Sunday, June 29, 2008

Hola Espana!

Euro 2008 telah melabuhkan tirai pagi tadi. Seingat aku, inilah antara kejohanan besar yang paling berjaya antara yang pernah aku saksikan. Ingin aku menunjukkan 'two thumbs up' selepas kejayaan Spain menewaskan Germany 1-0, sebuah perlawanan yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh peminat bolasepak.

Spain sekali lagi bergaya dengan falsafah 'beautiful football' dan mendominasi sepenuhnya perlawanan. Tidaklah diingati satu saat Germany mengacam melainkan ia adalah bola bias dan akhirnya menjadi 'bola leleh' ke pangkuan Casillas. Sehingga Fabregas menyifatkan perlawanan ini sebagai suatu 'keadilan terhadap bolasepak' dan mengungkap satu ungkapan yang selalu dicanang oleh Wenger sendiri sebagai sebuah 'kejayaan besar oleh permainan bolasepak yang cantik'.

Namun satu kredit besar buat pasukan Germany atas penyertaan mereka kali ini. Pujian khusus ditujukan kepada kapten berpengaruh, Michael Ballack atas inspirasi terhadap pasukan. Namun, hakikatnya tiada siapa mengingati pasukan yang tewas. Ingin sekali aku berbisik kepada Loew bahawa masa depan mungkin lebih bersinar andaikata beliau sejak awal tidak melakukan 'kerja gila' memberi Lehmann jersi no 1. Hakikatnya perlawanan ini adalah salah satu episod antara sekian banyak episod 'kesilapan budak sekolah'(schoolboys' error) yang akhirnya membunuh pasukan.

Akhir kata, Adios EURO2008.....

No comments:

Post a Comment