Friday, July 10, 2009

Ada Yang Saya Pelajari Daripada Mereka


Seorang rakan bertanya saya mengapa saya jadi committee untuk ta'aruf week di UIA.

Saya kata saya sendiri tak tahu. Untuk dapatkan sijil mungkin?

Alhamdulillah ta'aruf week untuk pelajar baru sudah pun berakhir. Kami dari catering bureau sudahpun membedah siasat tentang segala gerak kerja kami sepanjang program berlangsung.

Dari post mortem inilah saya belajar satu benda yang sangat berharga untuk difikirkan bersama.

Ketika post mortem dijalankan, saya lihat mereka berani membuka kesalahan dan memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang bekerja bersama. Riak muka dan nada mereka begitu tulus. Ada yang beremosi. Tidak kurang yang mengalirkan air mata.

Ya, saya belajar bagaimana untuk menerima seseorang seadanya. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Setiap orang melakukan kesilapan. Tiada siapa yang sempurna. Cuma yang mampu kita lakukan adalah mencuba yang terbaik. End results itu semuanya di tangan Allah jua.

Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allahlah sebaik-baik perancang.

Satu perkara penting yang saya kutip daripada mereka ialah sikap mereka yang bersedia mengakui kesilapan dan tidak lokek pula memberi kemaafan. Satu sikap yang sukar didapati hatta pada mereka yang mempunyai kesedaran Islam sekalipun.

Saya kurang pasti kenapa. Mungkin mereka ini berjaya menurunkan ego masing-masing apabila berinteraksi dengan orang lain? Walaupun dipisahkan dengan jurang usia yang agak ketara, kami berjaya berinteraksi sebagai sebuah keluarga. Hasilnya, kerja berat menjadi begitu ringan dan mudah.

Demikian saya tak pasti kenapa sebahagian kecil para penuntut ilmu Islam dan sunnah tidak berkongsi sikap yang sama. Sikap yang terbuka mengakui kesilapan dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Lebih menyakitkan hati adalah sekelompok yang kerja mereka mencari kesalahan orang lain dan sentiasa mencari ruang untuk berjidal. Semua menjadi mangsa mereka. Hatta para ulama muktabar tidak terkecuali.

Adakah kerana ilmu ini telah menjadikan kita begitu ego dan sombong lantas memandang sinis orang lain? Kalau begitulah halnya, maka lupakanlah jika bercita-cita menjadi salah seorang pengibar manhaj salaf.

Begitulah tanpa sedar, rupa-rupanya banyak yang saya belajar daripada rakan-rakan komiti ta'aruf week July intake 2009/10.

2 comments: