Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam 'Idulfitri buat semua muslimin dan muslimat. Semoga semua bergembira atas kemenangan di hari lebaran.

Tahun ni aku dapat cuti raya yang paling lama dalam sejarah (rasanya). Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya. Tambah semua dapatlah dua minggu. Memang payah nak dapat cuti selama tu kat UIA.

-----------RAYA SEKARANG BORING?-------------

Ada aku dengar cakap2 orang termasuk sedara dan member2 lama yang cakap raya sekarang dah tak macam raya dulu. Dah tak semeriah dulu. Boring, hambar.

Benarkah?

Kalau time kecik2 dulu raya meriah tambahan pulak dapat duit raya. Sekarang bila dah besar, sedara pun dah susah nak kumpul sekali, suasana raya tu semakin pudar. Tak dinafikan, aku pun rasa macam tu.

Tapi kuliah seorang ustaz kat radio IKIM telah sedikit sebanyak membuka minda aku.

Katanya, hari raya umat Islam sepatutnya bergembira sebab telah berjaya melaksanakan ibadah2 sepanjang bulan puasa dan meraikan kemenangan kembali kepada fitrah.

Tambahnya, kalau tiba2 kita tidak berasa meriah, bermakna Ramadhan kita tentu ada masalah.

Walaupun aku memang tak ambil banyak manfaat daripada radio IKIM, tapi ada benarnya juga kata ustaz tu.(maaf aku tak kenal siapa nama ustaz tu)

Mungkin juga raya kita ini sebenarnya yang problem. Kalau membaca kisah hari raya zaman Rasulullah, memang hari raya hari yang penuh dengan kemeriahan. Semua umat bergembira. Perayaan dihidupkan dengan acara2 hiburan. Paluan gendang, nyanyian semuanya dilantunkan pada zaman nabi.

Di negara ni berbeza. Malah sangat2 menyanggahi apa yang berlaku pada zaman nabi. Hari raya kita di sambut di kuburan2, kononnya di situlah tempat yang sepatutnya disambut hari raya. Manusia merintih, menangis,meratap terhadap si mati. Kalaulah semua itu baik, tidak sempat kat kita, tentu nabi sudah berbuat dahulu. Sedangkan tiada bukti nabi menyambut hari raya di kuburan.

Sila baca tulisan yang baik daripada mantan Mufti Perlis - "Hari Raya Bukan Hari Sedih"

---------------ASTRO OH ASTRO--------------

Tiba-tiba aku rasa sangat tidak berbaloi melanggan Astro. Mana taknya, cerita yang ditayang langsung tak berkualiti. Lagi2 cerita hantu. Asyik2 cerita jiwang. Dah habis modal aku rasa.

Tak ada LANGSUNG cerita yang membuka minda. Membina jiwa. TIADA LANGSUNG.

Sekurang2nya kalau dulu2 ada la jugak konsert nasyid yang best2. Dapatla jugak melepaskan rindu kepada nasyid acapella. Sekarang dah takde. Yang ada pun diulang tayang yang tahun2 lepas punya. Aku dah naik menyampah dengan program2 sampah.

Kalau tak kerana bola, dah lama aku terminate astro ni.

Astro oh astro.

-------------YANG BEST-------------

Apa yang best raya tahun ni?

Alhamdulillah, dengan sedikit penambahan ilmu tentang sunnah, dapatlah juga merasa raya yang lebih mendekati sunnah Rasulullah. Malah aku tengok orang2 di sekeliling pun semakin faham akan sunnah. Memang tak sia2 kalau kita terus melakukan usaha2 dakwah biarpun secara kecil-kecilan. Kerana sunnah itu lebih bertepatan dengan fitrah.

Takbir di Masjid UKM dilakukan dengan bersemangat, tiada lagi nada sedih. Khutbah bagus, bernada sunnah. Adik aku pulak mengingatkan aku agar mengikuti jalan yang lain ketika balik dari solat eid. Alhamdulillah, sekurang2nya kita dapat menyuntik elemen sunnah sedikit demi sedikit, kalau tak banyak.

Raya kali ni pulak menyaksikan pasukan kegemaran aku, Chelsea meneruskan rentak kemenangan. Menang bergaya 3-0 ke atas Spurs. Bermakna rekod baru telah tercipta, Anchelotti menang kesemua 6 perlawanan liga berturut2. Satu rekod bersih. Sebelum ni Mourinho 'the special one' pun menang 5 kali je. I told ya, Anchelotti is da man....haha...(Yang tak bestnya Man Utd pun menang jugak hasil ihsan referee yang sengal. Tak yah bangga sangat la weh...kahkah)

Looking forward to seeing Selangor in Malaysian Cup....:)

------------JOM BERAYA---------------------

Tak sah kalau hari raya hanya terperap kat rumah. Masa nilah nak ziarah rumah2 sedara, rumah2 jiran, kawan-kawan lama.

InsyaAllah hujung minggu ni aku akan berkonvoi raya dengan kawan2 sekolah. Minggu depan kot dengan member2 UIA. Tu pun kalau diorang free.

Open house? Family aku tak penah buat open house. Tapi kalau nak datang, datang je lah. Lebih elok kalau bagitau dulu, boleh buat makanan yang special2 sikit. Spagetti Carbonara ke, Mee udang ke, laksa ke. Barulah terangkat. Ni asyik ketupat nasi je. Lama-lama muak jugak tekak ni. Ye tak?

So, kepada kengkawan yang jauh dan dekat, lama dan baru, yang rapat dan yang tak berapa nak rapat, kalau mahu kunjung ke rumah, anda adalah sangat dialu-alukan. Ini alamat rumah aku:

5, Jalan 3/4D,
43650 Bdr Baru Bangi,
Selangor.

Rumah kat Perlis, kami buat close house. Kalau datang pon takde orang...:P

Sekian, wassalam.

Gambar-gambar raya tahun 2009 -----> FACEBOOK

5 comments:

  1. ak nk spaghetti carbonara..haha

    Btw, Salam Aidilfitri, taqabbalallahu minna waminkum

    ReplyDelete
  2. spaghetti carbonara dah buat time aweks2 ni dtg umah aku dulu. Kalo serve carbonara kat dak2 laki, konfem licin!haha

    taqabbalahhu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan aku dan kau...

    ReplyDelete
  3. salam hasan...thn ni xdpt berkunjung ke umah hasan, syaz pun xdpt nk wat open hse... nk minta duit ry je la kat hasan, blh? abg kan slalu bg kat adik... =P

    ReplyDelete
  4. duit raye?tak malu, badan dah besar pnjg pun nak duit raye lagi!kahkah...pegi mintak kat Syu'bah. dgr kate duit gaji dia berlebihan thn ni

    ReplyDelete
  5. salam akhi... apa lak malu...haa, ni la org kita, bdk2 yg kecik2 dpt duit raya byk, yg dh besar2 xbg pun, sdgkan kalau masih lum kahwin, lum kerja n tgh bljar, sepatutnya la dberi duit ry... hehehe...terutama abg2 yg loaded mcm hasan n syu'bah ni, mmg la kena bg kat adik mcm syaz... =P

    ReplyDelete