Monday, April 13, 2009

Bid'ah Atas Bid'ah?

Dari Harian Metro

Satu lagi inovasi dalam agama. Kita sentiasa mengalu-alukan umat Islam berkreatif dan berinovasi dalam hal-hal keduniaan seperti membangunkan senjata dan teknologi. Namun, kita membantah sekeras-kerasnya inovasi yang cuba direka-reka dalam syariat. Kalaulah bukan kerana nabi sendiri yang melaknat pembuat bid'ah, nescaya tiada siapa yang beriya-iya mahu bercakap tentang bid'ah. Silalah baca, anda tentukan sendiri. Wallahua'lam.

TANGLUNG biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, malah ada satu aktiviti khusus dinamakan pesta tanglung yang kebiasaannya berlangsung pada hari ke-15 dalam kalendar lunar pertama, iaitu 14 hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Pesta tanglung atau lebih dikenali di kalangan masyarakat Cina sebagai Yuanxao Jie juga secara simboliknya turut menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun berkenaan.


Pada malam perayaan itu, masyarakat Cina akan keluar ke jalanan untuk bermain tanglung di bawah sinaran bulan sambil menyaksikan tarian singa dan naga.

Namun, jangan terkejut jika pesta tanglung turut disambut oleh satu komuniti Melayu di Kelantan hampir setiap tahun dan lebih istimewa lagi, ia diadakan setiap kali tibanya Maulidur Rasul atau 12 Rabiul Awal dalam kalendar Islam.

Itulah aktiviti istimewa penduduk Mukim Sri Gedombak di Jalan Jelor, dekat Pasir Puteh, Kelantan, namun sudah pasti pesta tanglung yang diraikan mereka berbeza jika dibandingkan dengan pesta tanglung yang diraikan masyarakat Cina.

Anggota jawatankuasa penganjur yang juga Setiausaha Masjid Ar Rahman Mukim Sri Gedombak, Abd Razak Abdullah, 51, berkata tahun ini adalah kali ketiga pesta tanglung sempena Maulidur Rasul diadakan di kampung itu.

Menurutnya, berbanding dua program yang berlangsung sebelum ini, tahun ini dianggap paling bersejarah kerana julung kali ia disertai oleh 170 pembawa tanglung berbanding 90 orang tahun lalu dan cuma 43 pada 2007.

“Saya memperoleh idea untuk mengadakan pesta tanglung ketika berkunjung ke rumah sepupu di sebuah taman perumahan di Kajang, Selangor, beberapa tahun lalu, apabila mendapati penduduk taman itu menyambut Maulidur Rasul dengan berarak tanglung, selain turut berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Justeru, saya berbincang dengan pihak masjid dan mereka bersetuju melakukannya dengan harapan generasi muda, terutama kanak-kanak dan remaja, akan sentiasa mengingati sambutan Maulidur Rasul,” katanya yang juga kakitangan Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

Pengerusi dan juga Imam Tua masjid terbabit, Nik Razali Hamzah, 52, berkata matlamat utama program itu diadakan ialah mengimarahkan masjid, terutama di kalangan golongan remaja dan belia, selain menarik mereka supaya sentiasa mengingati kekasih Allah SWT.

Katanya, pada malam itu, selain berarak tanglung, pihak masjid mengadakan beberapa program pengisian agama, antaranya ceramah Maulidur Rasul, berselawat dan juga bertadarus al-Quran.

“Untuk tidak membebankan penduduk, semua alat kelengkapan membuat tanglung itu seperti kertas wau, lilin dan juga gam disediakan oleh pihak kami.

“Sebab itulah, pihak kami menganggap tidak salah jika menyambut Maulidur Rasul dengan berarak tanglung kerana sudah pasti selepas ini mereka (penduduk) itu akan sentiasa mengingatinya. Sama seperti Bubur Asyura yang dianggap sinonim dengan Tahun Baru Islam,” katanya.

Untuk menjayakan program itu, penduduk membabitkan tujuh kampung iaitu Kampung Tok Sudin; Gong Serapat; Jerat Semata; Bukit Gedombak; Gong Tasek; Gong Ketereh dan Taman Sri Gedombak, bersepakat mencipta serta membentuk sendiri tanglung.

Jika masyarakat Cina menghasilkan tanglung daripada lantera kertas berwarna merah, tanglung dihasilkan penduduk tujuh kampung itu membabitkan pelbagai warna, termasuk merah jambu, biru, kuning, hijau, oren, merah dan juga putih.

Tanglung yang dihasilkan mereka tidak sekadar berbentuk bulat, sebaliknya direka dalam pelbagai bentuk dan juga saiz, daripada sebesar saiz bola sepak takraw hinggalah sebesar saiz kanak-kanak setinggi 1.2 meter.

Penganjur membenarkan penduduk mereka serta membentuk tanglung secara bebas, menyebabkan penduduk mencipta tanglung dengan penuh kreatif dan unik.

Ada yang membentuk model tanglung seperti kubah masjid, ikan, Masjid Kristal, payung, jet pejuang Sukhoi, perahu, raga, bintang gergasi, tudung saji, gendang, tanglung bertingkat dan sangkar burung.

Menariknya, setiap tanglung yang dihasilkan mereka tidak membabitkan kerjasama orang luar, sebaliknya dihasilkan secara gotong royong dalam satu keluarga.

Bermula dari peringkat usia kanak-kanak sehingga ke warga emas, mereka bekerjasama menyiapkan tanglung yang majoritinya diperbuat daripada kertas wau dan juga buluh, selain menggunakan barang terbuang.

Pendakwah bebas, Tuan Muhamad Shaifuddin Tuan Ismail, berkata program seumpama itu tidak salah di sisi agama Islam kerana ia lebih berbentuk dakwah, selain mampu menarik minat generasi muda supaya sentiasa mencintai Rasulullah SAW.

“Ketika rombongan Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah dari Makkah, baginda disambut dan diarak oleh kaum Al-Ansar dengan puluhan obor sambil berselawat dan bernasyid.

“Selain mampu mengukuhkan hubungan kekeluargaan, program terbabit boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk,” katanya.

Surirumah, Rahimah Said, 61, berkata dia bersama anak dan menantunya mengambil masa seminggu bagi menyiapkan empat tanglung yang dibentuk daripada buluh dan barang terbuang.

“Saya menyertainya sekadar ‘suka-suka’ bagi memeriahkan lagi program terbabit, selain ingin menggalakkan cucu saya supaya sentiasa mengingati perjuangan Rasulullah.

“Antara bentuk tanglung yang dihasilkan kami sekeluarga ialah bot nelayan, kubah masjid, bintang dan sebuah masjid sebesar dua pemeluk dewasa,” katanya.

6 comments:

  1. aku tak cukup ilmu lagi nak komen2 ni cek...
    tapi, kalu bakar trak polis dan merusuh, tu kompem takde lansung dalam ajaran nabi kite....
    ade betul ka cek?? ahahaha....

    ReplyDelete
  2. Haha..betul3...huahaha...haru depa ni

    ko pegi bukit jalil x?aku exam la plak..hampeh..keta ko kene bakar x?ke ko yg bakar bas diorang?huhu

    kelate, kelate..nape gedebeh mu ni...

    ReplyDelete
  3. Bakar Lilin Untuk Majlis Ape2
    Pon Tak Dibenarkan..Inikan La
    Nak Bakar Tanglung..Dah Hilang
    Akal Ke Ape Deme Sume Tu?Hiash
    Mcm2 Hey La Manusia Skrg Ni...

    Haha..Biase La..Kelate..Faham
    Sgt Dah Perangai Deme Sume Tu
    Kan..

    ReplyDelete
  4. nak buat comment untuk membetulkan sedikit,
    Pesta tanglong bukan terletak selepas tahun baru cina, iaitu diduduki pada bulan 15 bulan lapan kalender cina, "yuan xiao" merupakan hari yang sama seperti "Valentine"

    oleh itu, "Yuan Xiao" dan Pesta tanglong(ataupun "zhong qiu")merupakan hari kebudayaan cina yang berbeza.

    ReplyDelete
  5. kalau kail panjang sejengkal, jangan cuba lautan dalam

    cubalah bercakap beradasarkan fakta kukuh, kamu sepatutnya berada disana sendiri, melihat sendiri serta menggunakan sumber yang betul untuk menilainya

    @muhammad syukri
    kenapa? kamu sudah cukup baguskah?

    ReplyDelete