Tuesday, May 26, 2009

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam

Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa hukumnya?

Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.

Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.

Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”

– dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.

Sumber:
Minda Tajdid

4 comments:

  1. Bila Pembangkang Yang Buat Memang
    Teruk Juga Kena Bidas..Bila Mana
    Kerajaan Yang Buat Semua Setuju
    Belaka..Ibarat Tiada Apa Yang
    Salah Dalam Apa Yang Mereka
    Lakukan..Apa Beza Mengguna
    Pendekatan Yang Bukan Islamik
    Dengan Pendekatan Kepimpinan
    Yang Langsung Tiada Unsur
    Keislaman?Undang2 Negara Dengan
    Mudah Di Putar Belit Sebagai
    Kepentingan Diri Sendiri..Tidak
    Pernah Di Dalam Sejarah DUN Atau
    Parlimen Di Mana2 Negara Yang
    Berpelembagaan Menggunakan
    Mahkamah Sebagai Pengadil Di
    Dalam Sesebuah Masalah Dalaman
    DUn Atau Parlimen Tersebut..
    Memang Sudah Termaktub Di Dalam
    Perlembagaan..Masalah Di Dalam..
    Selesainya Di Dalam..Mahkamah
    Tiada Kuasa..Selagi Halnya Bukan
    Hal2 Jenayah Membabitkan Campur
    Tangan Polis..Malaysia Memang
    Dari Dahulu Di Pimpin Oleh Orang
    Sekular Yang Bangang Berlagak
    Bijak..Yang Tamak Haloba Tahap
    Jimba...Sudah2 La..Sudah2 La Nak
    Mengikut Isu Bodoh Ni...Bagilah
    Sesiapa Pun Yang Memimpin,Kita
    Tetap Ditipu,Tertipu Dan Menipu.
    Sampai Kiamat..Kalau Ada Beza
    Pon Sikit2 Tu Ada La..Tak Nyata.

    ReplyDelete
  2. Deyy,ini bukan isu pembangkang atau kerajaan. Ini isu mogok lapar laa.Pasal bubar DUN ke, mahkamah ke bukan sini tempatnya. Lagipun aku bukannya peguam atau ahli politik nk ulas benda tu

    Yang dibincangkan ialah isu 'mogok lapar' dan 'puasa sunat'.Sila faham.Setelah dibentangkan dalil dan hujah, ternyata tindakan tu bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.Ternyata benar,ada jugak kepimpinan Pas yg membantah sebab alasan yg sama!

    Apalah gunanya mendapat redha manusia, sedangkan redha Allahlah yang lebih utama..

    Ayuh, mari berpolitik dengan kematangan

    ReplyDelete
  3. tapi cek, aku ade terbaca....
    dorang wat mogok lapar ni macam rakyat palestin penah buat....
    untuk pemimpin zalim....
    dan isu perak ni same cam israel....
    aku ade bace laaa.....
    boleh ke macam tu??

    ReplyDelete
  4. Aku tau, diorang siap quote lg fatwa dr yusuf Qardawi tu.lama dah fatwa tu

    Ada perbincangan jugak fatwa tu,ada terima ada yg tolak. tp katakanlah kita pegang fatwa tu valid, still tak boleh qiyas macamtu je

    Mane boleh samakan Palestin dengan Malaysia ni

    first, Israel tu yahudi, kafir. kat malaysia UMNO,zambry, sultan semua tu kafir ke?

    second, yg orang palestin buat tu dah mmg last option diorang daa..kat penjara mana ade senjata. tak bleh buat apa, mogok lapar la. Kita kat malaysia ni punyalah byk option. Ubahlah sesuatu melalui saluran yg betul

    ni semua hanya 20 cent aku je

    Wallahua'lam

    ReplyDelete