Saturday, May 16, 2009


Bila tengok anak-anak buah belajar mengaji, teringat pulak kat kenangan lama.Kenangan yang tak mungkin dilupakan buat selama-lamanya.

Teringat sewaktu mahu mengenal kalam ilahi ini.

Masih ingat lagi tika bermula dengan berkenalan apa itu 'Aa Ba Ta'.

Kemudian beralih kepada buku kecil iqra' dan qiraati.Pastu skip ke Muqaddam.

Diteruskan dengan membaca surah-surah lazim. Diikuti dengan juz 'amma.

Setelah bacaan sudah sedikit ok, barulah diberi peluang memulakan bacaan dari depan. Mula membaca surah al-Baqarah, surah yang terpanjang dalam al-Quran.

Barulah kemudian mampu mengkhatamkan al-Quran keseluruhannya.

Guru al-Quran memang strict. Selagi tak lancar tak boleh proceed. Punyala pulun waktu tu nak baca elok-elok.Malu la kalau rakan yang lebih muda dapat potong kita kat kelas tu.hehe.

Waktu tu kalau gagap terus kena rotan. Tak pun kena berdiri sampai habis kelas. Fuh, lenguh tu. Tapi itulah yang mengajar aku jerit perih sebuah perjalanan menuntut ilmu.

Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka(tidak ku ingat nama mereka.maaf):

1)Embok, ayah, kakak, abang yang mengajar di rumah
2)Ustazah talaqqi yang berniqab di taman perumahan
3)Ustaz di masjid UKM terutama Ustaz Hisham.Beliau masih lagi menjawat jawatan imam besar di situ.
4)Ustaz dan ustazah di Taski Muttaqin
5)Ustaz dan Ustazah di Sri Abim Kajang
6)Ustaz dan ustazah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang
7)Ustaz dan ustazah di Darul Quran.Ketegasanmu penyejuk hatiku!

Oleh itu, ingin aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru al-Quran yang telah memberi tunjuk ajar dalam mengenal dan memperbaiki bacaan al-Quran. Tiadalah yang mampu membalas jasa kalian melainkan Allah juga. Semoga Allah merahmati kalian hendakNya.

Selamat Hari Guru!

3 comments:

  1. Selamat Hari Guru khas buat ayahanda ustat zul.....
    hehehehe.....

    ReplyDelete
  2. ustat?cam lain je bunyi

    ustaz la...hehe

    raya nanti jalan rumah dia jom

    ReplyDelete
  3. ak xingat bile ak pandai bc AlQuran. Sedar2 je dh pandai. huhu.

    cume skang, bile dh pandai ade sikap malas. kene buang jauh2 sikap ni.

    ReplyDelete