Thursday, October 2, 2008

Raya Sana Sini

Hari ni masuk hari ke3 hari raye.

Aku baru je balik dari beraya di kampung Sungai Besar. Sepatutnya hari ni bertolak ke Penang pulak sebab dah lame tak beraya family belah ayah aku. Tapi tup-tup aku tahu yang orang kampung rupa-rupanya nak buat kenduri arwah. Haru betul. Dengan seribu alasan aku berdalih untuk tidak mahu turut serta kononnya banyak lagi assignment nak kena siapkan. Lagipun nak beraya dengan member2 sekolah esok hari. Akhirnya pegi la mak ngan adik aku ke penang sambil aku lepak kat rumah. Ada sedikit kekecewaan di hati, namun apakan daya selama ini dok berjuang menentang bid'ah takkan tetiba kita pulak yang menjadi pihak penganjur?! Tak mungkin!

Apart from that, semuanya macam hari2 raya sebelum ni. Cukup meriah...

Malam satu syawal, laungan takbir mula bergema. Kat TV pun berlambak2 pasang. Tapi inikan hari raya. Patut takbir la dengan penuh semangat macam sambut kemenangan. Ni sekor2 aku tengok muka monyok je. Ada nak nangis pon ada. Takbir pun mendayu-dayu macam sambut kematian. Alahai, apa la nasib umat Islam Malaysia. Time orang mati lain pulak ceritanya. Punya la sambut besar-besaran siap buat kenduri lagi! Betul la. Bumi di akhir usia. Semuanya sudah terbalik daa....

Lepas abis solat hari raya macam biasa la pakcik makcik aku datang. Agak meriah la jugak sebab diorang ni la antara family yang paling rapat ngan family aku. Lepas abis makan2 kitorang bersalam-salaman cam yang selalu orang melayu buat. Mintak maaf apa yang patut walaupun jarang berjumpa. Aku selamba je cakap "Taqabbalahhu Minna Wa Minkum - Semoga Allah menerima daripada kami dan anda semua". Sebab itu cara golongan Salaf. Diorang memula cam pelik tapi sengeh je la. Mungkin cara budak UIA punya greet kot. Hehe. Tapi still " Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" tidak lekang di mulut. Adakah ucapan raya juga mahu ditajdidkan? Tak payah la kot...

Lepas tu terus cabut balik kampung....

Kat kampung takde pape yang best. Nak cakap jawe pon tak reti!

Ok la, bersempena bulan Syawal yang mulia, jom kita sama2 pertingkatkan ibadah dengan berpuasa sunat 6 hari. Aku pun balik UIA nanti baru start kot. Bagi mereka yang perlu qadha' puasa Ramadhan akibat keuzuran yang diizinkan dipersilakan qadha' terlebih dahulu. Demikian pendapat sebahagian ulama'. Tapi kalau tak mampu, nak puasa 6 dulu pun boleh. Sebab ada bukti Ummul Mukminin Aisyah menunaikan puasa qadha' pada bulan Syaa'ban. Yang penting konsep 2+1 tak pernah diajar oleh Rasulullah. Tu saja ada ustaz yang memandai2 buat formula sendiri pastu tulis kat paper. Senang je, sape tak bawak dalil kita buat dono je kat diorang.

Dalil puasa 6:

1.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

2.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun. (H/R Ahmad :5/280, Ibnu Majah:1715)

3.Tentang boleh berpuasa 6 dahulu sebelum puasa qadha', dalilnya:

Ummul Mukminin Aisyah radiallahu ‘anha berkata:


Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban. (H/R Bukhari:l950, Muslim:1146)


Wallahua'lam

3 comments:

  1. salam
    kamu ni org sg besar selangor ke?
    kalo ya,sekampungla kite
    kg ayah aku kt sg besar
    jawa la ni ya
    huhu

    erm,tertarik sgt nk tau psl kenduri arwah.mcm mane ya.kalo ko org laki,sng la nk larikn diri.mcm aku ni org pmpn,mst kena balik kg n tolong2.xtau nk wt cmne nk elak..blh x ko cite lbh lnjut psl bnda ni

    ReplyDelete
  2. W'salam
    Yup,sg besar...sy ni jawa campur...mak jawa,bapak utara...2 2 tak lekat...last2 ckp kl ngan omputih je reti...hehe

    Psl kenduri arwah,sebetulnya ia adalah bid'ah yg nyata lg terang (org melayu tak suka perkataan bid'ah ni,tp sy harus nyatakan sbb Allah berfirman dlm al-Quran dan Rasulullah sebut dlm hadith)...jgn terkejut,ulama yg plg terkedepan dlm mengharamknnya ialah imam Shafie rahimahullah sendiri...kita hairan sbb mende ni tertulis scr jlas dlm byk karya ulama shafie termsk imam nawawi...bahkan ulama nusantara yg dahulu spt daud fatani pun mengatakan haram...sy yakin,fakta ini scr sengaja disembunyikan oleh org2 tertentu utk kepentingan peribadi...wallahua'lam

    bg sy,klu awak mampu utk mencari alasan tak join kenduri itu adalah yg terbaik...tp klu tak mampu,buat la pendekatan berhemah terutama terhdp kaum kerabat dan keluarga...utk menghapus bid'ah, sunnah perlu dinyatakan...mungkin awak bleh 'pecah tradisi'...klu org lain dtg mkn makanan tuan rumah, awak dtg bawak makanan awak sendiri pastu jamu org ramai kat situ...awk tak makan makanan tuan rumah,awk hny menjamah mknn sendiri...ini lebih mendekati sunnah...dalilnya ialah perintah Rasulullah kpd sahabat agar memberi mkn kluarga jaa'far yg br kehilangan org tersyg...wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. salam
    ustz hasrizal pn ade ckp psl perintah Rasulullah 2
    oh kalo cm2,sy kna blaja msk la lpas ni sbb sy xtau msk.hehe..tp 2la,mcm yg sy ckp,sy mst kna tlg rewang2 kt dapur 2.xkn nk wt xtau je.berat rasenye..tp 2la,slagi kite xmulakn lgkh ptama,mcmane yg ke 2 nk mulakn.insyaALLAH
    yg pling sy tkut,kalo nnt ade kematian dlm keluarga sy sndr.cthnye mak ayah.mati itu pasti.sy xtau mcmane nk wt..hrpnye kalo mase 2 da tibe,sy da ckup2 kuat utk hlg.tp kalo kite sndr yg mati,org wt kndri arwah utk kte,lg la xblh nk dielakkn =(

    ReplyDelete