Tuesday, July 5, 2011

Video Ilmuan Sepakat Keharusan Demo



1) Ini first video aku post kat Youtube.

2) Aku buat video ni untuk beritahu bahawa usrah ilmuan syariah bersepakat keharusan demonstrasi sebagaimana kata Ustaz Zaharuddin. Sebab ada yang tak percaya bila aku cakap kat forum al-Fikrah.net. Diorang kata mana buktinya? tak mainlah hearsay2 ni. Nah, aku kasi sebijik.

3) Ia adalah respons kepada satu video yang mengumpulkan beberapa qaul "ilmuan salafi yang mantap" yang mengharamkan demo.

4) Sesiapa saja boleh sebarkan video ni dan ambil manfaat. Tak perlu kasi kredit pun takpe.

5) Untuk ceramah penuh Ustaz Zaharuddin, boleh download DI SINI.

Demo: Define dulu, baru gebang

Bukalah mana2 buku ilmiah daripada subjek2 engineering sehinggalah kitab2 agama, cuba check apa perkara pertama yang penulis lakukan?

Ya, penulis akan memulakan tulisan dengan mukaddimah dan DEFINISI.

Ya, sebelum masuk mana2 bab, mesti kita akan dihidangkan dengan definisi sesuatu term, sistem, istilah, tajuk, atau subjek. Ada yang kadang2 sangat teknikal sampai buat kepala kita pening. Ada pula yang berikan kepelbagaian pendapat terhadap definisi sesuatu term.

Tujuannya cuma satu. Supaya pembaca tidak hilang fokus.

Sepanjang membaca buku atau bab tersebut, kalau pun kefahaman bercelaru dan bercampur-baur, paling kurang jangan sampai tergelincir daripada ruang lingkup definisi.

Demikian kitab2 fiqh dari dulu hingga kini. Pasti, pasti, dan pasti (sekarang semua kena ulang 3 kali) memulakan apa2 perbincangan dengan ta'rif atau definisi. Malah kebanyakkannya akan membentangkan definisi dari sudut bahasa dan istilah.

Sebab tu aku berasa sedikit hairan sejak akhir2 ni, kenapa para ustaz dan penuntut ilmu terlalu cepat menjatuhkan hukum terhadap sesuatu isu tanpa melihat dulu kepada definisi isu yang diperbincangkan?

Adakah akibat terlalu ghairah, gopoh, atau tergesa-gesa dalam menghukum? Atau apa? Menjatuhkan hukum bukan perkara yang ringan. Sedangkan Allah berfirman:


10:59

(Maksudnya) Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". [Yunus: 59]

Sekarang tengah hangat perbincangan pasal demonstrasi, adakah ia halal atau haram? Nampaknya perbincangan ni dah masuk dimensi baru bila demonstrasi BERSIH 2.0 telah dipersetujui dibuat di stadium malah direstui oleh ulil amri pula.

Aku katakan, sebelum nak gebang pung pang pung pang, bagi dulu definisi demonstrasi. Demonstrasi ni apa dia sebenarnya? Demonstrasi yang macam mana yang diharamkan? Atau semua demonstrasi haram secara mutlak, tanpa kompromi?

Kegagalan mendatangkan definisi yang kukuh untuk kalimah demonstrasi bagi aku adalah kerapuhan paling dahsyat dalam hujah mereka yang mengharamkan. Hatta yang mengharamkan secara mutlak juga gagal mengemukakan sebarang definisi. Bagaimana mereka jatuhkan hukum sedangkan mereka tak tahu menahu tentang perkara yang sedang mereka perkatakan. Tidak takutkah mereka dengan ancaman Allah dalam surah Yunus di atas?

Ada yang cuba2 beri alasan. Demo haram sebab menentang pemerintah dan haram nasihat pemerintah secara terbuka. Haram dan haram sebab menggangu jalanan dan buat kerosakan. Ia haram, haram, dan haram sebab tak ada dalil.
Maka ia haram secara mutlak!

Kalau itu alasan yang diberi, maka ia bukan haram mutlak pada zatnya ( li zaatih), tapi ia disebabkan faktor luaran yang mendatang (li ghairih)!

Aku juga katakan, jika itulah alasan yang diberi, maka:

1) isu menentang pemerintah sudah tidak timbul. Demo ini direstui sendiri oleh pemerintah Malaysia dan beliau sendiri menggugurkan "hak" dinasihati secara sembunyi dan membenarkan rakyat meluahkan perasaan secara terbuka. Ini sebagaimana hal nikah mis-yar yang mana isteri menggugurkan hak diberikan nafkah oleh suami. Bila isteri redha haknya digugurkan, maka tanggungjawab suami memberi nafkah pun gugur.

2) menggangu jalanan? jika dibuat di stadium bagaimana?

3) carilah dalil demonstrasi memang sampai lubang cacing takkan jumpa! ini bukan masalah aqidah dan ibadah yang tawqifi yang memerlukan dalil pensyariatan sebelum dilakukan. Ini masalah fiqh yang memerlukan dalil pengharaman jika mahu mengharamkan!

Kita lihat betapa pentingnya definisi bila berinteraksi dengan sesuatu hukum.

Ia seakan ulangan isu di perhimpunan agung Umno dulu bila seorang ulama muda Umno menempelak pembangkang supaya menasihati Rosmah Mansor dengan cara tarik tangan dan sembunyi sebagaimana hadith nasihat kepada ulil amri.

Kita tertanya-tanya, bila pula masanya Rosmah kita angkat sebagai ulil amri?! Tidak, tidak, kami tak sanggup!

Sebab itu bila nak keluarkan hukum, rileks dulu, jangan gopoh. Back to basics. Kemukakanlah definisi dulu barulah nak gebang!