Saturday, July 18, 2009

Hikayat Melayu Lama: Taksub Hantu

Saya agak komuniti hantu tentu berasa tension dengan kebanyakan orang Melayu.

Mana taknya, SEMUA benda hatta yang sebesar zarah sekalipun akan dikaitkan dengan hantu.

Semuanya hantu.

Kalau dia sakit kepala atau sakit perut, terus dituduhnya itu angkara hantu. Seolah-olah hantu ni mampu menjulap sekalian umat Melayu.

Kalau bisnes nampak macam tak berapa nak maju, dia sekali lagi akan menyalahkan hantu. "Mesti orang kedai sebelah hantar hantu kat kedai aku ni". Orang mamak panggil 'manderem'.

Tak pasal-pasal hantu yang kena.

Yang terlebih lucu, ada satu rancangan di Astro yang bertajuk "Pemburu Hantu".

Ceh, gaya bajet macam nak tiru "ghost hunter". Konon nak kaji hantu dari segi saintifik la. Saya yang belajar sains secara mendalam nak tergelak tengok kajian diorang ni. Betul-betul lucu. Kalah lawak antarabangsa.

Ia mungkin selucu satu kisah benar tentang hikayat hantu bernama 'Jenglot' suatu masa dahulu. Masih ingatkah? Ya, ia langsung tak saintifik. Tapi BODOHistik!

Alang-alang cakap pasal hantu, tak sah kalau tak sentuh pasal seorang 'uncle' ni.

Kata orang kebanyakan, dia ni pakar bab-bab hantu. Ye la tu.

Dia ni pun tak kurang lucu. Ada pernah dalam satu rancangan "Tanya Linda", Linda Onn tanya la kat 'uncle' ni, "siapa orang yang paling hantu suka?"

Tau apa dia jawab?

"Perempuan seksi!"

Wahai uncle, hantukah atau awakkah yang suka perempuan seksi tu? Sila jawab antara dua. Ya atau tidak.

Oh ya, mesti uncle nanti akan sound saya, "Balik, belajar lagi!". Kat Dato' Fadhilah Kamsah pun uncle berani cakap macam tu. Inikan pula saya.

Saya dapat bayangkan di kalangan komuniti hantu mesti mereka sedang berbincang sebab mengapa umat Melayu terlalu taksub dengan spesis mereka.

Dan saya pasti mereka sendiri tidak akan berjaya mengenal pasti kenapa. Sebab fenomena ini sudah berkekalan menjadi satu misteri sejak dahulu kala.

Tapi bagus juga.

Ye la, sekurang-kurangnya hantu-hantu ini akan menghadapi tekanan jiwa dek perbuatan manusia yang asyik dok sibuk buru spesis-spesis mereka. Kemungkinan juga mereka bimbang spesis mereka akan mengalami kepupusan kerana banyak gerangan 'ghost buster' di kalangan umat Melayu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, sejauh mana tahap ketaksuban umat Melayu terhadap hantu?

Kita jawab: Lihatlah di Pameran Hantu!

Pathetic.


Type rest of the post here

1 comment:

  1. tu laa cek...
    asal kedai makan ni ramai sikit org...
    mula laa...tu ade "pelaris "...

    tapi yang aku pelik...
    Mc D ngn KFC tu lagi laa...
    hari hari penuh ngn org...
    tak de pulak yang cakap Mc D ngn KFC ni gune "pelaris"....ekekekek..

    ReplyDelete