Friday, October 10, 2008

Parenting and Family Management: Early Marriage

Rabu Lepas (8/10/2008), kelas Parenting aku ade buat presentation. Ade satu group bentang pasal kawin awal. Aku dengar hujah2 diorang. Owh, hujah2 basi itu lagi kataku dalam hati. Tak abis2 cakap:
"Young couple who get married early, they are not mature enough to handle such responsible"
Deyy...Kalau korang dah ade awek ke, balak ke...aku cadang korang cari la jalan percepatkan perkahwinan. Apakah fitnah yang lebih besar daripada korang melambatkan perkahwinan pastu dok sibuk berkepit tiap2 malam ngan couple korang tu? Aku maleh nak cakap pasal hukum dah...sebab korang sendiri dah tau hukum mendekati zina. Tapi korang tau tak yang orang kat sekeliling meluat gile tengok korang berkepit2 camtuh?

Takde duit? Korang tengah student memang la tak da duit. Tu sape pon tau. Apakah kalau tak da duit boleh jadi alasan untuk korang terus bergelumang dengan dosa? Aku ingat masa zaman matrik Ustaz Mazlee Malik keluar satu artikel dan cadangan yang menarik. Antara kata beliau:

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram?Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Katanya lagi:

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Senang cite, korang suami isteri. Tapi duduk kat hostel, makan bersama tapi bayar sendiri2, tak pun gilir2, pastu malam2 nak dating pun boleh. Hujung minggu pegi la tempah hotel kat Genting. Apa mahu digusarkan?Itu semua sudah menjadi halal. Alangkah indah kalau kita mengenal Islam secara ilmunya,bukan secara adatnya. Malah bekas mufti Arab Saudi,Syeikh Abdul Aziz Ibn Baaz(semoga Allah merahmati beliau) mengeluarkan perkataan yang lebih sinis dalam fatwanya:

Adalah wajib mempercepatkan perkahwinan. Tidak patut seorang pemuda menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Dan tidak wajar seorang pemudi menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Perkahwinan tak menghalang pelajaran.

Seseorang pemuda boleh berkahwin, menjaga agamanya, akhlaknya, menundukkan pandangannya dan pada waktu yang sama meneruskan pembelajarannya. Begitu juga seorang pemudi apabila Allah memudahkannya bertemu pasangan yang sesuai maka hendaklah dipercepatkan perkahwinan walaupun sedang belajar tidak kira di sekolah menengah atau di institusi pengajian tinggi....
Jelas lagi bersuluh, kahwin awal lebih menenagkan jiwa dan menundukkan nafsu. Maka, pemuda dan pemudi Islam seperti anda sekalian, sekiranya sudah bertemu jodoh dan berkenan dengan seseorang, mohonlah kepada Allah agar dipelihara Iman dan dimudahkan jalan untuk segera ke gerbang pernikahan.

Di sini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada dua orang sahabat aku di UIA, saudara MUJAHID@Moja dan saudari Nihlah@Nela atas kejayaan mereka mengikat ikatan perkahwinan pada hari ini, 11/10/2008. Semoga Allah memberkati kalian dan dikurniakan rezeki dan zuriat yang diredhai.

“Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625))


11 comments:

  1. assalmmualaikum hasan..
    aku suke artikel yg ko tulis nih..aku seratus peratus bersetuju..yg pasti..aku adelah salah seorang dr kawan kau yg nak masuk ke gerbang perkahwinan ..doa kan kami..mmg kompem satu batch kami jemput.. ;)aku setuju,belajar tak mengganggu dan wang bukan penghalang,pendek kate di mana ade kemahuan,disitu ade jalan,...aku pom belaja tak abes lagi,fami pon same,duit pom cukup2..tp atas name agama,kami percepatkan,harap2 diberkati,InsyaAllah...

    -ani & fahmi-

    ReplyDelete
  2. w'salam...
    Mudah-mudahan begitulah...
    Satu yg agak penting yg slalu org lupe...Nikah tu salah satu ibadah dan sunnah Rasulullah...
    Semoga Allah memberkati korg berdua...insyaAllah

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, thanx for this post.A timely reminder indeed=).

    Tahniah ani and fahmi coz akan berkahwin dlm mase terdekat.moga berbahagia selalu ye=).

    ReplyDelete
  4. So Yeh...dis article should be a 'rallying call' for u...bile lg maa...

    p/s:tak sabo mkn nasi minyk member2 maahad

    ReplyDelete
  5. cek...steady demo cek...

    kawe ni, baco hok demo oyak tu...
    memey molek laa tu cek...

    kawe sero nok kawen selalu doh ni...
    nok gi cari sorey laaa...
    demo tadop ko hok comey2 tu...
    wi laa kawe nok ngejah nyo....ekekeke...

    bereh deh.... =)

    ReplyDelete
  6. Ala,mal...aku tau ko dah ade!keh keh

    Ko dari dlu nk yang comel jo.Yang iras2 Nora Danish la,Fazura la.Tak pon yg paling koman cam Lisa Surihani.hehe..susah la beb

    Buat cam aku je.Suruh ustaz aku cari. Kriteria senang:

    1.baik agamanya
    2.tak cun pun tak pe,janji comel
    3.Kalau boleh yang sederhana la.Kalau kaya itu satu bonus.
    4.Female engineer...haha

    ReplyDelete
  7. demo ni cek....
    aku tak do sohabuk lagi...
    single lagi kawe ni cek...

    ceh...suko2 dio jah oyak aku ni nok hok comey2 jer....hahaha....
    kawe tahu, kawe dop smart mano....ekekek...
    nora danish kawe kenal....
    fazura kawe kenal....
    tapi, lisa surihani tu pedie pulop??
    kawe tanye google tadi....
    baru laa kawe kenal...comey jugok tino tu...
    ekekeke....

    cek, kalu kito berseroh je pada takdir lagu mano cek??
    bereh dop??

    ReplyDelete
  8. Baru ko tau...hehe

    hati2 Mal.part beserah pd takdir semata ni aku tak berkenan.Ni dh jadi aqidah qadariah.Depa ckp sume dh takdir,watpe nk usaha lg?

    sesungguhnya Allah berfirman:

    "...Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa-apa yang pada diri mereka..."(Sura al-Ra'd:11)

    ReplyDelete
  9. tul tu cek...
    jadi,

    "carik...carik...carilah...
    pasangan hidup betul2 oh kawan.."

    bait2 lirik satu lagu nasyid...
    kumpln mane aku tak igt la...hehehe..

    ReplyDelete
  10. Kump Rabbani daa...

    Klu tgk lirik die...
    Part chorus dah ok...
    Tp ade part yg bab cite psl sorg jejaka terpakse kawen ngan anak tuan punya epal utk menebus dosa beliau...digambarkn anak dara tu cacat...tp akhirnya br die tau yg sume tu kiasan je...

    hehe...itu adalah cerita palsu yg tak diketahui asal usul samada kitab sahih atau kitab palsu

    Ia direka oleh penceramah yg inginkan fulus...fulus

    ReplyDelete