Sunday, October 5, 2008

Jadilah Wanita Idaman


Sungguh dajal lagi majal orang-orang yang berfikiran sebegini:

A:"Ala,orang bertudung pun kena rogol jugak..."

B:"Hmm,nantila dulu. Belum sampai seru untuk saya bertudung"

C:"Budak-budak bertudung ni hipokrit je lebih. Kitorang ni nampak je seksi, tapi hati kami baik!"

D:"Buat apa tutup kepala.Menutup kepala itu adalah menutup akal!"

Sakitnya hati apabila kata-kata nista seperti ini terpacul dari mulut seorang yang bergelar Muslimah. Yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruhNya. Bahkan mereka sendiri telah bersumpah di alam rahim bahawa Allah itulah Tuhan mereka.

Mereka menganggap kata-kata mereka ini kecil padahal ia di sisi Allah sangat besar! Telah mendahului kita sepotong ayat al-Quran yang memberitahu isu ini:

"...dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia besar pada sisi Allah. (Surah An-Nuur:15)
Bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kalimat yang menjadikan Allah murka, sedangkan ia tidak peduli dengan ucapan tersebut, maka ia pun terjerumus dalam neraka Jahannam.” (HR Al-Bukhari: 6113)


Tidak seorang pun yang dapat menyangkal bahawa wanita adalah satu golongan yang dimuliakan di dalam Islam. Mereka dihina pada zaman jahiliyyah,namun Islamlah yang telah mengembalikan martabat wanita ke satu tahap yang sangat tinggi. Kalau tidak masakan ada beberapa surah di dalam al-Quran di beri nama sempena nama wanita. Bahkan terdapat satu surah yang sangat khusus di beri nama 'An-Nisa' bermaksud wanita. Tiadalah satu syariat yang ditetapkan di dalam Islam khusus untuk wanita melainkan dengan maksud memelihara maruah dan mengangkat harga diri mereka sendiri.

Hari raya tahun ini memberi aku satu 'kejutan' baru apabila semakin ramai wanita di sekeliling melucutkan hijab dan mendedahkan aurat. Mungkin ia satu fenomena biasa bila anda melihat di kaca TV atau di tempat-tempat seperti KL dan area bandar. Tapi kini ia semakin mendapat sambutan di kalangan gadis kampung sekalipun. Apa yang lebih mengejutkan, mereka seperti 'terlebih lajak daripada laju' dalam penampilan fesyen 'tak cukup kain'. Agaknya kenaikan harga minyak turut memberi impak maksima kepada golongan ini sehingga menjadi terlaku miskin untuk menempah secebis baju untuk menutup tubuh badan mereka!

Semalam, kejutan berterusan ketika aku mengunjungi rakan-rakan lama yang sudah hampir sepuluh tahun tidak berjumpa. Secara jujur, aku bukanlah terkejut sangat mereka berpakaian sebegitu. Sebab sejak dulu sudah melihatkan potensi mereka untuk ke arah itu. Tapi apa yang menghampakan aku ialah mereka seperti sudah tiada langsung perasaan segan dan malu walau sedikit jua. "Aku tau la ko nak free hair, tapi kat depan aku cover2 laa!". Nak saja aku sound budak-budak ni secara direct. Tapi memandangkan suasana dengan crowd yang agak ramai dan dek kemiskinan diriku daripada keberanian, aku simpankan saja sehinggalah aku menulis tulisan ini.

Fikratul Irja'

Berbalik kepada isu di awal tulisan, kata-kata sebegini seperti sudah biasa kita dengar di mana-mana. Lebih-lebih lagi kalau rancangan kat TV dan beberapa slot di muka akhbar tajaan Sisters In Islam. Pernah satu ketika dulu aku mendengar satu dialog dalam rancangan Gol & Gincu the series:

Zarina: "Apa la ko ni Putri. Pakai seksi-seksi cam ni. Ko tak takut kene rogol ke?"

Sazzy: "Hey! Ko ingat yang pakai seksi-seksi je ke kene rogol? Yang bertudung pun kene tau!

Tini: "Tu sume alasan je tak nak bagi kita ni orang perempuan berfesyen. Kolot betul!"

Yang lain:"Hmm, betul tu. Setuju".

Aku ingatkan ada lagi dialog selepas itu yang menerangkan perkara sebenar. Rupa-rupanya terhenti di situ. Ia seperti menjadi kata sepakat yang tiada lagi yang membantah. Jelaslah kepada aku bahawa itu memang agenda mereka menyebarkan fahaman Feminisme dan 'Fikratul Irja' yang mengatakan tidak penting lagi pandangan luaran, yang penting hati jujur dan luhur. Sungguh aku mendoakan semoga Allah menghancurkan gerakan dan fahaman kalian itu sehingga ia menjadi 'dead and buried"!

Menutup Aurat Adalah Kewajipan

Sehingga hari ini, masih ada yang mempertikaikan ketetapan bertudung(baca: menutup aurat) kononnya mengongkong dan mencabul hak asasi golongan wanita. Tidak kurang yang memperkecilkan kewajipan tersebut hingga ada yang menyebut tiada beza antara yang bertudung ataupun tidak.

Wahai wanita yang disayangi lagi dikasihi, menutup aurat itu adalah perintah Allah Tuhan sekalian alam. Yang telah termaktub di dalam al-Quran yang agung dan kalam Rasulullah yang amanah. Apa hikmahnya? Dalam setiap ketentuan Ilahi itu tentu saja ada hikmahnya. Samada kamu sedari atau tidak. Percayalah, menutup aurat itu adalah satu ketetapan yang telah berjaya menjaga maruahmu dan membuat kamu dikenali sebagai seorang Muslimah yang menjaga kehormatan. Firman Allah:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan ke atas tubuh mereka pakaian mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Apapun hikmahnya, itu adalah persoalan kedua (atau ketiga). Yang utamanya, perintah Allah itu wajib dipatuhi. Seperti perintah Allah yang lainnya seperti solat, janganlah dipersoalkan tentang hikmahnya sebelum dikerjakan terlebih dahulu. Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana lebih mendalam pengetahuanNya tentang hikmah yang diturunkan untuk hamba-hambaNya. Sungguh Allah menginginkan keringanan terhadap hamba-hambaNya dan tidak mahu menyukarkan mereka. Oleh yang demikian, wahai hamba-hamba Tuhan yang lemah, patuh dan taatlah akan perintah Allah tersebut.

Kedua, pada nilaiannya, bertudung (sekali lagi baca:menutup aurat) itu sudah tentu sesuatu yang baik. Ia tidak akan bertukar menjadi sesuatu yang sebaliknya walaupun pada suatu hari ia tidak melihatkan kesan kepada pemakainya.

Begitu juga membuka aurat. Ia akan menjadi keji sampai bila-bila dan tidak akan bertukar menjadi baik sekalipun ia tidak memberi kesan kepada pelakunya.

Andai kata ada seorang wanita bertudung yang tiba-tiba dirogol oleh seorang durjana, ia bukanlah kerana tudung itu. Sebab memakai tudung itu tetap sesuatu yang baik.

Jika pula ada seorang wanita murahan bertelanjang bulat dan berjalan di tengah orang ramai tanpa diapa-apakan walaupun sedikit, itu tidak bererti mendedahkan aurat itu baik. Ia tetap keji lagi hina dan perkara ini tidak akan berubah.

Dari Kaca Mata Seorang Lelaki

Aku seorang lelaki. Bagi aku, isu aurat wanita ini lebih difahami oleh golongan bernama lelaki. Ini kerana secara jujurnya, bagi lelaki wanita adalah tarikan terbesar dan perkara tercantik yang pernah diciptakan di alam maya ini. Orang lelaki lebih memahami gejolak nafsu mereka. Sebab itulah jika ditanya kepada lelaki mana pun apakah perkara yang paling disukainya, sudah tentu jawapannya ialah wanita. Tidak pula aku ketahui kalau soalan sama dituju kepada seorang wanita. Mungkin jawapannya kasut tumit tinggi jenama Vans atau gincu L'oreal yang dipakai oleh Siti Nurhaliza. Barangkali, aku pun tak tahu.

Sebab itu aku seperti mahu saja pancung kepala golongan feminis di kalangan Sister In Islam yang mempertikaikan isu tudung ini. Kamu itu perempuan, apa kamu tahu? Cuba kamu berada di pihak kami orang lelaki, tentu saja kamu menarik semua claim yang telah kamu keluarkan tentang tudung ini. Apa kamu menyangka kami terlalu lokek dalam isu hak asasi wanita? Atau kami ni tersangat jahil untuk memberi kebebasan kepada seorang wanita? Demi sesungguhnya hanya kebaikan yang kami inginkan, wahai wanita yang disayangi!

Jadilah Wanita Idaman

Kalau kamu berjalan di Puduraya, kamu tegurlah seorang lelaki penyangak di tepi jalan lantas tanyakan kepada mereka: "Wanita macam mana yang kamu idamkan?". Mesti dan semestinya jawapannya ialah: "Mesti la wanita yang solehah. Kalau boleh yang molek bertudung. Bukan apa, comel la orang-orang bertudung ni". Kalau tidak percaya- dan mesti kamu tak percaya - cubalah tanya kepada sesiapa saja yang kamu jumpa yang bernama lelaki. Sudah pasti jawapan ini yang akan terpacul dari mulut mereka. Percayalah!

Oleh yang demikian, aku mengajak seluruh wanita yang bergelar Muslimah terutamanya mereka yang bergelar saudara dan rakan, untuk kembali menyahut perintah Allah untuk bertudung dan menutup aurat. Jika kamu berfikir saham kalian akan jatuh akibat memakai tudung, bersaksilah bahawa ia sesuatu yang tidak benar sama sekali. Boleh jadi kalian akan lebih digilai setelah memakai tudung.Malah di samping hikmah bertudung yang dapat menjaga maruah kalian dan menghindarkan fitnah terhadap diri kalian, kalian akan mendapat keberkatan daripada Allah di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

"Wanita itu hiasan dunia, sebaik hiasan adalah wanita solehah"

Wallahua'lam.





3 comments:

  1. artikel yang baik..teruskan menulis..
    “Dakwah ini tidak mengenal sikap ganda. Ia hanya mengenal satu sikap totalitas. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya siapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah SWT akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik, dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.”

    jaharkan dakwah melalui penulisan..moga diganjari..salam

    ReplyDelete
  2. salam
    erm,sy t'ingi sgt nk tau,nape pmpn ni bkk aurat.nape sy xkatekn bkk tudung?sbb kdg2 pkai tudung tp mrk masih m'buka aurat.cthnye,tdung yg nmpk jambul,pkai tdung tp xpkai ank tdung(scarf@serkop) dll..mase mule siti nurhaliza pkai tdung,rmai y m'pertaikn nape die xpkai tudung btl2 n menmpkkn jambulnye.ingin sy ulang balik kata2 beliau..kalo xslh sy,die mengatakn yg die akn b'tudung slps balik haji n bknnye die mengatakn yg die akn menutup aurat slps blik haji.renung2kn la wahai muslimah yg dirahmati Allah.
    erm,saudara pengarang di atas peringatan ini.hrpnye rmai lg yg mengunjungi blog saudara..insyaALLAH,peringatan kpd sy ini akn diambil iktibar sebaik2nya n dijadikn amalan utk m'jadi hamba ALLAH yg lbh maju.AMIINN..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...thanx 4 rumahpapan n pearl jade ats respon tersebut

    Ingin sy jelaskn bhw dakwah memerlukan hikmah...org kita bile ckp hikmah mesti igt 'lembut'...hikmah x mesti lembut...klu begitu,umar al-khattab adalah seorg yg langsung tak berhikmah!

    maka betapa penting utk para pendakwah knal terlebih dahulu mad'u mrk...apakah hikmah yg sesuai dijlnkn...apakh dgn kelembutan atau kekerasan...yg pasti,segala cara dan hikmah itu terbentang luas dlm nas al-Quran dan Sunnah...

    Mudah-mudahan mendpt redhaNya...

    ReplyDelete