Sunday, November 29, 2009

Haji

Antara penyakit umat Islam - atau paling tidak - umat Melayu ialah kegilaan mereka terhadap gelaran.

Ya, gelaran. Kadang2 tak ada pun kelayakan, atau tauliah, tapi sibuk menggelar diri sendiri dengan bermacam2 gelaran dan pangkat.

Orang Melayu panggil "masuk bakul angkat sendiri".

Kalau yang dah pegi haji, mesti mau dipanggil Haji sekian sekian. Kalau tak panggil alamatnya melentinglah dia. Mungkin tak pasal2 orang yg memanggil pula yg dimaki2. Lu pikir la sendiri haji mabrur ke dia atau haji mardud (haji yg tertolak)ke dia?

Lihatlah para sahabat, siapakah yang memakai gelaran haji? Pernah dengar ke dalam kitab2 sejarah nama Haji Abu Bakar, Haji Umar, Haji Uthman, atau Haji Ali?!

Entah datang dari mana gelaran haji ni pun tak diketahui. Kita lihat foreigner yang duduk arab pun tak letak nama haji. Kalau mereka tau kegilaan orang Melayu dengan gelaran haji ni, boleh jadi mereka terkejut beruk. Atau cultural shock.

Yang ustaz-ustaz pula, atau orang yang mengaji agama, sesetengahnya tak sah kalau tak ada gelaran2 tertentu. Kadang2 nak tulis nama dia pun payah! Sebab nama yang ditambah didepan dan dibelakang nama dia tersangatlah panjangnya.

"al-Fadhil al-Ustaz al-Allamah Haji Tok Lobai al-Muqri' al-Hafiz...................."

Memanglah gelaran itu penting untuk menentukan pangkat dan dalam kerangka menghormati keilmuan seseorang. Itu tak dinafi. Tapi yang mendatangkan masalah bila si pemakai gelaran menjadi terlalu 'gila' lagi 'obses' dengan gelaran itu.

Kita bersedia memberi gelaran yang baik2 sebagai tanda hormat JIKA gelaran itu memang selayaknya diberi kepada tuan empunya badan.

Kita tidak meggelar seseorang 'Muhaddith' jika hanya membaca beberapa baris hadith. Terlebih lagi jika hadith yang dibaca ialah hadith palsu!

Kita juga tidak meggelar seseorang 'ulama' bagi mana-mana individu yang pantas menuduh, memfitnah sesiapa tanpa bersandarkan fakta.

Sepatutnya jika seseorang yang tinggi ilmunya, dia akan semakin lama semakin dia merendah diri. Tawaduk. Ibarat resam padi, semakin berisi semakin tunduk. Ini tidak. Semakin hari semakin menjadi. Semakin lama semakin hidung tinggi.

Dalam bab ni, aku respek orang putih. Dalam banyak bab memang aku kutuk diorang, terlebih utama dalam bab tamadun. Tapi bila sampai bab 'humble and humility' dengan gelaran, memang diorang menang.

"Excuse me, Dr John"

"No, no. Just call me John"

Ini skrip biasa dalam movie2 orang putih. Tidak pula dijumpai benda yang sama dalam cerita2 Melayu atau cerita2 arab. Jangankan dalam movie, dalam realiti pun susah nak jumpa.

Contohilah para salaf umat ini dalam hal tawaduk. Tawaduk dengan ilmu, tawaduk dengan harta, tawaduk dalam akhlak. Padahal ada sebahagiannya yang dijanji syurga.

Usah tergilakan gelaran dan nama. Itu semua hanya sementara. Tak membawa ke mana. Tapi kalau mahu tergilakan juga, gilakanlah gelaran sebagai penghuni syurga.

Ini ada satu video yang mahu dikongsi bersama. Dengar-dengarkan dan selamat beramal...:)

11 comments:

  1. tu laa cek...aku tak kisah sgt gelaran gelaran ni....cam aku laa...contoh :

    "Dato' Kamal...Dato' Kamal...tolong tandatangan borang ni" kata seorang pekerja perempuan di pejabat.

    aku balas "Ish...tak payah berdato' dato' dengan saya...panggil abang kamal pun cukup dah...awak dah lunch?? "

    hahaaha.....boleh ka itu macam cek??

    ReplyDelete
  2. ia umpama satu penyakit, bagaikan satu "adat" yg hebat menular dalam budaya, sukar di robah kerna orang Melayu sudah sebati dengan peribahasa yg mereka cipta sendiri "biar mati adat, jgn mati anak".

    ReplyDelete
  3. eh...rase cam salah je peribahasa tu...rasenye peribahsa versi asal "biar mati anak, jangan mati adat"...ke yang tu dah diubahsuai... =)

    ReplyDelete
  4. Mmg salah tu ani. Yg btul yg kamal tulis tuh...:)

    bg aku la, sebenarnya bkan masalah adat kat sini. tapi lebih kpd masalah SIKAP. Baru blaja sikit dah bajet power. Baru khatam beberapa kitab kuning dah tunjuk otai.

    Klu nk tau org tu berilmu atau tak ialah sikap merendah diri. Aku teringat sorg ulama'(tak igt nama) ckp semakin byk dia blaja, semakin byk yg dia tak tau...

    ReplyDelete
  5. mende mende camni cek, bukan dalam bab belajar agama jer....
    dalam segala hal pun banyak.....
    bile dah terer tu, mule laa nak rendah2kan org lain....
    aku ni bukannye baik pun...ayat2 atas ni aku tuju kat diri aku laa...heheheh....

    cam kelate laa....
    baru masuk final FA ngn final PM, dah claim hebatlaa...terer laa...
    selangor dah berpuluh puluh kali masuk final pun rilex jer...
    wakakakaka.....

    ReplyDelete
  6. Dari Zahdam bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka.” Imron berkata: “Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga kali (generasi)?” Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk di antara mereka.”
    (Riwayat Muslim)

    cek...
    aku tanye ni....
    ape maksud GEMUK dalam hadith kat atas ni??
    gemuk cam aku ker??
    dulu dulu zaman Rasullallah takde org gemuk ke cek??

    tqvm cek...

    ReplyDelete
  7. kamal, gemuk kat dlm hadith ni bermaksud TAMAK. Boleh rujuk dalam buku "Kaedah memahami hadith-hadith musykil" oleh Hafiz Firdaus. Untuk rujuk online, boleh pergi: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk52.htm#_ftnref1

    Hadith ni hadith yg penting, ia mengingatkan kpd kita role model terbaik ialah 3 kurun yg terawal iaitu nabi dan para sahabat, tabiin, dan atba' al-tabi'in.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. haha..yela~~kamal..aku silap..terbalik2..time kasih kerana sgt alert.. (malu)

    ReplyDelete
  10. hehe...kami menanti ketibaan cahaya mata pertama ani...:)

    ReplyDelete