Thursday, July 2, 2009

Dah Macam Rojak

Ibarat minyak dan air.

Umpama putih dan hitam.

Seperti siang dan malam.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi membezakan antara hak dan batil. Antara kebenaran dan kebatilan. Teorinya mudah. Tidak mungkin bercampur antara kedua mereka sehinggalah hari kiamat.

Namun kecenderungan manusia menidakkan teori ini.

Mereka suka menyulamkan antara yang hak dan yang batil.

Mereka adunkan antara dosa dan pahala. Mereka gabungkan antara syurga dan neraka. Antara keimanan dan kekufuran. Antara sunnah dan bid'ah!

Mungkin ada benarnya kalam seorang tokoh yang mengatakan:

"Kalau kamu lakukan kebaikan, lakukan seluruhnya. Kalau mahu tinggalkan, tinggalkan seluruhnya!"

Mungkin beliau bermaksud agar kita tidak mencampur adukkan antara kebaikan dan keburukan. Dari satu sisi mungkin kalam tokoh ini sendiri mengandungi kebatilan. Ini kerana dalam melakukan kebaikan, jika tidak mampu melakukan semuanya, jangan pula ditinggal semuanya.

Namun bila kita terjun ke alam realiti, kita dapati kalam ini adalah sesuatu yang wajar difikirkan bersama.

Baiklah jika ditolak perkataan tokoh ini sekalipun, masih terlalu banyak dalil daripada ayat al-Quran yang melarang mencampur adukkan antara yang hak dan yang batil.

"dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya" (al-Baqarah: 42)


"dan katakanlah:" telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap" "(al-Isra': 81)


Jelas lagi terang.

Oleh itu wahai sahabatku. Usah dicampur adukkan antara yang hak dan yang batil!

*************************************************************************************

Tulisan ini adalah rentetan beberapa perkara yang berlaku sepanjang saya mengikuti Induction Course Taaruf Week IIUM 09. Antaranya:-

1. Surau yang dijadikan tempat berdansa 'poco-poco' dan 'chicken dance'.

2. Wanita memakai telekung ketika solat. Lepas habis solat, seperti bertelanjang pula.

3. Mewajibkan peserta solat berjemaah tapi dalam beberapa waktu ia sengaja dilambatkan.

4. Seorang lelaki yang menjadi imam solat fardhu kemudian bertepuk tampar dengan perempuan bukan mahram.

5. Kata-kata seorang 'atuk', seorang renjer hutan sebelum kembara malam, "Jangan takut hantu, kita hanya takut kepada Allah saja"

Tak berapa lama kemudian beliau berkata, "kalau nak buang air kat dalam hutan tu, mintaklah dulu izin dengan tuan punya tempat. cakaplah "tok, nek...cucu mintak izin tumpang lalu yer...."

Semuanya ada. Sunnah dan bid'ah. Ibadah dan maksiat. Iman dan syirik.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus menyampaikan kebenaran dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan tipu daya. Ameen...

4 comments:

  1. hmm.. mcm mana uia masa depan agaknye???

    no.5 funny gile...

    ReplyDelete
  2. Entahla hikari aku pun tatau.

    Doakan jela yg baik2 untuk universiti kita yg tercinta ni

    ReplyDelete
  3. salah satu sbb aku dah x join taaruf...ekeke

    ReplyDelete
  4. saje nak tengok gerak keja budak2 ni. Takde beza sangat pun dengan budak2 src

    yg bezanya cuma dak2 ni senang gile dapat duit. Kalau src tu jgn harap. Dapat seciput pun kire ok le tuh

    ReplyDelete