Wednesday, May 20, 2009

Selawat

Tentang nasyid lagi.

Tiba-tiba datang angin dari nusantara yang membawa mood untuk mendengar nasyid2 A capella(ejaan yang betul untuk perkataan 'acapella' - atau noninstrumental song). Tiada tempat yang lebih afdhal untuk mencari benda ni melainkan di youtube.

Saya search perkataan "nasyeed", kemudian sort mengikut video yang paling latest diuploadkan. Di situ boleh sort dengan menekan sort -> the newest.

Kalau anda search video nasyid di youtube, pasti anda akan jumpa beberapa tajuk selawat yang pelbagai. Lagi2 kalau versi A capella. Taip saja "nasyeed acapella".

Muzik? Bukan itu yang mahu dibincangkan. Itu semua dah settle. Pilihlah mana2 haluan dan pendapat. Terserah kepada si empunya badan mahu menerima atau menolak.

Yang menjadi perhatian sekarang ialah selawat itu sendiri.

Terlalu banyak versi selawat yang dapat ditemui di pasaran tempatan ini.

Kalau ia selawat yang diajar nabi, alangkah baiknya.

Namun sangat dikesali, kita dapati selawat-selawat ini kebanyakannya berasal daripada selawat tulisan tangan manusia. Kadang2 mereka yang mempunyai sedikit jua ilmu Bahasa Arab sudah bisa menulis dan menukil 'selawat' mereka sendiri.

Ia adalah selawat yang direka-reka dan kebanyakannya - na'uzubillah - menggugat keimanan si pembaca dan penulis.

Lebih parah apabila si pereka turut menyertakan kaifiat2 dan khasiat2 yang tertentu. Tidak dapat dipastikan apakah relevannya khasiat2 selawat yang direka ini, melainkan ia hanya mengundang kebebalan dan kemalasan kepada masyarakat.

Mari lihat beberapa contoh tajuk selawat tersebut:

1. Selawat syifa' (selawat penyembuh)

2. Selawat murah rezeki

3. Selawat pelingdung diri

4. Selawat menghindari masalah

5. Neo selawat (New selawat / selawat baru)

6. Selawat sembuh penyakit

7. Selawat maulidur Rasul

Ini pula saya quote daripada lirik salah satu lagu yang dimaksudkan:

ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM[sila rujuk liriknasyid.com]


Sila lihat maksudnya(diterjemah sendiri oleh penulis blog):

Wahai Allah Tuhan kami, selawat ke atas saidina Muhammad
Selawat yang dapat meluaskan ke atas kami rezeki
Dan juga dapat memperbaiki akhlak kami

Dan selawat dan salam juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda


Sila lihat baris lirik yang dihighlightkan di atas.

Apakah benar selawat mampu memberi malah meluaskan rezeki seseorang? Bukan setakat itu, berupaya pula memperbaiki akhlak si pembaca. Aneh.

Saya tidak tahu pula kalau-kalau ada kemungkinan satu selawat diberi kuasa oleh Allah untuk memberi rezeki dan memperbaiki akhlak seseorang. Setakat ilmu saya yang cetek,yang difahami hanya Allah sahaja Pemberi rezeki dan Dialah pula yang berupaya melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Kalaulah begitu, ternyata penulis dan pereka selawat2 di atas kurang faham tentang tauhid dalam Islam. Ternyata perbuatan ini ada unsur menyamakan(tasybih) sifat Allah dengan sifat makhluk. Maha Suci Allah daripada kelemahan dan kekurangan makhluk.

Namun, sebaliknya kita dapati kebanyakan yang mengagungkan selawat2 rekaan di atas adalah orang yang paling lantang menuduh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sebagai musyabbihah dan mujassimah. Jelas kelihatan mereka di sini ibarat 'meludah kahak ke langit'.

Cuba pula kita perhati dan renungkan ayat al-Quran di bawah,

"(Allah berfirman)siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Al-Baqarah: 245)

Lihat pula bagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ruum ayat 37,

"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) Bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (sebagai cubaan Adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan ia juga Yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima Dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman"

Kalau anda seorang yang lazim menyelak dan membaca ayat2 al-Quran, pasti akan berjumpa dengan terlalu banyak ayat2 yang seumpama dan mempunyai pattern serupa. Biar saya lampirkan sebahagian daripada ayat2 yang dimaksudkan. Diharap sahabat yang budiman sekalian dapat merujuk teks sebenar al-Quran untuk lebih jelas akan maksudnya.

Antaranya: (Ali 'Imran:27), (al-Isra':30), (Saba':24), (Saba':36), (Saba':39) (Al-Zumar:32), (al-Syura:12), (Al-'Ankabuut:17), (Al-'Ankabuut:62), (al-Nuur:38)

Kita juga boleh mengambil iktibar daripada kisah Maryam di dalam al-Quran (Surah Ali 'Imran:37) ketika ditanya oleh nabi Zakaria tentang buah-buahan di sisinya. Beliau menjawab, "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".

Kalau kita ditanya soalan yang sama, apakah jawapan yang mahu kita berikan? Selawatkah yang telah mengurniakan rezeki itu? Kamu yang berselawat dengan selawat2 ini, silakan menjawabnya.

Demikian serba sedikit ulasan yang dapat dibincangkan berkenaan satu rangkap selawat yang popular itu. Lihatlah, saya hanya memetik satu rangkap selawat dan ternyata ia jelas bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Allah yang tidak sekali-kali terdapat keraguan padanya.

Justeru, jika bertembung kalam Allah dan kalam manusia, yang mana satukah yang butuh diunggulkan melebihi yang lain? Ya, anda tahu jawapannya. Tentulah kalam Tuhan. Lantas saya menyeru dengan sebenar-benar seruan agar kita semua meninggalkan selawat2 rekaan manusia yang langsung tiada contoh daripada baginda nabi Muhammad.

Adapun dengan pengetahuan jelas akan anjuran selawat ke atas nabi, marilah kita sama2 berselawat ke atas nabi dengan selawat yang telah baginda ajarkan kepada kita melalui hadith2 sahih. Dengan kadar yang sahih inipun sudah terlalu banyak untuk kita amalkan, apakah masih ada ruang untuk kita mencari selainnya? Semoga Allah memberi kita hidayah.

Mudah-mudahan dengan ini semua amalan selawat kita diterima oleh Allah jalla wa 'ala.

Wallahu'alam.

Untuk mendapatkan sebahagian selawat2 yang ma'thur, anda dicadangkan untuk mengunjungi LAMAN INI. Selamat berselawat!

No comments:

Post a Comment