Saturday, March 21, 2009

Fahami Konsep Ibadah yang simple

“Kecek*, baca yasin malam Jumaat tu boleh ke? Aku dengar ada orang cakap bid’ah. Dah tu, kalau bid’ah mestilah haram”, seorang kawan aku bertanya sedang aku memandu kereta.

Sudah…takde soalan lain ke dia ni? Kenapa tiba-tiba bertanya soalan panas ni? Sepanjang pengalaman, selalunya soalan sebegini ditanya antara dua tujuan: ikhlas bertanya atau ingin tahu pendirian aku pasal isu ni.

“Eh, apa pulak bid’ah. Kalau bid’ah pun bid’ah hasanah. Bid’ah hasanah ni boleh buat apa. Kalau buat ikhlas dapat pahala. Kan,cek?”, kawan aku seorang lagi tiba-tiba ‘baik hati’ menjawab bagi pihak aku.

Dia menambah pula, “Nabi pun tak larang baca Yasin. Kalau bid’ah mestilah nabi larang. Benda ni kan baik”.

“Ermm…fuhh”

Sukar untuk menjawab. Aku sedar, kalau tersilap memilih perkataan, lain yang difahamnya. Aku percaya inilah yang diberitahu oleh ustaznya bila ditanya soalan begini. Jawapan typical yang boleh diagak dari awal.

“Okey, camni la. Siapa kata haram baca Yasin? Yasin tu kan salah satu surah dalam al-Quran. Yang orang dok kalut ni sebab dikhususkan untuk malam Jumaat je. Kenapa tak malam Rabu ke, malam Khamis ke…kenapa mesti malam Jumaat?” aku cuba untuk tidak menjawab secara direct to the point.

Aku menyambung sedikit,”lagipun, dalam ibadah, apa kaedah usul yang kita guna?”

Semuanya terdiam. Memang itu harapan aku agar mereka menunggu-nunggu jawapan seterusnya daripada aku. Biar otak mereka lebih fokus untuk mendengar apa yang akan aku perkatakan.

Akhirnya aku menjawab:

“Ibadah dalam Islam ni cukup senang. Setiap amal ibadah itu terhenti atau haram sehinggalah didatangkan dalil. Kalau takde dalil tak boleh buat. Macam kita sembahyang la. Kenapa kita sembahyang? Sebab ada dalil perintah dalam al-Quran, pastu dalam hadith diterangkan pula tatacaranya. Sebab itulah kita sembahyang. Sebab ada dalil. Kalau tak, haram tau sembahyang!”

“Habis tu haram ke tak?”, dia seakan-akan tidak sabar dengan jawapan aku.

“Aku taknak jawab soalan ko ni. Cuma ko fikirlah sendiri berdasarkan kaedah tadi, ada tak dalil yang membenarkan kita mengkhususkan bacaan Yasin pada malam Jumaat? Kalau ada, silakan buat. Kalau takde, jangan buat”, aku cuba melibas bola tanggung yang agak menarik.

“Okey-okey, baru aku paham. Maknanya haramlah baca Yasin malam Jumaat ni?”, rakan aku yang bertanya tadi meneruskan perbualan.

“Terpulanglah…”,aku tetap enggan untuk beri jawapan direct. Biarkan dia berfikir, dan mudah-mudahan dia mencari jawapan selepas ini.

Untuk merumuskan perbualan, aku tampilkan sebuah jawapan standard juga daripada ustaz-ustaz yang mengajar aku:

“Sebenarnya kaedah ni valid untuk semua ibadah yang ada. Solat khas, puasa khas, apa-apa je la. Kalau nak buat, mesti ada dalil dulu, tengok nabi buat ke tak, baru boleh buat. Sebab yang dapat wahyu tu nabi sorang je, orang lain tak dapat. So, semua ibadah diajar terus kepada nabi melalui wahyu. Kalau ada orang yang mereka-reka ibadah khas tertentu, bermakna dia mendakwa dia telah menerima wahyu. Siapa yang mendakwa dia mendapat wahyu selepas nabi, bermakna dia sesat. Kena jaga-jaga tu.”

Perbualan kami terhenti apabila sampai di sebuah restoran untuk menjamu selera. Tatkala itu, walaupun perut sedang kelaparan, namun hati ini kekenyangan kerana sudah menyampaikan secebis ilmu yang tidak seberapa itu. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang ikhlas di jalan agama ini.

Wallahua’lam.

*Kecek=nickname aku ketika zaman sekolah

2 comments:

  1. nak bace bile2 pun boleh....
    tak semestinye malam jumaat je...
    tak gitu cek??
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. btul3x...
    Tu la ayat mudahnye mal...
    Nape time mlm jumaat,kenduri arwah or majlis2 tertentu mesti nk baca yaasin?Surah lain tak bleh ke?Klu rajin sgt baca baqarah trus...panjang la cket...hehe

    Adapun yg sunnah dibaca pada mlm jumaat ialah surah al-kahfi...wallahua'lam

    p/s:selangor pawa!haha

    ReplyDelete