita insyaAllah)

5) Baca ayat kedua pula, dan ulang banyak kali seperti ayat pertama.

6) Combinekan kedua-dua ayat, dan ulang banyak kali sehingga hadam.

7) Teruskan untuk ayat-ayat berikutnya.

Ini cara aku menghafaz, dan ia bukanlah rigid tetapi boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian. Ada ayat yang dalam bentuk penceritaan, maka aku prefer rujuk terjemahan, dan fahamkan kronologi sesuatu kisah. Contohnya seperti kisah ashabul kahfi dan kisah nabi Allah Yusuf. Kemudian perkukuhkanlah dengan "bertasmi' di hadapan Allah" iaitu membaca ayat-ayat tersebut di dalam solat. Ketika itu kita dapat "bayangan awal" bagaimana tahap kekuatan hafazan kita tadi.

Nah, menghafaz al-Quran bukanlah sesusah sebagaimana yang dimomokkan oleh orang kebanyakan. Ia boleh dan MAMPU DIHAFAZ OLEH SEMUA KAUM MUSLIMIN. Ia adalah mu'jizat, Kalamullah, wajib setiap orang Islam mencintai al-Quran dan tanda kita cintakan al-Quran adalah dengan menanamnya di dalam sanubari. Bukankah orang yang hangat bercinta itu akan mengulang-ulang kalimah kekasihnya setiap masa? Tiadalah cinta yang lebih agung daripada kita mencintai petunjuk yang tiada keraguan padanya.

Semoga Allah membantu kita dalam menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran. Ya Allah, permudahkanlah!

Thursday, June 2, 2011

Dunia Baru...........

Aku sekarang sedang melalui hari-hari terakhir di Denso.

Tamat sudah riwayat hidup aku sebagai seorang design engineer. Macam tak percaya akhirnya aku berjaya memakai baju seorang engineer. Teringat pulak baju masa belajar dulu tertera tulisan "Trust me, I'm an engineer!", yet you are not!...hahaha

Selepas tamat FYP dalam awal Bulan Januari 2011, aku dan member2 seakan masuk ke alam yang baru. Alam mencari pekerjaan! Ia bukanlah suatu yang manis bagi kebanyakan kami, minta sana kena reject, minta sini tak cukup syarat pula. Akhirnya our worst nightmare about menganggur akhirnya menjadi realiti.

Aku sendiri menganggur hampir sebulan lebih. Masa tu pula bukanlah masa yang sesuai untuk cari kerja sebab awal tahun memang industri tak cari sangat pekerja baru. Tetapi Allah telah membuka dan memudahkan jalan untuk aku - segala puji hanya untuk Allah- apabila aku diterima kerja pada kali pertama hadir interview. "First time lucky" la kata omputih...huhu

Empat bulan bukanlah jangka masa yang panjang untuk sebuah pengalaman. Aku mulanya memang plan nak masuk industri, kenal sistem yang ada secara real application, bercampur dengan orang industri, dan lepas beberapa tahun (plan 2 tahun) barulah kembali ke education line.

Tapi itulah, kita hanya mampu merancang, hanya di sisi Allah jua segala perkara-perkara yang ghaib yang kita tak tau.

Akhirnya selepas 3 bulan bekerja, aku dapat tawaran Academic Trainee di UIA. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat tawaran ni. Nak pulak UIA letak syarat yang sangat ketat. Diorang nak student yang dapat solid 3.5. Alahai tengok CGPA aku, jauh panggang daripada api.

Tapi aku tetap mencuba. Aku bertanya Afif, sahabat aku yang dah dapat tawaran ni awal2 lagi. Aku download borang, isi borang (borang yang agak panjang), kemudian hantar ke MSD UIA. Aku turun sendiri ke UIA untuk hantar.

Alhamdulillah, beberapa hari kemudian Department of Mechatronics call masa aku tengah khusyuk mereka-reka design. Akak secretary (tak ingat pulak nama dia) tu cakap HOD MCT, Dr Asan Ghani nak jumpa. Aku kata "ok, anytime". So, aku buat appointment untuk diinterview pada hari Sabtu.

Masa interview (which is borak2 santai) aku cuba convincekan dia yang aku memang berminat nak sambung belajar. Dia tanya, kenapa nak sambung belajar, u kan dah dapat kerja. Aku cuba jawab dengan yakin, "going into education line is always in my mind, Dr". Pastu aku goreng la pasal bidang yang aku rasa nak sambung lepas ni.

Alhamdulillah, dia nampak yakin dengan penerangan aku, dan cakap "I will recommend your name to the dean". Dia sempat bagitau, kalau dah lepas dengan dia, dan dia pula dah recommend nama aku, insyaAllah peluang nak dapat tu lebih besar. What happens next is just a formality.

Aku tak ambil port sangat kata2 dia. Bahkan aku selalu update dengan dean's office, dengan MSD. Akhirnya tanggal 16 Mei 2011 aku diinterview oleh rektor UIA masa tu, Syed Arabi Idid (dengar kata dah jadi mantan). Seingat aku, itulah interview paling sempoi dan paling singkat penah aku lalui. Tak sampai 5 minit rasanya! you dont even have to introduce yourself!

Dia hanya tanya dan provoke aku satu soalan berkaitan bidang yang aku nak sambung. Aku jawab sikit je, the rest Dr Amin Akramin (dean Kuliyyah of Engineering) yang tolong jawabkan untuk aku..haha..Cayalah dean, ni sayang lebih ni...kohkohkoh

Apa yang menarik, kat dalam form tu ada suruh mention "book title that has made a significant impact to your understanding of Islam". Aku tulis je Kitab al-Tauhid by Muhammad Bin Abdul Wahhab al-Tamimi. Aku cakap inilah antara kitab yang menghurai aqidah dari sudut factual, hujahnya hanya diambil dari sumber2 yang sahih, dan ia pula mudah difahami.

Sebenarnya ada satu pengajaran berharga yang aku ingin kongsi. Iaitu usaha tangga kejayaan. Allah tidak ubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. Itulah sunnatullahnya. Bahawa jika nak berjaya, kita perlu usaha. Apabila sudah berusaha, buat dengan bersungguh-sungguh, istiqamah dan ikhlas, kemudian kita serahkan selainnya pada Allah pada yang menentukan. Inilah konsep tawakkal.

Bukankah yang dilihat Allah adalah usaha dan bukannya pada berjaya atau gagalnya suatu usaha? Yakinlah dengan janji Allah, bahawa jika kamu berusaha kamu pasti berjaya. Dan bahawa setiap kepayahan adanya kesenangan.

Allahua'lam.