Sunday, July 5, 2009

[Selesai] Bengkel Penulisan Kreatif AFN 2009


Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri sebuah bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh al-Fikrah.net yang bertempat di Masjid al-Ghufran TTDI(depan One Utama).

Saya kira ini adalah julung kali saya menghadiri program yang seumpama. Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat diperolehi sepanjang program berlangsung selain dapat meramaikan lagi kenalan yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya. Pelbagai teknik, motivasi, dan etika penulisan telah didedahkan kepada para peserta sepanjang program.

Antara aturcara program:

1. Modul 1: Penulisan Artikel oleh Hasliza Hassan(Berita Harian)


Dipengerusikan oleh penulis tersohor, Mohd Yaakub Mohd Yunus(Akob). Slot ini mendedahkan kepada para peserta tentang tips-tips yang wajar diikuti oleh para peserta demi melahirkan sebuah artikel yang berkualiti. Turut disertakan ialah beberapa contoh artikel yang bagus dan beberapa yang lain yang wajar dielakkan.

Antara pesanan yang beliau kerap ingatkan ialah pilih tajuk yang luas sesuai dengan keluasan Islam, intro mesti catchy dan tidak terlalu tipikal, isi ringkas tetapi padat, dan elakkan menulis kesimpulan yang hambar dan bosan. Beliau sempat memuji tulisan saudara Yusammir(yawausin) yang berkaitan senyum sambil bernyifatkan tulisan itu telah memberi kesan yang mendalam buat dirinya. Cayalah Yus!

Keyword: Ringkas dan padat.

2. Slot Khas Bersama Ahmad Yani(Editor Majalah I)


Sejurus tamat slot Puan Hasliza, kini peserta ditemukan dengan saudara Ahmad Yani iaitu editor Majalah I. Saya adalah pengikut setia kolum beliau pada setiap keluaran majalah I. Sudah hantar beberapa artikel ke emel beliau, tapi tidak pernah disiarkan. Mungkin skil penulisan perlu diasah lagi bagi mencapai piawaian pihak karangkraf yang sedia maklum mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Ahmad Yani bercakap dalam nada pakar motivasi. Saya menemui satu perkataan yang menarik iaitu 'sinergi' kerana kerap diulang oleh beliau. Beliau juga sempat mempromosi dan memberitahu sedikit sebanyak latar belakang dan perkembangan syarikat karangkraf dalam dunia penulisan. Harapan beliau agar lebih ramai penulis-penulis bermanhaj salafi lahir mewarnai arena penulisan ilmiah terutamanya dari kalangan forumer al-Fikrah sendiri.

3. Modul 2: Penulisan Novel oleh Fatimah Syarha(Penulis novel Islami)


Dipengerusikan oleh pakar penyusuan ibu, Doktor Shiha(mod AFN). Dimulakan dengan motivasi dan kata-kata peransang oleh Puan Fatimah, beliau mengingatkan para peserta agar memperbetulkan niat, misi dan visi sebelum menulis apa-apa tulisan. Beliau seterusnya membentangkan proses yang perlu dilalui oleh seseorang sebelum menulis novel. Beliau turut menyarankan agar sesiapa yang berminat menulis novel agar berjinak-jinak terlebih dahulu dengan penulisan cerpen yang ringkas.

Sebelum mengakhiri modul ini, Puan Fatimah sempat beri 'assignment' on the spot kepada peserta. Semua peserta dikehendaki menulis satu perenggan cerpen yang mengandungi perkataan-perkataan berikut; kereta kuda, lori balak, kemalangan, hospital,saudara mara. Masa yang diberi ialah 5 minit. Saya secara jujur tidak sempat buat habis. Sempat guna 'kemalangan' dan 'hospital' je...huhu lembab gile :p

Masri dan syarief menunjukkan kebolehan mengarang cerpen. Saya respek karangan Syarief sebab entah macam mana dia boleh terfikir nak buat cerita 'Aiman tak kisah'. Orang lain semua tulis pasal kemalangan. Ternyata beliau mempunyai potensi yang besar dalam bidang ini. Saya tak reti buat macam ayat-ayat cinta tu...hehe

keyword: Tema, jalan cerita, karakter

3. Modul 3: Penulisan Buku oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Kapten ialah seorang penulis bermanhaj sunnah yang sangat saya kagumi. Biarpun sudah menjadi seorang yang dihormati tapi beliau tetap maintain dengan gayanya yang down to earth. Saya berazam mengikut jejak langkah beliau jika diizinkan Allah.

Slot ini dipengerusikan oleh seorang pakar fiqh merangkap penulis hebat iaitu Ustaz Alamghiri. Kapten memberikan penerangan berdasarkan buku beliau yang bertajuk "Berdakwah Melalui Penulisan Kreatif". Disebabkan kekangan masa, kapten hanya mengutip beberapa poin-poin penting yang dirasakan wajar diberi perhatian oleh para peserta. Untuk mendapat gambaran lebih baik saya menyarankan anda memiliki sendiri buku yang dinyatakan.

Antara yang dihighlightkan oleh kapten ialah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas menulis. Beliau juga menekankan kepentingan memilih penerbit dan pembaca proof yang baik. Mungkin agak excited semasa berucap, beliau telah membongkar rahsia beliau sendiri yang sedang menulis sebuah buku yang dijangka hangat di pasaran tidak lama lagi. Apa tajuk buku itu? Sama-sama kita tungguuu......

Peserta dan komiti program juga berasa amat bertuah setelah dihadiahkan dua buah buku oleh kapten iaitu buku "Berdakwah Melalui Penulisan Kreatif" sendiri dan "Membersihkan Salah Faham Terhadap Muhammad Bin Abdul Wahab". Komiti diberi penghargaan oleh kapten dengan diberikan sebuah buku edisi khas hard cover bertajuk "Mari Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah".

Keyword: Menulis bukan perkara mudah, amanah quote rujukan

Di akhir program, saudara Akob telah menyampaikan satu resolusi yang menarik untuk kesemua peserta. Kata beliau:

"InsyaAllah ye semua. Saya tak mintak banyak. Paling kurang try satu artikel satu bulan dan paling kurang satu buku satu tahun. Boleh ye. Ni je saya mintak"

Kesimpulan Resolusi: " 1 bulan 1 artikel. 1 tahun 1 buku "

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil, hadiah, dan sesi fotografi kesemua peserta yang hadir. Semoga program sebegini dapat lagi dijalankan untuk masa akan datang dalam usaha menjadikan manhaj sunnah memegang arus perdana di bumi tercinta ini.

Yang ikhlas,
Abu al-Ameen Hasan Firdaus Bin Mohd Zaki
11.15 PM

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment