Tuesday, April 28, 2009

Mengapa Aku Tinggalkan Nasyid







Setiap kali berjumpa sahabat lama atau saudara mara, pasti aku akan dihujani soalan-soalan begini:

"Hasan, bila nak buat album? Bukan dulu ko artis ke?"

"Ko dah tak nasyid lagi ke sekarang?"

"Apsal ko tak join dak2 nasyid tu?"

Hakikatnya, aku bukanlah pesimis sangat tentang nasyid. Terbuka. Aku pun penasyid juga. Asal lirik baik, tiada unsur syirik, khurafat,bid'ah, maksiat, aku jalan je..

Cumanya, aku juga sedar bahawa bab muzik adalah termasuk bab khilaf. Jumhur ulama' mengatakan haram secara total. Hanya ada beberapa yang mengatakan halal. Itu pun bersyarat. Antara mereka ialah Dr Yusuf Qardhawi, Ibn Hazm al-Zahiri, dan Imam al-Ghazali.

Persoalannya, adakah khilaf ini merupakan khilaf mu'tabar? Itu yang menjadi masalah. Terlalu banyak ulama yang sudah radd balik pendapat ketiga-tiga imam di atas. Lagipun dalil yang mereka lampirkan juga tidak kuat.

Namun begitu, perlu diketahui ijma' ulama bersepakat muzik yang mempunyai unsur yang tidak baik(khurafat, syirik,maksiat,ikhtilath etc) adalah haram. Ini yang kita perlu pegang sampai mati.

Adapun aku secara peribadi, muzik sudah ibarat darah daging dan nadi. Sukar dibayangkan satu hari berlalu tanpa muzik. Kosong. Pudar. Lesu tidak bermaya. Malah ia bisa melentur sebuah hati yang duka.

Oleh itu, aku suka mengambil langkah berjaga-jaga. Biarlah aku berehat dulu daripada persada muzik ini. Bukan aku tak minat, malah minat aku terhadap muzik terlalu mendalam. Cuma, biarlah aku utamakan agamaku dulu.

Nak layan sikit-sikit tu boleh la. Tengah-tengah boring atau dalam kereta(kalau tak ngantuk).

Tapi untuk jadikan muzik satu hobi dan sumber pendapatan...aku rasa tidak. Sekurang- kurangnya bukan waktu sekarang.

Anda dengarlah video di atas, kemudian nilaikan sendiri.

p/s:Ustaz di dalam video tersebut ialah Ustaz Asri Sobri, seorang pegawai di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Beliau baru berusia 22 tahun, lebih muda daripada aku. Tapi melihat ilmu beliau, dan kepetahan mengulas soalan membuatkan aku tabik spring kepada beliau.

KOMENTAR HADITH YANG BERKAITAN. Sila layari FORUM INI.


No comments:

Post a Comment