Sunday, October 19, 2008

Wajarkah wahai para ustaz?!

Tak lama dulu, ada seorang ustaz tampil di kaca TV sedang memberi tazkirah kepada golongan hawa. Slot ini sempena sembahyang Jumaat kalau tak silap. Hari tu aku gerak lambat sikit, jadi aku buka la TV. Bukan nak cerita apa sangat, nama ustaz tu pun aku tak kenal. Tapi isi ucapan dia yang buat aku terkilan. Katanya(lebih kurang):
"Puan-puan,kita ni jarang nak bayar 'lebih' kat ustaz-ustaz kita. Takde la, kalau bayar mahal semangat sikit ustaz-ustaz kita nak bagi kuliah. Contoh kalau imam, kalau bayar 100, 200, baca pun monyok je. Cuba kalau bayar 1000,2000, baca pun dah macam Imam Sudais!(sambil membaca al-quran ala-ala Imam Abdul Rahman Sudais,imam masjid al-Haram)"
Seorang Ustaz yang agak kerap muncul di kaca televisyen pula, ketika pengacara majlis bergurau mengatakan: "terima kasih kepada ustaz, lain kali insyaAllah kami jemput lagi". Begitu mengejutkan, ustaz itu reply:

"Kalau bayar murah-murah lagi, saya malas nak datang dah!".
Aku bukan la pesimis sangat. Jauh sekali bersikap jumud. Tapi kekadang bila kenyataan seperti ini berleluasa ia menjadi satu kerisauan juga. Seolah-olah dakwah itu berhajatkan kepada wang ongkos semata. Kalau tinggi mata wangnya, maka dakwah menjadi laju selaju kereta F1. Tapi kalau ongkosnya seciput, maka dakwah akan menjadi sangat perlahan selembap kura-kura padang pasir. Dan inilah realiti kalau dilihat fenomena sebahagian kecil ustaz-ustaz di Malaysia.

Ada yang beralasan dengan penuh yakin- "Money is not everything, but everything needs money!"
Aku katakan- Aku pun pernah belajar ekonomi. Macro dan micro. Tiadalah bantahan apabila disebutkan sedemikian. Tentu saja semua perkara memerlukan wang. Terutama hal-hal duniawi. Malah dalam beberapa keadaan wang sangat diperlukan lebih dari segalanya. Yang menjadi persoalan dan isu bukanlah keperluan duit dalam menjalankan dakwah, tetapi yang ditimbulkan di sini ialah dakwah dijadikan medan melombong kekayaan duniawi, sambil ruh dakwah digantikan dengan 'otak bisnes'.

Tidak terlepas dalam rantaian isu ini adalah
sebahagian kecil golongan tahfiz yang menerima upah terlalu tinggi - bahkan setinggi bonus 6 bulan gaji seorang engineer - hanya saja menjadi imam sepanjang Ramadhan. Ramadhan sepatutnya menjadi gelanggang pemuda tahfiz menjadi insaf dan mengambil inisiatif mempromosi sedekah jariah yang sangat dituntut sepanjang Ramadhan. Apa yang wajar berlaku ialah duit mengalir keluar daripada poket mereka, tetapi ia seakan mengambil reverse U-turn kembali masuk ke pangkuan poket masing-masing!

Secara jujur yang sejujur-jujurnya, tidaklah aku ketahui hukum mengambil upah daripada hasil dakwah mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Pernah juga aku terdengar perbezaan pendapat dalam bab ni. Akan aku usahakan jua untuk mencari. Tapi tidakkah mereka membaca dan mentadabbur isi kandungan al-Quran? Bagaimana roh dakwah para nabi langsung tidak berhajatkan kepada pujian, apatah lagi wang ringgit! Ayat-ayat al-Quran seakan menjadi hujah penolak secara langsung kepada apa yang mereka berlebihan dalam melakukannya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredhaan Allah." (al-Furqan:57)

Katakanlah ( wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada" (Shad:86)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang(al-Mawaddah) dalam kekeluargaan(al-Qurba)." (al-Syura:23)

Dalam pada itu, tanpa dapat dinafikan, masih ramai ustaz-ustaz yang berjiwa pejuang yang tetap ikhlas menyampaikan kalimah-kalimah tauhid dan sunnah ke merata pelosok dunia tanpa sedikit cinta kepada dunia. Adapun, mereka inilah yang sebenarnya yang patut digelar 'ulama' - iaitu mereka yang mewarisi panji perjuangan para rasul - tanpa diubah walau sedikit jua daripada apa yang telah dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka,ganjaran Allah itu pasti, kalau ia bukan di dunia, ia adalah ganjaran upah yang paling lumayan di akhirat iaitu Janntul Firdaus.

Sedikit jawapan berkenaan "Hukum mengambil upah mengajar al-Quran"


2 comments:

  1. assalamualaikum.tertarik dgn blog saudara.saya ada sedikit pandangan tentang upah yg diberikan kepada golongan pendakwah ni.ini bg pendapat saya sahaja.saya kira,bkn nk dibandingkan dengan keikhlasan seorang ustaz dgn apa yg dilakukan kepada agama.cuba kita faham semula.jika dibiarkan seperti itu,para ustaz ni,xpyh bg duit pn xmengapa jika mahu dibandingkan dengan keikhlasan terhadap kerja agama yang di sumbangkan.tetapi zaman sekarang ini,hanya itu sahaja punca rezeki mereka.cuba kita lihat,doktor pun mesti ada keikhlasan dalam mengubati orang.mesti kerana agama kan?mesti ada niat utk menyebarkan agama islam juga kan?so,buat apa diberi wang utk kerja agama tersebut?kenapa jika tidak dibandingkan kepada seorang doktor yang berbuat kerja tanpa keikhlasan dan sambil lewa.tapi tidak dipercakapkan pula tentang keikhlasan pekerjaan mereka sedangkan sama-sama mencari rezeki yang halal.ini pendapat saya sahaja.bagi saya,kerja agama perlu diberi gaji yang lebih tinggi atas usaha mereka ini daripada seorang doktor yang hanya mengubati orang tanpa nampak keikhlasan yang dapat orang pertikaikan.

    ReplyDelete
  2. W'salam...sori lmbt reply

    artikel ini bukanla berkenaan tugas kita untuk menggali keikhlasan seseorg.Jauh sekali.Itu tugas Tuhan utk menentukan seseorang ikhlas atau tidak.Yang menjadi perbincangan ialah kewajaran ahli2 agama mengaut keuntungan melampau hasil mengajar daripada ilmu agama...

    Bila berckp tentang kembali kepada al-Quran dan Sunnah,sewajarnya kita merujuk kpd Rasulullah sendiri.Tiadalah tandingan usaha dakwah yg dijalankan,let alone keikhlasan baginda dalam menyampaikan ilmu agama.Tetapi pernahkah Rasulullah meminta upah untuk semua itu?Saya kira saudara/i dapat menangkap apa yg ingin saya maksudkan...

    Wallahua'lam

    ReplyDelete