Friday, July 18, 2008

Tahniah Pas, Tahniah Umno


Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perkenan untuk meneruskan muzakarah yang sangat ditunggu - tunggu oleh rakyat Malaysia khususnya umat - umat Islam yang dahagakan kesatuan dan perpaduan antara mereka. Muzakarah Pas - Umno harapnya bakal menjadi titik tolak ke arah satu usaha yang lebih bersepadu dalam memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di tanahair ini.

Pada pendapat aku, muzakarah sebegini lebih wajar jika mahu dibandingkan dengan debat antara kerajaan dan Pakatan Rakyat. Bukanlah mahu menidakkan fungsi debat tempoh hari. Tapi tujuan kita bukan untuk mencari kepuasan sebelah pihak dan mentertawakan pihak yang satu lagi sahaja. Kita sedang berusaha mencari satu solusi yang dapat meredakan keadaan umat yang sedang bergejolak ini. Lagipun dalam banyak perkara, 'win - win situation' adalah jalan penyelesaian dalam perkara melibatkan politik. Apabila diketahui dalam muzakarah tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah, ia akan berjalan dengan lebih tenang dan harmoni. Tambahan pula kita tak mahu ada lagi pak menteri yg asyik dok melalut dan terbabas dalam percakapannya. Seperti hari itu.


Penyokong Pas dan Umno tidak perlu berasa gelisah kalau - kalau pertemuan ini bakal menyatukan antara Pas dan Umno. Dalam keadaan sekarang, tiada keperluan untuk mereka bergabung pun. Muzakarah bukan bermaksud bergabung tapi ia lebih kepada musyawarah bagi membincangkan hal - hal berbangkit isu membabitkan umat keseluruhannya. Tiada kaitan dengan kepartian. Sebab itu kita amat berharap agar muzakarah ini bakal berjalan dengan selamat dan lancar tanpa sebarang provokasi dan emosi. Bawalah bersama jiwa yang tulus dan fikiran yang murni tanpa ada satu titik pun noda dendam dan amarah lampau. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula berciciran.

Akhir kata, mudah - mudahan Allah memberkati usaha ini dan menyatukan kita semua dalam iman dan taqwa.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al - Anfaal:46)

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al - Anfaal:63)

No comments:

Post a Comment