Monday, May 25, 2009

Mogok Lapar

Terbeliak biji mata aku mendengar komen seseorang.

"Tengok. Harussani haramkan mogok lapar. Itu la,ikut telunjuk sultan sangat..."

Orang yang sama pernah menyokong tindakan tuan mufti mengharamkan sure heboh. Aku katakan: "Abih tu, yang tu ikut sultan jugak ke?"

Malas aku nak gaduh. Gaduh pasal politik, buat apa?Langsung takde pekdah. Padahal kebiadapan beliau terhadap tuan mufti sewajarnya dihadiahkan pelempang sedas dua.

Politik, politik,

Haruskah skrip yang sama? Kalau boleh menangkan parti aku, mesti aku sokong. Kalau nampak macam tak kena dengan parti aku, aku mesti reject! Mestikah begitu?

Berbalik kepada isu mogok lapar.

Nampak macam ganas kalau kita sebut "mogok lapar". Macam banduan di penjara.

Cuba kalau tukar jadi "Puasa sunat". Ha, baru nampak 'islamik' sikit. Macam-macam helah kita untuk menghalalkan yang haram. Sehingga kalau helah itu perlu dikorek di lubang najis pun, kita masih sanggup meredahnya!

Ayuh. Kemudian dikaitkan pula puasa itu dengan puasa tiga hari pada setiap bulan. Nampak seperti ilmiah dan berdalil helah itu. Pokoknya, wujudkah "puasa sunat" yang dikhaskan untuk menunjuk perasaan, sebagai mogok lapar? Atau sebab parti kita, semuanya halal? Tambahan pula, ia diniatkan selain daripada kerana Allah. Wajarkah?

Nampak bengap apabila mereka meminta dalil pengharaman 'puasa sunat' versi parti mereka itu. Kalau korang yang buat, koranglah yang bawak bukti benda tu di'sunnat'kan! Maaflah ter'emo' sikit kali ni. Tapi kalau nak cakap benda tu sunnah, ayuh sila bawakan bukti dari al-Quran dan al-Sunnah.

Dengar cerita, 'puasa' itu ditujukan kepada pemimpin yang zalim sebagai protes. Dari mana mereka mengimport pemikiran yang sebegini? Sukar dikesan samada umat-umat terdahulu dari golongan tabi'in pernah berbuat sedemikian. Padahal pemerintah pada zaman tu pun zalim lagi fasiq. Ternyata mereka menipu apabila mereka kata mereka pakar politik Islam. Langsung.

Politik, politik...

Kalau masih berdegil dan mahu teruskan, maka silakan.

Aku hanya mampu berdoa agar kalian tidak mati kelaparan!

6 comments:

  1. politik, politik. Ulama perlu mainkn peranan yg betul. Ini x. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Bak kata seorang teman, "biar jadi ulama', bukan ular dalam semak"

    Ulama politik yg dirisaukan. Mereka berfatwa, tp utk kepentingan diri. Bukan umat

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. kalu ulama artis cek?? heheheh...
    eh..ade ke ulama artis??

    ReplyDelete
  4. ulama artis pun ada

    tapi ulama mee segera laa.rockers pon boleh panggil ulama maa...kehkeh

    ReplyDelete
  5. Sekurang Kurang Nya Ada La Juga
    Usaha Dari Sekadar Melihat Nya
    Dengan Mendengarnya Serta Kutuk
    Mengutuk Sahaja..Ni Dah Akhir
    Zaman La..Kalau Rase Yang Ada Ni
    Tak Betul Gantikan La..Tgk Berapa
    Lama Boleh Tahan..Kompen Terjebak
    Punya La Dengan Apa Yang Diorang
    Buat..."Ade Duit Ade Burit..."

    ReplyDelete
  6. Tiada siapa menghalang anda berusaha..tapi usaha yg macammana?

    Apakah kalau usaha tu melanggar ajaran Allah dan rasulNya, kita tetap menyokong juga?

    Sekarang memang akhir zaman,Islam dijadikan alat untuk kepentingan diri, bukan lagi matlamat. Akhirnya yg dirisaukan bukan lagi kemaslahatan umat, tapi keselamatan kerusi jawatan

    Wallahua'lam

    ReplyDelete