Monday, September 1, 2008

Pengalaman Berbeza Satu Ramadhan

Antara lucu dan pilu. Itulah pengalaman aku menyambut Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Mana taknya, tiap masa badan rasa tak sedap. Macam ada sesuatu. Baru jalan sikit dah penat. Lenguh tak pasal-pasal. Sengal otot tak payah cerita la. Ingatkan kesan kenaikan berat badan, rupa-rupanya ia lebih berat daripada itu. Lepas buat medical check up dan ambil darah, tup-tup doktor suspek aku dijangkiti denggi!

Tapi nak kata demam pun tak ada lah sangat. On off juga la. Cuma yang menghentam aku dengan sedikit rakus ialah sengal badan dan pening-pening lalat sambil sekali-sekala diserang kepenatan melampau walaupun aku hanya duduk di bilik membaca. Mujur juga aku ada tiga orang kakak yang kesemuanya doktor belaka. Terus saja aku menghubungi mereka kecuali kakak aku yang masih berada di Ireland. Nak dipendekkan cerita mereka tanpa ragu lagi mengesyorkan aku untuk ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk membuat pemeriksaan darah. Ternyata firasat mereka betul sebab kadar platlet aku dah menunjukkan angka 161! (Untuk makluman bacaan PLT atau Platlet yang normal sekitar 300). Doktor selalunya akan mengambil langkah drastik kalau darah sudah terlalu pekat iaitu apabila PLT sudah mencecah bawah 100.

Aku sedar keesokkan hari aku harus berpuasa. Malam pula ada Tarawikh. Lantas masa ambil darah awek nurse tu sempat mengucap, "esok dah mula Ramadhan, selamat berpuasa lah ye". Aku secara spontan membalas kata-kata yang sama sambil menambah "Hmm, orang sakit mane boleh puasa sebab uzur". Awek tu membalas "Ye la tu. Pandai la ko uzur" sambil aku menyedari dia sudah berubah muka. Baru aku sedari, perkataan sedemikian tidak wajar diulangi lagi kepada kaum wanita sebab perkataan 'uzur' itu terlalu sensitif. Kekadang satu perkataan boleh membawa seribu makna sehingga salah faham pun berlaku. (Girls take note)

Hari ini aku berasa sedikit selesa. Mungkin penangan ubat tahan sakit yang doktor bagi semalam,Wallahua'lam. Cumanya aku bersyukur dapat menjalankan ibadah dengan lebih tenteram. Ramadhan bukan datang setiap hari. Sebab itu peluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita dalam menjalani Ramadhan kali ini.

4 comments:

  1. ko dah sihat belum???

    kemaskan lah kawasan kat uia tu...ekekeke....

    lawa tak awek nurse tu??? hehehe...

    ReplyDelete
  2. jaga kesihatan, bro!

    ReplyDelete
  3. Aku pon xtau kene kat uia or kat bangi...aku suspek uia

    pasni kite wat gotong royong ramai2...ko bwk dak sfc skali...

    Awek nurse tu tersgt la lawa...bkn sorg je,ade 2 3 lagi yg sekapal...huhu...pose mal,pose

    ReplyDelete
  4. tq poak...I feel better now alhamdulillah

    ReplyDelete