Friday, May 1, 2009

Promosi Sunnah, Jangan Promosi Syiah!

Kewujudan dan percambahan blog-blog Islami memang satu pemandangan yang indah.Lagi-lagi yang bermanhajkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Selain sebagai salah satu cabang daripada gerak kerja dakwah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Islam yang tampak semakin surut hari demi hari. Seakan pemilik-pemilik blog Islami ini menjadi agen untuk menyebarkan ilmu dan maklumat agama kepada masyarakat.

Demikian di sana, ada blog-blog yang berusaha menyedarkan umat akan kepentingan kemerdekaan Palestina dan mengutuk kedurjanaan zionis. Sekalung tahniah buat mereka, umat sudah mula membuka mata dan bangkit daripada lena yang panjang. Mereka sudah mula menghulurkan dana apa yang terdaya. Malah kita melihat program-program kesedaran Palestin pasti dibanjiri dengan ratusan bahkan ribuan orang. Tagline 'boikot' terpampang di mana-mana.

Di sebalik pemandangan yang indah ini, kita akur terdapat juga satu pencemaran yang wajib untuk dibersihkan dengan kadar segera. Kita bukanlah bercakap tentang pencemaran alam sekitar atau pencemaran air seperti yang selalu diwar-warkan oleh Karam Singh Walia. Ia lebih besar daripada itu. Ia adalah pencemaran aqidah, ibadah, dan akhlak di kalangan umat Islam. Nantinya kita akan melihat pelbagai penyakit yang muncul akibat kesan pencemaran-pencemaran tersebut.

Apakah pencemaran yang saya maksudkan itu?

Adakah ia lebih berbahaya daripada virus selesema babi(swine flu)?

Jawapannya ya,ia lebih berbahaya lagi. Ia adalah virus paling merbahaya di dunia. Tiada satu penyakit yang lebih berbahaya daripada rembesan racunnya. Ia adalah Syiah!

Saya berasa hairan, mengapa seorang blogger yang beragama Islam, jelas manhajnya, baik akhlaknya, berjuang habis-habisan untuk parti Islamnya dan kemerdekaan Palestina, tiba-tiba sanggup untuk mencemarkan blog mereka dengan debu-debu syiah. Saya cuba berbaik sangka. Boleh jadi mereka tidak sedar atau tidak tahu menahu akan hakikat Syiah. Namun saudaraku, biar aku mengingatkan diriku dan dirimu bahawa Syiah adalah racun bagi segala racun dan virus bagi segala virus kepada umat ini. Ia beribu kali lebih bahaya daripada virus selesema babi yang melanda dunia dewasa ini.

Amat sedih dan kecewa melihat blog sahabat-sahabat kita yang menempelkan link kepada tokoh-tokoh Syiah. Kita melihat link blog mereka sudah cukup cantik. Ada saifulislam.com, ada harakahdaily.net, ada juga link ke 'suara peduli Palestin' iaitu palestinkini.info. Di sebalik semua ini, dengan segala kekesalan, kita temui juga link ke blog Faisal Tehrani, seorang penulis novel popular yang seringkali menyuntik doktrin-doktrin Syiah ke dalam karyanya. Malah ada yang berbangga pula dapat bergambar dengan Faisal Tehrani.

Kepada yang masih tidak percayaakan kesyiahan Faisal Tehrani, bolehlah melayari DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI.

Turut dikesali adalah mereka yang masih berbaik sangka dengan Syiah, kepada taqrib(usaha mendekatkan Sunnah dan Syiah). Seolah-olah mereka menyangka di sana ada kemungkinan untuk menyatupadukan antara golongan yang beriman dengan agama yang diamalkan oleh para sabahat nabi radiallahu'anhum dan mereka yang mengkafirkan mereka. Juga seakan mereka berpendapat masih ada ruang perbincangan antara orang yang beriman dengan sebenar-benarnya dengan kitab Allah(al-Quran) dengan mereka yang mengatakan al-Quran itu tidak lengkap dan sudah ditokok tambah. Demi Allah, sunnah adalah sunnah dan syiah adalah syiah. Mereka tidak mungkin bersatu!

Justeru, saya menyeru diri saya dan sekalian pembaca yang budiman agar kita berhati-hati dengan racun syiah terutama sekali di alam maya. Kita berduka dengan penjajahan Palestin dan berharap ia dibebaskan segera. Namun itu tidak bermakna kita sanggup pula menggadaikan aqidah kita yang syumul berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Ayuh para bloggers, kita bersihkan pencemaran bawaan Syiah dengan kadar segera!

No comments:

Post a Comment