Sunday, November 23, 2008

Orang Sufi mengimport amalan Yoga?


Alhamdulillah, segala pujian yang tertinggi bagi Allah yang telah menjadikan yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan sebuah fatwa tentang pengharaman yoga yang diamalkan secara sistematik iaitu yang melibatkan amalan fizikal dan spiritual. Walaupun agak lambat bertindak selepas tertangguh beberapa kali, tapi ia membuka mata banyak pihak akan isu ini.

Yoga, seperti yang sedia maklum merupakan salah satu senaman yang berasal usul dari Benua India. Tidak syak lagi ia mengandungi unsur kehinduan yang apabila diamalkan oleh umat Islam dapat memberi kesan kepada akidah mereka. Demikian kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin dalan Mingguan Malaysia (23 November 2008):

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan"

Antara Yoga dan Sufism

Apa kaitan yoga dan sufism?

Jika kita teliti ketiga-tiga peringkat tersebut, dapat kita fahami bahawa amalan yoga ini tidaklah terlalu bercanggah menurut kaca mata golongan sufi. Ini kerana dalam susur galur ajaran tok sheikh sufi juga menggunakan kaedah dan wadah yang sama.

Berzikir, ketenangan, dan bersatu dengan Tuhan!

Jikalau dalam yoga mereka bermaksud mahu bersatu dengan beratus-ratus tuhan yang mereka sembah, golongan sufi pula bermimpi untuk bersatu dengan Allah!

'Bersatu dengan tuhan' atau wahdatul wujud dipopularkan oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Hallaj dan ibn Arabi. Sehingga pada tahap kononnya telah menerima ilmu ma'rifat yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dirinya, al-Hallaj telah mengatakan suatu kalimah kufur, "Ana al-Haq" yang bermaksud "akulah al-Haq" atau lebih tepat lagi "akulah Tuhan!".

Akibat daripada kalimah ini, beliau telah dibunuh kerana telah murtad menurut kaedah Syariah.

Kata Imam al-Qurtubi Rahimahullah mengulas mengenai golongan Sufi yang melampau:

"Kata guru kami (al-Imam Abu al-Abbas) r.a.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat, kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNya dan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkan melalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah dan makhlukNya. Meraka adalah penyampai risalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu dan mengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka."

Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi:

"Telah menjadi ijma' salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetahui hukum-hakam Allah yang berhubung suruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa yang berkata "Disana ada cara lain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihukum bunuh......" (jld. 11, m.s. 40-41, cetakan Dar al-Fikr, Beirut - Dipetik daripada artikel "Tarekat Yang Sesat Lagi Kufur" oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin)


Kita dapat bayangkan keadaannya apabila imam besar seperti al-Qurtubi mengeluarkan kenyataan seperti itu!

Antara Yoga dan Amalan Tradisi

Telah kita ketahui bahawa terdapat sesetengah amalan tradisi kita atau lebih biasa disebut 'adat orang melayu Islam' yang mempunyai pengaruh yang besar daripada amalan agama Hindu.

Antaranya; Amalan bersanding, jampi serapah oleh bomoh-bomoh jalanan, mandi Safar, pertapaan, dan kenduri Arwah.

Jika itu yang dimaklumi, maka mengapa amalan-amalan yang disenaraikan di atas tidak diharamkan sama? Atau apakah amalan itu bercanggah dengan akidah Islam, tetapi oleh sebab ia telah diamalkan oleh orang kebanyakan maka ia tidak difatwakan haram? Bagaimana pula dengan pertapaan golongan Tarekat?

Tidakkah ini 'double standard'?

Yang Haram Itu Haram

Hak authoriti menghalalkan atau mengharamkan sesuatu merupakan mutlak milik Allah semata.

Maka seandainya sesuatu yang haram tidak diwartakan sebagai haram oleh badan yang berauthoriti sekalipun, jika ia menurut al-Quran dan Hadith sesuatu yang haram, maka tetaplah hukumnya haram. Tugas seorang mufti, majlis fatwa dan sewaktu dengannya hanyalah mengkaji dan memberitahu maklumat yang jelas kepada masyarakat tentang apa yang diwahyukan kepada nabi Muhammad. Justeru tidak wajar sama sekali jika ia disembunyikan atas alasan apa sekalipun;samada politik, pangkat, takut, apatah lagi atas alasan mengikut adat sedia ada!

Seterusnya dan seharusnya, penulis menyeru agar Majlis Fatwa Kebangsaan menjadi lebih aktif dan prolifik dalam memberi fatwa dalam isu-isu penting di negara ini. Janganlah suatu fatwa tertangguh disebabkan ingin menjaga kepentingan peribadi sesetengah orang. Biarlah anda dipandang sinis dan dilucut jawatan di dunia, jangan di akhirat menjadi seorang yang miskin dan papa kedana.

Jika yoga telah diharamkan, tarekat bila lagi?

**Perkataan sufi/tarekat yang diguna dalam artikel merujuk kepada jalan kesufian yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Adapun sufi yang mengikuti kedua sumber tersebut, ia termasuk dalam sunnah, insyaAllah

6 comments:

  1. Salam,
    Thanks for this entry. It's very enlightening... Tapi susahla nak explain kat org yg tak nak menerima pengharaman yoga ni.... Saya pun tak pandai nak explain. Sbb tskde ilmu... Blog saudara ni sedikit sebanyak membantu gak...

    ReplyDelete
  2. W'salam,
    Tak dinafi mmg ramai yg membantah fatwa ni...terutama dr golongan liberalism feminism spt SIS(Sisters In Islam)...

    Perlu diterangkn bhw pengharaman ni bkan utk menyusahkn umat Islam...klu beryoga semata utk senaman fizikal maka tidak mengapa,InsyaAllah...Yang menjadi masalah ialah dr sudut mantera dan zikir utk mendptkan ketenangan...Ini diakui sendiri oleh guru yoga yang beragama hindu...Ia ada unsur pemujaan disamping konsep 'wahdatul wujud' atau bersatu dgn tuhan spt yang tlh sy terangkn...

    Wallahua'lam,Mudah2an bermanfaat

    ReplyDelete
  3. aku ni tak leh yoga2 ni...
    tak terlipat kaki aku....
    ekekeke....

    wat sakit badan ade laaa....
    hahaha....

    ReplyDelete
  4. Paper semlm dan2 sume kluar statement yg pusat yoga diorg takde wat mantera...

    hehe,abis la korg punye bisnes...ekeke

    klu sume org Islam ikut fatwa ni,mau tutup sume pusat yoga...

    wat taichi/qigong pulak pasni

    ReplyDelete
  5. silakan...with pleasure

    ReplyDelete