Monday, December 8, 2008

Raya Korban dan Orang Kita

Di negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur, jangan dibandingkan antara kemeriahan Raya Haji dengan Raya Puasa. Sungguh jauh perbezaannya. Kalau aidilfitri diraikan seminggu atau dua minggu sebelumnya, kebanyakan orang tak perasan pun kedatangan aidiladha walaupun tinggal sehari je lagi!

Itulah realitinya. Yang lebih menyayat hati,ada juga golongan yang jahil atau yang buat-buat jahil,menganjurkan majlis makan sana sini sehari sebelum raya(hari Arafah). Katakan apa saja; kenduri kahwin,tahlil arwah,sehinggalah jamuan hi-tea. Akibatnya,berlalulah juga puasa Hari Arafah tanpa sesiapa menghiraukannya...


Ok la. Sibuk cerita pasal orang lain. Cerita pasal aku pulak.

Beberapa hari sebelum raya, ada banyak phone calls masuk. Semua sibuk nak 'book' aku tolong kerja-kerja menyembelih. Surau qariah aku, surau taman kat rumah lama, ustaz aku, sampai la ada seorang member suruh mintak tolong korban kat Surau Taman Sri Ukay. Last-last terpaksa aku menolak sebab sudah lama ditempah oleh pakcik aku untuk korban kat Beranang. Lagipun family aku memang ada bahagian kat situ. Nak tak nak memang kena pergi jugak la kan.

Pagi raya tu, seperti biasa aku dah bersedia dengan pisau,parang, dan alat pengasah yang di'pau' dari kabinet dapur. Aku siap awal. Pukul 7.30 pagi dah gerak dengan abang dan pakcik aku sebab nak solat raya kat Beranang. Aku pun tak pernah nak sampai Beranang ni. Tau la ada member duduk situ, tapi tak pernah pergi. Agak teruja la sebagai anak jati Selangor untuk pertama kali pergi ke Beranang!

Sampai sana, aku kesejukan. Mana taknya, hujan tak henti-henti dari malam tadi. Untuk seorang penyembelih lembu, ini satu petanda kurang baik. Sebab lepas sembelih, daging tak boleh terdedah kepada air. Kalau tak senang busuk. Kata merekalah. Aku pun taktau.

Pukul 8 pagi aku sampai kat surau situ. Lengang habis. Mana penduduk kat sini bisik hati aku. Dah lupa ke hari ni raya? Last-last aku decide ngan pakcik aku, kita mula takbir dulu la. Nanti orang lain sampai la tu. Pastu ada seorang pakcik lain datang terus ke depan ambil mic. Ingatkan dia nak start. Alih-alih dia kasi mic tu kat aku daa...aku mana penah jadi tekong takbir raya! Nak tak nak kena buat jugak la. Selamat dah praktis sikit malam tadi tengok Mawi takbir ngan Bob.

Abis solat ada sikit jamuan. Aku tak makan, minum sikit je. Diet beb...

Pastu pergi tengok lembu. Aku terkejut. Apasal kurus semacam je lembu ni. Biar betul. Siap nampak tali gitar lagi kat perut. Setahu aku kalau lembu kurus termasuk yang tidak dibenarkan untuk korban. Entahlah, mungkin kesejukan sebab hujan kot. Bila aku tanya sorang brader ni, dia cakap semalam lembu ni gemuk. Hari ni dah kurus. Macam-macam hal la diorang ni.

Tiba time nak sembelih pula. Macam biasa tradisi orang Melayu,nak jatuhkan lembu tu terpaksa bergelut. Diikat sana, ditarik sini. Sedangkan Rasulullah suruh sembelih dalam keadaan tenang. Apalah salahnya pengsankan dulu lembu tu. Senang je,suntik la ubat pelali kasi lembu tu tidur. Ini tak,ditariknya lembu tu sampai nak patah kaki dia. Meronta-ronta la lembu tu. Siap ada yang lari. Ada sesetengah mendakwa kalau lembu tu lari bermakna orang yang berkorban itu tak ikhlas. Apa kejadahnya dakwaan yang sedemikian? Sebab tu kalau unta dibawa ke Malaysia, unta yang mahu disembelih tu pun terkena kejutan budaya!

Lagi satu kesalahan besar yang selalu kita lihat ialah kebiasaan orang kita memberi upah daging korban kepada tukang sembelih korban. Sedangkan telah thabit larangan daripada nabi dalam sebuah hadith yang sahih. Kat tempat aku sembelih tu pun tidak ketinggalan. Mulanya aku bertekad nak tegur, tapi tergendala sebab kat situ ada seorang ustaz pondok yang sangat dihormati penduduk di situ. Kalau aku tegur, nescaya akan keluar segala tembakan maut ke atas kepala aku. Terpaksa aku diamkan, sambil berdoa agar mereka semua diberikan kefahaman tentang sunnah Nabi. Aku hormati ustaz itu, tapi sunnah Nabi lebih aku hormat.

Tahun ni aku ambil peranan lebih dalam kerja-kerja penyembelihan. Walaupun aku masih tak berani nak melapah kulit, tapi aku dah berjaya terlibat untuk mengikat dan menjatuhkan lembu di samping melapah daging yang tak pernah aku buat sebelum ni. Cuma aku berharap tahun depan diberi peluang untuk try melapah kulit pulak. Nampak macam susah, tapi apa salahnya give it a try,tak gitu?

Semoga segala pengorbanan kita berupa daging korban, masa, tenaga, dan wang ringgit diberi ganjaran di sisi Allah.

Wallahua'lam

Tambahan

Larangan menjadikan sebahagian daging korban sebagai upah:

Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Mengetahui lebih lanjut? Sila layari LAMAN INI

4 comments:

  1. kampung aku lain lak citernye cek...
    sebelum sembahyang raye tu...
    ketua kampung dah umumkan....
    tak jadi korban harini....
    tunde esok....
    sebab kan hujan lebat hari raya tu....

    so, esok laa....tapi....
    rupenye rupenye...ade jugak korban pada hari tersebut...7 ekor..
    dan selebihnye sambung besok...
    aduhai....

    kampung aku jenis amik daging kat masjid...
    bawak kupon....
    sebab ketua kg dah wat pengumuman...
    ramai laa yang tak pi amik daging...
    mahu pun gi tempat sembelih....

    masalahnye....bile dah sembelih...
    ramai tak amik....
    sebab igt tak de korban....
    mane nak simpan daging tu???
    cukup ke peti ais...

    ksudahannye....bile amik esok...
    ade yang mendapati daging tu dah busuk...
    ye laaa..cam dalam ko tulis tu...
    daging mane leh kene air...
    cepat busuk....

    ntah laaa...aku tak campur urusan2 ni...pade aku laa...
    kalu dah arahan tak yah sembelih...
    tak yah laa sembelih.... =)

    ReplyDelete
  2. Fuui...rugi tu bai...takkan org2 kampung xtau kate daging cpat busuk klu kene air...lgpun ketua kg pun dah sound...ke tetiba dia tuka arahan?

    Itu menunjukkan betapa penting mentaati ulil amri dalam hal2 yg bkan maksiat-walaupn dlm perkara yg kita tak suka/stuju...ok gak tu,pengajaran buat mereka yg masih idup...

    Hari tasyrik kan 3 hari

    ReplyDelete
  3. kalo aku tau ade daging korban lebih kat kelanang tu leh aku amek sket.huhu...

    raya aidildha ni aku byk melantak sup tulang & kari daging. kaw gilerr....

    ReplyDelete
  4. Tak sempat aku rase tuh...Kamal dah sapu dlu!kehkehkeh

    ReplyDelete