Sunday, August 7, 2011

Selawat Antara Tarawih...?

Jam dah tunjuk pukul 2.16 am. Tapi mata tak boleh nak lelap. Puas aku pusing sana pusing sini masih tak boleh tidur. Sampai doa ini aku ulang baca:

اللهم غارت النجوم و هدأت العيون و أنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي يا قيوم أهدئ ليلي وأنم عيني

Maksudnya: "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata manusia, dan Engkau Maha Hidup Lagi Maha Kekal, Engkau Tidak Mengantuk Dan Tidak Tidur. Wahai Yang Maha Hidup Lagi Maha Kekal, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku" (Dhaif: HR Ibn al-Sunni. Lihat syawahid-syawahidnya di sini. Tidak mengapa berdoa dengan hadith dhaif asalkan tidak disandarkannya kepada Rasulullah s.a.w)

Mungkin juga penangan Mochacino yang aku minum masa berbuka tadi. Niat asal nak hilangkan mengantuk sebelum bertarawih, alih-alih melarat sampai ke larut malam!

Tadi aku solat di Masjid al-Hasanah BBBangi. Dah lama tak solat tarawih di sini. Tiba-tiba mak aku ajak solat kat sini, so aku taat je lah.

Sebelum tu, dulu aku pernah boikot masjid ni sebab pernah dulu kat sini diorang akan buat tahlilan arwah sebelum tarawih dan selepas isya'. Memang sangat mengganggu! Bid'ah tu satu hal la, memang tak boleh kata apa. Lagi satu tak fikir ke ramai yang datang untuk bersolat tarawih. Bukannya melayan majlis hantar pahala berbayar tu!

Tahun ni - alhamdulillah- tiada lagi tahlilan sebelum tarawih. Dengar kata diorang bawak pegi sebelum berbuka! apa2 lah janji jangan mengganggu jemaah yang hadir untuk solat tarawih.

Ada satu perkara yang aku nak ulas. Pasal selawat yang orang Melayu buat di celah2 solat Tarawih. Bagi aku ada beberapa problem, antaranya:

Pertama, amalan ni tak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Rasanya orang yang dok berselawat tu pun tau nabi tak buat, tapi diorang nak buat jugak! Alasan standard, "oklah isi ruang antara solat dengan benda berfaedah. Ni kan benda baik". Aku katakan, apa2 ibadah yang "baik", tentulah tak sempat ke kita, para sahabat yang paling taat kepada perintah nabi tu yang akan buat dulu.

Kedua, kenapa dilaung dengan kuat sehingga ada yang terjerit2? Bukan ke Allah suruh berzikir dengan suara yang perlahan dan merendah diri? Bukan saja kantoi tak ikut sunnah, malah berselisih dengan nas al-Quran!

Ketiga, apa signifikan dilaungkan nama khulafa al-Rasyidin yang empat? Hanya untuk menunjukkan betapa jelasnya sahabat tak buat amalan ni, sebab masa zaman Abu Bakar, Umar, Uthman, dan 'Ali mana tau diorang akan dilantik menjadi khalifah...:)

Keempat, kenapa perlu dibuat sahut menyahut? Bilal dan jemaah saling balas membalas selawat. Sebab senikata dia nampak macam tak sesuai untuk dibuat macam tu. Baca je la sama2!

Kelima, bila sampai part yang perlu sahut, tidak pula disahut. Selepas bilal sebut "al-badrul muniru muhammad" dan ramai2 laung "Sollu 'alaih" (Berselawatlah keatasnya!). Tak ada pulak yang sahut dengan berselawat ke atas nabi. Diorang suruh sape yang berselawat sebenarnya???

Demikian aku seru kawan2 agar meninggalkan selawat antara tarawih yang tiada asal dalam agama. Kalau mahu berselawat - malah perbanyakkanlah selawat- berselawatlah dengan selawat yang diajar oleh nabi dengan cara yang juga ditunjukkan baginda.

Ramadhan ini akan lebih indah jika ia dihayati dengan sunnah Rasulullah yang sahih. Allahua'lam.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. erm, yeke? kebanyakan buku yang dibeli tentang solat sunat pasti ade selawat antara solat terawikh dalam penerangan cara-cara untuk solat tu.

    ReplyDelete
  3. Saidina umar buat penjara pd zamannya, adakah bidaah? jika kita berpegang dengan quran dan sunnah sahaja adakah mencukupi tanpa mazhab?.....selawat perkara yg baik....xde menyeleweng bahkan pujian utk Muhammad SAW.....allah berfirman mafhumnya " Sesungguhnya allah tidak zalim walau sebesar zarah....."..adakah selawat itu Allah tidak akan kira???

    ReplyDelete
  4. sedare.... penjara tu masuk dalam perkara yang mendekatkan diri kepada Allah ke? pi bukak dulu kitab2 ulama' terdahulu yang memperjelaskan maksud BIDA'AH..Janganlah pakai kepala hotak engkau je.. nanti kene gelakkan orang je sedare nih..

    ReplyDelete
  5. sedare.... penjara tu masuk dalam perkara yang mendekatkan diri kepada Allah ke? pi bukak dulu kitab2 ulama' terdahulu yang memperjelaskan maksud BIDA'AH..Janganlah pakai kepala hotak engkau je.. nanti kene gelakkan orang je sedare nih..

    ReplyDelete
  6. Berselawat secara kuat adalah salah satu dari syiar Islam, yg mengajak umat Islam menunaikan solat tarawih. Selain dari mengjebahkan di dalam kampung2 mengajak umat Islam beribadah, berselawat secara kuat juga salah satu dari syiar Islam.

    ReplyDelete
  7. Berselawat secara kuat adalah salah satu dari syiar Islam, yg mengajak umat Islam menunaikan solat tarawih. Selain dari mengjebahkan di dalam kampung2 mengajak umat Islam beribadah, berselawat secara kuat juga salah satu dari syiar Islam.

    ReplyDelete