Saturday, July 18, 2009

Mekanisme Pertahanan Diri

Dalam ilmu psikologi, ada satu bab yang dipanggil mekanisme pertahanan diri(sahabat saya yang bernama Faidhi al-Hafiz yang beritahu).

Mempertahankan diri menggunakan cara ini agak unik.

Caranya mudah dan ringkas. Ringkasnya, kalau tidak mahu orang lain tahu tentang perlakuan atau kesalahan kita, kita mesti bertindak dahulu sebelum ia terkantoi.

Ini dilakukan dengan kita yang memula menuduh perbuatan yang kita lakukan itu ke bahu orang lain, agar akhirnya orang tidak akan mengagak sebenarnya kitalah yang melakukan. Ini lebih kurang dengan kes kambing hitam.

Contoh yang mudah ialah cara yang dilakukan oleh kerajaan Amerika laknatullah. Untuk menutup kesalahan mereka yang membunuh jutaan umat Islam di serata dunia, mereka meletakkan cap 'terrorist' kepada umat Islam. Ini bagi mengelabui mata orang awam yang tidak tahu menahu dan malas dalam mengkaji isu semasa.

Jangan terkejut. Sebenarnya teknik yang sama turut ditiru oleh sebahagian kecil 'agamawan' atau 'tokoh agama' di negara ini.

Kalau dia melakukan sekian-sekian kesalahan, agar orang awam tidak tahu dengan kedajalannya itu, dia akan menuduh orang lain yang melakukan.

Contohnya, jika dia suka mengkafirkan para ulama' ahli sunnah, dalam masa yang sama dia pula menuduh orang lain yang melakukan yang sedemikian itu. Selalunya dan semestinya golongan yang mereka gelar 'wahabi' atau 'wahabiah'lah yang menjadi mangsa.

Saya ada membaca sebuah buku tulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah bertajuk "Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiah Wahabiah" karangan Zamihan Mat Zain al-Ghari.

Ternyata jenayah ilmu yang beliau lakukan bukanlah sesuatu yang kecil. Beliau menukar, memplagiat, memutar belit, memotong tulisan orang lain. Sehingga kesalahan dalam buku itu terlalu banyak, hanya saja Kapten menyenaraikan tidak kurang daripada 73(kalau tidak silap) jenayah ilmiah dalam buku itu saja.

Dalam pada itu, didapati satu usaha besar-besaran dilakukan di blog-blog dan forum di alam realiti demi memburuk-burukkan imej kapten hafizahullah. Sehingga ada yang menuduh yang bukan-bukan, di luar akal fikiran yang waras, sehingga tidak sanggup dinukilkan tuduhan-tuduhan mereka itu.

Ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan menutup kesalahan dan kedurjanaan yang telah mereka perlakukan.

Usah terkejut, sebenarnya teknik ini bukan suatu yang baru.

Imam Shafie rahimahullah pernah dituduh berakidah syiah.

Imam Bukhari rahimahullah pernah dituduh terpengaruh dengan muktazilah sehingga dibuang negeri.

Imam Ahmad rahimahullah pernah dituduh kafir dan diseksa ditengah bandar kerana mempertahankan bahawa al-Quran itu kalam Allah, bukan makhluk.

Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah dipenjara.

Muhammad Bin Abdul Wahhab rahimahullah sehingga sekarang dituduh dengan pelbagai tuduhan yang ada sebahagian di luar kewarasan seorang manusia.

Ini semua dilakukan oleh manusia berpenyakit hati yang berkongsi modus operandi yang sama.

Mekanisme pertahanan diri.

Sebab itu, jika anda berjumpa dengan seseorang yang menuduh orang sekian-sekian dengan tuduhan 'wahabi', ketahuilah sebenarnya dia sudah kekeringan hujah dan idea.

Oleh sebab tidak mampu lagi membendung panahan dalil-dalil sahih daripada ahli sunnah, dia akan melemparkan tuduhan stereotaip: "awak wahabi!".

Maka berhati-hatilah dengan golongan ini.

No comments:

Post a Comment