Monday, December 12, 2011

Antara Hafal dan Faham

Sejak dulu lagi, aku selalu respek dengan orang yang mempunyai kuat hafalan. Hafal al-Quran, hadith, kata-kata ulama, hafal equations, hafal jadual berkala, hafal nota kelas, hafal lirik lagu, hafal apa-apa lah.

Kalau tengok riwayat hidup ulama' salaf dulu pun, memang diorang ni jenis kuat menghafal. Sampai dulu pernah aku anggap siapa yang mahu menjadi salafi, mereka perlu ada daya ingatan yang kuat. Itulah characteristic khusus diorang.

Bayangkanlah, Imam Shafi'ie - Imam agung si pembela sunnah - bagaimana beliau boleh menghafal seluruh kitab Muwatta' Imam Malik? Kalau ulama taraf dia ni setakat al-Quran tu tak payah cerita banyaklah, memang dari kecil dah jadi "mainan" diorang. (sebab tu kita rasa "amazing" bila ada penulis salafi cakap sebab Imam Shafi'ie tak berpendapat sekian-sekian, sebab Imam Shafi'ie tak jumpa hadith! padahal hadith yang dimaksudkan tersebut ada dalam Muwatta' dan Imam Shafi'ie hafal keseluruhan Muwatta'!)

Lihat pula ulama' bermanhaj salaf yang terkemudian. Lihatlah tulisan Sheikh al-Albani. Bagaimana mungkin beliau tulis buku menilai kedudukan hadith-hadith melainkan beliau hafal kebanyakan sanad-sanad hadith tersebut!

Demikian Sheikh Abdul Aziz Bin Baz yang buta di mata - tetapi celik di hati. Kalaulah dapat kita bayangkan bagaimana beliau menuntut ilmu tanpa penglihatan, dan mensyarah serta menulis berjilid-jilid kitab yang berkualiti. Rasa-rasanya, dapat tak dia buat semua tu -sehingga diangkat menjadi mufti Saudi - sekiranya beliau tidak menghafal ilmu-ilmu tersebut? Tak mungkin!

Pernah beberapa kali aku pergi majlis ilmu Ustaz Dr Zahazan Mohamed. Bagi aku, dari sekian ulama yang wujud di Malaysia ni, beliaulah yang paling aula dari sudut hafalan. Memang betul-betul terbukti kalau beliau syarah sesuatu tajuk, cair je mulut beliau menukil ayat al-Quran, hadith, doa, kata-kata ulama', sehingga syair arab pun beliau ingat!

Semoga Allah memberkati ilmu mereka dan meninggikan darjat mereka! Amin!

Tapi bila fikir-fikir balik, tak mungkin mereka ini mampu menghafal ilmu-ilmu tersebut, sebelum memahami apa yang mereka hafalkan. Memanglah boleh nak hafal tanpa faham, tapi ilmu tersebut akan dibazirkan seperti bahan mentah. Sebagaimana bahan mentah perlu diproses untuk digunakan, demikian ilmu, ia akan menjadi useless tanpa disuntik dengan kefahaman yang benar.

Kalau orang macam aku, tak perlu tengok jauh-jauh. Ambil je contoh subjek-subjek engineering. Aku akan mudah menghafal jika suatu topik tu aku faham. Teringat kata-kata seorang lecturer yang dihormati, beliau kata hafallah sebuah buku yang tebal dari kulit ke kulit sekalipun, kamu takkan mampu menjawab soalan exam kalau kamu tak faham apa yang kamu hafal!

Patutlah banyak subjek engineering yang open book. Dahlah open book, tu pun ramai yang fail!

And if I've been given a license to choose between memorizing and understanding, I would pick up understanding anytime!

Baca tak hafal = Rugi

Hafal tak ingat = 2x rugi

Ingat tak faham = 3x rugi

Faham tak amal = Rugi infiniti

Tak baca langsung = USELESS

Sunday, December 11, 2011

Lajnah Daimah: Wajib Sokong Hizbi Yang Mahu Tegakkan Hukum Syariah!

Baru-baru ni aku ada terjumpa sebahagian fatwa ulama Salafi Saudi berkenaan bagaimana berinteraksi dengan demokrasi. Ia telah dipost oleh Dr Maszlee Malik di wall FB beliau. Fatwa ni aku terjemah secara bebas dan publish sebagai note FB.


Cuma satu benda yang aku pelik, kenapa fatwa ni seakan-akan disembunyikan?


Kenapa tak ada pun yang war-warkan sedangkan ia adalah fatwa lajnah daimah? Malu ke? Atau tak berani?


Atau taknak buka minda membaca pendapat yang berlainan daripada pendapat yang diwarisi secara tradisi turun-temurun?

---------------------------------------------


Fatwa Lajnah Daimah :


Wajib atas orang Islam dalam negara yang tidak melaksanakan hukum Syariah Islamiah untuk bersungguh-sungguh dan mengerah segala kemampuan untuk menegakkannya. Mereka perlu bersatu berganding tangan dalam membantu hizbi (parti) yang diketahui akan berhukum dengan Syariah Islamiah. Sebaliknya, memberi bantuan kepada mereka yang menyeru supaya tidak berhukum dengan Syariah Islamiah maka ini tidak boleh, bahkan berpotensi menjerumuskan pelakunya kepada kufur.


Kerana Allah berfirman (al-Maidah ayat 49-50, maksudnya):


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.


Demikian, apabila Allah menyatakan kekufuran bagi sesiapa yang tidak berhukum dengan Syariah Islamiah, Dia memberi amaran terhadap sesiapa yang membantu atau menjadikan mereka ketua, dan menyuruh orang Mukmin supaya bertaqwa jika mereka benar-benar beriman. Maka Allah berfirman (al-Maidah ayat 57, maksudnya):


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


Wabillahit tawfiq. Wa shallallahu 'ala nabiyyina Muhammad wa alihi wa sahbihi wasallam.


al-Lajnah al-Daimah Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa:


al-Sheikh Abdul Aziz Bin Abdillah Bin Baz

al-Sheikh Abdul Razak al-'Afifi

al-Sheikh Abdullah Bin Ghadayan


Tamat Fatwa Lajnah Daimah 1/373


Sumber: http://www.islamqa.com/ar/ref/107166


Jika ada kesalahan terjemahan, mohon diberitahu. Barakallahufikum.