Tuesday, June 24, 2008

Return To The Basics

"Kembali kepada yang asal".

Itulah terjemahan yang aku maksudkan. Malah ayat ini aku pilih untuk dijadikan tajuk utama kepada blog ini. Penting sangat nampaknya. Mengapa? Apa Sebabnya?

Mari aku bawakan secara ringkas penjelasan mengenai tajuk ini.

Firman Allah Azzawajal di dalam Sura an-Nisa' ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Beralih pula kepada Hadith Rasulullah:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat
pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." H.R. Abu Daud dan Tirmiz

Ya, 'Basics' yang aku maksudkan tidak lain hanyalah apa yang disebut al-amrain(al-Quran dan al-Sunnah)

Nah, sekarang apa lagi mahu dipersoalkan? Semuan penyelasaian ada dalam dua sumber itu.

Perhatikanlah!

No comments:

Post a Comment