Tuesday, March 3, 2009

Alangkah Besar Rahmat Allah

Sudah lama sejak kali terakhir aku ke kuliah Ustaz Arif di Surau Muhajirin Taman Sri Ukay. Walaupun dihimpit jadual exam dan final project yang agak memenatkan, aku gagahkan juga diri ni untuk keluar menuntut ilmu agama. Alhamdulillah semalam dapat juga meluangkan masa untuk bergerak ke sana bersama 3 orang hardcore sunnah UIA; saudara Syarief, Akmal, dan Farouq.

Orang kata, time muda+bujang ni la nak merasa kemanisan berkuliah dan menuntu ilmu. Kalau dah berkeluarga nanti, mungkin agak sukar kerana komitmen-komitmen lain menuntut agar ia diutamakan. Tak tau la betul ke tidak. Bagi aku, ia hanya salah satu lagi mitos orang-orang pemalas. Sebab setiap kuliah yang aku pergi luar daripada UIA, pasti ramai juga dihadiri oleh mereka yang sudah berkeluarga. Malah mereka yang bergelar muda+berkahwin pun ramai. Biasa la macam pepatah Melayu kata, “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Kuliah hari ini(semalam) di bawah tajuk Aqidah dan ilmu hadith. Ustaz Arif telah memilih untuk berbicara tentang ‘Ma A’zama Rahmatillah’ atau ‘Alangkah Besar Rahmat Allah’.

Menariknya kuliah-kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpegang dengan manhaj salaf, dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tidak pernah lekang daripada mulut mereka. Setiap point yang dikeluarkan pasti disokong oleh dalil dan hujah. Ini yang membuatkan aku teruja. Apa yang lebih mengujakan daripada mendengar janji-janji dan perkataan-perkataan yang benar daripada Allah dan rasulNya?

Banyak perkara yang dibincangkan secara ilmiah dalam kuliah ini, tapi di sini aku mahu berkongsi sedikit sahaja tentang bentuk-bentuk rahmat Allah kepada hambaNya.

Antaranya:

Terlindung daripada keburukan(maksiat)

Dalilnya:

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Sura al-Baqarah: 157)

Dijauhkan daripada kesesatan

Dalilnya:

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)" (Sura Ali Imran: 8)

Sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikit pun kepadamu. Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurnia Allah sangat besar atasmu” (Sura an-Nisa’: 113)

Selamat daripada murka Allah dan azab api neraka

Dalilnya:

Barang siapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah keberuntungan yang nyata” (Sura al-An’aam: 16)

Selamat daripada bala bencana

Dalilnya:

Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertobat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka barang sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya” (Sura ar-Rum: 33)

Dimasukkan ke dalam syurga

Dalilnya:

Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya” (Sura Ali Imran: 37)

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)-Nya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya” (Sura an-Nisa’: 175)

Demikian sedikit ilmu sebagai muhasabah. Moga bermanfaat untuk semua. Pohon kemaafan juga atas kekurangan sebab semalam terlupa bawa note book dan mp3. Hanya bergantung kepada apa yang masih terlekat di kepala. Kalau ada yang mahu mengulas atau menambah sangatlah dialu-alukan.

Wallahua’lam.

2 comments:

  1. Akmal engine yg sekola matri ke?
    kalau dia tu member ak la masa kat matrik...

    Btw, rindu gak nak g kuliah cmni,
    sekarang ni dah rasa kering jiwa

    Hasan, ko la datang kuantan ni bg kuliah... nak tak?

    Takpun perform nasyid ke...

    ReplyDelete
  2. Bukan Akmal tu...ni Akmal budak BAR daa...

    Aik?kat Kuantan takkan takde.Aku rase aktif je geng2 salafi kat sana...maybe ko kene search cket kot...hehe...nanti aku tolong carikan

    Aku nak bg kuliah?bye2 je laa...nk pegi pon malas!haha

    Nasyid?No comment...

    ReplyDelete