Saturday, March 7, 2009

TGNA: Maulid Nabi Tiada Asal Dalam Agama!



Kita semua mengaku mencintai nabi. Namun sayangnya, ada antara kita kesasaran dalam menyerlahkan kecintaannya itu. Dibuatnya perkara-perkara baru yang bercanggah daripada apa yang diamalkan oleh Rasulullah sendiri.

Dalam usaha kita untuk menunjukkan cinta kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.aw., niat dan cara hendaklah betul. Di bawah ini beberapa saranan bagaimana kita boleh menunjukkan cinta kita itu dengan cara yang betul:

1. Berakidah dengan akidah yang diajarkan oleh nabi.

2. Mengikuti sunnah baginda setiap masa dan dalam segenap perkara.

3. Mempertahankan sunnah baginda daripada dicemari musuh Islam.

4. Memerangi bid'ah yang jelas bercanggah dengan apa yang diajar oleh baginda.

5. Berakhlak dengan akhlak mulia yang ditunjukkan nabi.

Adapun cara sesetengah pihak menunjukkan cinta mereka kepada baginda dengan cara melakukan sambutan besar-besaran setiap tahun adalah tergolong dalam inovasi orang-orang kemudian. Ini kerana tidak pula ketemuan amalan itu dilakukan pada generasi sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in.

Malah pembaziran yang dilakukan saban tahun langsung tidak dapat diterima, walaupun atas tiket 'cinta kepada nabi'. Ia satu perbuatan terkutuk lagi keji malah dianggap sebagai sahabat syaitan sebagaimana yang dinukil al-Quran. Adakah seseorang yang mengaku mencintai nabi tiba-tiba tergamak menobatkan dirinya sebagai sahabat syaitan? Sudah tentu tidak!

Dengan demikian, saya berpesan kepada diri saya dan anda semua agar menjauhi amalan-amalan karut sempena Maulidur Rasul yang bakal menyusul tidak lama lagi ini. Tidak kisahlah yang menganjurkan itu berserban besar atau yang berjubah panjang berjela sekalipun. Beringatlah kita bahawa setiap kata anak adam itu diterima dan ditolak melainkan seorang yang maksum yang mendapat wahyu daripada Allah iaitu Muhammad Bin Abdullah Mustoffa s.a.w.

Dan ikutilah sunnah baginda, nescaya kamu bahagia....

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment