Tuesday, May 5, 2009

GET READY FOR CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL KICK OFF!

Ini ialah review yang sempat ditulis menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara yang akan disepakmula pagi nanti 6 May 2009 [3.00 am waktu Malaysia].

ALL-ENGLISH SEMI FINAL

Kelompok peminat bolasepak sudah pasti ternanti-nantikan perlawanan ini dengan penuh debaran. Ini ditambah dengan status dua gergasi bola sepak yang tidak asing lagi di persada bola sepak antarabangsa. Ironinya, ini menjadi salah satu bukti bahawa Liga Perdana Inggeris (BPL) adalah liga paling kompetitif setelah 3 daripada 4 slot separuh akhir diisi dengan pasukan dari liga tersebut. Apakah kita akan melihat sekali lagi pertembungan 'all-english' di peringkat final nanti? Sama-sama kita tunggu...

BUDAK LAWAN PENGALAMAN

Tentu ramai yang sudah perasan perbezaan umur antara skuad Arsenal dan skuad Man Utd. Arsenal bolehlah digelar budak-budak yang menakjubkan (wonderkids) manakala Man Utd pula dibarisi world-class player. Ramai yang membidas polisi perpindahan Arsene Wenger sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun hasilnya sudah terlihat di depan mata. Mungkin di dalam hatinya dia boleh bermonolog dengan bangga "Kutuklah apa nak kutuk. Sekarang budak-budak aku dah melangkah ke separuh akhir!".

Namun secara jujur dan logik, faktor umur boleh menjadi penentu kepada satu-satu pertandingan. Selalunya orang akan banding 'kuda tua atau budak muda' yang akan menang. Apakah kepantasan pemain muda berbakat seperti Samir Nasri dan Theo Walcott akan mengalahkan kewibawaan Rio Ferdinand dan ketajaman Dimitar Berbatov yang berharga berpuluh juta pound itu?

TUAN RUMAH DAN ARSHAVIN

Menjelang perlawanan nanti, Arsenal mendapat dua berita yang sudah pasti mengundang dua reaksi berbeza. Berita baik buat mereka apabila beraksi di laman sendiri iaitu Emirates Stadium. Peminat fanatik sudah pasti berada di belakang mereka menyokong. Samir Nasri dalam petikan di Goal.com juga sudah menjangkakan sorakan ibarat 'gunung berapi' daripada para peminat di stadium. Berita baik ini sudah pasti menjadi igauan buruk United setelah melihat keputusan terkini The Gunners dalam beberapa perlawanan terdahulu di Emirates. Hakikatnya, tiada pasukan yang akan berseronok apabila bertandang ke sana.

Dalam keghairahan bermain di laman sendiri, Arsenal harus beringat bahawa mereka juga akan kehilangan pemain paling prolifik mereka iaitu Andrei Arshavin. Kegeniusan Wenger dalam bab-bab taktikal amat ditagih bagi menampung ketiadaan beliau ini. Apakah beliau akan menggunakan taktik ortodoks 4-4-2 atau mahu lebih mencabar dalam formasi 4-3-3. Ini kerana dalam beberapa siri perlawanan liga sebelum ini, kita melihat betapa Arshavin ibarat nadi buat pasukan Arsenal. Ketiadaan beliau membuatkan pemain seperti Gary Neville di sayap kanan tersenyum lega!

RIO KEMBALI!

Muka merah padam Sir Alex Ferguson mungkin sudah mulai reda dengan kepulangan tonggak pertahanan berpengalaman, Rio Ferdinand daripada kecederaan. Sejak dua musim yang lalu, kombinasi Rio-Vidic menjadi ramuan terbaik Sir Alex bagi mencatur strategi di bahagian pertahanan. Beberapa perlawanan menjadi bukti bahawa ketiadaan Rio menjadi punca kegoyahan pertahanan Man Utd musim ini. Pemain gantian seperti Johnny Evans masih belum bersedia untuk 'memakai kasut' Rio Ferdinand. Hakikat ini diakui sendiri oleh Patrice Evra baru-baru ini di media bahawa Rio Ferdinand berupaya membawa dimensi baru kepada barisan pertahanan United terutama dalam membawa ketenangan kepada rakan sepasukan.

PRESTASI SEMASA

Lima perlawanan sebelum perlawanan

Arsenal

02/05/09 Portsmouth 0-3 Arsenal - Prem
29/04/09 Man Utd 1-0 Arsenal - CL Semi 1st Leg
26/04/09 Arsenal 2-0 Middlesbrough - Prem
21/04/09 Liverpool 4-4 Arsenal - Prem
18/04/09 Arsenal 1-2 Chelsea - FA Cup Semi

Manchester United

02/05/09 Middlesbrough 0-2 Man Utd - Prem
29/04/09 Man Utd 1-0 Arsenal - CL Semi 1st Leg
25/04/09 Man Utd 5-2 Tottenham - Prem
22/04/09 Man Utd 2-0 Portsmouth - Prem
19/04/09 Man Utd 0-0P Everton - FA Cup Semi

BARISAN KEMUNGKINAN

Arsenal: (4-4-2) Almunia; Sagna, Toure, Djourou, Gibbs; Walcott, Fabregas, Diaby, Nasri, Van Persie, Adebayor.

ManU:(4-3-2-1) Van der Sar; O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra; Fletcher, Anderson, Carrick; Ronaldo, Rooney; Berbatov.

MATCH PREDICTION

Biarpun mempunyai kelebihan jaringan 1-0 di tempat sendiri, United sudah pasti tidak boleh tidur lena sejurus selepas perlawanan tersebut. Ketumpulan serangan bermakna United mempersia-siakan peluang untuk mendapatkan bekalan selesa di Old Trafford. Hakikat ini menggembirakan kem The Gunners. Menyedari hakikat United pernah tewas 2-0 di The Emirates pada awal musim, anak didik Wenger sudah pasti akan mempersembahkan aksi mempersona di hadapan penyokong sendiri. Jika barisan pertahanan mampu diperketatkan, tiada apa yang mustahil.

Arsenal 1-0 Manchester United

ESOK: CHELSEA VS BARCELONA

p/s: butir-butir sokongan diambil daripada Goal.com

No comments:

Post a Comment