Monday, June 22, 2009

Melawan Arus

Bagi orang yang mengikuti sunnah Rasulullah di akhir zaman, hidupnya memang sentiasa melawan arus.

Orang buat lain, dia buat lain.

Orang fikir lain, dia fikir cara lain.

Dalam banyak hal dia ini menjadi asing. Asing bukan bererti dia dipinggirkan atau dipulau. Tapi asing disebabkan perbuatannya yang tidak sama dengan yang biasa dibuat orang.

Kalau orang lain selalu solat 5 waktu di bilik atau rumah, dia pula solat di masjid atau surau.

Kalau orang lain dibuai mimpi indah pada waktu malam, dia pula keseorangan beristiqamah mendirikan qiamullailnya yang tak pernah padam.

Kalau orang lain masih terbongkang tatkala azan subuh berkumandang, dia sudah mempersiap diri untuk ke musolla untuk bersembahyang.

Kalau orang lain belajar hanya untuk lulus periksa, dia pula belajar sebab menuntut ilmu memang suruhan agama.

Kalau orang lain sibuk berkapel-mapel sana sini, dia hanya kekal seorang diri. Oh, kalau sudah ada yang berkenan dihati, gadis itu akan segera dinikahi. Bukannya pergi keluar berdua atau ber'kapel cara islami'.

Asing, dia memang asing.

Sekali sekala mungkin dia berasa dirinya seperti terasing dan terpinggir. Tapi ketahuilah Tuhan akan sentiasa bersamanya selama mana kalimahNya tidak ditinggalkan.

Satu langkah mendekati Tuhannya, seribu langkah Tuhan mendekatinya.

Maka bergembiralah wahai orang-orang yang asing. Kerana nabimu pernah berkata:

"Maka berbahagialah buat mereka yang asing(al-ghuraba')" - HR Muslim

Monday, June 15, 2009

BERUKband

Celcom Broadband atau Berukband?

Teruk sangat dah nih. Main tenet dua tiga minit dah putus. Putus, sambung balik, putus balik, sambung lagi...(repeated)

Call center macam-macam alasannya. Tengah upgrade lah, tengah problem lah. Langsung takde alasan yang konkrit.

Apa kejadahnya keja yang korang buat ni?

Padahal kalau nak ikutkan, yuran yang dibayar memang tak berbaloi langsung dengan servis yang tersangat cikai ni.

Aku tak nak complain sangat pasal speed. Yang aku marah sangat sebab celcom broadband ni memang sangat-sangat tak stable. Kejap ok, kejap weng.

So kepada sesape yang berkenaan, LU PIKIRLAH SENDIRI!

Saturday, June 13, 2009

Tagged

First time kena tag.Ada sorang mamat yang dah lama tak update blog tetiba tag aku.kehkeh.Ni haa aku jawab

1) Bekas kekasih saya adalah...
awek sekolah yang dah nak kawen ujung tahun...huhu sedih beb

2) Saya sedang mendengar...
Boyz II Men - In The Still Of The Night

3) Mungkin saya patut...
buat satu akaun facebook

4) Saya suka..
baca blog orang dan berforum

5) Sahabat-sahabat saya...
pemalas nak update blog (sibuk sangat la tu...)

6) Saya tak paham...
perangai orang politik

7) Saya kehilangan...
kenangan waktu muda-muda dulu

8) Ramai yang berkata...
"bile nak kawen?"...aku kata "rilek la dulu"

10) Cinta itu adalah...
buta dan juga boleh membutakan...(lirik lagu too phat)

11) Di suatu tempat, seseorang sedang...
tido terbongkang (cube teka siapa?)

12) Saya akan cuba...
bangun lebih awal

13) Ayat SELAMANYA membawa maksud...
selamanya aku mencintaimu (cehh jiwang)

14) Telefon bimbit saya..
asyik weng je..petanda kena tukar yg baru

15) Bila saya terjaga...
baca doa bangun tido yg nabi ajar

16) Saya paling meluat...
tengok orang Melayu berpolitik

17) Pesta/parti adalah...
tempat orang makan FREE

18) Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
tanya haiwan pulak...tanyalah awek yang paling comel kat UIA!

19) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
akil baligh

20) Hari ini...
nak basuh kereta kalau rajin

21) Malam ini saya akan...
study untuk quiz Control Systems insyaAllah

22) Esok pula saya akan...
jawab quiz dengan cemerlang insyaAllah...ameen!

23) Saya betul² inginkan...
isteri yang solehah

24) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
rasa nak trim misai dan janggut. nantila, malas pulak nak amik shaver

25) Pusat membeli-belah atau arked permainan...
tempat kaum hawa perabih duit

26) Makanan barat atau Jepun...
sushi? uwekk!

27) Bilik yang terang atau gelap...
bilik gelap hanya untuk pengantin baru....ekeke

28) Makanan segera adalah...
mee maggi 2 minit

29) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
bangun subuh woi...kul bape dah ni!

30) Siapa yang anda ingin tag...
sorang je...Suzaizul Kamal aka sks

Friday, June 12, 2009

Lari Daripada Mati

Di seluruh dunia ramai orang menzahirkan ketakutan mereka terhadap mati.

Ada orang yang berusaha mencari ubat yang boleh membuatnya hidup selama-lamanya(immortallity).

Ada orang membina rumah besar dengan segala kecanggihan, dengan harapan dapat melindunginya daripada bencana alam.

Ada orang yang berjawatan mempunyai kereta yang berdinding tebal lagi kebal, dengan itu dia terlepas daripada kemalangan dan selamat daripada peluru penembak tepat(sniper).

Di samping ramai orang yang membunuh diri dan mengharapkan mati, demikian ramai pula yang 'melarikan diri' daripada kematian dengan pelbagai cara.

Sebenarnya baru sebentar tadi imam di surau membacakan ayat dari surah al-Jumu'ah ayat 8:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".



Ketika mendengar ayat ini, ia ibarat mendapat satu tamparan yang maha dahsyat menyinggah di pipi.

Apakah sudah cukup amalanku menghadapi mati?

Sudahkah al-Quran dan al-Sunnah itu benar-benar aku amalkan?

Sudahkah aku mengikuti jalan nabiku dalam segenap perkara?

Lebih penting lagi...

Apakah sudah cukup murni 'aqidahku tanpa sebarang kesyirikan walau sebesar zarah?

Soalan-soalan ini menerjah di minda. Andaikata jawapanku hanyalah belum, belum dan belum, maka apakah nasibku di akhirat kelak?

Yang pasti, masa tidak akan menunggu kita. Berapa lama sangatkah umur kita yang tinggal?

50 tahun, 10 tahun, seminggu, atau sehari saja lagi? Fikir-fikirkanlah wahai sahabatku yang budiman.

Macam mana sekalipun kita lari dari kematian, walau berlindung dalam bilik yang kebal sekalipun, pasti dan pasti kematian itu akan menjengah...

أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَـذِهِ مِنْ عِندِ اللّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَـذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللّهِ فَمَا لِهَـؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Wednesday, June 10, 2009

Sifat Allah

Dulu saya selalu menyanyi lagu sifat 20. Masa lapang saya habiskan dengan mencari note-note lagu yang sesuai dengan harmoni lagu sifat 20. Lalu sifat 20 saya hafal , ulang dan ulang.

Kini kalau tanya saya semula tentang sifat 20, mungkin saya akan menjawab “tidak tahu”. Sebab bagi saya tidak wajar sama sekali mengehadkan sifat Allah itu kepada hanya 20. Ke mana mahu dibakulsampahkan 99 nama dan sifat Allah yang popular itu?

Ada yang berpendapat tidak perlu belajar tawhid al-Asma’ wa al-Sifat. Rakan saya di maahad tahfiz dulu yang bermanhaj tarekat, mengatakan bahawa mempelajarinya adalah satu bid’ah!

Ternyata rakan saya itu silap. Bahawa mempelajari sifat Allah itu terlalu penting sehingga ia bisa menentukan ketulenan ‘aqidah seseorang. Apakah seseorang mengaku hamba sedang dia tidak mengetahui sifat-sifat Tuhannya?

Kalau anda merayau-rayau di ruangan internet, pasti anda akan mendapati wujud pertelingkahan antara golongan agamawan. Antara yang diperselisihkan itu adalah dalam bab sifat Allah.

Ini terjadi akibat wujud golongan yang suka mentakwil ayat-ayat sifat di dalam nas al-Quran dan al-Sunnah. Takwil di sini bermaksud mengalihkan lafaz atau istilah zahir sesuatu ayat atau perkataan kepada lafaz lain.

Antara contoh yang popular ialah persoalan “Di Mana Allah”.

Ada yang beranggapan Allah itu berada di mana-mana.

Tapi bila dikatakan kepadanya “Kalau begitu, tentu Allah berada dalam poket seluar kamu!”

Dengan segera dia akan berdalih “Eh, maksud saya Allah itu wujud tanpa tempat”.

Yang mana satukah betul? Allah berada di mana-mana atau Allah wujud tanpa tempat? Ini mendorong satu kekeliruan yang dahsyat. Maha Suci Allah daripada sebarang kekeliruan hambaNya.

Yang benar ialah sebagaimana yang dipegang oleh generasi al-salaf al-soleh bahawa Allah itu beristiwa’ di atas ‘arasy.

Bagaimana istiwa’nya Allah di ‘arasy itu? Adakah ia seperti duduknya manusia di atas kerusi?
Kita katakan Allah istiwa’ di atas ‘arasy itu diketahui maknanya. Akan tetapi kaifiat atau tatacaranya diserahkan kepada Allah, sambil kita menyucikan Allah daripada sebarang penyerupaan dengan mana-mana makhluk.

Mudah bukan? Ya, ‘aqidah Islam itu sangat mudah difahami sebenarnya. Cuma apabila ia dimasuki dari pintu falsafah ia akan memeningkan kepala. Lantas falsafah bertukar menjadi falsampah.

Demikian halnya dengan sifat-sifat yang lain seperti tangan, turun, dan mendengar. Kita beriman sebagaimana generasi salaf beriman dengannya.

Ringkasnya, ahli Sunnah wal Jamaah beriman kepada sifat-sifat yang Allah mensifati diriNya seperti yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sifat-sifat ini diketahui maknanya manakala tatacaranya diserahkan kepada Allah dengan keyakinan bahawa ia tidak menyerupai mana-mana makhluk.

Jika ada juga yang masih berdalih, bacakan kepadanya ayat ini:

Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran. [Ali ‘Imran: 7]

Saturday, June 6, 2009

Rokok Yang Dibenci Itu


Pengalaman sejak di bangku sekolah berkawan dan bersosial dengan rakan-rakan yang merokok mungkin antara pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan. Ada antara mereka yang memang perokok tegar, ada yang merokok mengikut keadaan(kejap rokok kejap tak), ada yang jenis ikut-ikut, tidak kurang juga ada yang merokok sebab nak menjaga ke’machoan’ diri. Oh ya, itu tak termasuk yang kaki hisap sisha(rokok versi timur tengah) dan kes hisap gam kasut.

Untuk statistik, ketika dibangku sekolah menengah(sekolah agama tau!), dianggarkan lebih daripada separuh budak batch aku terlibat dengan aktiviti merokok. Melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz pula, aku diberi kejutan hari pertama dengan mendapat seorang roommate yang kaki rokok! Sedihnya beliau sangat ‘cair’ hafalannya. Di Matrikulasi, daripada keseluruhan 8 orang roommate, 7/8 daripadanya adalah perokok tegar! Di Main Campus, Alhamdulillah, semua roommate bebas rokok. Pendeknya, bergelumang dengan asap rokok bukanlah perkara baru untuk aku.

Entah mengapa dan atas sebab apa, dengan sebegitu banyak peluang dan ruang, aku tetap menolak untuk merokok, walaupun untuk sekali cuma. Padahal kalau diikutkan, memang sangat logik aku pun terlibat sama. Mungkin ketika itu keadaan duit poket yang tidak mengizinkan, justeru aku tidak merokok. Demi Allah, kalau itulah sebabnya, maka aku sangat bersyukur dikurniakan kemiskinan ketika itu!

Pernah aku berdialog dengan seorang rakan ketika di Matrikulasi:

“Banyak duit kau ek tiap-tiap ari bantai sekotak. Kalau sekotak lebih kurang lima ringgit, seminggu dah berapa tu”

“Nak buat camne. Sangap gila kot”

“Sangap sangap jugak weh. Kalau bakar duit senang-senang je macam tu, pokai la bai…”

Aku saja bakar beliau sedemikian rupa. Bukan apa, sebab kesian juga kadang-kadang tengok beliau dan lain-lain sanggup mengikat perut akibat kekurangan duit untuk beli makanan. Bila ditanya mengapa, jawabnya duit habis belanja awek dan beli rokok. Subhanallah, berbaloikah wahai saudaraku?

Hendak dijadikan cerita, ketika dibangku sekolah, pernah sekali aku didatangi seorang rakan yang agak tegar merokok. Dari gaya bahasa badan beliau, aku sudah tahu beliau ingin menguji aku dengan beberapa soalan. Antara soalan beliau: “Aku nak tanya ko satu soalan la. Apa hukum rokok ek?”

Sungguh, ketika itu aku memang aku tidak tahu menahu tentang hukum rokok yang digariskan oleh ulama’ muktabar. Semoga Allah mengampuni akan kekurangan itu. Oleh sebab itu aku menjawab: “Ehm, paling kurang makruh”. Alangkah kecewanya aku rupanya hujah ‘hukum makruh’ itulah yang digunakan sementelah itu. Sebab itu kalau kita tak tahu akan sesuatu, lebih baik diam atau berkata dengan bangga “aku tak tahu”.

Padahal kalau benar rokok itu makruh sekalipun, ia tetap perlu ditinggalkan. Makruh, dengan memindahkan maknanya secara terus, bermaksud “yang dibenci”. Apakah seseorang berasa aman melakukan sesuatu yang dibenci dalam agama? Bahkan makruh itu lebih mendekati yang haram. Demikian tegas hadith Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

"Perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula. Antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barangsiapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu, bererti dia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa mengerjakan perkara yang diragukan, sama dengan gembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatirkan dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah, semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baik pulalah tubuh itu semuanya. Dan apabila daging itu rosak, maka binasa pulalah tubuh itu seluruhnya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!"


Baru-baru ini, kejadian hampir sama berlaku. Tapi soalan diajukan dari rakan lama di Matrikulasi. Kali ini, jawapan aku: “Tak payah tengok jauh-jauh. Ko tengok dari aspek paling senang la. Rasanya takde benda lain yang lebih membazir daripada rokok ni. Dalam al-Quran, Allah tak mempersaudarakan sesiapapun dengan setan kecuali orang yang membazir!”. Nampaknya beliau mengangguk tanda menerima dengan terbuka. Semoga beliau dibukakan pintu hidayah oleh Allah untuk meninggalkan rokok.

Lihat dari sudut yang lain pula seperti dari sudut kesihatan, contohnya. Seawal minggu lepas aku ketemu dengan seorang atuk yang umurnya sebaya atau lebih tua daripada Tun Mahathir. Ternyata beliau sangat sihat dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau sudah melepasi usia emas. Yang mengejutkan sekali, beliau adalah seorang perokok tegar! Atas kejadian-kejadian seperti inilah kebanyakan orang berhujah bahawa rokok sebenarnya langsung tidak memudharatkan.

Malah aku pernah terbaca dalam satu sumber, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ditanya mengapa rokok tidak diwartakan sebagai haram di Malaysia(ketika itu), sedangkan negara-negara Islam yang lain sudah lama mengharamkan? Beliau menjawab(lebih kurang): “Kemudharatan yang dibawa rokok tidak dapat diketahui secara pasti. Ada yang mengatakan ia penyebab kanser. Tapi kita dapati ada sebahagian besar perokok tidak pun menghidap kanser bahkan sihat wal afiat saja. Atas sebab ketidakpastian inilah kita tidak mewartakan pengharaman rokok ini!”.

Waduh, ingin sekali aku berjumpa dengan beliau dan suruh beliau merujuk sendiri buku-buku dan laman web kesihatan agar beliau mengetahui betapa mudharatnya rokok kepada si perokok dan orang sekeliling(secondary smoker). Yang benar, terdapat terlalu banyak bukti saintifik yang menunjukkan kesan-kesan negatif rokok terhadap kesihatan. Katakan apa saja penyakit kronik; sesak nafas, kanser paru-paru, kerosakan pundi kencing, dan penyakit yang paling ditakuti kaum adam iaitu penyakit kemandulan.

Dalam menangkis orang-orang yang menggunakan dalih yang sedemikian, Sheikh Muhammad Bin Jamil Zainu mengatakan:

“Kami katakan kepada mereka (yang berdalih - pent), andai rokok tidak mendatangkan sesuatu yang membahayakan tubuh, rokok jelas dapat merugikan harta yang kita miliki, moral dan orang lain. Memang bahaya rokok terkadang baru diketahui setelah beberapa waktu kemudian. Namun demikian sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan bahaya rokok dengan bau busuk yang keluar dari mulut perokok dan giginya yang menjadi hitam, serta perbuatan yang mencemari udara yang Allah kurniakan kepada manusia dalam keadaan bersih”

Kata beliau lagi,

“Sangat sedikit sekali perokok yang tidak terkena impak buruk rokok. Adapun majoriti yang terkena impak rokok adalah para perokok itu sendiri. Hukum syar’i untuk suatu benda adalah berdasarkan suatu yang dominan dalam benda tersebut. Bahkan ilmu kedokteran moden dengan tegas menyatakan bahawa bahaya rokok itu dapat mengenai semua orang, meskipun tingkat impak negatif rokok tersebut bergantung kepada kondisi kekuatan tubuh dan jumlah rokok yang dihisap” [Muhammad Bin Jamil Zainu, Hukmu al-Dujan wa al-Tadkhin. Ayat di atas dinukil dari edisi terjemahan oleh Aris Munandar atas tajuk “No Smoking: Tidak Merokok Kerana Allah”, Media Hidayah, mukasurat 65 dengan sedikit pengubahan perkataan agar sesuai dengan Bahasa Melayu standard]

Oh, rokok juga sebenarnya berupaya menjadikan penghidapnya menjadi sombong untuk mengetahui bahawa dia bukan saja memudharatkan dirinya malah sesiapa saja yang terdedah kepada asap yang dihembusnya. Ustaz yang mengajar aku subjek Engineering ethics dulu pernah menyamakan hukum menghisap rokok dengan hukum membunuh! Beliau memberi contoh seorang yang hisap rokok di kedai mamak, asap yang dihembusnya akan disebarkan oleh angin lalu memasuki rongga mulut orang-orang yang berada disekeliling. Lalu beliau membacakan ayat yang cukup menggentarkan hati:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” [Surah al-Nisa’ :93]

Demikian di sana terdapat ayat-ayat yang senada seperti di bawah:

"…dia(nabi) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…” [Surah al-A’raf:157]

Bahkan Rasulullah dengan tegas telah melarang perlakuan memberi kemudharatan kepada orang lain dalam hadith sahih:

“Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan orang lain!” [Hadith sahih riwayatkan Imam Ahmad]


Ayuh sahabat-sahabatku yang masih merokok dan yang berfikir untuk merokok, renungilah dalil-dalil yang jelas dari al-Quran dan al-Sunnah seperti yang dilampirkan di atas dan banyak lagi yang sewaktu dengannya. Bertakwalah kepada Allah dalam segenap hal, termasuk meninggalkan rokok demi kesejahteraan diri kita di dunia dan akhirat.

Ketahuilah tubuh, nyawa dan harta kita ini hanyalah pinjaman daripada Allah semata, kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Carilah jalan untuk meninggalkan terus tabiat buruk ini. Basuhlah tanganmu dari cela-cela tembakau dan terbitan daripadanya. Akhir sekali, pohonlah doa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk meninggalkan rokok dulu, kini, dan selama-lamanya.

Thursday, June 4, 2009

Tangkal Dan Petir

Assalamualaikum semua,

Aku baru habis kelas. Biasanya kalau habis kelas aku mesti dengar radio kat dalam kereta.

Hari ni pun sama. Selalunya aku buka Hotfm tapi hari ni aku buka radio Era. Tiba-tiba aku terdengar satu berita yang tak tau nak cakap camne...hmm, lawak campur sedih kot. hehe. Ni ha lebih kurang berita yang aku dengar:

"Semalam seorang lelaki mati disambar petir di sebuah bangsal di Kelantan. Beliau dikatakan mati selepas petir menyambar TANGKAL tembaga yang dipakainya di pinggang".

Satu kereta aku terdiam. Tak tau nak gelak ke atau macam mana.

Last-last Afif yang duduk sebelah aku bersuara:

"Bukan patut tangkal tu lindung dia ke? Apsal kena sambar petir pulak?", begitulah lebih kurang kata-kata Afif dengan nada sinis campur perli.

"Mak aih, mati dalam kesyirikan!", jawab aku menggunakan manhaj jalur keras.

Balik bilik aku terus search berita ni kat internet. Akhirnya jumpa berita ni kat laman web Berita Harian.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat beliau bukan orang Islam. Bayangkanlah kalau orang Islam yang mati sebegitu rupa. Tak ke gelap masa depan?

Moral of the story. Jauhilah aktiviti bomoh dan tangkal menangkal,yang itu langsung tak dapat melindungi kita semua daripada musibah atau bala bencana. Yang sebenarnya Allah sajalah yang memberi manfaat dan mudharat kepada sesiapa yang dia mahu. Semoga aqidah kita semua terpelihara. Amin.

Tambahan:

"Barangsiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


"Barangsiapa mendatangi 'araf (tukang ramal)dan bertanya kepadanya, tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh hari." (HR. Muslim dalam sahihnya)