Thursday, June 4, 2009

Tangkal Dan Petir

Assalamualaikum semua,

Aku baru habis kelas. Biasanya kalau habis kelas aku mesti dengar radio kat dalam kereta.

Hari ni pun sama. Selalunya aku buka Hotfm tapi hari ni aku buka radio Era. Tiba-tiba aku terdengar satu berita yang tak tau nak cakap camne...hmm, lawak campur sedih kot. hehe. Ni ha lebih kurang berita yang aku dengar:

"Semalam seorang lelaki mati disambar petir di sebuah bangsal di Kelantan. Beliau dikatakan mati selepas petir menyambar TANGKAL tembaga yang dipakainya di pinggang".

Satu kereta aku terdiam. Tak tau nak gelak ke atau macam mana.

Last-last Afif yang duduk sebelah aku bersuara:

"Bukan patut tangkal tu lindung dia ke? Apsal kena sambar petir pulak?", begitulah lebih kurang kata-kata Afif dengan nada sinis campur perli.

"Mak aih, mati dalam kesyirikan!", jawab aku menggunakan manhaj jalur keras.

Balik bilik aku terus search berita ni kat internet. Akhirnya jumpa berita ni kat laman web Berita Harian.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat beliau bukan orang Islam. Bayangkanlah kalau orang Islam yang mati sebegitu rupa. Tak ke gelap masa depan?

Moral of the story. Jauhilah aktiviti bomoh dan tangkal menangkal,yang itu langsung tak dapat melindungi kita semua daripada musibah atau bala bencana. Yang sebenarnya Allah sajalah yang memberi manfaat dan mudharat kepada sesiapa yang dia mahu. Semoga aqidah kita semua terpelihara. Amin.

Tambahan:

"Barangsiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


"Barangsiapa mendatangi 'araf (tukang ramal)dan bertanya kepadanya, tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh hari." (HR. Muslim dalam sahihnya)

2 comments:

  1. salam ya akh...sbg seorg muslim kita sedia maklum ttg hukum memakai tangkal & yg sama waktu dgnnya...sepatutnya la kan sbg seorg muslim, stp muslim patut aware psal benda ni, tp kan hasan, yg menyedihkan, ada jg dklngan muslim kita yg kurang peka atau erti kata lain jahil ttg hal ni...mslhnya skrg, ada yg tau tp kdg2 antr iman dgn kprcayaan karut lg merepek mrk 2, iman xdiendahkan...mcmana 2 akhi?

    ReplyDelete
  2. Salam.Syaz,itulah yg kita risaukan sangat.Sebenarnya benda2 tentang aqidah ni simple sangat. U take it or U leave it. Kita hanya bergantung kat Allah dalam semua perkara.

    Sebab tu nabi bila start dakwah kat mekah lebih 10 tahun cakap pasal aqidah je.Dah settle bab aqidah baru pegi bab2 lain.

    Dakwah kita pun sepatutnya macam tu lah. aqidah comes first, others follow.Tapi kat Malaysia ni kalau kita seru kepada aqidah yg sahih, akan dituduh macam2. Yg paling popular wahabi..haru jugak tu

    ReplyDelete