Thursday, November 13, 2008

My Review on "Sajak Kematian"


Beberapa laman web sibuk mengulas tentang cadangan membuat tayangan "Sajak Kematian" kepada pelajar sekolah. Aku pun baru je tengok kat YouTube. Boleh tahan juga cuak. Siap ada ular nak gomol mayat lagi. Setakat ni kementerian suruh dihentikan tayangan video tersebut. Ironinya, kebanyakan golongan agama dengan semangat menyokong tayangan video tersebut. Tidak kurang juga yang membantah keras seperti SS Mufti Perlis dan Ustaz Hasrizal(Saifulislam.com) .

Pendapat aku?Ini adalah salah satu daripada perkara yang dikategorikan sebagai La yanfa'u al-syaik (tak membawa apa-apa faedah)!

Daripada laman forum yang membincangkan isu ini, terdapat pelbagai alasan yang diketengahkan oleh pihak yang menyokong.Antaranya:

1. Boleh mengingatkan kepada mati. Insaf sikit bebudak ni nanti

2. "Ok la tayang benda camni. Daripada program hiburan yang berlambak tu"

3. "Betul ke ada impak psikologi? Tak ada la. Saya banyak buat program guna video ni takde pape yang berlaku pun..."

4. Melentur buluh biar dari rebungnya. Jangan sampai anak dah rosak nanti baru nak menyesal

5. Pendapat seorang ustaz:Cara ini lebih berkesan mengikut zaman ni!

Subhanallah, adakah mereka ini berpijak di bumi nyata? Atau mereka hidup di planet pluto atau pada zaman batu? Mengapa mereka suka berbicara mengenai agama menggunakan akal semata-semata? Sebaliknya berpijaklah pada manhaj ilmiah dalam memberi pandangan terhadap perkara-perkara penting sebegini. Ini bukan perkara temeh, ia melibatkan masa depan anak-anak yang akan menjadi pemimpin jua satu hari nanti.

Sudah aku katakan berkali-kali bahawa agama Islam ini perlu dimasuki melalui pintu Aqidah. Oleh sebab itu, mulakanlah bicara melalui konsep aqidah terlebih dahulu. Jangan semberono memberi pendapat kononnya untuk kebaikan umat. Niat yang baik tidak semestinya membawa natijah yang baik juga. Betapa ramai berniat baik tetapi tidak mendapatinya. Begitulah juga halnya tentang 'sajak kematian' ini.

Pertama,sesiapa saja yang belajar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pasti mengetahui bahawa azab kubur itu termasuk dalam perkara-perkara ghaib(ghaibiah). Dan hal-hal yang bersangkutan dengan aqidah ini perlu dirujuk kepada zahir nas yang sahih samada melalui al-Quran(AQ) dan/ataupun al-Sunnah(AS). Setelah mengetahui azab kubur itu termasuk dalam ghaibiah, apakah ia boleh dibayangkan melalui contoh fizikal? Inilah yang menjadi tunjang perbahasan kita. Kalaulah perkara ghaib boleh diterjemah dalam bentuk fizikal, maka itu tidaklah dipanggil perkara ghaib lagi. Melainkan ia sudah termasuk dalam perkara zahiriah. Begitu juga perkara-perkara ghaib yang lainnya seperti malaikat, hari qiamat, syurga dan neraka. Bab asas ini pun sudah kantoi, itu belum berbicara dari aspek lain lagi!

Allah merakamkan situasi perkara ghaib yang wajib diimani oleh setiap Muslim dengan FirmanNya:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya..." (Sura al-An'am:59)

"...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit." (al-Isra' :85)

Kedua, aku difahamkan bahawa video ini adalah hasil buah tangan grup al-Arqam/Rufaqa'/al-Ikhwan. Kalau tengok video itu pun,memang ada kebenarannya. Sesiapa saja mesti mudah mengenali uniform grup ni dengan serban ala alas meja dan jubah fesyen uniform polis. Kalaulah ia benar, sekali lagi subjek aqidah menjadi keutamaan dalam kes ini. Apakah tergamak kita menyokong dakyah gerakan yang telah difatwakan haram ini? Mahukah pula kita bersekongkol dalam membenarkan aqidah mereka yang mempercayai Abuya mereka sebagai Pemuda Bani Tamim dan mampu memberi keampunan kepada pengikutnya? Ataupun yang mengatakan Abuya berjumpa dengan Nabi secara sedar(yakazah)? Di dalam aqidah, setiap unsur kita lakukan jarh(kritik) dahulu sebelum ta'dil(menyokong). Adapun al-Arqam, aqidah mereka sudah dijarh oleh sekalian para ulama dahulu dan sekarang, di timur dan di barat.

Justeru, setelah selesai berbicara bab aqidah, baru lah kita pergi kepada bab yang seterusnya. Apakah sesuai ditayangkan kepada golongan belum mumayyiz atau yang belum mencapai tahap kematangan. Isu ini telah dikupas secara berhemah oleh Ustaz Hasrizal di dalam blognya SaifulIslam.com. Kita semua tahu bahawa tidaklah sama cara berfikir kanak-kanak dengan orang yang telah dewasa. Kekadang jurang perbezaan itu sangat ketara. Apakah wajar, seandainya ia valid dari segi aqidah, video sebegini dimomokkan kepada pemikiran budak di bangku sekolah? Lihatlah dari segi emosi, psikologi dan intelektualiti kanak-kanak kesan daripada tayangan video tersebut. Jangankan kanak-kanak,orang dewasa pun boleh jadi histeria tau!

Dari satu sudut yang lain pula, aku melihat perkara ini tidak lebih hanyalah sebagai satu wadah untuk menjana pendapatan saja. Tidak lebih daripada itu. Boleh jadi lepas ni kem-kem motivasi akan menggunakan method yang sama dengan menayangkan video 'sajak kematian'. Ustaz-ustaz yang kaki duit pun boleh mendapat pendapatan sampingan dengan mengadakan kursus kesedaran dan seumpamanya. Atau mereka yang berceramah politik di surau-surau tidak mahu ketinggalan. Inilah masanya, kerajaan haramkan benda ni sebab mereka takut akan bayang-bayang sendiri!

Dengan berdasarkan analisa yang ringkas ini, bolehlah dibuat kesimpulan ringkas:

1. Zikr al-Maut itu ibadah. Ibadah perlu berlandaskan aqidah. Jika zikr al-maut tidak mengikut lunas-lunas aqidah yang sejahtera, maka ia tertolak.

2. Perkara ghaib tidak boleh dimanifestasikan dalam bentuk fizikal.

3. Video ini adalah buah tangan al-Arqam. Kita mengambil langkah berjaga-jaga apabila berhadapan dengan kumpulan ini. Selalunya 'ada udang di sebalik batu'

4. Dari segi psikologi, kanak-kanak bukanlah satu golongan yang mudah untuk memahami konsep kematian. Orang Dewasa pun ada yang kantoi, inikan pula kanak-kanak.

Wallahua'lam bissawab....

2 comments:

  1. aku terperasan berita ni mase kat kedai makan....
    aku cakap "ni memang modal laaa ni nak wat ceramah2 politik"...hehehe...

    niat die memang bagus,
    nak bagi kesedaran.....
    tapi, cam ko cakap laa....
    kalu yang ghaib tu dah diterjemahkan dalam video ni....
    dah tak ghaib laa namenye....

    itu pun seb bek die tak buat satu jenazah org alim....
    satu lagi jenazah org tak alim...
    silap2 ade musim kedua gaknye...
    syurga, neraka dan lain2 tu sume diklip video kan....
    lagi laaa rosak akidah.....aduhai..

    lagi satu, konsep kematian tu mende pulak cek??

    =)

    ReplyDelete
  2. Agree with u kamal.Kata org politik:

    "Pelajar atau menteri yg takut?"

    Hehe...diorg libas bola tanggung daa...dan mende ni bese je...dah mmg slalu diorg buat...tak heran

    Nak terapkan keimanan kpd perkara ghaib tak semestinya dgn paparan video...para sahabat,tabiin tak penah ade video sajak kematian...tp terbukti keimanan diorg yg paling mantap...malah diiktiraf dlm AQ n AS pulak

    Nabi dah ajar cara zikr al-maut... byk cara...antaranya ialah dgn menziarahi kubur, tadabbur AQ, mempelajari sunnah...sbb terlalu byk dalil yg mengingatkan kita ttg kematian ni...mengapa perlu mencari sesuatu yg samar sedang terbentang sesuatu yg jelas di depan mata?

    puak2 arqam ni mmg wat hal laa...

    ReplyDelete