Sunday, December 11, 2011

Lajnah Daimah: Wajib Sokong Hizbi Yang Mahu Tegakkan Hukum Syariah!

Baru-baru ni aku ada terjumpa sebahagian fatwa ulama Salafi Saudi berkenaan bagaimana berinteraksi dengan demokrasi. Ia telah dipost oleh Dr Maszlee Malik di wall FB beliau. Fatwa ni aku terjemah secara bebas dan publish sebagai note FB.


Cuma satu benda yang aku pelik, kenapa fatwa ni seakan-akan disembunyikan?


Kenapa tak ada pun yang war-warkan sedangkan ia adalah fatwa lajnah daimah? Malu ke? Atau tak berani?


Atau taknak buka minda membaca pendapat yang berlainan daripada pendapat yang diwarisi secara tradisi turun-temurun?

---------------------------------------------


Fatwa Lajnah Daimah :


Wajib atas orang Islam dalam negara yang tidak melaksanakan hukum Syariah Islamiah untuk bersungguh-sungguh dan mengerah segala kemampuan untuk menegakkannya. Mereka perlu bersatu berganding tangan dalam membantu hizbi (parti) yang diketahui akan berhukum dengan Syariah Islamiah. Sebaliknya, memberi bantuan kepada mereka yang menyeru supaya tidak berhukum dengan Syariah Islamiah maka ini tidak boleh, bahkan berpotensi menjerumuskan pelakunya kepada kufur.


Kerana Allah berfirman (al-Maidah ayat 49-50, maksudnya):


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.


Demikian, apabila Allah menyatakan kekufuran bagi sesiapa yang tidak berhukum dengan Syariah Islamiah, Dia memberi amaran terhadap sesiapa yang membantu atau menjadikan mereka ketua, dan menyuruh orang Mukmin supaya bertaqwa jika mereka benar-benar beriman. Maka Allah berfirman (al-Maidah ayat 57, maksudnya):


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


Wabillahit tawfiq. Wa shallallahu 'ala nabiyyina Muhammad wa alihi wa sahbihi wasallam.


al-Lajnah al-Daimah Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa:


al-Sheikh Abdul Aziz Bin Abdillah Bin Baz

al-Sheikh Abdul Razak al-'Afifi

al-Sheikh Abdullah Bin Ghadayan


Tamat Fatwa Lajnah Daimah 1/373


Sumber: http://www.islamqa.com/ar/ref/107166


Jika ada kesalahan terjemahan, mohon diberitahu. Barakallahufikum.

1 comment:

  1. merkur slot machine【VIP】best slot machine bonus 100
    merkur slot machine【VIP】best งานออนไลน์ slot machine 인카지노 bonus 100, 【lk deccasino

    ReplyDelete