Sunday, October 19, 2008

Wajarkah wahai para ustaz?!

Tak lama dulu, ada seorang ustaz tampil di kaca TV sedang memberi tazkirah kepada golongan hawa. Slot ini sempena sembahyang Jumaat kalau tak silap. Hari tu aku gerak lambat sikit, jadi aku buka la TV. Bukan nak cerita apa sangat, nama ustaz tu pun aku tak kenal. Tapi isi ucapan dia yang buat aku terkilan. Katanya(lebih kurang):
"Puan-puan,kita ni jarang nak bayar 'lebih' kat ustaz-ustaz kita. Takde la, kalau bayar mahal semangat sikit ustaz-ustaz kita nak bagi kuliah. Contoh kalau imam, kalau bayar 100, 200, baca pun monyok je. Cuba kalau bayar 1000,2000, baca pun dah macam Imam Sudais!(sambil membaca al-quran ala-ala Imam Abdul Rahman Sudais,imam masjid al-Haram)"
Seorang Ustaz yang agak kerap muncul di kaca televisyen pula, ketika pengacara majlis bergurau mengatakan: "terima kasih kepada ustaz, lain kali insyaAllah kami jemput lagi". Begitu mengejutkan, ustaz itu reply:

"Kalau bayar murah-murah lagi, saya malas nak datang dah!".
Aku bukan la pesimis sangat. Jauh sekali bersikap jumud. Tapi kekadang bila kenyataan seperti ini berleluasa ia menjadi satu kerisauan juga. Seolah-olah dakwah itu berhajatkan kepada wang ongkos semata. Kalau tinggi mata wangnya, maka dakwah menjadi laju selaju kereta F1. Tapi kalau ongkosnya seciput, maka dakwah akan menjadi sangat perlahan selembap kura-kura padang pasir. Dan inilah realiti kalau dilihat fenomena sebahagian kecil ustaz-ustaz di Malaysia.

Ada yang beralasan dengan penuh yakin- "Money is not everything, but everything needs money!"
Aku katakan- Aku pun pernah belajar ekonomi. Macro dan micro. Tiadalah bantahan apabila disebutkan sedemikian. Tentu saja semua perkara memerlukan wang. Terutama hal-hal duniawi. Malah dalam beberapa keadaan wang sangat diperlukan lebih dari segalanya. Yang menjadi persoalan dan isu bukanlah keperluan duit dalam menjalankan dakwah, tetapi yang ditimbulkan di sini ialah dakwah dijadikan medan melombong kekayaan duniawi, sambil ruh dakwah digantikan dengan 'otak bisnes'.

Tidak terlepas dalam rantaian isu ini adalah
sebahagian kecil golongan tahfiz yang menerima upah terlalu tinggi - bahkan setinggi bonus 6 bulan gaji seorang engineer - hanya saja menjadi imam sepanjang Ramadhan. Ramadhan sepatutnya menjadi gelanggang pemuda tahfiz menjadi insaf dan mengambil inisiatif mempromosi sedekah jariah yang sangat dituntut sepanjang Ramadhan. Apa yang wajar berlaku ialah duit mengalir keluar daripada poket mereka, tetapi ia seakan mengambil reverse U-turn kembali masuk ke pangkuan poket masing-masing!

Secara jujur yang sejujur-jujurnya, tidaklah aku ketahui hukum mengambil upah daripada hasil dakwah mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Pernah juga aku terdengar perbezaan pendapat dalam bab ni. Akan aku usahakan jua untuk mencari. Tapi tidakkah mereka membaca dan mentadabbur isi kandungan al-Quran? Bagaimana roh dakwah para nabi langsung tidak berhajatkan kepada pujian, apatah lagi wang ringgit! Ayat-ayat al-Quran seakan menjadi hujah penolak secara langsung kepada apa yang mereka berlebihan dalam melakukannya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredhaan Allah." (al-Furqan:57)

Katakanlah ( wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada" (Shad:86)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang(al-Mawaddah) dalam kekeluargaan(al-Qurba)." (al-Syura:23)

Dalam pada itu, tanpa dapat dinafikan, masih ramai ustaz-ustaz yang berjiwa pejuang yang tetap ikhlas menyampaikan kalimah-kalimah tauhid dan sunnah ke merata pelosok dunia tanpa sedikit cinta kepada dunia. Adapun, mereka inilah yang sebenarnya yang patut digelar 'ulama' - iaitu mereka yang mewarisi panji perjuangan para rasul - tanpa diubah walau sedikit jua daripada apa yang telah dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka,ganjaran Allah itu pasti, kalau ia bukan di dunia, ia adalah ganjaran upah yang paling lumayan di akhirat iaitu Janntul Firdaus.

Sedikit jawapan berkenaan "Hukum mengambil upah mengajar al-Quran"


Friday, October 10, 2008

Parenting and Family Management: Early Marriage

Rabu Lepas (8/10/2008), kelas Parenting aku ade buat presentation. Ade satu group bentang pasal kawin awal. Aku dengar hujah2 diorang. Owh, hujah2 basi itu lagi kataku dalam hati. Tak abis2 cakap:
"Young couple who get married early, they are not mature enough to handle such responsible"
Deyy...Kalau korang dah ade awek ke, balak ke...aku cadang korang cari la jalan percepatkan perkahwinan. Apakah fitnah yang lebih besar daripada korang melambatkan perkahwinan pastu dok sibuk berkepit tiap2 malam ngan couple korang tu? Aku maleh nak cakap pasal hukum dah...sebab korang sendiri dah tau hukum mendekati zina. Tapi korang tau tak yang orang kat sekeliling meluat gile tengok korang berkepit2 camtuh?

Takde duit? Korang tengah student memang la tak da duit. Tu sape pon tau. Apakah kalau tak da duit boleh jadi alasan untuk korang terus bergelumang dengan dosa? Aku ingat masa zaman matrik Ustaz Mazlee Malik keluar satu artikel dan cadangan yang menarik. Antara kata beliau:

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram?Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Katanya lagi:

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Senang cite, korang suami isteri. Tapi duduk kat hostel, makan bersama tapi bayar sendiri2, tak pun gilir2, pastu malam2 nak dating pun boleh. Hujung minggu pegi la tempah hotel kat Genting. Apa mahu digusarkan?Itu semua sudah menjadi halal. Alangkah indah kalau kita mengenal Islam secara ilmunya,bukan secara adatnya. Malah bekas mufti Arab Saudi,Syeikh Abdul Aziz Ibn Baaz(semoga Allah merahmati beliau) mengeluarkan perkataan yang lebih sinis dalam fatwanya:

Adalah wajib mempercepatkan perkahwinan. Tidak patut seorang pemuda menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Dan tidak wajar seorang pemudi menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Perkahwinan tak menghalang pelajaran.

Seseorang pemuda boleh berkahwin, menjaga agamanya, akhlaknya, menundukkan pandangannya dan pada waktu yang sama meneruskan pembelajarannya. Begitu juga seorang pemudi apabila Allah memudahkannya bertemu pasangan yang sesuai maka hendaklah dipercepatkan perkahwinan walaupun sedang belajar tidak kira di sekolah menengah atau di institusi pengajian tinggi....
Jelas lagi bersuluh, kahwin awal lebih menenagkan jiwa dan menundukkan nafsu. Maka, pemuda dan pemudi Islam seperti anda sekalian, sekiranya sudah bertemu jodoh dan berkenan dengan seseorang, mohonlah kepada Allah agar dipelihara Iman dan dimudahkan jalan untuk segera ke gerbang pernikahan.

Di sini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada dua orang sahabat aku di UIA, saudara MUJAHID@Moja dan saudari Nihlah@Nela atas kejayaan mereka mengikat ikatan perkahwinan pada hari ini, 11/10/2008. Semoga Allah memberkati kalian dan dikurniakan rezeki dan zuriat yang diredhai.

“Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625))


Sunday, October 5, 2008

Jadilah Wanita Idaman


Sungguh dajal lagi majal orang-orang yang berfikiran sebegini:

A:"Ala,orang bertudung pun kena rogol jugak..."

B:"Hmm,nantila dulu. Belum sampai seru untuk saya bertudung"

C:"Budak-budak bertudung ni hipokrit je lebih. Kitorang ni nampak je seksi, tapi hati kami baik!"

D:"Buat apa tutup kepala.Menutup kepala itu adalah menutup akal!"

Sakitnya hati apabila kata-kata nista seperti ini terpacul dari mulut seorang yang bergelar Muslimah. Yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruhNya. Bahkan mereka sendiri telah bersumpah di alam rahim bahawa Allah itulah Tuhan mereka.

Mereka menganggap kata-kata mereka ini kecil padahal ia di sisi Allah sangat besar! Telah mendahului kita sepotong ayat al-Quran yang memberitahu isu ini:

"...dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia besar pada sisi Allah. (Surah An-Nuur:15)
Bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kalimat yang menjadikan Allah murka, sedangkan ia tidak peduli dengan ucapan tersebut, maka ia pun terjerumus dalam neraka Jahannam.” (HR Al-Bukhari: 6113)


Tidak seorang pun yang dapat menyangkal bahawa wanita adalah satu golongan yang dimuliakan di dalam Islam. Mereka dihina pada zaman jahiliyyah,namun Islamlah yang telah mengembalikan martabat wanita ke satu tahap yang sangat tinggi. Kalau tidak masakan ada beberapa surah di dalam al-Quran di beri nama sempena nama wanita. Bahkan terdapat satu surah yang sangat khusus di beri nama 'An-Nisa' bermaksud wanita. Tiadalah satu syariat yang ditetapkan di dalam Islam khusus untuk wanita melainkan dengan maksud memelihara maruah dan mengangkat harga diri mereka sendiri.

Hari raya tahun ini memberi aku satu 'kejutan' baru apabila semakin ramai wanita di sekeliling melucutkan hijab dan mendedahkan aurat. Mungkin ia satu fenomena biasa bila anda melihat di kaca TV atau di tempat-tempat seperti KL dan area bandar. Tapi kini ia semakin mendapat sambutan di kalangan gadis kampung sekalipun. Apa yang lebih mengejutkan, mereka seperti 'terlebih lajak daripada laju' dalam penampilan fesyen 'tak cukup kain'. Agaknya kenaikan harga minyak turut memberi impak maksima kepada golongan ini sehingga menjadi terlaku miskin untuk menempah secebis baju untuk menutup tubuh badan mereka!

Semalam, kejutan berterusan ketika aku mengunjungi rakan-rakan lama yang sudah hampir sepuluh tahun tidak berjumpa. Secara jujur, aku bukanlah terkejut sangat mereka berpakaian sebegitu. Sebab sejak dulu sudah melihatkan potensi mereka untuk ke arah itu. Tapi apa yang menghampakan aku ialah mereka seperti sudah tiada langsung perasaan segan dan malu walau sedikit jua. "Aku tau la ko nak free hair, tapi kat depan aku cover2 laa!". Nak saja aku sound budak-budak ni secara direct. Tapi memandangkan suasana dengan crowd yang agak ramai dan dek kemiskinan diriku daripada keberanian, aku simpankan saja sehinggalah aku menulis tulisan ini.

Fikratul Irja'

Berbalik kepada isu di awal tulisan, kata-kata sebegini seperti sudah biasa kita dengar di mana-mana. Lebih-lebih lagi kalau rancangan kat TV dan beberapa slot di muka akhbar tajaan Sisters In Islam. Pernah satu ketika dulu aku mendengar satu dialog dalam rancangan Gol & Gincu the series:

Zarina: "Apa la ko ni Putri. Pakai seksi-seksi cam ni. Ko tak takut kene rogol ke?"

Sazzy: "Hey! Ko ingat yang pakai seksi-seksi je ke kene rogol? Yang bertudung pun kene tau!

Tini: "Tu sume alasan je tak nak bagi kita ni orang perempuan berfesyen. Kolot betul!"

Yang lain:"Hmm, betul tu. Setuju".

Aku ingatkan ada lagi dialog selepas itu yang menerangkan perkara sebenar. Rupa-rupanya terhenti di situ. Ia seperti menjadi kata sepakat yang tiada lagi yang membantah. Jelaslah kepada aku bahawa itu memang agenda mereka menyebarkan fahaman Feminisme dan 'Fikratul Irja' yang mengatakan tidak penting lagi pandangan luaran, yang penting hati jujur dan luhur. Sungguh aku mendoakan semoga Allah menghancurkan gerakan dan fahaman kalian itu sehingga ia menjadi 'dead and buried"!

Menutup Aurat Adalah Kewajipan

Sehingga hari ini, masih ada yang mempertikaikan ketetapan bertudung(baca: menutup aurat) kononnya mengongkong dan mencabul hak asasi golongan wanita. Tidak kurang yang memperkecilkan kewajipan tersebut hingga ada yang menyebut tiada beza antara yang bertudung ataupun tidak.

Wahai wanita yang disayangi lagi dikasihi, menutup aurat itu adalah perintah Allah Tuhan sekalian alam. Yang telah termaktub di dalam al-Quran yang agung dan kalam Rasulullah yang amanah. Apa hikmahnya? Dalam setiap ketentuan Ilahi itu tentu saja ada hikmahnya. Samada kamu sedari atau tidak. Percayalah, menutup aurat itu adalah satu ketetapan yang telah berjaya menjaga maruahmu dan membuat kamu dikenali sebagai seorang Muslimah yang menjaga kehormatan. Firman Allah:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan ke atas tubuh mereka pakaian mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Apapun hikmahnya, itu adalah persoalan kedua (atau ketiga). Yang utamanya, perintah Allah itu wajib dipatuhi. Seperti perintah Allah yang lainnya seperti solat, janganlah dipersoalkan tentang hikmahnya sebelum dikerjakan terlebih dahulu. Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana lebih mendalam pengetahuanNya tentang hikmah yang diturunkan untuk hamba-hambaNya. Sungguh Allah menginginkan keringanan terhadap hamba-hambaNya dan tidak mahu menyukarkan mereka. Oleh yang demikian, wahai hamba-hamba Tuhan yang lemah, patuh dan taatlah akan perintah Allah tersebut.

Kedua, pada nilaiannya, bertudung (sekali lagi baca:menutup aurat) itu sudah tentu sesuatu yang baik. Ia tidak akan bertukar menjadi sesuatu yang sebaliknya walaupun pada suatu hari ia tidak melihatkan kesan kepada pemakainya.

Begitu juga membuka aurat. Ia akan menjadi keji sampai bila-bila dan tidak akan bertukar menjadi baik sekalipun ia tidak memberi kesan kepada pelakunya.

Andai kata ada seorang wanita bertudung yang tiba-tiba dirogol oleh seorang durjana, ia bukanlah kerana tudung itu. Sebab memakai tudung itu tetap sesuatu yang baik.

Jika pula ada seorang wanita murahan bertelanjang bulat dan berjalan di tengah orang ramai tanpa diapa-apakan walaupun sedikit, itu tidak bererti mendedahkan aurat itu baik. Ia tetap keji lagi hina dan perkara ini tidak akan berubah.

Dari Kaca Mata Seorang Lelaki

Aku seorang lelaki. Bagi aku, isu aurat wanita ini lebih difahami oleh golongan bernama lelaki. Ini kerana secara jujurnya, bagi lelaki wanita adalah tarikan terbesar dan perkara tercantik yang pernah diciptakan di alam maya ini. Orang lelaki lebih memahami gejolak nafsu mereka. Sebab itulah jika ditanya kepada lelaki mana pun apakah perkara yang paling disukainya, sudah tentu jawapannya ialah wanita. Tidak pula aku ketahui kalau soalan sama dituju kepada seorang wanita. Mungkin jawapannya kasut tumit tinggi jenama Vans atau gincu L'oreal yang dipakai oleh Siti Nurhaliza. Barangkali, aku pun tak tahu.

Sebab itu aku seperti mahu saja pancung kepala golongan feminis di kalangan Sister In Islam yang mempertikaikan isu tudung ini. Kamu itu perempuan, apa kamu tahu? Cuba kamu berada di pihak kami orang lelaki, tentu saja kamu menarik semua claim yang telah kamu keluarkan tentang tudung ini. Apa kamu menyangka kami terlalu lokek dalam isu hak asasi wanita? Atau kami ni tersangat jahil untuk memberi kebebasan kepada seorang wanita? Demi sesungguhnya hanya kebaikan yang kami inginkan, wahai wanita yang disayangi!

Jadilah Wanita Idaman

Kalau kamu berjalan di Puduraya, kamu tegurlah seorang lelaki penyangak di tepi jalan lantas tanyakan kepada mereka: "Wanita macam mana yang kamu idamkan?". Mesti dan semestinya jawapannya ialah: "Mesti la wanita yang solehah. Kalau boleh yang molek bertudung. Bukan apa, comel la orang-orang bertudung ni". Kalau tidak percaya- dan mesti kamu tak percaya - cubalah tanya kepada sesiapa saja yang kamu jumpa yang bernama lelaki. Sudah pasti jawapan ini yang akan terpacul dari mulut mereka. Percayalah!

Oleh yang demikian, aku mengajak seluruh wanita yang bergelar Muslimah terutamanya mereka yang bergelar saudara dan rakan, untuk kembali menyahut perintah Allah untuk bertudung dan menutup aurat. Jika kamu berfikir saham kalian akan jatuh akibat memakai tudung, bersaksilah bahawa ia sesuatu yang tidak benar sama sekali. Boleh jadi kalian akan lebih digilai setelah memakai tudung.Malah di samping hikmah bertudung yang dapat menjaga maruah kalian dan menghindarkan fitnah terhadap diri kalian, kalian akan mendapat keberkatan daripada Allah di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

"Wanita itu hiasan dunia, sebaik hiasan adalah wanita solehah"

Wallahua'lam.





Thursday, October 2, 2008

Raya Sana Sini

Hari ni masuk hari ke3 hari raye.

Aku baru je balik dari beraya di kampung Sungai Besar. Sepatutnya hari ni bertolak ke Penang pulak sebab dah lame tak beraya family belah ayah aku. Tapi tup-tup aku tahu yang orang kampung rupa-rupanya nak buat kenduri arwah. Haru betul. Dengan seribu alasan aku berdalih untuk tidak mahu turut serta kononnya banyak lagi assignment nak kena siapkan. Lagipun nak beraya dengan member2 sekolah esok hari. Akhirnya pegi la mak ngan adik aku ke penang sambil aku lepak kat rumah. Ada sedikit kekecewaan di hati, namun apakan daya selama ini dok berjuang menentang bid'ah takkan tetiba kita pulak yang menjadi pihak penganjur?! Tak mungkin!

Apart from that, semuanya macam hari2 raya sebelum ni. Cukup meriah...

Malam satu syawal, laungan takbir mula bergema. Kat TV pun berlambak2 pasang. Tapi inikan hari raya. Patut takbir la dengan penuh semangat macam sambut kemenangan. Ni sekor2 aku tengok muka monyok je. Ada nak nangis pon ada. Takbir pun mendayu-dayu macam sambut kematian. Alahai, apa la nasib umat Islam Malaysia. Time orang mati lain pulak ceritanya. Punya la sambut besar-besaran siap buat kenduri lagi! Betul la. Bumi di akhir usia. Semuanya sudah terbalik daa....

Lepas abis solat hari raya macam biasa la pakcik makcik aku datang. Agak meriah la jugak sebab diorang ni la antara family yang paling rapat ngan family aku. Lepas abis makan2 kitorang bersalam-salaman cam yang selalu orang melayu buat. Mintak maaf apa yang patut walaupun jarang berjumpa. Aku selamba je cakap "Taqabbalahhu Minna Wa Minkum - Semoga Allah menerima daripada kami dan anda semua". Sebab itu cara golongan Salaf. Diorang memula cam pelik tapi sengeh je la. Mungkin cara budak UIA punya greet kot. Hehe. Tapi still " Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" tidak lekang di mulut. Adakah ucapan raya juga mahu ditajdidkan? Tak payah la kot...

Lepas tu terus cabut balik kampung....

Kat kampung takde pape yang best. Nak cakap jawe pon tak reti!

Ok la, bersempena bulan Syawal yang mulia, jom kita sama2 pertingkatkan ibadah dengan berpuasa sunat 6 hari. Aku pun balik UIA nanti baru start kot. Bagi mereka yang perlu qadha' puasa Ramadhan akibat keuzuran yang diizinkan dipersilakan qadha' terlebih dahulu. Demikian pendapat sebahagian ulama'. Tapi kalau tak mampu, nak puasa 6 dulu pun boleh. Sebab ada bukti Ummul Mukminin Aisyah menunaikan puasa qadha' pada bulan Syaa'ban. Yang penting konsep 2+1 tak pernah diajar oleh Rasulullah. Tu saja ada ustaz yang memandai2 buat formula sendiri pastu tulis kat paper. Senang je, sape tak bawak dalil kita buat dono je kat diorang.

Dalil puasa 6:

1.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

2.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun. (H/R Ahmad :5/280, Ibnu Majah:1715)

3.Tentang boleh berpuasa 6 dahulu sebelum puasa qadha', dalilnya:

Ummul Mukminin Aisyah radiallahu ‘anha berkata:


Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban. (H/R Bukhari:l950, Muslim:1146)


Wallahua'lam