Friday, November 28, 2008

Jangan Takut Bawa Pembaharuan


SELEPAS kira-kira dua tahun menduduki kerusi Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin melepaskan jawatan itu secara rasmi pada 30 Oktober lalu. Beliau menyambung semula tugasnya sebagai pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum mengambil cuti sabatikal di United Kingdom (UK) selama sembilan bulan bermula Disember ini.Terkenal dalam melontarkan pandangan serta kritikan yang tajam mengenai sesuatu isu, sehingga kadang kala mencetuskan kontroversi, persaraan beliau mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat yang kebanyakannya menilai ia merupakan satu kehilangan yang besar.

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau bagaimanapun menegaskan bahawa usaha dakwahnya tidak pernah berhenti dan akan terus memperjuangkan Islam selari dengan al-Quran dan sunah. Dr. Mohd. Asri juga menjelaskan mengenai kekeliruan segelintir pihak yang melihat pemikirannya liberal dan tidak selari dengan pandangan ahli agama lain.

UTUSAN : Bagaimana Dr. merumuskan tempoh dua tahun sebagai Mufti Perlis?

MOHD. ASRI: Saya tidak merasakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu sempurna, tetapi seorang yang berusaha sekadar yang termampu. Untuk membawa misi merubah seluruhnya dalam tempoh itu memang diluar kemampuan sesiapa pun melainkan dengan izin Allah SWT. Tetapi saya dapat rasakan adanya anjakan pemikiran, institusi Mufti sendiri pun agak meriah.

Saya cuba buat banyak perkara, tapi saya berseorangan dan Perlis itu sendiri tidak besar serta kakitangannya pun tidak ramai. Tetapi Alhamdulillah, ramai yang memberi sokongan. Media misalnya memberi saya peluang dan ruang untuk menulis, saya juga berpuisi, ada berpidato dan bertemu dengan pelbagai peringkat masyarakat seperti aktivis alam sekitar, artis, ahli politik dan banyak lagi. Pastinya saya tidak berpeluang menggarap semuanya, tetapi saya telah cuba berbuat sesuatu sekadar kemampuan saya.

Saya rasa satu perkara yang saya sangat puas ialah apabila saya berada di mana-mana, pelbagai golongan tidak kira tua dan muda, di kampung dan bandar menegur saya dan menyatakan mereka tidak pernah ketinggalan membaca ruangan saya. Saya sangat berterima kasih kepada Mingguan Malaysia dan sekiranya diberi peluang, saya akan terus menulis.

Adakah Dr. merasakan apa yang cuba Dr. bawakan itu telah tercapai?

Tentunya dalam tempoh itu ada perkara yang tidak sempat saya laksanakan, kerana isu sentiasa ada. Bagaimanapun mesej saya sentiasa jelas iaitu dalam menceritakan tentang Islam kita seharusnya menyampaikannya dengan imej yang baik. Islam mengajar kita untuk menggunakan akal dengan betul supaya jangan dalam sesuatu perkara, kita bertindak di luar kewarasan.

Zaman kini sudah berubah dan manusia sendiri sudah boleh berbicara dengan zaman. Tapi ini tidak bererti kita menyusur keluar daripada dalil, tidak sama sekali. Islam tegak atas dalil. Tiada agama yang berdiri atas pandangan individu, atau adat-istiadat kebiasaan sesuatu kaum seperti Melayu. Itu mesej yang cuba saya sampaikan.

Dalam konteks membawa pembaharuan pula, adalah tidak wajar untuk saya membandingkan dengan tokoh-tokoh ilmuwan yang hebat. Tapi apabila bercakap dalam konteks sejarah, Omar Abd. Aziz misalnya, dalam tempoh dua tahun lebih mengetuai negara, banyak membawa perubahan-perubahan yang besar. Begitu juga dengan beberapa tokoh lain yang berjaya mengetuai pembaharuan negara. Saya mungkin tidak sampai ke tahap itu, tapi tidak mustahil adanya pembaharuan yang dibuat dalam tempoh dua tahun tanggungjawab saya sebagai mufti.

Meskipun tidak merubah secara fizikal tetapi dari sudut jalan berfikir, sekurang-kurangnya dengan menyediakan landasan. Saya memang memerlukan masa kerana masa tak pernah cukup. Kalau boleh saya mengharapkan sepanjang hidup saya untuk meneruskan agenda ini. Insya-Allah kalau dipanjangkan umur dan diberi peluang, selepas pulang daripada cuti sabatikal nanti saya akan datang dengan idea pembaharuan yang lain.

Apa harapan Dr. kepada pengganti Mufti Perlis, atau mungkin kepada mufti lain di seluruh negara?

Setiap mufti yang dilantik ada situasinya yang sendiri. Tetapi mereka kena pastikan peranan mufti itu berfungsi. Berfungsi bukan sekadar mengatakan halal atau haram, sebaliknya membuktikan bahawa kita sebagai mufti menjadi rujukan. Rakyat akan sentiasa melihat pandangan kita. Apabila kita bercakap tentang hukum atau sesuatu perkara tentang Islam, orang akan melihat betapa kukuhnya pemikiran itu.

Dalam situasi sekarang, apabila sesuatu perkara itu diputuskan haram, bukan orang tidak setuju ia haram, sebab mereka tahu dalam agama ada halal dan haram. Tapi bagaimana kita mahu sampaikan sesuatu yang haram itu dalam penyampaian kita, sehingga orang akan terima ia sebagai sesuatu yang memang patut diharamkan.

Bila kita menentang sesuatu perkara, masyarakat akan melihat ia memang patut ditentang kerana intelektual yang tinggi digunakan. Itu yang patut dibuat sebenarnya oleh golongan sarjana terutamanya mufti. Supaya masyarakat melihat apabila golongan ilmuwan Islam berbicara mengenai sesuatu isu, ia akan didatangkan dengan alasan-alasan yang kukuh. Kita bukan berada pada zaman 50 tahun lalu, atau sebelum merdeka yang mana apa sahaja yang disampaikan oleh ustaz hanya boleh didengar sahaja dan tidak boleh bertanya. Kita juga bukan bercakap dengan orang zaman dahulu.

Generasi baru sekarang mereka mempertikaikan banyak perkara. Mereka mempertikai orang politik, kelompok agama dan banyak lagi. Mungkin hari ini dalam rasa tidak puas hati termasuk kepada agama, mereka senyap dan tidak meluahkan. Tetapi apabila ada kesempatan nanti, mereka akan bangkit dan menghentam. Ketika itu, sudah tidak ada apa yang boleh dibuat lagi. Ini bukan salah agama, tetapi salah penerangan orang agama.

Apa pandangan Dr. dalam isu pengharaman yoga dan pengkid?

Majlis Fatwa sudah memberi pandangan, begitu juga dengan pihak-pihak lain yang faham dan yang menjalankan kajian. Kemudian kita mengulas dalam konteks itu dan ia boleh diterima. Bukanlah satu syarat bahawa orang yang memberi pandangan itu adalah seharusnya mufti. Kalau ada pakar-pakar senaman yoga, yang datang dengan hasil penyelidikan mereka memberikan pandangan, kita perlu memberikan peluang kepada pandangannya.

Fatwa sepatutnya tidak dibuat tanpa mengambil perkara itu dengan sejelas-jelasnya. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita kena jelas dan ketahui. Sebab itu perlu dibeza-bezakan pandangan. Mungkin yoga yang difahami oleh mufti itu adalah dalam versi yang haram. Tapi yoga dalam erti kata yang sudah diubah-ubah, diasingkan unsur-unsur yang haram mungkin tidak apa-apa, tidak perlu diharamkan.

Tidakkah dengan pandangan itu ia memberi nafas kepada sebahagian umat Islam? Dalam masa sama ia juga mengurangkan kritikan yang sering dihalakan kepada Islam apabila orang bukan Islam melihat Islam itu sentiasa mengharamkan. Ada yang datang jumpa saya dan memberitahu mereka sebenarnya tidak pernah tahu pun tentang mentera-mentera dalam senaman yoga. Mereka buat untuk mengambil kesan positif dari sudut kesihatan sahaja.

Mufti juga kena jujur dengan Tuhan. Macam dalam fatwa yoga, sewaktu bersidang semua kata haram, tapi apabila dibawa balik ke negeri, ada yang tarik balik sebab ada yang tak puas hati. Kalau sudah kata haram, maka haramlah, kenapa nak tarik balik. Itu masalahnya yang menyebabkan orang tidak hormat kepada kita. Soal mendapatkan kelulusan itu adalah soal pentadbiran untuk dijadikan fatwa itu negeri atau bukan negeri yang rasmi. Tapi hukum tetap hukum.

Memang negeri-negeri tidak terikat dengan fatwa kebangsaan. Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu hanya untuk pandangan umum negara ini. Negeri-negeri boleh bawa balik pandangan tu dan mereka boleh berfatwa berbeza dengan Jakim. Perbezaan yang timbul ketika ini adalah sama ada fatwa itu nak dijadikan fatwa negeri atau tidak. Adakah ia menjadi pegangan kepada negeri yang mana negeri boleh mengambil tindakan kepada orang menyalahinya. Tapi dari segi hukum kalau haram, maka haramlah.

Macam isu pengkid sebenarnya tidak memerlukan fatwa. Sebab kalau ditanya kepada sesiapa sekali pun apakah hukumnya seorang perempuan menyerupai lelaki, mereka akan tahu. Di sini akan timbul salah sangka di kalangan masyarakat yang melihat adanya diskriminasi gender. Sebab mereka melihat yang ramai ketika ini ialah golongan lelaki-lelaki lembut atau kumpulan ‘saudarai’.

Kenapa yang tiba-tiba keluar ialah pengharaman pengkid? Kita membuka peluang kepada orang untuk menghentam kita. Cuba kalau kita cakap fatwa itu secara umum iaitu Islam mementingkan ketulenan gender, lelaki mesti kekal sebagai lelaki dan perempuan mesti kekal sebagai perempuan. Bila saya bagi pandangan ada yang marah. Saya bukan mahu membangkitkan kemarahan orang, tetapi melihat kepada tindakan kita itu supaya sentiasa kelihatan kemas dan smart (bijak). Sehingga orang mengiktiraf kesarjanaan, kematangan dan ketajaman pemikiran ilmuwan Islam dalam menganalisis dan memberikan pandangan. Itu akan menyebabkan bukan Islam melihat sarjana Islam hebat.

Apabila memberi pandangan sangat mantap dan mereka berasa gugup untuk berdiri di hadapan sarjana-sarjana kita. Kita kena kembali memberikan imej Islam sebenar seperti zaman Nabi.

Justeru apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan kekuatan pemikiran Islam?

Mufti adalah platform terbaik. Tetapi adakah mufti sekarang memainkan peranan seperti itu, biarlah rakyat yang menilainya. Saya ingat ada negeri yang rakyatnya tidak kenal siapa mufti mereka. Sama ada rakyat cuba berkenalan dengan mufti atau mufti memperkenalkan diri mereka.

Saya menunggu-menunggu kalau mufti bersidang dalam membincangkan sesuatu isu di Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam dalam beberapa peratus wajib menguasai sektor-sektor tertentu. Misalnya fatwa umat Islam wajib menguasai ekonomi lebih 50 peratus, jika tidak semuanya berdosa sebab ia akan menggadaikan masa depan umat Islam keseluruhannya.

Fatwa wajib bagi umat Islam menolong perniagaan umat Islam yang lain atau fatwa wajib umat Islam sedaya mungkin membeli barangan umat Islam. Fatwa-fatwa seperti itu dilihat betapa ia membela umat Islam dan bukannya membelasah mereka. Jika kita keluarkan fatwa-fatwa seperti itu umat Islam akan berdiri di belakang kita. Satu hari apabila kita keluarkan fatwa melarang beberapa tindakan mereka, mereka tahu bahawa kita sentiasa berfikir tentang kemaslahatan mereka.

Yang penting kita perlu memperkasakan badan Mufti dan menjadikannya hebat. Bukan sekadar meramaikan orang di pejabat Mufti. Alangkah baiknya kalau mesyuarat Majlis Fatwa itu disiarkan juga untuk rakyat tengok. Adakah semua yang hadir itu memainkan peranannya, bercakap dan memberikan pemikiran mereka. Adakah pemikiran itu bernas dan mereka layak duduk di kerusi perbincangan, atau mereka sekadar pemerhati. Semua itu rakyat boleh tengok dan menilai.

Sepanjang tempoh menjadi mufti, Dr. banyak memberi pendapat dan kritikan yang dilihat liberal serta tidak selari dengan ahli agama lain termasuk dalam keputusan Majlis Fatwa mengharamkan yoga dan pengkid. Bagaimana Dr. menilai pandangan itu?

Saya tidak setuju dengan mereka yang menegaskan sesiapa yang bagi pandangan berbeza dengan Majlis Fatwa akan dikenakan tindakan. Sebabnya kita kena iktiraf keilmuan.

Kita tidak dapat menerima orang yang memaki hamun Majlis Fatwa, atau dengan sengaja menimbulkan isu tanpa sebab. Tapi Majlis Fatwa bukan nas al-Quran dan sunah, melainkan perkara yang jelas dalam al-Quran dan sunah. Majlis Fatwa adalah pandangan sekelompok manusia di negara ini yang diberi jawatan.

Dalam Islam ada pandangan majoriti, minoriti dan pandangan sarjana. Hukum pun tidak menyatakan pandangan itu tidak boleh dijawab, tiada masalah.

Bila orang lain bagi pandangan dalam isu yoga misalnya, tetapi pandangan itu juga berasaskan alasan-alasan yang munasabah, kita boleh memakmurkan medan pemikiran ilmiah. Orang akan melihat keterbukaan Islam dan tokoh-tokoh Islam bila berbincang masing-masing mengemukakan alasan dan fakta yang bernas. Yang menjadi masalahnya apabila kita membuat keputusan, sesiapa pun tidak boleh menyanggah keputusan itu. Tidaklah kita sentiasa menghalang pandangan kedua. Kalau pandangan pertama itu salah, bagaimana?

Perbincangan ilmiah yang makmur dalam bentuk bermanfaat dan harmoni patut digalakkan. Baru orang bukan Islam melihat Islam itu hebat, semua pemikirnya memberi pandangan dari sudut kematangan ilmiah.

Dalam sejarah kegemilangan Islam mencatatkan Imam Abu Hanifah lahir dengan ketokohannya. Kemudian lahir pula Imam Malik. Tidak pernah umat Islam pada ketika itu mempertikai siapa Imam Malik? Kemudian lahir pula Imam Shafie yang menuntut dengan Imam Malik yang turut memberikan pandangan-pandangan yang berbeza. Tidak pernah juga umat Islam ketika itu mempertikaikan mengapa Imam Shafie mahu memberi pandangan sedangkan mereka sudah ada Imam Malik. Malah, umat Islam ketika itu juga tidak pernah menyatakan semua sarjana itu salah. Bahkan mereka mengatakan semua sarjana itu memakmurkan dunia Islam dengan pemikiran mereka.

Di Malaysia, masalah yang besar ialah apabila golongan agama kadang-kadang tidak tahu sesuatu perkara tetapi mengambil tindakan berani dengan melarang orang lain berfikir. Apabila mereka memberi pendapat dan orang lain bertanya seolah-olah dijawab ‘jangan bertanya, barang siapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya’.

Sedangkan dalam al-Quran sendiri pun banyak ayat-ayat yang menekankan kepentingan bertanya seperti surah alBaqarah ayat 219 yang bermaksud ‘‘Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ‘‘ Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka bertanya pula kepadamu: ‘‘Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: ‘‘(Dermakanlah) Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”

Kemudian kita menegaskan pula Islam itu adalah agama ilmu, agama yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dan agama yang membela ilmu. Di mana sebenarnya? Kita tidak pernah kenal Islam versi yang seperti ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Melainkan Nabi mengharam soalan-soalan bodoh, soalan yang tidak ada manfaat. Tapi benda yang beri manfaat dibenarkan.

Adakah mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan Dr. itu tidak mudah untuk menerima pembaharuan?

Mereka yang berkepentingan dan konservatif memang takut kepada pembaharuan kerana mungkin akan menyebabkan terkorbannya beberapa kepentingan mereka sendiri. Tapi golongan yang tiada kepentingan ini adalah majoriti. Mereka tidak takut kepada pembaharuan. Mungkin kelompok itu tidak mahu berubah sebab takut kuasa mereka akan diambil oleh orang lain. Tapi rakyat kebanyakan ingin berubah.

Sekarang ini saya sedang mengkritik pandangan fatwa. Kalau dulu orang melihat yang selalunya mengkritik biasanya Mufti Perlis sahaja. Tetapi tidak ketika ini kerana ramai sebenarnya yang mengkritik. Kalau saya secara individu mengkritik dan rakyat tidak menyokong, maka dari pusingan pertama lagi saya sudah tumbang. Tetapi apabila pandangan yang saya utarakan sentiasa mendapat perhatian masyarakat dan disokong oleh pelbagai pihak, apa jawapannya?

Kerana perkara itu sudah ada dalam perasaan mereka, cuma mereka tidak berani meluahkan dan menunggu seseorang mengepalai untuk bersama-sama meluahkan perasaan itu. Sebab itu penting untuk diketahui oleh orang agama di negara ini sama ada kita berubah atau kita yang akan diubah. Bila kita menghalang orang, orang akan jadi agresif. Agresif itu mungkin kadang-kadang terbabas daripada pemikiran yang waras.

Islam bukan satu perkara yang manusia tidak boleh fikir. Adakah apabila mufti bercakap dan kita tidak memahami mengenainya, kita tidak boleh bertanya? Sejak bila golongan agama ini telah memaksumkan diri mereka? Kalau hujahnya itu kelihatan tidak cerdik, maka kita boleh pertikai. Tapi kita mahukan perbincangan itu berlaku dalam nada harmoni. Sesuatu yang biadap, kurang ajar, maki dan mencarut, itu tidak dibenarkan sama sekali. Majlis Fatwa memberi pandangan, saya memberi pandangan dan orang lain juga memberi pandangan dengan alasan-alasannya, maka rakyat menilai.

Umpamanya dalam fatwa yoga. Satu pandangan kata yoga diharamkan keseluruhannya, satu pandangan lain kata buang yang mana tak sesuai dan amalkan senaman yang baik untuk kesihatan. Adakah masyarakat tidak boleh menilai?

Islam itu haramkan arak, tapi membenarkan pelbagai minuman lain. Islam haramkan judi dan rasuah, tapi membenarkan hadiah dan sedekah. Islam haramkan zina, tapi membenarkan kahwin. Islam haramkan menilik nasib, tapi mengajarkan sembahyang stikharah. Jadi bila kita mengharamkan sesuatu, cadangkanlah sesuatu yang lain sebagai alternatifnya.

sumber: Utusan Malaysia

Album Algebra: Yang Benar Tetap Benar (Album Lagu Puisi Dr Asri)




Siapa Algebra? Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama. Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik.

Yang Benar Tetap Benar. Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah Aku Rela ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) nyanyian Algebra, Islam Di China ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Dakmie & Algebra), Aku Bukan Musuh Harta ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Kopratasa & Algebra) dan Derita Hati Seorang Bonda ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Aishah & Algebra). Lagu-lagu lain adalah Daerah Ini( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Puisi Dunia ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra), Suara Tajdid Kami ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra) dan Yang Benar Tetap Benar ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra). Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini. Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

Puisi Mufti Perlis. Dalam album pertama ini Algebra telah diberi penghormatan untuk melagukan puisi-puisi yang dinukil oleh tokoh agama terkenal iaitu SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Selain daripada 8 lagu yang dimuatkan dalam album ini diadaptasi daripada puisi karya beliau, Dr Mohd Asri sendiri turut menyampaikan 2 buah puisi di dalam album ini. Dr Mohd Asri merupakan seorang tokoh yang agak vokal dalam menangani isu-isu semasa dan beliau pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila tidak membenarkan beberapa artis tertentu tampil membuat persembahan di negeri Perlis dalam satu program anjuran sebuah stesen TV tempatan. Tindakan tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Pada ketika kebanyakan tokoh-tokoh agama tanah air agak menjauhkan diri daripada dunia muzik, Dr Asri mengambil langkah sebaliknya apabila melibatkan diri dalam pembikinan album Algebra: Yang Benar Tetap Benar ini.

Penampilan Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan). Penampilan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan) telah menyerlahkan lagi keistimewaan album ini. Aishah dan Kopratasa terutamanya telah lama tidak tampil dengan album atau lagu baru. Kolaborasi mereka dengan Algebra melalui lagu Derita Hati Seorang Bonda dan Aku Bukan Musuh Harta diharap sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat. Sementara itu Dakmie yang juga bertindak selaku penerbit merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri nasyid.

Sumber:muadzseekinglight.blogspot.com

Kelesuan Fatwa di Malaysia: Salah Siapa?

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan(MFK) telah mengeluarkan dua fatwa yang kontroversial secara back-to-back- Penkid dan yoga. Situasi nampaknya seperti tidak terkawal apabila semua pihak campurtangan, membuat spekulasi sendiri, termasuk mereka yang tidak faham walau sebutir daripada kandungan fatwa tersebut. Dilihat juga di sana wujud sedikit pertelingkahan antara beberapa pihak yang berlainan pandangan, sehingga kita bertanya, mengapakah semua ini berlaku? Adakah disebabkan kepincangan MFK sendiri dalam mewartakan fatwa yang dikemukakan?

Soalan itu tidak terjawab, namun kita dapat mengenal pasti terdapat beberapa masalah seputar isu ini:

MFK bukan satu institusi yang dihormati

Tidak seperti di Arab Saudi, di mana Lajnah Fatwa mereka setaraf dengan level parlimen, MFK hanya bertindak pada masa-masa tertentu dan dianggap sebagai 'institusi kelas kedua' oleh sesetengah pihak. Dengan tiadanya immuniti itu, maka ia mudah dipandang sinis oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan fatwa yang dikeluarkan - kebiasaannya terdiri daripada golongan feminis dan liberalis. Sehingga mereka mentertawakan MFK di media secara terbuka pun masih tiada tindakan diambil.

MFK terikat dengan kerajaan


Ini sesuatu yang tidak sihat. Pernah terjadi bukan sekali beberapa fatwa ditangguh pengumumannya. Contoh terbaru adalah fatwa berkenaan yoga. Seakan ia menunggu 'green light' daripada orang-orang tertentu sebelum ia boleh dikeluarkan. Jika benar ia melanggari syara', cepat-cepatlah keluarkan statement, tidak perlu tangguh-tangguh. Apakah yang mereka takutkan sangat? Adakah kerusi-kerusi empuk mufti kerajaan itu lebih tuntas untuk dijaga berbanding prinsip dan akidah umat?

Mungkin sebab inilah juga kita tidak banyak melihat tokoh-tokoh hebat umat Islam yang berjawatankan mufti kerajaan, melainkan sangat sedikit!

Fatwa tidak dikuatkuasakan

Saya bagi contoh mudah, seperti fatwa pengharaman rokok di Selangor(1994). Ia sudah lama, tapi tiada langsung nampak tanda-tanda ia mahu dikuatkuasakan. Di kampung saya di Sungai Besar, fatwa itu digantung di dalam masjid (saya pun terkejut lihat buat kali pertama), bila melangkah keluar kita tengok mereka yang berkopiah dan berserban dengan selamba menghembus asap rokok seperti tiada apa-apa yang berlaku!

Saya pasti,anda mempunyai puluhan lagi contoh yang boleh dikemukakan...

Fatwa tidak menyeluruh

Ini juga menyebabkan fatwa menjadi seperti kurang 'user friendly'. Jawapan dan hujah yang bernas tidak dapat disaksikan. Seperti fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini, timbul beberapa persoalan dan perbincangan.

Adakah yoga itu diharamkan secara total atau ia diperbolehkan andai tiada mantera dan pemujaan?

Tentang penkid pula, mengapa hanya sasarkan golongan itu? Bagaimana dengan golongan lelaki lembut aka bapuk? Bukankah itu lebih signifikan? Macam mana boleh terlepas pandang?

Fatwa tanpa alternatif

Islam tidak mengharamkan sesuatu kepada umatnya melainkan disediakan pula alternatif bagi mereka.

Diharamkan arak, disediakan air kelapa, air sirap, teh tarik, kopi o, milo dan sebagainya.

Diharamkan babi, disediakan pula mee goreng, nasi lemak, roti canai, dan ayam golek.

Diharamkan zina, disediakan nikah untuk menyalurkan nafsu pada jalan yang hak.

Maka, kita bertanya, diharamkan penkid dan yoga, apakah alternatif yang diberikan?Umat bertanya,tapi soalan mereka tidak pernah berjawab.

Selagi beberapa masalah yang disebutkan di atas tidak diatasi, agak sukar untuk kita menjangka bilakah waktunya kita dapat melihat semula fungsi institusi Islam dalam menjadi solusi kepada masalah umat.

Dan selagi itulah pertelingkahan dan persengketaan itu akan terus berlaku. Kita seru pihak yang terbabit agar mengambil langkah bijak dengan memperbaiki kelemahan yang ada dan kembalikan umat ini ke arah keredhaan Allah.

Jika anda tidak mampu, berundurlah segera!

Monday, November 24, 2008

Jangan Butakan Mata Dengan Hakikat Syiah!


Sudah agak lama tidak menulis tentang syiah. Bahkan di laman-laman web sunnah pun semakin suram daripada isu-isu berkaitan syiah ini. Adakah isu syiah sudah tidak penting lagi dalam agenda perjuangan sunnah? Atau golongan sunnah(baca:sunni) sudah menganggap syiah sebagai sahabat mereka? Atau adakah - dalam kata yang lain, orang-orang sunnah sendiri sudah melupai celaan dan keceluparan mereka terhadap Ummul Mukminin, para sahabat nabi radiallahu'anhum dan imam-imam ahlul sunnah?

Tidak, sama sekali tidak!

Ideologi syiah telah lama dibedah oleh ulama salaf dan khalaf. Terdahulu dan sekarang. Ada sesetengah yang berpendapat syiah tergolong dalam puak khawarij yang dilaknat oleh Baginda nabi s.aw. Ada pula yang mengecop mereka sebagai munafik atas hujah bahawa semua kriteria munafik yang disebut dalam al-Quran dimiliki malah disuburkan dikalangan syiah. Tidak kurang yang berpendapat syiah ini sendiri adalah terbitan daripada agama Yahudi lantaran pengasasnya adalah Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang mengaku Islam. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan syiah adalah agama yang baru yang tiada kena mengena dengan ajaran Islam sama sekali.

Sikap menipu dan berpura-pura(taqiyyah) telah dididik sejak anak-anak keluar dari rahim ibunya lagi. Mereka ini 'cakap depan lain, cakap belakang lain'. Tidak juga mereka mengikat suatu perjanjian, melainkan akan dilanggari kesemuanya.

Berkata Imam al-Shafie: "Tidaklah aku melihat dalam perkara hawa nafsu, suatu kaum yang lebih sering bersaksi palsu daripada orang-orang Rafidah(syiah)." (al-Lalikaai:2811)

Syiah dan Politik


Dalam mana-mana kekacauan dan pergolakan di negara-negara umat Islam, pasti ada tangan Syiah yang menghulur. Mereka adalah ahli konspirasi. Mereka mewarisi sikap khawarij yang suka memerangi pemerintah. Kita akan melihat mereka berdiri berpelukan dengan pihak kuffar sambil pedang dihunus ke arah pemimpin umat Islam. Sedangkan itu tidak pernah diajar dalam Islam, malah nabi mengharamkan memerangi pemerintah selagi mendirikan solat. Rasulullah bersabda:

"Akan memimpin kalian para pemimpin yang kalian mengetahui dan mengingkari. Barangsiapa yang mengetahui maka ia telah berlepas diri, dan barangsiapa yang membenci maka ia telah selamat. Akan tetapi orang yang redha mengikutinya". Mereka bertanya, "Bolehkah kami memerangi mereka?". Baginda menjawab, "Jangan, selagi mereka mendirikan solat". (Riwayat Muslim:1480 dan hadis Ummu Salamah, dipetik daripada blog Bahaya Syirik)

Di sini ingin juga diketengahkan akan kegusaran yang melanda dek kemelut politik yang berpanjangan samada di dalam atau luar negara. Boleh dikatakan umat Islam di Malaysia terbahagi kepada dua parti besar; yang satu berkata mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan yang satu lagi melaungkan slogan negara Islam. Aku percaya dan yakin di sana ada satu pergerakan bawah tanah yang bekerja keras di sebalik tabir berusaha mencetuskan permusuhan antara kedua sektor tersebut. Dan mereka ini ada latar belakang syiah atau sekurang-kurangnya menyokong ideologi syiah dalam tulisan-tulisan mereka.

Buktinya, jika dilihat baru-baru ini, ketika pemimpin kedua-dua belah parti ingin duduk semeja, mereka seakan 'panas punggung' seperti cacing kepanasan dan sentiasa mencucuk sentimen dikalangan ahli agar cadangan muzakarah ditarik balik. Kalau dilihat, apalah sangat jika pemimpin besar kedua belah pihak bermuzakarah demi mencari titik persamaan dan mencari penyelesaian kepada masalah umat. Tetapi, golongan syiah tidak mungkin merestui perkembangan ini. Penyatuan umat Islam bererti kegusaran bagi mereka. Maka muncullah mereka di media-media massa menuntut agar muzakarah itu dihentikan dengan kadar yang segera. Nampaknya mereka berjaya kerana muzakarah itu akhirnya menemui kegagalan.

Ini telahan aku saja. Boleh diterima atau ditolak. Cuma anda berhak membuat pernilaian sendiri, apakah kemelut politik negara ini berlaku dengan tiba-tiba? Atau ada 'udang di sebalik batu'? Apakah 'udang' tersebut ialah syiah? Hanya Allah yang tau...

Syiah dan Iraq


Tatkala kita sibuk mempromosi tagline 'free al-Quds', kita seakan melupakan akan saudara Sunni kita yang dibunuh saban hari di penghujung sebuah negara Babylon, iaitu Iraq. Ketika kita menatap sayu gambar-gambar kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Palestin, kita seakan buta dan tuli akan kezaliman orang-orang awam syiah keatas ulama' dan orang awam sunni.

Jika ingin berpijak di bumi nyata, maka kita dapati bahawa pencabulan syiah terhadap sunni adalah lebih dahsyat daripada pencerobohan Israel di Palestin. Aku pun pada mulanya terkejut dengan perkembangan ini. Tapi, setelah membaca tulisan oleh seorang sister UIA tentang dialog beliau dengan seorang wanita Iraq sangat membuka mata aku akan hal ini. Ini bukan isu main-main seperti isu pergaduhan di parlimen tempoh hari, ini isu mengenai hak dan akidah yang perlu dipertahankan oleh setiap umat Islam. Samada anda sedar atau tidak, saudara kita di Iraq dicungkil mata mereka, dibakar masjid tempat mereka sujud, dan dibunuh setiap insan yang bernama Abu Bakar dan Umar!

Artikel itu bertajuk 'Palestin vs Iraq' dan boleh dibaca DI SINI.

Syiah dan Yahudi


Aku adalah antara orang yang bersetuju syiah adalah berasal dari yahudi. Malah ia disokong oleh beberapa ulama' tanahair antaranya Maulana Asri Yusoff(Darulkautsar.com). Antara hujah beliau ialah pengasasnya ialah seorang yahudi yang berpura-pura masuk Islam, yaitu Abdullah bin Saba'. Sedang yang lain, seperti Kapten Hafiz Firdaus(hafizfirdaus.com) berpendapat tidak mungkin hanya disebabkan pengaruh Ibn Saba' syiah boleh tersebar sebegitu luas. Kemudian, beliau senaraikan beberapa lagi sebab kemunculan syiah; antaranya ialah sentimen kebangsaan Parsi yang kuat.

Walau apapun sebab dan musabab kemunculan syiah, yang penting ciri-ciri dan perangai mereka tidak ubah seperti perangai yahudi.

Bahkan, terdapat satu drama realiti yang dimainkan di pentas antarabangsa ketika ini. Pelakonnya tidak asing lagi kalau bukan syiah(Iran) dan yahudi(US/Israel). Saban hari diuar-uarkan akan berita 'keinginan kuat' Amerika menyerang Iran. Kononnya pihak kuffar itu tidak berpuas hati dengan tindakan Iran membangunkan nuklear. Namun sampai sekarang masih tidak ketemuan. Drama itu berlanjutan sehinggakan sebahagian besar umat Islam negara ini terpengaruh sampai ke tahap menganggap Iran sebagai 'sebuah negara Islam yang sempurna'.Berterusanlah tragedi ini sehingga seorang 'orang kuat sebuah parti Isle' sibuk dok menjaja kisah 'kehebatan' Iran ini.



Cuba anda bayangkan jikalau yang terlibat bukan negara Iran, sebaliknya Malaysia. Nescaya akan dibom dan hancur leburlah negara ini dalam sekelip mata!

Lagi bukti-bukti link syiah-yahudi: Lihat DI SINI

Ikrar Kami

Wahai syiah, buatlah apa jua yang kamu mahu. Katalah juga apa yang kamu mahu. Perkataan dan tindakanmu itu tidak sedikit jua akan melunturkan semangat kami dalam usaha dakwah ini. Andai kami tersungkur, mudah-mudahan Allah menempatkan kami di kalangan orang beriman. Tapi kamu wahai syiah, moga Allah mencampakkan kamu ke dasar neraka jahannam seperti yang dijanji untuk golongan munafik!

Buat Saudara Sunnah(Sunni)

Berhati-hatilah dengan golongan Syiah di mana saja mereka berada!

Wassalam



Sunday, November 23, 2008

Orang Sufi mengimport amalan Yoga?


Alhamdulillah, segala pujian yang tertinggi bagi Allah yang telah menjadikan yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan sebuah fatwa tentang pengharaman yoga yang diamalkan secara sistematik iaitu yang melibatkan amalan fizikal dan spiritual. Walaupun agak lambat bertindak selepas tertangguh beberapa kali, tapi ia membuka mata banyak pihak akan isu ini.

Yoga, seperti yang sedia maklum merupakan salah satu senaman yang berasal usul dari Benua India. Tidak syak lagi ia mengandungi unsur kehinduan yang apabila diamalkan oleh umat Islam dapat memberi kesan kepada akidah mereka. Demikian kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin dalan Mingguan Malaysia (23 November 2008):

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan"

Antara Yoga dan Sufism

Apa kaitan yoga dan sufism?

Jika kita teliti ketiga-tiga peringkat tersebut, dapat kita fahami bahawa amalan yoga ini tidaklah terlalu bercanggah menurut kaca mata golongan sufi. Ini kerana dalam susur galur ajaran tok sheikh sufi juga menggunakan kaedah dan wadah yang sama.

Berzikir, ketenangan, dan bersatu dengan Tuhan!

Jikalau dalam yoga mereka bermaksud mahu bersatu dengan beratus-ratus tuhan yang mereka sembah, golongan sufi pula bermimpi untuk bersatu dengan Allah!

'Bersatu dengan tuhan' atau wahdatul wujud dipopularkan oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Hallaj dan ibn Arabi. Sehingga pada tahap kononnya telah menerima ilmu ma'rifat yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dirinya, al-Hallaj telah mengatakan suatu kalimah kufur, "Ana al-Haq" yang bermaksud "akulah al-Haq" atau lebih tepat lagi "akulah Tuhan!".

Akibat daripada kalimah ini, beliau telah dibunuh kerana telah murtad menurut kaedah Syariah.

Kata Imam al-Qurtubi Rahimahullah mengulas mengenai golongan Sufi yang melampau:

"Kata guru kami (al-Imam Abu al-Abbas) r.a.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat, kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNya dan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkan melalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah dan makhlukNya. Meraka adalah penyampai risalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu dan mengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka."

Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi:

"Telah menjadi ijma' salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetahui hukum-hakam Allah yang berhubung suruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa yang berkata "Disana ada cara lain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihukum bunuh......" (jld. 11, m.s. 40-41, cetakan Dar al-Fikr, Beirut - Dipetik daripada artikel "Tarekat Yang Sesat Lagi Kufur" oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin)


Kita dapat bayangkan keadaannya apabila imam besar seperti al-Qurtubi mengeluarkan kenyataan seperti itu!

Antara Yoga dan Amalan Tradisi

Telah kita ketahui bahawa terdapat sesetengah amalan tradisi kita atau lebih biasa disebut 'adat orang melayu Islam' yang mempunyai pengaruh yang besar daripada amalan agama Hindu.

Antaranya; Amalan bersanding, jampi serapah oleh bomoh-bomoh jalanan, mandi Safar, pertapaan, dan kenduri Arwah.

Jika itu yang dimaklumi, maka mengapa amalan-amalan yang disenaraikan di atas tidak diharamkan sama? Atau apakah amalan itu bercanggah dengan akidah Islam, tetapi oleh sebab ia telah diamalkan oleh orang kebanyakan maka ia tidak difatwakan haram? Bagaimana pula dengan pertapaan golongan Tarekat?

Tidakkah ini 'double standard'?

Yang Haram Itu Haram

Hak authoriti menghalalkan atau mengharamkan sesuatu merupakan mutlak milik Allah semata.

Maka seandainya sesuatu yang haram tidak diwartakan sebagai haram oleh badan yang berauthoriti sekalipun, jika ia menurut al-Quran dan Hadith sesuatu yang haram, maka tetaplah hukumnya haram. Tugas seorang mufti, majlis fatwa dan sewaktu dengannya hanyalah mengkaji dan memberitahu maklumat yang jelas kepada masyarakat tentang apa yang diwahyukan kepada nabi Muhammad. Justeru tidak wajar sama sekali jika ia disembunyikan atas alasan apa sekalipun;samada politik, pangkat, takut, apatah lagi atas alasan mengikut adat sedia ada!

Seterusnya dan seharusnya, penulis menyeru agar Majlis Fatwa Kebangsaan menjadi lebih aktif dan prolifik dalam memberi fatwa dalam isu-isu penting di negara ini. Janganlah suatu fatwa tertangguh disebabkan ingin menjaga kepentingan peribadi sesetengah orang. Biarlah anda dipandang sinis dan dilucut jawatan di dunia, jangan di akhirat menjadi seorang yang miskin dan papa kedana.

Jika yoga telah diharamkan, tarekat bila lagi?

**Perkataan sufi/tarekat yang diguna dalam artikel merujuk kepada jalan kesufian yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Adapun sufi yang mengikuti kedua sumber tersebut, ia termasuk dalam sunnah, insyaAllah

Thursday, November 20, 2008

Meniru Yang Dibenarkan Syara'


Pernahkah anda meniru ketika peperiksaan?

Meniru, walaupun durjana pada hakikatnya, namun ia suatu yang lazim pada realitinya di kalangan pelajar kita di semua peringkat tidak kira di peringkat sekolah mahupun di Institut Pengajian Tinggi.

Seorang pelajar mungkin tidak mahu atau tidak mempunyai niat untuk meniru ketika peperiksaan, tapi kekadang dalam keadaan terpaksa dia meniru juga. Ini mungkin disebabkan soalan yang terlampau susah atau dia sendiri tidak bersedia dari segi ulangkaji dan persiapan mental.

Ada yang beralasan dia meniru untuk menghindarkan mudharat yang lebih besar. Bukankah gagal satu subjek dan perlu mengulang semula sepanjang semester berikutnya merupakan satu mudharat yang lebih besar berbanding kesalahan meniru itu sendiri? Lihatlah bagaimana liciknya sesetengah kita dalam menghalalkan sesuatu menurut hawa nafsu. Seperti di hujung lidahnya ada suatu kuasa yang berupaya menghalalkan dan mengharamkan sesuatu dengan sendirinya.

Walau apa pun alasannya, meniru dalam apa jua bentuk dan keadaan, ia tetap menjadi kesalahan di sisi agama. Ia merendahkan nilai keilmuan, menafikan hak individu, dan yang lebih penting meragut disiplin dan norma kejujuran seseorang. Tiada khilaf dalam pengharamannya.

Meniru Yang Dibenarkan Syara'?

Jika begitu, bagaimana jika dikatakan ada satu jenis 'meniru' yang dibenarkan oleh syara'?

Tentu anda tidak bersetuju.

Tapi saya katakan memang ada satu bentuk 'peniruan' yang dibenarkan syara' melalui kalamullah(al-Quran) dan kalam RasulNya(al-Sunnah). Cuba kita lihat bukti rujukan yang dilampirkan di bawah:

Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu (Al-Ana'am : 153)

Katakanlah(Wahai Muhammad): "Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian"... (Al- 'Imran:31)


Benar sekali. Satu-satunya peniruan yang dibenarkan di sisi Islam ialah meniru suri tauladan Rasulullah s.a.w. Menariknya, tiru yang jenis ini langsung tidak menyebabkan seseorang berdosa. Malah diberikan pahala pula, ditambah dengan pelbagai ganjaran lantaran kasih sayang daripada Allah Jalla wa 'Ala.

Cumanya, di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah, perkataan 'tiru' tidak digunakan sama sekali. Namun ia diganti dengan perkataan yang lebih lunak dan lebih tepat pada maknanya iaitu 'ikut' atau al-ittiba' dalam Bahasa Arab. Seringkali pula ia digabungkan dalam satu frasa yang popular iaitu 'ittiba' al-Sunnah' iaitu merujuk kepada perbuatan mengikuti Rasulullah dalam segala macam aspek berlandaskan contoh yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah seluruhnya.

Antara Abu Thalib Dan Abdullah Bin Ubay

Dalam catatan sejarah, ada dua orang personaliti yang amat terkenal yang telah berjaya memahatkan nama mereka dalam lembaran sejarah dunia. Mereka ialah Abu Thalib Bin Abdul Mutalib, bapa saudara nabi dan seorang lagi merupakan ketua munafik Mekah, Abdullah Bin Ubay Bin Salul.

Ada apa dengan mereka berdua?

Mereka berdua adalah dua orang yang hidup sezaman dengan Baginda Rasulullah. Tetapi mereka ini tidak diingati dengan keimanan, bahkan mereka mati dalam kekufuran. Sebagai Muslim, kita dapat mengambil iktibar yang besar daripada kisah mereka berdua.

Abu Thalib, seperti yang disebutkan merupakan pak cik kepada Nabi kita dan seorang yang amat menyayangi Baginda. Beliau merupakan antara pembesar Mekah ketika itu, lantas memainkan peranan penting dalam memelihara keselamatan Rasulullah sepanjang keberadaan di sana. Berikutan kematian beliau, orang-orang Quraish kembali berasa aman untuk mengganggu dan menghalang dakwah Rasulullah. Sayang sekali, disebabkan beliau tidak menerima dakwah Rasulullah, matilah beliau bersama orang-orang yang kufur...

Adapun Abdullah Bin Ubay Bin Salul, beliau langsung tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap Nabi. Bahkan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap Ummul Mukminin 'Aishah Radiallahuanha dan telah direkodkan dalam al-Quran (Sura al-Nur) dalam peristiwa al-ifk. Bahkan Allah telah menempelak kemunafikan beliau dan orang-orang yang semunafik dengannya dalam al-Quran. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali (Al-Nisa' :142)

Cinta dan Ikut

Demikian kisah dua orang manusia di zaman Nabi yang dapat kita jadikan tauladan. Yang seorang cinta tetapi tidak ikut, sedang yang seorang lagi ikut tapi tak cinta. Menurut hukum Tuhan, kedua-duanya di neraka - na'uzubillah.

Justeru kita sebagai ummat Muhammad, bila saja berbicara tentang Baginda seharusnya kita memasukkan dua elemen ini; cinta dan ikut. Dengan demikian, tidaklah sia-sia semua kebaikan yang ditonjolkan oleh Baginda yang ditinggalkan di dalam al-Quran dan hadis yang sahih, melainkan ia diikuti pula oleh ummat yang menyayangi Baginda.

Dukacita kebanyakan kita pada hari ini tidak menggabungkan kedua elemen ini.

Ada yang cinta yang teramat kepada Baginda Nabi seperti golongan batiniah dan sufi. Setiap tahun mereka berbelanja besar untuk menyambut tarikh kelahiran nabi yang disebut 'Maulidur Rasul'. Namun, oleh sebab tiada elemen 'ikut' akan contoh yang ditunjukkan Baginda, maka kita melihat amalan-amalan mereka 'kosong' kerana kebanyakannya hanya terhenti atas tangisan dan tarian kebatinan mereka. Bahkan dalam kebanyakan keadaan, merekalah juara dalam melakukan perkara-perkara inovasi dalam agama.

Ada pula yang ittiba', tapi kurang pula cinta kepada Baginda. Ia berlaku pada zaman Nabi, dan mereka dipanggil munafik(talam dua muka). Kita berlindung juga daripada sifat munafik yang seperti ini.

Sebab itu hal al-hub(cinta) dan al-ittiba'(ikut) ini meliputi dalam segenap aspek; Aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, malah cara hidup Baginda keseluruhannya. Tidaklah dikatakan menyayangi Baginda andai seseorang mengikuti Baginda dalam suatu aspek kehidupan, sedang dia mengabaikan perintah Baginda dalam aspek yang selainnya.

Sebenarnya semua ini telah Allah simpulkan dalam firmanNya yang berbunyi:

Sesungguhnya telah ada pada(diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (Sura al-Ahzab:21)

Friday, November 14, 2008

Yang Benar Tetap Benar

Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan.

Justru, seandainya diberi ruang ini untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.

Demikian pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang memilih dakwah melalui album dengan memuatkan sajak-sajak ketuhanan dan kemanusiaan sebagai salah satu cara berdakwah.

"Dakwah itu sebenarnya mempunyai banyak cabang dan kita tidak seharusnya menyempitkan ruang dakwah itu. Penulisan lirik puisi berkisar agama dan kemanusiaan juga termasuk dalam skop ini.

Dr Asri sedang mendeklamasikan sajaknya di Studio Nasyeed.com di Shah Alam.

"Album seperti yang diusahakan ini merupakan salah satu usaha memperluaskan ruang dakwah kerana penyampaian mesej yang berteraskan agama dan kemanusiaan," kata Dr Asri yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Mufti perlis pada penghujung bulan ini.

Atas kesedaran ini dan setelah mencapai persefahaman, Dr Asri bersetuju menyerahkan urusan pembikinan album sulungnya kepada komposer Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, komposer/penggubah lagu Dakmie dan syarikat Nasyeed.com.

Pada mulannya, ramai juga yang keliru apabila mendengar berita yang Dr Asri akan membuat album. Ada yang salah faham, menganggap Dr Asri yang akan menyanyi.

"Sebetulnya, saya tidak mahu ke depan. Cukuplah sekadar sumbangan saya dengan memberi puisi-puisi ini. This is their show (sambil merujuk kepada Xifu Naser dan rakan-rakan).

"Saya tak mahu dihighlightkan sangat. Yang penting mesej dari album ini," jelas beliau lagi.

Kesemua lapan buah lirik puisi terbaik Dr Asri telahpun diberi melodi indah mengikut situasi yang sesuai. Antara puisi-puisi itu ialah Aku Rela, Yang Benar Tetap Benar, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Aku Bukan Musuh Harta dan Dunia Yang Beredar. Lagu-lagu ini disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa dan kumpulan Algebra.

Perancangan dan pembikian album Dr Asri yang diberi tajuk 'Yang benar tetap benar' memakan masa selama enam bulan.

Pelancaran album yang unik ini akan diadakan di Yayasan Restu, berdekatan Taman Kesenian Islam dan Masjid Shah Alam pada 25 November ini pada jam 11.30 pagi.

Selain dari menyumbangkan puisi, Dr Asri yang merupakan penceramah disukai ramai, turut sudi mendeklamasikan dua buah sajaknya yang bertajuk, 'Itulah Politik Namanya' dan 'Salah Menduga.'

Keberangkalian, ada beberapa kumpulan yang tidak tegar dengan luahan perasaan Dr Asri dalam sajak-sajaknya namun seperti kata beliau, apa yang ditulis adalah dari dalam hatinya.

"Saya tulis apa yang saya rasa dan lihat. Mungkin ada yang tidak senang tapi begitulah selalunya. Kebenaran itu kan pahit?," kata Dr Asri.

Menurut Dr Asri, beliau sudah lama berjinak di dalam penulisan puisi. Begitu juga dalam bidang penulisan.

Maka tidak hairan jika bait-bait puisinya mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh diterjemahkan dalam berbagai cara kerana maksud yang tersirat amat dalam.

Stail puisinya juga banyak menjurus kepada sinis, sindiran dan kadangkala santai. Tapi ada juga yang tersentuh apabila mendengar.

Bak kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat. Kebetulan, Aishah sudah kehilangan ibu tersayang.

"Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali," jelas Aishah yang turut meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.

Walaupun beliau memberi kelonggaran untuk mewarnakan puisi-puisinya dengan sebarang melodi, namun ada ketikanya Dr Asri terpaksa berpegang pada prinsipnya dan tidak berkompromi.

"Apabila muzik atau melodi itu sendiri terlalu kuat dari kata-kata, ini seharusnya terjadi. Mesej dari kata-kata itu lebih penting dari muzik itu sendiri dan ini yang saya mahu terapkan," jelas Dr Asri ketika pradengar album ini dijalankan di Studio Nasyeed.Com di Shah Alam baru-baru ini.

Teguran ikhlas dari Dr Asri disambut baik oleh Xifu Nasir dan Dakmie yang cuba sedaya mungkin untuk menghasilkan album yang boleh dibanggakan.

Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr MAZA berkata, album ini adalah sebagai satu langkah beliau untuk menyediakan hiburan alternatif kepada orang ramai.

“Selama ini orang selalu cakap saya hanya pandai mengkritik artis saja. Peluang ini sebagai mendekatkan diri dan memberi pilihan alternatif hiburan yang baik," kata beliau.

Selain dari album "Yang benar tetap benar', Dr Asri juga sempat merakamkan 13 episod program 'Bahtera Perubahan' untuk siaran Astro Oasis pada bulan Februari nanti.

Namun apa pun bentuk wadah, samada album, program TV mahupun buku 'Mengemudi Bahtera Perubahan Minda', semua ini akan menjadi buah tangan apabila Dr Asri meninggalkan tanah air nanti.

Dr Asri dijangka berada di UK selama setahun mulai awal Disember ini, untuk membuat lebih banyak penyelidikan tentang hadith.

Tokoh agama yang tajam pemikiran dan cukup bijaksana apabila melontarkan pandangan merupakan salah seorang tokoh agama yang pakar tentang bab hadith di negara ini.

Sumber:Mstar

Thursday, November 13, 2008

My Review on "Sajak Kematian"


Beberapa laman web sibuk mengulas tentang cadangan membuat tayangan "Sajak Kematian" kepada pelajar sekolah. Aku pun baru je tengok kat YouTube. Boleh tahan juga cuak. Siap ada ular nak gomol mayat lagi. Setakat ni kementerian suruh dihentikan tayangan video tersebut. Ironinya, kebanyakan golongan agama dengan semangat menyokong tayangan video tersebut. Tidak kurang juga yang membantah keras seperti SS Mufti Perlis dan Ustaz Hasrizal(Saifulislam.com) .

Pendapat aku?Ini adalah salah satu daripada perkara yang dikategorikan sebagai La yanfa'u al-syaik (tak membawa apa-apa faedah)!

Daripada laman forum yang membincangkan isu ini, terdapat pelbagai alasan yang diketengahkan oleh pihak yang menyokong.Antaranya:

1. Boleh mengingatkan kepada mati. Insaf sikit bebudak ni nanti

2. "Ok la tayang benda camni. Daripada program hiburan yang berlambak tu"

3. "Betul ke ada impak psikologi? Tak ada la. Saya banyak buat program guna video ni takde pape yang berlaku pun..."

4. Melentur buluh biar dari rebungnya. Jangan sampai anak dah rosak nanti baru nak menyesal

5. Pendapat seorang ustaz:Cara ini lebih berkesan mengikut zaman ni!

Subhanallah, adakah mereka ini berpijak di bumi nyata? Atau mereka hidup di planet pluto atau pada zaman batu? Mengapa mereka suka berbicara mengenai agama menggunakan akal semata-semata? Sebaliknya berpijaklah pada manhaj ilmiah dalam memberi pandangan terhadap perkara-perkara penting sebegini. Ini bukan perkara temeh, ia melibatkan masa depan anak-anak yang akan menjadi pemimpin jua satu hari nanti.

Sudah aku katakan berkali-kali bahawa agama Islam ini perlu dimasuki melalui pintu Aqidah. Oleh sebab itu, mulakanlah bicara melalui konsep aqidah terlebih dahulu. Jangan semberono memberi pendapat kononnya untuk kebaikan umat. Niat yang baik tidak semestinya membawa natijah yang baik juga. Betapa ramai berniat baik tetapi tidak mendapatinya. Begitulah juga halnya tentang 'sajak kematian' ini.

Pertama,sesiapa saja yang belajar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pasti mengetahui bahawa azab kubur itu termasuk dalam perkara-perkara ghaib(ghaibiah). Dan hal-hal yang bersangkutan dengan aqidah ini perlu dirujuk kepada zahir nas yang sahih samada melalui al-Quran(AQ) dan/ataupun al-Sunnah(AS). Setelah mengetahui azab kubur itu termasuk dalam ghaibiah, apakah ia boleh dibayangkan melalui contoh fizikal? Inilah yang menjadi tunjang perbahasan kita. Kalaulah perkara ghaib boleh diterjemah dalam bentuk fizikal, maka itu tidaklah dipanggil perkara ghaib lagi. Melainkan ia sudah termasuk dalam perkara zahiriah. Begitu juga perkara-perkara ghaib yang lainnya seperti malaikat, hari qiamat, syurga dan neraka. Bab asas ini pun sudah kantoi, itu belum berbicara dari aspek lain lagi!

Allah merakamkan situasi perkara ghaib yang wajib diimani oleh setiap Muslim dengan FirmanNya:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya..." (Sura al-An'am:59)

"...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit." (al-Isra' :85)

Kedua, aku difahamkan bahawa video ini adalah hasil buah tangan grup al-Arqam/Rufaqa'/al-Ikhwan. Kalau tengok video itu pun,memang ada kebenarannya. Sesiapa saja mesti mudah mengenali uniform grup ni dengan serban ala alas meja dan jubah fesyen uniform polis. Kalaulah ia benar, sekali lagi subjek aqidah menjadi keutamaan dalam kes ini. Apakah tergamak kita menyokong dakyah gerakan yang telah difatwakan haram ini? Mahukah pula kita bersekongkol dalam membenarkan aqidah mereka yang mempercayai Abuya mereka sebagai Pemuda Bani Tamim dan mampu memberi keampunan kepada pengikutnya? Ataupun yang mengatakan Abuya berjumpa dengan Nabi secara sedar(yakazah)? Di dalam aqidah, setiap unsur kita lakukan jarh(kritik) dahulu sebelum ta'dil(menyokong). Adapun al-Arqam, aqidah mereka sudah dijarh oleh sekalian para ulama dahulu dan sekarang, di timur dan di barat.

Justeru, setelah selesai berbicara bab aqidah, baru lah kita pergi kepada bab yang seterusnya. Apakah sesuai ditayangkan kepada golongan belum mumayyiz atau yang belum mencapai tahap kematangan. Isu ini telah dikupas secara berhemah oleh Ustaz Hasrizal di dalam blognya SaifulIslam.com. Kita semua tahu bahawa tidaklah sama cara berfikir kanak-kanak dengan orang yang telah dewasa. Kekadang jurang perbezaan itu sangat ketara. Apakah wajar, seandainya ia valid dari segi aqidah, video sebegini dimomokkan kepada pemikiran budak di bangku sekolah? Lihatlah dari segi emosi, psikologi dan intelektualiti kanak-kanak kesan daripada tayangan video tersebut. Jangankan kanak-kanak,orang dewasa pun boleh jadi histeria tau!

Dari satu sudut yang lain pula, aku melihat perkara ini tidak lebih hanyalah sebagai satu wadah untuk menjana pendapatan saja. Tidak lebih daripada itu. Boleh jadi lepas ni kem-kem motivasi akan menggunakan method yang sama dengan menayangkan video 'sajak kematian'. Ustaz-ustaz yang kaki duit pun boleh mendapat pendapatan sampingan dengan mengadakan kursus kesedaran dan seumpamanya. Atau mereka yang berceramah politik di surau-surau tidak mahu ketinggalan. Inilah masanya, kerajaan haramkan benda ni sebab mereka takut akan bayang-bayang sendiri!

Dengan berdasarkan analisa yang ringkas ini, bolehlah dibuat kesimpulan ringkas:

1. Zikr al-Maut itu ibadah. Ibadah perlu berlandaskan aqidah. Jika zikr al-maut tidak mengikut lunas-lunas aqidah yang sejahtera, maka ia tertolak.

2. Perkara ghaib tidak boleh dimanifestasikan dalam bentuk fizikal.

3. Video ini adalah buah tangan al-Arqam. Kita mengambil langkah berjaga-jaga apabila berhadapan dengan kumpulan ini. Selalunya 'ada udang di sebalik batu'

4. Dari segi psikologi, kanak-kanak bukanlah satu golongan yang mudah untuk memahami konsep kematian. Orang Dewasa pun ada yang kantoi, inikan pula kanak-kanak.

Wallahua'lam bissawab....

Tuesday, November 11, 2008

Keletihanmu Itu Bukan Percuma

Menjelang exam,ayat popular dikalangan student ialah:

"Sem ni tough gile. Minggu depan dah exam.Tapi assignment berlambak tak siap lagi.Bukan tu je, projek,tutor,lab report sume tak setel lagi!"

Dalam revision period(waktu ulangkaji) pula ramai yang akan merungut:

"Banyaknye nak kene study. Ni baru chapter 5. Ade 6 chapter lagi tak cover.Mati aku ni confirm tak sempat!"

Minggu exam pula bukan seorang yang akan mengungkap:

"Sape buat jadual ni?Ape cer buat exam 4 hari berturut-turut?!Kalau subjek BM ke takpe la.Ni Thermo ngan Material!Maut beb,maut..."

Bila dah habis exam,ingatkan dah setel. Masih ada yang bersuara:

"Exam s****.Soalan susah gile.Satu ape tak tau apa aku buat tadi. Kantoi tak ingat.Penat je stay up malam tadi!"

Inilah antara ungkapan yang biasa aku jumpa di dalam ruangan chat LAN Mahallah Uthman.

Kadangkala ungkapan itu ditambah dengan pelbagai alasan dan sebab untuk menenangkan hati. Exam umpama 'jurang neraka' yang tiada siapa mahu terjerumus ke dalamnya. Sebab itu lepas habis exam kebanyakan student akan melepaskan tension dengan pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing. Ada yang meraung,melompat,melalak sambil melolong. Ada yang ok sikit pegi la memancing, bbq tepi kolam bawah jambatan,futsal sampai subuh atau layan movie sampai lebam. Walau apapun tindakan mereka,hanya satu sebab yang membawa mereka bersatu: "Merdekakan dirimu daripada exam!"

Bagi aku, lepas exam aku mesti kena cari penawar. Penawar yang betul-betul dapat menenangkan jiwa. Samada ia futsal, game, wayang, shopping, music atau apa saja yang dibuat untuk menghilangkan tension, mesti aku tidak lupa mengulang kembali mengenangkan akan sebuah hadith yang sangat menusuk kalbu:

Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti - yakni sesuatu yang tidak mencocoki kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampaipun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu." (Muttafaq 'alaih) -diambil daripada kitab Riyadhus Solihin, bab:Sabar

Ya. Kelelahan, keletihan, kesakitan dan dugaan yang menimpa itu bukannya datang dengan sengaja. Ia bermaksud untuk menjadi kaffarah(penghapus) dosa bagi sesiapa yang Allah kehendaki. Janganlah apabila kita ditimpa sebarang musibah - samada ia berbentuk kesakitan atau keletihan akibat bekerja atau selainnya - ia diikuti dengan rungutan dan carutan kepada sesuatu yang diturunkan oleh Yang Maha Pengampun itu.

Yang sebetulnya, terimalah dengang redha dan pasrah, sambil berdoa kepada Tuhan agar ditetapkan iman dan dimudahkan segala urusan. Tidak dinafikan apabila ditimba ujian seorang insan akan berasa tertekan dan tension lalu dicarinya penawar untuk menenangkan jiwa. Pelbagai cara diguna itu dan ini, tetapi dia takkan terlepas daripada fitrah insan yang penghujungnya mesti mencari Tuhan untuk meminta pertolongan.

Mari kita sama-sama menghayati ayat al-Quran di bawah untuk pedoman bersama:

"...dan jika mereka peroleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah".dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini(datangnya) dari sisi kamu(wahai Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya(datang) dari sisi Allah"...." (Sura An-Nisa':78)