Tuesday, June 7, 2011

Asing, Ganjil, Pelik

Semalam bila balik keje aku tension, otak dah penat, badan pun letih.

Tiba2 Effy Saiful, member lama kat DQ dulu (yang sama2 membawa pemikiran melawan arus perdana...hahaha) post gambar kat bawah ni di FB beliau...

Gambar masjid DQ yang memahat seribu kenangan...

Terus terkenang balik kenangan2 pahit dan manis masa aku kat DQ dulu..Adehhh, hampeh ko Effy!

Yang lagi tak boleh tahan caption yang diletak kat gambar ni:

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times when we remembered a time when we were happy
Berapa kali kau ingat kenangan indah kita bersama

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
Dengan kitab Allah, kita membacanya pagi dan petang


Ia adalah lirik sebuah lagu yang menggegar jiwa bertajuk Ghuraba' nyanyian al-Sheikh Sa'ad Sa'id al-Ghamidi hafizahullah.



Lagu ni bukan saja mengingatkan aku pada kenangan2 di DQ dulu,tapi secara automatik membawa aku kepada sebuah hadith yang terlebih lagi menggegar jiwa. Aku kongsi kat sini dua hadith yang berkaitan dengan "ghuraba" atau "gharib":

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ مَرْوَانَ الْفَزَارِيِّ قَالَ ابْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ يَعْنِي ابْنَ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin 'Abbad dan Ibnu Abi Umar semuanya daripada Marwan al-Fazari. Berkata Ibn Abbad, telah menceritakan kepada kami Marwan daripada Yazid -iaitu Ibn Kaisan - daripada Abi Hazim, daripada Abi Hurairah dia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

"Islam bermula dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah al-Ghuraba' (mereka yang asing)" [Hadith Riwayat al-Imam Muslim]


Demikian sebuah hadith yang dimuatkan dalam Hadith 40 al-Imam al-Nawawi,

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو المُنْذِرِ الطُّفَاوِيُّ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَعْمَشِ قَالَ حَدَّثَنِي مُجَاهِدٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ



Telah menceritakan kepada kami 'Ali Bin Abdillah, telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Abdul Rahman Abu al-Mundzir al-Thufawi, daripada Sulaiman al-A'mash dia berkata, telah menceritakan kepada kami Mujahid daripada Abdillah Bin 'Umar Radhiallahu 'anhuma dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah memegang bahuku lantas bersabda,


"Jadilah di dunia seperti engkau orang asing atau seorang pengembara"

Dan Ibn Umar pernah berkata,

"Apabila engkau berada di waktu petang maka janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka jangan tunggu waktu petang. Dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan hidupmu sebelum mati"

[Hadith Riwayat al-Imam al-Bukhari]

Indahnya jika kita berjaya menjadi ghuraba' sepertimana yang dianjur nabi. Aku kalau boleh nak syarah sikit perkataan "al-Ghuraba'" ni. Tapi mata dah ngantuk, badan dah layu. So lain kalilah kalau berkesempatan, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment