Sunday, April 26, 2009

KLIBF 09: Akhirnya....

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC setelah sekian lama memendam rasa akibat masalah kesihatan.

Walaupun badan masih lemah, tapi dikuatkan juga azam. Semalam boleh tengok bola, takkan nak beli buku pun tak boleh.

Last day katakan, PWTC punyala sesak dengan lautan manusia. Boleh dikatakan jumlah manusia yang hadir mungkin lebih banyak berbanding 80 000 penonton yang hadir ke final Piala FA semalam. Orang keluar masuk tak putus-putus. Bezanya cuma kali ini ada air-cond, jadi tak adalah panas gila macam semalam!

Tahun ni tak banyak booth yang aku singgah. Hanya beberapa booth di sekitar booth Jahabersa, Galeri Ilmu dan al-Hidayah publication yang sempat aku pusing. Tak larat nak jalan, lagipun ramai sangat orang. Nak jalan pun susah!

Sebelum pergi, beberapa buah buku sudah di'shorlisted'kan agar usaha pencarian menjadi lebih mudah. Antara target aku tahun ni (tajuk lebih kurang):

1. Hisnul Muslim by al-Qahtani
2. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syiah Dalam Persoalan Khilafah(3 jilid) by Hafiz Firdaus
3. Sunnah Hari Jumaat by Mohd Fikri Che Hussin
4. Indahnya Bernikah Menurut Sunnah by Nasir Ulwan
5. Sifat Solat Nabi by al-Albani
6. Tafsir al-Quran(full) by Ibn Kathir
7. Kitab al-Tauhid by Ibn Wahab

Ada yang rancang nak dijadikan hadiah untuk orang lain. Ada juga yang mahu dibuat koleksi peribadi.

Namun, disebabkan kegawatan ekonomi dan masalah kesihatan yang sedikit mengganggu, hanya beberapa yang sempat disapu. Ada juga buku yang tiada dalam senarai dibeli. Ini disebabkan samada boleh dapat harga diskaun atau setelah teruja membaca sinopsis di belakang buku yang cambest.

Akhirnya, inilah final list buku-buku yang dibeli pada KLIBF 09 kali ni:

1. Mari Berkenalan Dengan ASWJ by Hafiz Firdaus
2. Hisnul Muslim by al-Qahtani
3. Pembongkaran Jenayah Ilmiah buku Salafiah Wahabiah by Hafiz Firdaus

Jawapan kepada Zamihan al-Ghari
tentang sindrom wahabi (dah baca ebook)

4. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syiah Dalam Persoalan Khilafah by Hafiz Firdaus
5. 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid by Hafiz Firdaus
6. Bid'ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami by Dr Asri

"Dah baca, tapi saja nak dibuat koleksi"

Walaupun sedikit, hanya 6 buah, tapi rasanya hujung tahun ni baru habis dibaca semuanya. Aku ni lambat sikit nak cerna ilmu-ilmu agama. Kena baca dua tiga round baru faham.

Bagi aku, buku-buku yang seperti ini seharusnya dibaca dari KULIT KE KULIT. Biarlah lambat, sedikit, asalkan faham keseluruhan isinya. Berbanding banyak dari segi kuantiti, seperti sebuah perpustakaanlah gamaknya, tetapi amat sedikit yang difahami.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment